Rabu, 18 Disember 2013

Jom Jemur Kain!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !


Salam 1 Malaysia dan apa khabar semua pembaca blog ini? Sorry sorry sorry I Muhammad Fakhrurazzi Bin Mat sedik, will your host about Dakwah "Mithail".. Hanya aku berkongsi cerita berdakwah ini kepada anda semua.. Insya-Allah, nota ini akan memberi manfaat kepada anda agar mengenali dekatkanlah sebuah Islam..

Matlamat utama manusia mendirikan rumah tangga atau bernikah adalah untuk mengecap kebahagiaan. Ungkapan "rumahku syurgaku" menggambarkan sebuah rumah tangga yang bahagia dan tenang.

66:6

Tidak ada sesiapa yang mengimpikan sebuah keluarga yang kacau, celaka dan porak-peranda. Firman Allah, maksudnya: "Wahai orang yang beriman, jagalah diri dan keluarga kamu daripada api neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu.

Di dalamnya ada malaikat yang kasar dan bengis. Dia tidak mengingkari terhadap apa-apa yang diperintahkan kepadanya dan selalu mengerjakan apa-apa yang diperintahkan." (Surah al-Tahrim 66:6)


Bapa Mithail

Bapa sebagai pemimpin dalam sebuah keluarga memainkan peranan sebagai peneraju untuk mewujudkan keluarga berkonsepkan "rumahku, syurgaku." Namun perkara ini sukar dicapai jika bapa sendiri yang menjadikan keluarga berkonsepkan "rumahku, nerakaku."

Oleh itu bapa perlu menjadi teladan terbaik menepati konsep kepimpinan melalui teladan. Seorang bapa perlu melakukan sesuatu kebaikan terlebih dahulu sebelum  menyuruh ahli keluarga yang lain mengikutinya.

Bapa seperti ini bergelar "bapa mithail". Pimpinan bapa mithail menuntut seorang bapa itu melakukan perkara lebih daripada apa-apa yanh dilakukan oleh orang yang berada dalam jaganya:
  • Ilmu
  • Ibadat
  • Kasih Sayang
  • Kerajinan
  • Keprihatianan
  • Segala hal kebaikan

25:74

Firman Allah S.W.T., mafhumnya: "Dan juga mereka (yang diredai Allah) berdoa: 'Wahai Tuhan kami, berilah isteri-isteri dan zuriat keturunan sebagai perkara yang menyenangkan hati melihatnya dan jadikanlah kami iman ikutan bagi orang yang bertakwa.'" (Surah al-Furqan 25:74)

Jasa Seorang Bapa

Dalam aspek mendidik anak-anak, golongan bapa dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab memastikan:
  • Tingkah laku anak-anak berada di tahap terbaik, di simpang ibu yang memberi bimbingan dan bantuan.
  • Bapa tidak wajar menjadi seperti ketam yang mengejar anaknya berjalan betul. Dia cuba membetulkan anaknya , tetapi dirinya membuat perkara yang susah.

Keunikan keluarga dalam Islam yang mengangkut bapa sebagai pemimpin antara pengiktirafan kepada peranan bapa dalam pembentukan keluarga. Pengorbanan bapa terlalu banyak untuk dihitung. Bapa memainkan peranan penting dalam memastikan kebahagiaan sesebuah keluarga mencukupi dengan memberi nafkah dan pendidikan sehingga anak-anak berjaya.

Golongan bapa tidak dinafikan merupakan orang yang paling istimewa dalam kehidupan anak selain ibu. Jika, anak-anak patut sentiasa berterima kasih kepada bapa kerana membesarkan dan mendidik sehingga mereka berjaya menjadi orang yang berguna. Menafikan sumbangan besar itu merupakan perderhakaan dan berdosa besar.

Sikap sesetengah bapa yang membela anak sendiri yang melakukan kesilapan merupakan satu fenomena buruk yang bakal menjadikan anak itu terus terpesong.

Apabila Sayidatina Aisyah r.ha. ditanya mengenai akhlak Rasulullah S.A.W., beliau menjawab: "Ahklak Rasulullah ialah al-Quran."

Jawapan yang ringkas itu saraf dengan makna yang mendalam. Gambaran ini menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W. mengamalkan akhlak yang disarankan oleh al-Quran dalam kehidupan seharian. Tiada pertentangan dan kompromi.

Keluarga Acuan Islam

Aspek asas dalam pembinaan keluarga bahagia ialah berdasarkan acuan Islam. Mengamalkan Islam secara menyeluruh dalam segenap aspek kehidupan. Bukan mengambil sebahagian, dan meninggalkan sebahagian yang lain.

2:208

Ia menepati Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Masukkan kamu dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu menjadi musuh kamu yang nyata." (Surah al-Baqarah 2:208)

Ayat tersebut menekanan bahawa seorang bapa hendaklah terlebih dahulu menjadi orang yang benar-benar beriman dan mengamalkan Islam dalam segala urusan kehidupan, termasuk dalam urusan keluarga dan pendidikan anak-anak.

Jom Jemur Kain

"Jom jemur kain" menjadi usaha awal seseorang yang bergelar bapa untuk menjadi bapa mithail. Selain kata yang tersurat, ia mengandungi maksud tersirat yang wajar diteliti, direnung maknanya dan dihayati intinya sebelum dipetik hikmahnya satu persatu.

Perkara itu nampak mudah, tetapi tidak semudah yang disangka. Nampak ringan, tetapi tidak boleh dipandang ringan.

Sudah tiba masanya seorang bapa "menjemur kain" supaya perasaan ego berunsur pergi. Sudah tiba masanya seorang bapa "menjemur kain" untuk menjaga "kain sendiri" yang dikhuariti "koyak" di sana dan sini kerana sibuk "menjaga tepi kain orang lain."

Sudah tiba masanya seorang bapa "menjemur kain" supaya dapat menerbitkan kasih sayang yang dibuktikan bukan hanya mainan di bibir.

Jom jemur kain! Jom menjadi bapa mithail! Semoga berjaya dalam cuba terbaik menjadi bapa yang mitahil dan dipermudahkan hajat anda dicapai.. Aku tahu anda BOLEH!

     Wallahu a'lam

Jazakallahu Khairan for your reading this entry !

Isnin, 9 Disember 2013

Kelas Bahasa Isyarat Malaysia (BIM)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

* PENGUMUMAN TERKINI *

Maafkan saya kerana beritahu anda semua dan Kelas BIM akan ditangguhkan kerana tempat Malayisan Relief Agency (MRA) sudah penuh barang untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Pantai Timur. Harapkan anda akan redakan yang aku cakap ini.. Maafkan saya sekali tetapi jangan risau aku akan maklumat Kelas Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) lagi pada masa akan datang cepat semungkin. Insya-Allah =)

Lagipun, kita akan doakan kepada saudara Islam di Pantai Timur agar mereka akan selamat daripada alam bencana yang bahaya.. Tolong doakan jangan lupa ya.. Baru diberitahu kawan aku berada di Pahang, ada berlaku banjir besar dan meminta aku doakan dia dan keluarganya serta mangsa banjir agar beri perlindungan daripada sesuatu yang berbahaya..


Assalamualaikum Warahmtullahi Wabarakatuh !


Salam 1 Malaysia kepada para pembaca blog ini.. Kembali lagi blog ini, kali ini saya akan maklumat tentang tajuk atas ini.. Sebelum ini mulakan, sejak kebelakangan saya sibuk sangat tak ada masa untuk kemaskini blog ini kerana banyak menyertai persatuan walaupun saya dipertanggungjawab sebagai Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.. Huhu peningnya aku la... Tak mudah kehidupan ini walaupun saya ada banyak hal yang diselesaikan.. Aduhayi! Haha >,<

Okey la saya nak beritahu anda semua.. Kelas Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) akan bermula pada minggu depan (14 dan 15 Disember 2013). Kalau anda semua berminat nak belajar bahasa isyarat, silakan boleh datang tapi jangan lupa anda semua beritahu kawan-kawan yang lain..

Baru bulan yang lepas, ramai orang nak menyertai kelas BIM dengan semangat. Saya teruja mereka nak mempelajari dan mengenal Bahasa Isyarat Malaysia (BIM). Mengapakah mereka nak menyertai kelas BIM? Ada sebab tertentu mereka nak menyertai kelas BIM kerana mungkin ada masalah berkomunikasi atau berminat dengan bahasa isyarat.. Siapakah mereka? Dia ialah pelajar Universiti Iskandar (Mesir), seorang jururawat Institut Jantung Negara (IJN), budak sekolah rendah dan menengah dan ramai orang yang aku tak mengingati.. Haha XD

Datang lah dan jom belajar bahasa isyarat! Agar kongsi pengalaman dengan pekak. Kerana aku sudah belajar pengalaman dari orang normal macam anda sekarang.. Macam berkongsi bekerja, isu-isu sekarang yang apa berlaku di Malaysia.. Ok sudah masa, aku nak beritahu kelas Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) dan cuba lihat gambar di bawah..

Details BIM

Kalau anda berminat nak belajar mempelajari Bahasa Isyarat Malaysia, silakan anda kena hantar details ke saya melalui e-mail,clayzeon@gmail.com atau SMS, 01-4292038. Tetapi jangan lupa anda kena menulis dalam e-mail:
  1. Tulis subjek: Kelas Bahasa Isyarat Malaysia (BIM).
  2. Tulis nota, please nama anda, e-mail anda dan telefon anda, nanti aku jelaskan maklumat lanjut.
  3. Pastu click baru hantar. Dan tunggu aku balas mesej anda.
Aku cakap ceritakan pada hari ini saja itu. Terima kasih untuk diberi masa anda untuk membaca entry ini. Harapkan anda datang untuk belajar Bahasa Isyarat Malaysia (BIM).
      Wallahu a'lam

Jazakallahu Khairan for your reading this entry !

Jumaat, 25 Oktober 2013

Raih Keampunan dengan Memaafkan

Assalamualaikum Warahamtullahi Wabarakatuh !


Orang yang bijaksana sering berpesan: "Hidup terlalu singkat untuk membenci." Mengapa? Jika hidup dicengkam rasa benci, segala kebaikan akan terhenti. Kita akan gagal menjadi orang yang baik, dan jauh sekali dapat memberi kebaikan. Keceriaan, kegigihan dan ketabahan akan pudar dimamah kebencian.

Jika demikian, apa ertinya hidup? Hidup yang singkat bertambah singkat jika diri didominasi sifat benci. Orang yang penuh kebencian umpama bangkai bernyawa yang menghadapi kehidupan dengan rasa penuh rasa kecewa dan putus asa.

Cara mengusir kebencian dari hati ialah dengan memberi maaf. Maka kerap diperingatkan bahawa memaafkan orang lain seperti memaafkan diri sendiri! Ya, hanya dengan memaafkan, api kemarahan, kekecewaan, dendam kesumat yang meragut ketenangan akan terpadam. Hanya mereka yang memberi maaf sahaja layak merasai bahagia dan meraih kemuliaan. Siapa yang inginkan kemuliaan, berilah maaf.

Allah Maha Pemaaf, Kita?

Allah tidak jemu-jemu memaafkan kesalahan hamba-Nya. Asalkan kita sudi meminta maaf kepada-Nya iaitu dengan beristighfar dan bertaubat. Bukankah Allah telah berfirman, maksudnya:

39:53

"Katakanlah (wahai Muhammad), wahai hamba-Ku yang melampaui batas dalam kecelakaan dirinya sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah (pengampunan-Nya). Sesungguhnya Allah sudi mengampuni segala dosa. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Penyayang." (Surah al-Zumar 39:35)

Lalu siapakah kita jika dibandingkan dengan Allah untuk bersikap terlalu ego dengan tidak memaafkan kesalahan orang lain? Sesungguhnya manusia yang lebih wajar memberi dan meminta maaf.

Apakah kita terlalu suci, baik dan sempurna sehingga kita boleh memaafkan kesalahan orang lain? Sedangkan Allah yang Maha Agung pun sudi memaafkan kesalahan hamba-Nya, apatah lagi kita. Allah sudi mengampunkan bukan sekali, tetapi berkali-kali. Allah tidak pernah jemu mengampunkan dosa selagi kita tidak kecewa dan berputus asa dengan rahmat-Nya.

Sebesar-besar dosa manusia, besar lagi pengampunan Allah. Malah keampunan-Nya sentiasa mendahului kemurkaan-Nya. Jadi atas alasan apakah lagi untuk tidak memaafkan?

Maafkanlah kesalahan sesama kita, agar mudah kita bicara kita di mahkamah keadilan-Nya. Allah Maha Penyayang. Allah suka kepada orang yang penyayang. Allah Maha Pemaaf dan suka kepada orang yang memaafkan. Maafkanlah agar diampunkan.

Oleh kerana kasih sayang-Nya, Allah tetap sudi mengampunkan dosa orang yang bertaubat. Kerana mengharap kasih sayang itu jugalah kita seharusnya berusaha memaafkan kesalahan orang lain kerana mengharapkan keampunan-Nya

Sebagai hamba Allah, kita memaafkan kesalahan orang lain bukan kerana mengharap balasan manusia, tetapi kerana itu ialah perintah Allah. Berbuat baiklah kepada manusia demi mengharap keredaan Allah. Mengapa kita rasa terlalu "besar" untuk tidak memaafkan? Apakah kita yang memberikan manusia rezeki? Apakah kita yang memberi mereka hidayah? Apakah kita yang menyembuhkan dia daripada sakit demamnya?

Insaflah, Allah yang telah memberikan segala-segalanya untuk kita dan mereka. Jadi, jika Allah yang begitu besar jasanya sudi memaafkan, apatah hak kita untuk berbuat sebaliknya?

Allah yang Maha Mulia lagi Maha Agung pun bersifat Maha Pemaaf. Perhatikanlah sekian banyak nama Allah yang sinonim dengan sifat pemaaf:


Sepintas lalu nama-nama mulia ini sama sahaja maksudnya. Hakikatnya setiap satu nama mempunyai kedalaman dan keluasan maksud yang berbeza lalu menyempurnakan antara satu sama lain.
Maafkan insan, agar diampuni al-Rahman "Hendaklah mereka memaafkan dan melupakan kesalahan. Tidakkah kamu suka jika Allah mengampunkan dosa kamu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih." (Surah al-Nur 24:22)
Jangan Sekali-kali Berputus Asa

Cuba bayangkan kasih sayang Allah. Sekalipun seseorang itu berdosa, kemudian bertaubat, berdosa dan bertaubat lagi tetapi kembali berdosa agar jangan sekali-kali putus asa untuk bertaubat lagi. Mana tahu malaikat maut mencabut nyawanya ketika dia sedang bertaubat atau sedang dalam perjalanan menuju satu taubat!

Allah Maha Pemaaf. Sekalipun si hamba datang dengan dosa sepenuh langit dan bumi, sebanyak pasir di pantai atau air di lautan, Allah akan mengampunkannya.

2:222

Bahkan Allah bukan sekadar mengampunkan, malah menyayangi pendosa yang bertaubat daripada dosanya. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyayangi hamba-Nya yang bertaubat." (Surah al-Baqarah 2:222)

Belajar Memaafkan Insan

Katakanlah kepada diri sendiri: "Betapa sukar sekalipun, aku mesti memaafkan."

