Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatah !
Alamak?! Lama-lama aku tak update blog ini. Huhu. Okey la aku curi-curi sedikit masa untuk menulis entry kali ini waktu dah nak balik di pejabat. Always work.. Pertama kali, sekarang aku nak menulis blog tentang hadis. Segala apa yang ditulis dalam entry ini tiada niat walau selebar sayap nyamuk untuk menyentuh segala jenis sensitif, membangkitkan segala bentuk kontroverasi. Jauh di sudut hati, aku hanya berniat untuk berkongsi dengan rakan-rakan blogger yang dirahmati dan dicintai Allah sekalipun apa yang terbuku dalam lubuk sanubari sejak dulu lagi. Alhamdulillah hari ini dipermudahkan Allah untuk menyusun ayat ini =).
Hari yang paling hebat dalam seminggu ialah Jumaat sehingga Allah S.W.T. menurunkan satu surah lengkap dinamakan Surah al-Jumu'ah. Imam al-Bukhari juga mengkhususkan satu bahagian dalam kitab Sahih al-Bukahri dengan memberi tajuk Al-Jumu'ah yang menghimpunkan 65 buah hadis sahih berkaitan hari Jumaat.
Kehebatan hari Jumaat dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W. dalam sepotong hadis Baginda yang bermaksud: "Sebaik-baik hari ialah Jumaat. Padanya diciptakan Nabi Adam dan dimasukkan serta dikeluarkan dari syurga pada hari Jumaat. Tidak akan berlaku kiamat melainkan pada hari Jumaat." (Riwayat Muslim dan Ahmad)
Baginda juga pernah menyatakan kelebihan hari Jumaat dalam hadis lain, maksudnya: "Padanya ada satu saat, sekiranya seseorang Muslim berdoa ketika itu, Allah pasti akan memperkenalkannya." (Riwayat al-Bukahri, no. 935 dan Muslim, no.1922)
Amalan Hari Jumaat
Selain hadis tersebut, Rasulullah S.A.W. menganjurkan beberapa amalan yang dianggap oleh para ulama sebagai adab-adab yang perlu dijaga dan diamalkan pada hari Jumaat oleh setiap Muslim untuk menghayati kelebihan penghulu segala hari. Berikut disenaraikan beberapa tindakan yang boleh kita lakukan pada hari Jumaat:
1) Membaca surah al-Sajdah dan al-Insan ketika solat Subuh
Abu Hurairah menceritakan: "Rasulullah S.A.W. selalu membaca surah al-Sajdah dan a-Insan ketika solat Subuh pada hari Jumaat." (Riwayat al-Bukhari, no. 891)
Abu Hurairah menceritakan: "Rasulullah S.A.W. selalu membaca surah al-Sajdah dan a-Insan ketika solat Subuh pada hari Jumaat." (Riwayat al-Bukhari, no. 891)
Maka, menjadi satu amalan yang sangat digalakkan kepada imam agar membaca kedua-dua surah ini ketika solat Subuh. Dijelaskan dalam Fath al-Bari antara hikmah membaca kedua-dua surah ini adalah kerana isi kandungannya berkaitan kejadian manusia dan keadaan pada hari kiamat. Jadi, ini bertepatan dengan pada hari Jumaat yang dijanjikan oleh Rasulullah S.A.W. bahawa kiamat tidak akan berlaku selain pada hari tersebut.
Walau bagaimanpun, ulama mengingatkan para imam agar tidak membaca kedua-dua surah tersebut setiap hari Jumaat saban minggu, tetapi hendaklah diselang-seli dengan surah lain kerana dibimbangi masyarakat akan menganggap ia sebagai ibadat wajib.
2) Membaca surah al-Kahfi
Abu Sa'di al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan memberi cahaya kepadanya kedua-dua Jumaat." (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
Abu Sa'di al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan memberi cahaya kepadanya kedua-dua Jumaat." (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
Disunatkan untuk membaca surah al-Kahfi sama ada pada malam Jumaat atau waktu siang pada hari Jumaat. Setiap Muslim yang mengamalkan sunnah ini dinasihatkan agar meneliti satu persatu makna ayat terutama tiga kisah menarik dan penuh iktibar iaitu kisah pemuda al-Kahfi, Nabi Musa berguru dengan Nabi Khidir dan pemerintah hebat bernama Zulqarnain yang sangat takut kepada Allah dalam kepimpinannya.
3) Mandi sunat hari Jumaat
Sebahagian besar masyarakat mengabadikan sunnah ini terutamanya golongan bekerja pada hari Jumaat. Ada yang sangat berkeinginan untuk mengamalkan sunnah kecil yang besar pahala ini, malangnya situasi tidak mengizinkan untuk melakukan.
Sebahagian besar masyarakat mengabadikan sunnah ini terutamanya golongan bekerja pada hari Jumaat. Ada yang sangat berkeinginan untuk mengamalkan sunnah kecil yang besar pahala ini, malangnya situasi tidak mengizinkan untuk melakukan.
Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: "Apabila seseorang hendak pergi menunaikan solat Jumaat, maka hendaklah dia mandai. (Riwayat al-Bukhari no. 877)
Para ulama menjelaskan bahawa mandi disunatkan kepada seseorang yang ingin menunaikan solat Jumaat. Hikmah amalan ini adalah apabila jemaah berhimpun, maka dapat mengelakkan bau-bauan yang tidak menyenangkan kepada ahli jemaah yang lain.
Apabila sunnah ini tidak dipraktikkan, suasana persekitaran dalam sesetengah masjid menjadi tidak selesa untuk beribadah kerana dipenuhi aroma tidak menyenangkan.
4) Mandi Sunat hari Jumaat
Imam al-Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. menyatakan lim golongan yang hadir ke masjid berdasarkan waktu kehadiran masing-masing:
Imam al-Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. menyatakan lim golongan yang hadir ke masjid berdasarkan waktu kehadiran masing-masing:
- Orang yang mandi seperti mandi junub pada hari Jumaat lantas hadir ke masjid, seolah-olah dia telah melakukan korban seekor unta.
- Orang yang pergi ke masjid pada 'saat' kedua, pahalanya seumpama melakukan korban seekor lembu.
- Orang yang pergi ke masjid pada 'saat' ketiga, pahalanya seumpama melakukan korban seekor kambing bertanduk.
- Orang yang pergi ke masjid pada 'saat' keempat, pahalanya seumpama melakukan korban seekor ayam.
- Orang yang pergi ke masjid pada 'saat' kelima, pahalanya sebiji telur.
Dalam riwayat Imam al-Zuhri, Baginda bersabda, mafhumnya: "Apabila imam memulakan khutbah, para malaikat yang mencatat kehadiran para jemaah di setiap pintu akan masuk ke dalam masjid untuk mendengar khutbah."
Justeru, siapa yang ingin menyahut tawaran ini? Siapa yang bersungguh untuk menggapai pahala korban seekor unta yang dijanjikan oleh Rasulullah S.A.W.? Tidakkah kita berasa rugi apabila saban minggu hanya mengutip pahala sebiji telur?
Lebih malang lagi apabila ada yang tidak tersenarai langsung dalam rekod para malaikat kerana hadir ke masjid pada hujung khutbah kedua kerana terlalu sibuk membeli-belah dan menjamu selera. Hanya golongan yang beriman akan berusaha mengejar janji seekor unta yang ditawarkan dan sentiasa rasa bersalah apabila sering terlewat untuk menghadiri perhimpuan mingguan ini.
5) Diharamkan urusan jual beli
Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai orang beriman, apabila diseru azan untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka segeralah (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan melaksanakan solat Jumaat) dan tinggalkan urusan jula beli (pada saat itu). Demikian adalah baik bagi kamu mengetahui (hakikat sebenarnya)." (Surah al-Jumu'ah 62:9)
Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai orang beriman, apabila diseru azan untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka segeralah (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan melaksanakan solat Jumaat) dan tinggalkan urusan jula beli (pada saat itu). Demikian adalah baik bagi kamu mengetahui (hakikat sebenarnya)." (Surah al-Jumu'ah 62:9)
Berdasarkan ayat di atas, haram melakukan jula beli apabila azan berkumandangan dan khatib memulakan khutbah. Pembeli dan penjual akan dimurkai Allah walaupun hanya melibatkan segelas air atau sesuap nasi. Masyarakat perlu memainkan peranan untuk tidak membeli di warung berhampiran masjid, bahkan kedai yang jauh pada ketika itu. Sekiranya mampu untuk menasihati mereka, maka itulah yang terbaik.
Golongan pula perlu memahami bahawa perbuatan tersebut bakal menyebabkan hasil yang diperoleh tidak diberkati Allah. Berhentilah seketika, ia tidak akan menyebabkan perniagaan anda rugi atau bankrap secara keseluruhannya.
Fahamilah, berniaga pada waktu tersebut tidak akan menjadikan anda seorang jutawan yang diberkati Allah. Aku sangat teruja yang apa berlaku perniagaan di Saudi Arab. Mengapakah? Kerana semua Orang Arab sanggup tinggalkan berniaga apabila sudah masuk waktu azan berkumandangan solat Jumaat dan segeralah pergi ke masjid untuk menunaikan solat tersebut. Itulah yang bagus! Lihatlah mereka melakukan, kita bagaimana?
Amalan Sunnah Lain
Rasulullah S.A.W. juga menggalakkan umat Islam agar membersihkan diri pada hari Jumaat dengan mencabut bulu-bulu di badan, memotong kuku, bersugi, mengemaskan misai, meminyak rambut, memakai wangian dan berpakaian bersih serta yang terbaik.
Aku terkenang ketika menuntut ilmu di Masjid Kristal, Terengganu, suasana di sana memuliakan hari Jumaat dengan menjadikan ia hari yang memberikan peluang kepada umat Islam untuk merealisasikan kesemua sunnah.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan