Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatah !
Eh! Sorry sorry sorry la aku nak ucapkan ni tiga kali. Kerana aku, tak ada masa-masa nak update blog ini. Okey la aku baru pening kerja. Huhu aku mahu berehat banyak-banyak (aku fikir otakku dah menjadi kotor nak basuh sehingga bersih....haha XD).. Sudah la aku nak menulis sekarang tentang resipi ini.
Gulai daging resipi kampung atau dipanggil gulai kampung. Itulah yang disebut dan diajar oleh Ibu dan Mak Ngah semasa aku kecil. "Gulai bodoh," kata mereka.
Ramuannya sama seperti memasak rendang. Ada bawang merah, bawang putih, halia, serai, lengkuas, cili padi serta lada kering. Dimasukkan juga sedikit ketumbar dan jintan manis. Perbezaannya ia berkuah.
Ibu juga memasak daging dengan cara yang ringkas. Ia dinamakan kari daging. Ibu digaulkan daging dengan ramuan bawang merah, bawang putih, halia, dan serbuk kari Baba's atau kari asli. Daging tadi diperap sebentar kemudian ditumis serta ditambah santan. Kebiasaanya, ibu tambahkan kentang, lada merah yang dibelah, daun kari dan tomato sebagai penyeri. Kami makan bersama sayur kuah lemak, ikan masin serta sambal belacan. Itulah adat makanan ala Kelantan. Betul tak?
Ia masakan ringkas tetapi merupakan masakan istimewa kami! Hidangan sebulan sekali ketika aku menerima duit gaji. Begitulah rasa nikmat atau istimewa yang berbeza-beza.
Setelah aku belum berumah tangga, aku dan kawan berpeluang menikmati hidangan sekeping daging bersos lada hitam di restoran yang sangat terkenal (err...err...aku tak ingat nama restoran). Mereka memanggil Beef Steak (bifstik). Subhanallah! Hidangan termewah tetapi aku tak kisah la. Daging sekeping itu pula dimakan tanpa nasi!
Malah saya terfikir, dulu sekeping daging yang sama boleh dimakan sesisi keluarga, hanya sebulan sekali. Tetapi sekarang tak buatnya lagi kerana ibu dan abah ada menghidapi penyakit darah tinggi. Sayangnya aku tak beli daging lagi tetapi kalau adik-beradik nak makan daging, mestilah aku beli.
Berfikir dengan mata hati, tidakkah kita mahu bersyukur dengan nikmat-nikmat yang sentiasa bertambah. Ya Allah, beef steak itu juga merupakan nikmat Allah untuk mereka yang berfikir. Aku tidak pernah berfikir sebenarnya memasak masakan Barat seperti lamb chop, steak (stik) dan roasted beef tidaklah sesusah mana. Jika dilihat daripada tatacara menghias dan harga sepinggan makanan yang dihidangkan di restoran besar dan di hotel-hotel, tentu sekali ia tugas yang sukar dan rumit.
Subahanallah! Barangkali kita berfikir berpuluh kali sebelum mengambil keputusan untuk menjamu keluarga di sana. Hakikatnya dengan sedikit ilmu Allah, nikmat mereka yang mampu makan di restoran mewah boleh dikongsi keluarga di meja sendiri.
Kaedah memanggang honey roasted chicken yang diajar oleh Ibu membuka mata saya. Kemudian - Ibu memberi pelbagai tip menarik yang membuatkan aku lebih beryakinan. Ibu mengajar aku memasak secara peringkat demi peringkat. Ia berbeza dengan ibu yang mengajar aku cara melakukan beberapa perkara secara serentak! Cara profesional Ibu saya. Mengapakah saya menyukai masakan ibu? Kerana masakan ibu sangat enak dimakan sedap dan lazat.. =)
Begitulah, Allah memberikan ilmu yang berbeza-beza antara seorang profesional (Ibu) berbanding dengan chef yang terkenal seperti Chef Wan, Chef Fiona, Chef Ismail, Chef Benny, Chef Oliver dan lain-lain. Ia ilmu yang sangat bermanfaat.
