Khamis, 27 Januari 2011

Lelaki Melayu tak Beromantik?.. Sampai ada yang merajuk!

Isu Lelaki Melayu tidak romantik sering menjadi perbahasan dalam kalangan wanita mahupun lelaki sendiri. Betulkah Lelaki Melayu tidak romantik?

Apa defisini romantik sebenarnua di mata wanita? Sejauh manakah wanita yang menganggap diri mereka amat berkasih sayang pada pasangan diakui sebagai romantik oleh lelaki yang menjadi pasangan mereka?

Rata-rata menyifatkan perempuan terlalu dipergaruhi oleh filem atau novel romantik sehingga impian mereka terhadap pasangan menjadi tidak realistik dilihat oleh segelintar lelaki sebagai 'jiwang dan amat merimaskan'. Bagi lelaki romantik hanya perkara sampingan, yang lebih utama adalah sifat bertanggungjawab.

Memetik kata-kata Dato' Dr Fadzilah Kasmah sewaktu mempromosikan bukunya yang berjudul Petua Menjadi PasANGAN Romantik, hampir semua lelaki tidak romantik. Jelasnya lagi lelaki berbangsa Cina paling tidak romantik kerana mereka lebih praktikal. Lelaki Melayu pula berada di tengah-tengah. Manakala, lelaki yang romantik adalah lealki berbangsa India dan Punjabi.

Atas dasar apa wanita Melayu mengeluh lelaki sebangsa tidak romantik? Bukankah ada pendapat mengatakan sifat romantik itu sekadar topeng untuk memikat sewaktu cinta belum dapat?

Ada juga yang menganggap lelaki yang tidak romantik lebih jujur, tidak berpura-pura sekali gus potensi untuk curang amat miniumum. Pun begitu  di mana forum siber atau penbincangan secara terbuka tentang isu ini, ada yang membantah nakal.

Kata mereka, masih ada lelaki yang romantik di luar sana. Mahu buktinya... Emm, kalau kata lalaki melayu tidak romantik, mana mungkin boleh timbul kes tiga isteri menyokong merestui malah memperjuangkan hak si suami mahu bernikah buat kali keempat di Pantai Timur. Bukankah itu bukti lelaki melayu masih ada yang romantik sehingga cair jiwa isteri-isteri itu.

Sayangnya kes hebat begitu bangga bukti terpencil mahu menunjukkan lelaki melayu romantic. Lebih ramai yang mengeluh suami atau kekasih hati mereka berhati kayu. Tidak pandai mahu bermanja-manja. Tidak pandai membujuk rayu. Antara dalilnya termasuklah:

Fakta dan Auta Lelaki Selepas Berkahwin.
1.      Selepas setahun dua berkahwin, berjalan jaraknya seabtu seorang. Tidak mahu lagi sering sejalan. Si suami berajaln menonong sahaja tanpa menghiraukan isteri di belakang yang termegah-megah mengejarnya.
2.      Kalau belum berkahwin, lelaki cekap mengambil peluang menyentuh si gadis. Tetapi apabila sudah berkahwin dua tiga tahun, si lelaki sedikit pun tidak mahu menolong si isteri menarik zip bajunya yang mungkin sedikit ketat atau tersengkak kerana ukur lilit badan sudah berubah.
3.      Kalau ada bedak atau gincu yang bersememeh, jangan harap suami mahu tolong mencapai tisu dan mengelapnya. Kalau belum berkahwin, pantas sungguh tangan si lelaki mahu mengelap wajah si kekasih.
4.      Kalau belum berkahwin, ada adegan suap menyuap, apabila sudah berkahwin, lelaki hanya fikir perutnya lapar dan makan tanpa mempelawa isteri sehingga sendawa kekenyangan.
5.      Belum berkahwin, lelaki rajin menghantar bunga. Kalau sudah berkahwin, daun atau batang bunga kering pun tidak nampak bayang.
6.      Kalau sibuk, lelaki yang belum berkahwin sanggup mengupah runner dan dispatch  untuk menghantar hadiah atau bunga, sudah berkahwin, itu semua dianggap membazir.
7.      Kalau belum berkahwin, rajin sungguh menajak gadis di restoran mewah sambil menikmati keindahan cahaya lilin yang romantic. Sudah berkahwin, ajak makan luar dianggap buang masa dan buang duit. Yang diperingatkan tanggungjawab isteri memasak untuknya.
8.      Sebelum berkahwin, lelaki sering berangan-angan untuk menjadi bapa penyayang dan memiliki anak yang comel. Lepas berkahwin, anak menjerit mahu susu pun dia masih mampu lena tidur.
9.      Lelaki sering berjanji pada kekasih untuk menjadi suami yang bertanggungjawab dan memberi nafkah yang cukup pada isterinya. Sudah berkahwin, semuanya berubah selalu sahaja lelaki mengeluh tidak cukup wang.
10.    Lelaki kalau belum berkahwin, lelaki sanggup menjadi pak supir pada kekasih. Sudah berkahwin isteri disuruh naik LRT dengan alasan mereka ada mesyuarat penting.
11.    Kalau belum berkahwin,lelaki sanggup mengangkat barang kekasih. Beg berat pun semuanya boleh, sudah berkahwin dia berjalan lenggang kengkung di pasar.
12.    Lelaki sebelum kahwin seronok menjadi hamba sahaya gadis sanggup teman dan tunggu di pintu tandas awam. Sudah berkahwin, pergilah sendiri.
13.    Sebelum berkahwin, tunggu dua jam pun lelaki sanggup, sudah berkahwin, lewat dua minit boleh jadi isu bertengkar.
14.    Kalau belum berkahwin, gadis demam, lelaki sanggup ambil cuti konon mahu menjaga kekasih. Sudah berkahwin, isteri pergilah klinik sendiri.
15.    Belum berkahwin, lelaki pandai sungguh membelikan baju kekasih. Sudah berkahwin, pura-pura lupa segala fesyen kesukaan isteri.
16.    Waktu bercinta, saiz kasut, saiz baju dalam pun dihafal lelaki. Sudah berkahwin,lelaki tidak kuasa untuk ambil tahu benda itu semua.
17.    Sebelum berkahwin, sanggup berumah tangga atau duduk bertenggak di pagar rumah bakal mertua, sudah berkahwin pura-pura lupa jalan ke rumah mertua.
18.    Kalau belum berkahwin, pantang lelaki kekasihnya berhujan. Sudah berkahwin pandai-pandailah bawa paying atau cari tempat berteduh waktu menunggu LRT dan teksi.
19.    Kalau belum berkahwin, lelaki suka bersedekah wang ringgit. Tetapi apabila sudah bernikah, duit belanja harus diminta atau diperingatkan.
20.    Kalau belum berkahwin, tahu sahaja wayang apa yang menyeronokkan untuk ditonton bersama kekasih. Apabila sudah berkahwin semuanya berubah, masa terhad untuk bersenang-senang di punggung wayang.
21.    Cinta itu perlu diluahkan selalu, lelaki kata itu membosankan kalau sudah ada ikatan pernikahan.
22.    Kata orang cinta perlu sentuhan tetapi bagi lelaki kalau sudah bernikah, seks itu sudah mencukupi dah lebih daripada yang perlu.
23.    Wanita suka dibelai biarpun sudah bernikah lelaki pun tidak masa untuk membelai kalau sudah menjadi suami. Kalau belai-membelai bereti harus disudahkan dengan berjimak.
24.    Lelaki sanggup kekasih lebih daripada motosikal, kereta atau hobinya. Apabila sudah berumah tangga, isteri harus faha, suami perlukan ruang buat diri sendiri.
25.    Kalau suami membuat kerja dapur, lelaki sanggup itu tidak macho.
26.    Kalau suami mendukung anak, silap hari bulan persatuan suami se-Malaysia akan menuduh mereka kena queen control.
27.    Sebelum berkahwin apa sahaja keluhan si gadis, lelaki akan telah dan haram. Kalau suami menegur, memarahi isteri kononnya sebagai radio buruk yang menyakitkan telinga.
28.    Kalau belum berkahwin perempuan seronok merajuk kerana akan dipujak, sudah berkahwin, sendiri mahu ingat! Lelaki rimas mahu memujuk.
29.    Kalau belum berkahwin, pil vitman pun sanggup lelaki belikan untuk kekasihnya. Konon agar nampak lebih segar dan kulit sentiasa cantik. Sudah berkahwin, kalau mahu makan pil perancang, si isteri sendiri mahu ingat. Pergilah beli diri sendiri.
30.    Kalau belum berkahwin, selalu ada kejutan daripada lelaki. Apa –apa sahaja surprise. Kalau suadah bernikah, isteri pula harus awasi penyakit jantungnya… lelaki suka beri kejutan. Diam-diam suami tidak muslihat ada cawangan di tempat lain.

Apa terjadi kalau isteri merajuk, suami buat apa-apa agar isteri dipujak? Lagipun, isteri sudah puas hati, semua yang suami kehendaki macam masak dan lain-lain, apa terjadi kalau isteri dah beri semuanya, suami buat apa-apa yang dihendaki oleh isteri? Tak ada apa-apa memberi untuk isteri kerana ini semua adalah dianggap membazir. Jadi kalau si dia tiba-tiba merajuk dan anda lelaki, sendiri mahu ingatlah! Rasulullah juga lelaki yang romantik sesuai saranan Islam? Beliau mencintai isteri kesayangan, Siti Khadijah walaupun isteri beliau sudah berusia dan bersyukur ada cahaya mata.

Semoga berjaya sehingga suami akan berubah kepada isteri agar mesti memahami keadaan isteri.

Saya harap pasangan suami isteri akan bahagia sehingga hayat akhir sebelum menyesal dan dapat dielakkan daripada masalah ini..


Thank you for reading this enty !