Jumaat, 28 Mac 2014

Kenyang ada Batasnya

Assalamualaikum Warahamtullahui Wabarakaatuh !


Hmm... Peningnya aku nak update blog ini tetapi aku nak menulis tajuk apa?? Malas nak berfikiran dan biasanya saya ada banyak idea tentang kehidupan berkaitan kesihatan, pendidikan, isu semasa dan lain-lain.. Bila aku lihat apa berlaku di masyakarat sekarang, baru saya dapat idea sebuah cerita. Baru aku diterima berita #MH370 dijumpa di Lautan Hindu. Alhamdulillah tetapi Lautan Hindu itu sangat bahaya kerana air dia sangat kedalaman mungkin 4,000 meter dan ombak kuat yang bergelora nak susah mencari #MH370.. Sedihnya aku bila mendengar berita diumumkan, Dato' Najib, Perdana Menteri Malaysia. al-Fatihah untuk mangsa dan krew #MH370..


Kali ini saya akan menulis blog tib nabawi bertajuk ialah di atas. Makanan yang dijamah mempunyai manfaat apabila dimakan pada waktu dan dengan ukuran yang tepat. Makan terlalu sedikit akan menyebabkan tubuh lemah. Makan secara berlebihan pula boleh menyebabkan timbulnya penyakit.

Abu Talhah pernah berkata kepada Ummu Sulaim: "Saya mendengar suara Rasulullah S.A.W. lemah, saya tahu itu disebabkan rasa lapar." (Riwayat al-Bukhari)

Demikianlah, kurang makan akan menyebabkan tubuh menjadi lemah. Rasulullah S.A.W. bersabda: "Seseorang tidaklah mengisi kantung yang lebih buruk daripada perut. Cukuplah seseorang makan beberapa suap makanan yang boleh menegakkan tulang belakangnya. Jika perlu (makan banyak, maka maksimumnya) sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk nafasnya." (Riwayat al-Tirmizi)



Kenyang yang Dibolehkan

Sememangnya kita sedia maklum bahawa makan berlebihan boleh menyebabkan timbulnya penyakit. Tetapi sekiranya keadaan kenyang tidak berlaku terus menerus, maka hal tersebut tidak mengapa.

Dalam Sahih al-Bukhari disebutkan bahawa Abu Hurairah pernah minum susu sehingga beliau mengatakan: "Demi Allah, wahai Rasulullah saya sudah tidak mendapati jalan masuk lagi (untuk minum)."

Manakala dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas berkenaan makanan yang menjadi banyak berkat doa Nabi Muhammad. "Maka mereka (para sahabat) makan sehingga kenyang."

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abdurrahman bin Abu Bakar tentang para sahabat yang merupakan kebanyakan anggota satu kabilah ketika dijamu kambing sedangkan jumlah mereka ketika itu 130 orang dan disebutkan: "Kami semua makan sehingga kenyang." (Riwayat al-Bukhari)

Al-Hafiz Ibn Hajar telah mengumpulkan ucapan beberapa orang ulama mengenai kenyang dalam kitab Fath al-Basi Syarh Sahih al-Bukhari, bab "Sesiapa Makan Sampai Kenyang."

Beliau berkata: "Ibn Baththol berkata: 'Hadis-hadis ini menunjukkan dibolehkan kenyang sekalipun kadang-kadang tidak kenyang itu lebih utama.'"

Imam al-Tabari berkata: "Meskipun pada dasarnya hukum kenyang adalah harus, namun ia ada batasnya. Sekiranya melebihi yang sepatutnya, ia boleh dikategorikan sebagai berlebih-lebihan."

Yang dikatakan harus ialah kenyang yang membantu seseorang untuk menjalankan ketaatan kepada Tuhannya dan makanan itu tidak samapai melalaikannya daripada melaksanakan kewajipannya."

Imam al-Qurtubi berkata dalam al-Mufham, ketika menyebutkan kasih Abu Haitsam ketika Nabi menyembelih seekor kambing untuknya dan dua orang sahabatnya, 'Merekapun makan sampai kenyang'. Dalamnya terdapat dalil mengenai dibolehkan kenyang.