Tidak dinafikan ada orang yang "suka" menimbulkan kemarahan. Tingkah lakunya, tutur kata atau sikapnya begitu menjengkelkan dan menyakitkan hati kita. Kita cuba menahan rasa dan memujuk jiwa untuk memaafkannya, namun kesalahannya masih terbayang.jua. Hendak melupakan? Ah, jauh panggang dari api. Sekadar hendak memaafkan pun begitu berat rasanya, apalagi melupakan.

Apabila kita dihantui oleh perasaan sebegini, ingatkan diri bahawa Allah sedang menguji kita. Hakikatnya Allah sedang mendidik kita melalui kerenah manusia lain. Allah sedang menguji sejauh mana cinta kita kepada-Nya melalui kerenah hamba-Nya.

Pada ketika itulah teruji sejauh mana kita dahagakan keampunan Allah. Jika keampunan Allah lebih bernilai, maka kita akan memberi maaf.

Sebaliknya, jika ego diri lebih mahal, maka kita tidak akan memberi maaf. Maka apabila kita diuji sebegitu, katakan pada diri: "Oh, Tuhan. Engkau sedang mengajarkan aku erti kesabaran dan mendidik aku supaya menjadi seorang pemaaf!"

Lupakah kita kepada anjuran Allah supaya membalas kejahatan dengan kebaikan? Tidakkah kita ingat betapa Rasulullah telah bersabda, maksudnya: "Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi diri sendiri." (Riwayat Muslim)

Jika benar-benar kita beriman, maka sewajarnya tidak ada halangan besar untuk memaafkan kesalahan manusia demi mendapat keampunan Allah.

Sejarah Agung Insan Pemaaf

Oleh sebab itulah apabila kita menyingkap sejarah kehidupan orang yang akrab dengan Allah terutamanya Rasulullah, kita akan terkesima melihat betapa pemaafnya mereka.

Ketika diusir dan dibaling dengan batu di Taif, Rasulullah bukan sahaja memaafkan malah mendoakan agar zuriat penduduk Taif beriman kepada Allah pada suatu hari nanti.

Itulah sikap Rasulullah ketika memulakan dakwah di Makkah. Barangkali terlintas di benak kita: "Mungkin itu pendekatan terbaik pada ketika itu, Nabi belum berkuasa."

Fath Makkah menafikan sangkaan sebegitu. Imbaslah kembali tindakan Rasulullah terhadap penduduk Makkah semasa peristiwa bersejarah tersebut. Baginda menjadi pihak yang berkuasa.

"Pergilah, sesungguhnya kamu semua bebas!" Dengan ucapan itu, Rasulullah memaafkan mereka yang pernah menuduh Baginda dengan bermacam-macam tuduhan, menyekat bekalan makanan dan minuman, menyeksa, menyakiti, memerangi dan berkomplot membunuhnya. Subhanallah, betapa pemaafnya Nabi.


Sesungguhnya hanya orang yang berjiwa besar mampu memberi maaf. Terbukti Rasulullah sangat berjiwa besar kerana berjaya memberi maaf ketika mampu membalas!

Sikap Rasulullah itu sangat berbeza dengan lain-lain para-para pemimpin di dunia. Lihat betapa banyak korban yang berlaku akibat perbuatan balas dendam dalam Revolusi Perancis, Revolusi Bolsyevik di Rusia dan Revolusi Kebudayaan di China. Atas nama keadilan, mereka membalas kezaliman dengan kezaliman.

Rasulullah tidak. Baginda membalas kejahatan dengan kebaikan. Akhirnya terbentuklah perpaduan yang sangat kukuh dalam kalangan umat Arab sehingga melayakkan mereka menjadi pembina empayar.

Pemaaf Berjiwa Besar

Orang yang berjiwa besar ialah orang yang punya iman yang sangat tinggi kepada Allah. Hati orang beriman sangat kebal. Diri dalamnya menentukan respons luarannya. Dia tidak mudah terusik, tergores atau tercalar oleh kerenah insan.

Orang begini sangat mudah memaafkan malah melupakan kesalahan orang lain. Sebaliknya orang yang berjiwa kecil sahaja sukar memaafkan. Hatinya mudah diperkotak-katikkan kerana hidupnya dikawal oleh sesuatu yang datang dari luar dirinya!

Tegasnya, jika ditanyakan mengapa seseorang sukar memberi maaf? Jawabnya, kerana sifat ego, dendam, marah, hasad dan sangka buruk yang sedang mencengkam dirinya. Orang begini terhijab daripada merasakan keagungan Allah.

Sayangnya sekali, apabila kerenah manusia dirasakan lebih besar daripada keampunan Allah. Mereka umpama orang yang terhalang menikmati keindahan bunga mawar kerana asyik melihat durinya!

Berbeza dengan orang yang berjiwa besar seperti Sayidina  Abu Bakar al-Siddiq. Beliau pernah bersumpah untuk tidak membantu seorang saudaranya, Mistah kerana terlibat dalam peristiwa hadis al-ifk. Peristiwa ini merujuk kepada kisah Sayidatina Aisyah yang difitnah mempunyai hubungan sulit dengan orang lain.

Apabila turun ayat al-Quran yang membersihkan Saydatina Aisyah daripada tuduhan keji tersebut, Abu Bakar bersumpah untuk tidak memberi bantuan kewangan kepada Mistah. Sikap Abu Bakar ini ditegur oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud:

24:22

"Dan janganlah orang yang berharta serta lapang hidupnya dalam kalangan kamu bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang miskin serta orang yang berhijrah pada jalan ke Allah. Dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang itu. Tidakkah kamu suka Allah mengampunkan dosa kamu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Nur 22:24)

Apabila mendengar ayat ini Sayidina Abu Bakar terus memaafkan, malah menyambung semula bantuan yang pernah diberikan kepada saudaranya. Inilah kehebatan manusia yang segala fikiran, perasaan, pertimbangan dan keputusan hanya difokuskan untuk mendapat keredaan Allah. Bagi mereka soal kemarahan, kekecewaan dan rasa terkilan dalam hati sangat kecil berbanding keampunan Allah.

memaafkan orang lain ialah cara hidup orang soleh. Inilah sifat orang bertakwa seperti yang digambarkan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

3:134

"Orang yang menafkahkan hartanya pada waktu lapang mahupun sempit, orang yang menahan marahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Allah suka orang yang berbuat kebajikan." (Surah Ali 'Imran 3:134)


Memberi Maaf Punca Ketenangan

Memberi maaf akan memberi ketenangan bukan sahaja untuk rang lain tetapi buat hati kita sendiri. Percayalah, kebencian dan kemarahan kita terhadap seseorang lebih menyeksa diri sendiri berbanding orang yang kita marahkan. Kemarahan umpama "bom jangka" dalam diri yang menunggu saat untuk meledak.

Maka untuk mendapat ketenangan dalam hidup, berilah maaf. Kata ahli psikologi, apabila kita memaafkan barulah kita "bebas" daripada belenggu individu, peristiwa dan keadaan yang kita marahkan itu. Selagi belum memaafkan, selagi itulah apa-apa yang kita marahkan melekat pada diri kita.
"Kemarahan itu api yang panas dan membahang dalam diri. Kemaafan pula umpama salji dingin yang akan memadamkannya."
Islam menuntut kita memaafkan sekalipun musuh. Apatah lagi saudara seiman. Ingat, kita tidak bahagia. Sesungguhnya, bahagia itu bukan dengan menerima, tetapi dengan memberi.

Memberi itu pula tidak terhad pada keperluan fizikal dan material tetapi keperluan jiwa dan emosi. Antara keperluan jiwa manusia yang sangat penting ialah dimaafkan! Tanpanya, hidup akan menderita kerana diburu oleh rasa bersalah.

Maaf Tamat Tempoh

Anehnya kita sukar memaafkan orang yang hidup. Kita lebih mudah memberi maaf kepada orang yang telah mati. Sedangkan maaf itu sebenarnya lebih penting untuk orang yang masih hidup. Bayangkan, orang yang kita disayangi tiba-tiba meninggal dunia dan kita tidak sempat memaafkan. Akan tenangkah hati kita ketika ditinggalkan buat selama-lamanya, sedangkan masih ada yang "tidak selesai" antara kita dan dia?

Atau boleh jadi kita sendiri tiba-tiba meninggal dunia terlebih dahulu. Bolehkah kita kembali dengan tenang sebelum memberi maaf kepada orang lain?

Oleh itu, jangan bertangguh lagi. Maafkanlah. Kerana tanpa maaf, kita pasti akan diburu rasa bersalah sepanjang hayat. Rasa bersalah yang akan dibawa hingga mati.

Betapa ramai suami yang kematian isteri, terseksa jiwanya akibat tidak memaafkan isterinya yang tiba-tiba mati dalam satu kemalangan yang tiba-tiba mati dalam satu kemalangan yang tidak disangka-sangka. Mintalah maaf dan berilah maaf, jika benar kita sedari bahawa mati itu datang tiba-tiba!

Perbandingan Tahap Kebolehterimaan Maaf



Satu penyelidikan telah dijalankan terhadap penghuni rumah-rumah sakit jiwa. Hasil penemuan itu sangat mengejutkan. Didapati, orang yang pemurah jarang menjadi penghuni rumah sakit jiwa.

Ini bermakna kebanyakan penghuni rumah sakit jiwa ialah orang yang kedekut. Dalam kata lain, orang yang tidak mahu memberi. Mereka tertekan kerana tidak disayangi atau tidak diendahkan. Barang kali mereka terlupa bahawa punca mereka tidak disayangi atau menyayangi atau mengendahkan orang lain terlebih dahulu.
        Wallahu a'lam

Jazak'Allahu Khairan for your reading this entry !

Ahad, 21 Julai 2013

Resipi Utama Perpaduan

Assalamualaiku Warahmatullahi Wabaratakuh !


Dalam isu lalu, penulis menyentuh perihal kepentingan mempunyai kemahiran menangani kepelbagaian dalam sesebuah komuniti yang heterogenous dan majmuk. Pegangan agama dan anutan kepercayaan adalah satu aspek kepelbagaian yang mesti ditangani sebaik mungkin agar tidak tercetus persengketaan dan permusuhan yang boleh memusnahkan kehidupan bermasyarakat.

Namun, sejarah dunia menunjukkan betapa banyak peperangan dan rusuhan yang tercetus atas nama agama dan perjuangan mempertahankan kesucian agama. Sekalipun sama warna kulit dan pertuturan bicara dalam kelompok manusia yang tinggal berjiran dalam lokasi geografi yang sama, namun atas dasar kelainan kepercayaan dan anutan agama, banyak nyawa terkorban atau cedera.


Tidak hairan sekiranya ramai pencinta kedamaian menuntut agar agama tidak dijadikan pemisah dan pencetus konflik. Lalu, timbulkan aliran pemikiran yang menuntut agar agama diketepikan daripada kehidupan manusia.

Dalam lrirk lagu Imagine dendangan kugiran terkenal, The Beatles,, sekitar tahun 60-an;, ia menyeru manusia berimaginasi alangkah damainya kehidupan di dunia ini kiranya tiada faktor-faktor pemisah seperti sempadan geografi negara dan juga agama

Imagine there's no counties
It isn't hard to do
Nothing to kill or die for
And no religion too
Imagine all the people
Living life in peace.......



Penjelasan Usaha Menangani Kepelbagaian

Kepelbagaian agama ditangani dengan tiga pendekatan yang sama sebagaimana yang diterangkan dalam artikel dulu. Pendekatan tersebut berdasarkan tanggapan sama ada kepelbagaian tersebut adalah suatu liabiliti yang mesti ditolak dan diperangi, keadaan yang diterima demi keharmonian bersama atau kekuatan yang mesti diraikan.

Berikut dinyatakan penjelasan bagi tiga pendekatan yang terdapat dalam kalangan manusia untuk menangani kepelbagaian agama:

1.     Taksub

Ketaksuban menonjolkan identiti dan citra beragama membawa sesuatu kelompok agama yang menganggap diri lebih suci, mulia dan terpuji di sisi Tuhan jika dibandingkan dengan kelompok agama yang lain.

Sikap "exclusivism" ini menebal dan menjadi penghalang untuk sebarang usaha integrasi dengan penuntut agama lain. Malahan kelompok ini tidak teragak-agak untuk bertindak "menghalalkan" darah dan nyawa golongan lain untuk dibunuh demi menjaga kepentingan dan kesucian agama mereka.

Peristiwa tragedi berdarah Kosovo dan Ambin-Maluku masih segar di ingatan manusia tentang kepelbagaian agama menjadi pencetus kepada perang saudara yang kejam, ganas dan bermaharajalela. Rejim kejam Zionis Israel sekian lamanya menganggap diri mereka manusia suci, sedangkan golongan bukan Yahudi yang lain hanyalah sekadar goyim atau manusia lembu (human cattle)!

2.     Inklusivisme

Terdapat kelompok agama yang bersifat lebih sederhana dan dianggap inklusivisme. Sikap bertoleransi, mesra, tidak kekok ataupun canggung disemai dan dipraktikkan sesama penganut agama berbeza yang tinggal dalam satu komuniti.

Demi menjaga keharmonian, setiap kelompok agama berhati-hati menjaga batasan serta sensitiviti. Kebiasaannya, setiap kelompok agama akan tetap berasa agama mereka paling tinggi dan berada di atas landasan kebenaran.

Tidak muslihat keharmonian ini akan tergugat sekiranya ada individu atau kelompok yang bertindak mencemuh, menghina atau memperkecilkan kelompok lain. Tindakan tersebut akan menghasilkan tindak balas negatif daripada pihak yang diperkecil, dan akhirnya membawa kepada ketegangan, permusuhan dan persengketaan.

3.     Pluralistik

Pendekatan kelompok ini lebih menjurus kepada "meraikan" kepelbagaian agama. Munculkan pendekatan pluralistik yang boleh diringkaskan sebagai: "Wujudnya satu Tuhan, namun pelbagai jalan menuju kepadanya."

Kelompok ini menganggap beberapa jalan yang dikenali sebagai agama lebih memperjelas sistem kepercayaan yang mempunyai ciri-ciri khusus yang perlu diamalkan oleh penganut agama  tersebut untuk sampai kepada kebenaran ketuhanan. Pendekatan ini dijuling sebagai satu-satunya cara untuk menggapai keamanan dan kedamaian di dunia yang sentiasa bergolak ini.

Setiap kelompok agama dilarang menonjolkan kehebatan dan kelebihan agama serta menzahirkan syair agama masing-masing. Sebaliknya, harus turut meraikan hari kebesaran dan perayaan agama kelompok lain untuk menunjukkan semangat setia kawan dan muhibah.

Natijahnya, berlaku satu proses "neutralisasi" terhadap nilai beragama sehingga mendorong manusia tidak lagi berusaha mengekalkan identiti agamanya kerana bimbang dianggap fanatik dan ekstremis oleh rakan-rakan.

3.     Eksklusif dan Inklustif

Pemikiran pluralistik ini semakin menular dalam kalangan generasi muda hari ini semi satu misi perkongsian hidup tanpa sengketa dan perbalahan. Kepercayaan agama di anggap satu pilihan yang menjadi hak asasi individu dan tidak boleh dipaksa.

Ia juga menjadi slogan popular yang dicanang oleh pemimpin dunia sebagai satu kaedah penyatuan dan perpaduan masyarakat majmuk. Perkahwinan campuran antara agama menjadi manifestasi kepada pegangan pluralistik ini. Akibatnya, terhakislah keimanan, kecintaan serta identiti agama seseorang.

Manifestasi Islam yang syumul memperincikan pendekatan yang tidak tergadai iman dan cinta beragama yang menjadi identiti selama ini. Islam tidak terdorong perpecahan dan perbalahan atas nama agama, melainkan berlaku ugutan dan usaha jelas permusuhan yang menggugat keselamatan nyawa dan harta benda.


i.   Tanpa kompromi dalam akidah

Islam menggariskan pendekatan eksklusif tanpa kompromi dalam aspek akidah dan kepercayaan. Al-Quran menekankan perlu bertegas menzahirkan keimanan dan keyakinan umat Islam terhadap keesaan Allah S.W.T. sebagaimana yang terdapat dalam surah al-Kafiruan.

Ketegasan menzahirkan akidah yang sahih mesti dipegang oleh umat Islam apabila berhadapan dengan kelompok agama lain. Umat Islam tidak harus takut atau ragu-ragu untuk menyatakan ketegasan ini semata-mata untuk menjaga hati kelompok agama lain.

Dengan akhlak yang baik dan pendekatan secara berhikmah, umat Islam mesti menyatakan pendirian tegas mereka apabila berhadapan dengan persoalan mengenai kepelbagaian agama. Kejelasan fikrah terhadap akidah yang satu ini akan melahirkan individu dan keluarga Muslim yang mantap jati diri dan citra, tidak kabur dan terumbang-ambing.

ii.   Meraikan kepelbagaian agama

Dalam hubungan sesama manusia, Islam mengambil pendekatan yang amat inklusif dan meraikan kepelbagaian yang wujud demi melahirkan suasana perpaduan yang aman damai. Islam menggalakan sikap hormat-menghormati dan rasa kasih sayang untuk disemai dengan subur dalam kalangan kelompok yang berlainan agama.

Rasulullah S.A.W. telah banyak menunjukkan contoh teladan kepada umat Islam untuk berhadapan dengan kelompok agama lain.

Umat Islam dilarang mencemuh dan menghina sembahan serta ritual agama lain kerana dibimbingi mencetuskan reaksi balas yang negatif, dan seterusnya membawa persengketaan yang berpanjangan sebagaimana yang terdapat dalam ayat 108 surah al-An'am.


Betapa dunia hari ini memerlukan pendekatan yang ditonjolkan oleh Islam demi menjamin kesejahteraan dan perpaduan bersama.
      Wallahu a'lam

Jazak'Allahu Khairan for your reading this entry !

Khamis, 11 Julai 2013

Kagumnya Part 2.....

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !


Selamat kembali aku ada masa lapang untuk nak update ceritakan yang baru. Sudahkah pernah membaca posting yang lepas, "Kagumnya Part 1...."? Sebenarnya kalinya ini entry panjang-panjang ceritanya, so aku nak shortly yang mudah difahami. Kalau entry ribuan banyak cerita, mestilah bosan la. Betul tak? Haha XD

Okey la sudah masa sekarang aku nak ceriatakan tentang "Kagumnya Part 2..." Nak mana bermula aku nak ceritakan ini? Malaysian Relief Agencies (MRA) akan mengajak golongan Persatuan Ibu Bapa dan Penjaga Anak-anak Pekak (PESIBA) untuk mempelajari bab memasak! Baguslah kita kena belajar mempelajari bab memasak dengan tips sihat dan seimbang. Tapi sangat penting, mestilah menjaga pemakanan seharian. So, please you cannot eat junk food, fat food, and others. Why? It can do you change FAT!

Semuanya disebabkan MRA akan menbalas jasa kepada PESIBA. Kerana PESIBA sudah berjaya dan berusaha menjayakan program Kelas Bahasa Isyarat Malaysia dengan lancar. Aku kagum dan baru faham mengapakah mereka berminat pada Bahasa Isyarat Malaysia. Cukuplah aku cakap lain, aku akan bersambung cerita bab memasak.

Pada waktu pagi yang indah dan masa itu sesuai untuk belajar bab memasak. Sebenarnya aku tak pergi ke MRA kerana aku ada hal penting dengan keluarga. So. sayangnya aku terlepasnya tetapi I'm fall love to cokking. I'm crazy to interesting cooking because I have focus new (modern) recipe not old recipe but must eat cooking to take care health. Not more than salt and sugar too oil. Bahaya tau la. Mereka akan ceritakan kepada aku yang ada berlaku di sana. Bila mereka ceritakannya dengan bangga, aku berasa geram kerana tak dapat melihat dan menikmatinya.

Aku tak kisah pasal ini kalau terlepasnya. Cuba bayangkan kalau anda tahu memasak, duit akan jimat dan simpan banyak? Anda pernah tak perasaan kalau anda membeli makanan di luar setiap hari? Bosan tak? Dia jenis seorang yang tak suka boros.