Tip berikut boleh digunakan pada ayam atau daging panggang cara Ibu. Pesannya, buatlah persiapan sehari sebelumnya. Emm... patutlah di negara Barat banyak betul makanan separa masak sejuk beku! Best kalau aku bayangkan masak di negara Eporah.. Sudah la aku nak fikir-fikir itu...
Ibu memberitahu tip pertama, gunakan seketul daging batang pinang. Sediakan bahan dan perapkan pada ayam atau daging. Cucuk sendiri dada ayam atau daging dengan garfu. Perap semalaman di dalam peti sejuk. Bahan perapan akan meresap masuk ke dalam daging.
Tip kedua - makanan bukan sahaja terletak pada rasa. Ia perlu cantik dan menawan mata. Bagi menjadikan daging panggang cantik dihidang, ikat daging tersebut dengan menggunakan tali parcel. Lumurkan sedikit dengan minyak zaitun atau mentega. Kemudian taburkan herba campuran.
Tip ketiga ..... esoknya, keluarkan daging yang diperap beberapa jam sebelum dipanggang. Sementara memanggang, sedaikan sayur-sayuran sampingan dan pemanis mulut sekali.
Masya-Allah! Tabarakallah! Hasilnya,
Roasted Beef
: Bahan-bahan :
1 kg daging batang pinang
2 sudu besar minyak zaitun
: Bahan perap :
1 sudu besar madu
1 sudu besar lada hitam (ditumbak)
Sedikit garam
: Bahan kisar :
1/2 cawan minyak zaitun
5 ulas bawang putih
1 pokok daun pasril
1 sudu kecil rempah Italian mix (daun oregano, rosemary dan thyme)
2 sudu besar mustard powder (jika suka)
: Cara-cara :
1. Gaul rata daging dengan bahan perap. Ikat daging dengan menggunakan tali parcel. Biarkan sekurang-kurangnya 4 jam di dalam peti sejuk.
2. Panaskan saute pan atau kuali di atas dapur dengan api sederhana. Masukkan dua sudu besar minyak zaitun ke dalamnya.
3. Setelah saute pan panas, gorengkan daging yang berikat selama 8-10 minit sehingga terbakar seluruh bahagiandan mengeluarkan air (caramelized).
4. Asingkan dan guna air daging (caramelized) itu sebagai gravy dengan menambahkan sedikit krim atau susu segar.
5. Keluarkan daging dan bungkus menggunakan kertas aluminium lalu pindahkan ke dulang pembakar beralasredai.
6. Panaskan ketuhar dengan 350 F. Sementara itu masukkan bawang putih, rempah Italian Mix, serbuk biji sawi (mustard powder), minyak dan garam secukup rasa ke dalam food processor. Kisar sehingga bahan menjadi pes.
7. Sapu rata bahan pes pada daging. Bakar di dalam ketuhar selama 45 minit atau sehingga masak.
8. Biarkan daging di luar selama 10 minit sebelum dihiris-hirs dan dihidangkan bersama sayur-sayuran kukus (lobak merah, bunga kubis dan kacang pis).
Kebiasaannya, bila disiapkan masak daging dengan rebus atau kukus sayur-sayuran seperti lobak merah, bunga kubis, brokoli dan kentang sebagai makanan seimbang. Masukkan ke dalam pinggan seorang bersama hirisan daging gulang dengan dicurahkan sedikit gravy di atasnya. Ia menjadi lebih bergaya jika dimakan dengan penuh rasa kesyukuran. Itulah dah masaknya dan dinamakan Roasted Beef. Best lagi seronok kalau masak panggang dan saya rasa bahagia melalui masakan ini. Terima kasih banyak Ibu kerana kongsikan resipi ini. =)
Wallahu a'lam
Jazak'Allah Khair for your reading this entry !
Tiada ulasan :
Catat Ulasan