Adapun hadis yang melarang kenyang ditafsirkan bahawa kenyang tersebut ialah yanag memberatkan perut dan menghalang daripada melaksanakan ibadah dan menyebabkan seseorang itu sombong, angkuh, dan malas. Hukum makruh ini boleh menjadi haram sesuai dengan kesan negatif yang ditimbulkannya.

Tingkatan Kenyang

Imam al-Ghazali berkata dalam al-Ihya' bahawa hadis ats-tsuluts (sepertiga) ini diceritakan kepada seorang ahli falsafah maka dia berkata:
      "Saya tidak pernah mendengar ucapan mengenai menyedikitkan makanan yang lebih bijaksana daripada ini."

Dalam al-Ihya' juga disebut bahawa tingkatan kenyang ada tujuh.



Menurut Ibn Qayyim al-Jawziah dalam al-Tib al-Nabawi, Nabi Memberitahu bahawa memadai makan berberapa suap makanan yang boleh menegakkan tulang belakangnya sehingga kekuatannya tidak berkurangan dan badannya tidak lemah.

Tetapi jika lebih daripada itu, hendalah dia makan maksimumnya sepertiga perut, membiarkan sepertiga lainya untuk tempat air dan sepertiga lagi untuk nafas. Ini merupakan makanan yang paling bermanfaat untuk badan dan hati. Sesungguhnya sekiranya perut seseorang penuh dengan makanan, maka tempat untuk minumannya menjadi sempit.

Jika tempat itu diisi dengan minuman, maka tempat bernafas menjadi sempit dan ia akan ditimpa kesukaran dan kepayahan seperti orang yang sedang memikul beban berat. Di samping itu hal ini boleh mengakibatkan hati menjadi rosak, tubuh badan menjadi malas untuk melaksanakan ketaatan, mudahnya ia bergerak mengikut syahwat.

Oleh itu, perut yang penuh dengan makanan akan membahayakan hati dan badan. Kenyang yang berlebihan melemahkan kekuatan badan meskipun ia boleh menyuburkannya. Kekuatan badan itu terbentuk berdasarkan zat yang diserapkannya bukan daripada banyaknya dia makan.

Akibat Berlebihan Kenyang

Salah satu akibat berlebihan mengambil makanan berdasarkan perubatan moden adalah kegemukan (obesiti). Kadang-kadang kegemukan ini disertai dengan meningkatnya bahaya penyakit-penyakit pembuluh darah jantung seperti lemah jantung, kenaikan tekanan darah, kenaikan kandungan lemak dalam darah dan sebagainya . Tidak diragukan bahawa pembekuan darah pada pembuluh darah jantung mempunyai kaitan dengan kegemukan.

Sekiranya berat badan bertambah, pelbagai masalah boleh berlaku, antaranya:

  • Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan  jantung)
  • Strok (angin ahmar)
  • Tekanan darah tinggi
  • Batu hempedu
  • Diabetes (kencing manis)
  • Paras kolestral darah yang tinggi
  • Gout
  • Sakit di bahagian bawah belakang badan
  • Sukar bernafas
  • Penyakit hati
  • Barah usus
Hal ini berkait rapat dengan kelebihan mengambil makanan khususnya makanan yang kaya dengan lemak. Ia merupakan masalah yang biasa berlaku dalam masyarakat. Antara cara terbaik untuk merawat kegemukan ialah meningkatkan aktiviti fizikal dengan melakukan senaman.


Bagi wanita, melakukan kerja-kerja rumah juga merupakan senaman yang baik. Bagi lelaki pula, berkebun merupakan senaman yang baik. Sebenarnya banyak lagi senaman yang boleh dilakukan seperti berjalan kaki, menaiki tangga, bersenam, berlari, berjoging, berbasikal, berenang, bermain bola, tenis, berjalan-jalan dan sebagainya. Semua aktiviti ini boleh menyebabkan tubuh kita menjadi sihat dan kuat.
       Wallahu a'lam

Jazakallahu Khairan for your reading this entry !