Okey la sudah aku cerita topik lain. Sorry sorry sorry aku kata itu tiga kali. Alamak giler aku fikir lain macam pula. Sekarang aku nak ceritakan tentang bab memasak. Bila aku tengok gambar MRA-DCD aktiviti bab memasak, seronoknya mereka. Jom melihat gambar-gambar bab memasak di bawah. Lihatlah dengan rasa bernikmati.

 Gambar itu menunjukkan mempelajari bab memasak. Peserta-peserta nak menyertai dan sibuk memasak bersungguh-sungguh. Apa bab memasak dalam gambar itu ialah Kek Talam, Wafel dan Kek Coklat Kukus. Semuanya makanan itu sangat sedap. Yummylicious!!

Masa dijalankan mempelajari bab memasak, ada sesetengah peserta tak tahu bagaimana nak memasak, silap-silap masuk bahan-bahan, dan takut pada minyak nak kacau atau macam lain yang penyakit ganjil "fobia" terhadap memasak. Tetapi sebenarnya saya tak tahu apa berlaku di sana kerana saya tak ada di sana. Haha...

Sudah ceritakan ini panjang2, macam aku ciptakan sebuah cerita. Haha, so akan nak pendek ceritakan. Tengok gambar itu dijalankannya di bawah.

Gambar yang besar dari segi kiri ke kanan, Puan Fauziah dan Siti Nurraihan menunjukkan menjelaskan bab memasak kerana mereka mahir memasak. Gambar kecil di bawah dari segi kiri ke kanan, peserta sedang memotong sayur jadikan hiasan, nak kacau menggoreng, buat aduan wafel dan juga sibuk memotong. Gambar kecil di atas, peserta sedang tengok chef sedang sibuk memasak, memberi cara untuk memasak dan didengar oleh Ibu Siti Nurraihan, Puan Rogayah.

Selain cerita itu, MRA akan buat jamuan dari perniagaan makanan segera kepada sesiapa yang terbuka dan berminat buat business dan golongan PESIBA akan datang untuk mendengar taklimat perniagaan. Apakah dan namakah itu perniagaan makanan segera? Nak tahu? Mat Salai Sdn Bhd itu perniagaan makanan segera seperti burger tapi aduan dan perasa makanan yang lain. Pergi tengok gambar itu di bawah.

Gambar itu dari segi pusingan masa, Encik dari Persatuan Buta Malaysia (aku tak ingat nama dia). Sorry. Dia ceritakan tentang orang OKU ada business dan untung yang banyak dan lumayan. Dia kagum kepada orang OKU sudah berjaya buat business. Dia sangat mensyukuri sesiapa yang sanggup menolong buat business. Encik dari perniagaan Mat Salai Sdn Bhd (aku juga tak ingat namanya...haha). Peserta-peserta sedang mendengar dari penceramah yang berdiri dalam gambar itu. Akhirnya, Encik dari MRA nak sanggup menolong kepada sesiapa berminat nak buat business.

Bila aku melihat pekerja Mat Salai sedang memasak yang cara lain. Aduan burger dia yang berbeza bentuk. Anda semua tak pernah dengar tentang Burger Mat Salai? Lamanya mereka buat. Ini sama rupa dengan Burger Abang Burn tetapi ada sikit berbeza dari memasak. Bila kau makan burger Mat Salai, aku rasa sedapnya rangup lembut dalam daging ayam dan lembu serta juga ada kambing.

Gambar itu menunjukkan cara dimasak burger Mat Salai oleh pekerja. Cita rasanya sikit berbeza kerana burger masukkan sos lada hitam macam Samurai McDeluxe Beef or Chicken. Lamanya biarkan burger rebus sehingga dihidu burger. Lihatnya sedap burger...yummylicious!

Aku kagum yang apa berlaku MRA buat laksanakan berusaha menjayakan program kepada masyarakat terbuka seperti PESIBA dan lain-lain. Mestilah aku gembira kerana MRA banyak menolong kita kalau kita ada masalah apa-apa yang dihadapi belum selesaikannya.

Aku kagum lagi kepada MRA kerana MRA mampu menyelesaikan masalah apa jua yang dihadapi dengan pilihan bijaksana dan baik. Oleh sebab itu, aku bekerjasama dengan MRA untuk laksanakan sebuah program pada masa datang.. Tunggu dari kita ya...haha. Itulah ceritakan ini sahaja tetapi ceritakan belum habis. Insya-Allah aku akan bersambung ceritakan aktiviti riadah di Putrajaya pada masa datang.
       Wallahu a'lam

Jazak'Allahu Khairan for your reading this entry !

Rabu, 3 Julai 2013

Kebencian boleh Memusnahkan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !


Kebencian boleh membunuh kerasionalan. Sejarah membuktikan betapa kebencian orang Melayu kepada penjajah menyebabkan lahir segelintir golongan yang memilih komunis (Parti Komunis Malaya) sebagai cara berjuang menegakkan keadilan, sedangkan komunis bukanlah ideologi dan parti yang lebih baik daripada penjajah masa itu.

Ketidakmatangan ini boleh berulang jika bangsa Melayu kini tidak mempunyai ilmu yang cukup dalam menghadapi situasi politik. Jangan sampai kebencian mengundang pihak ketiga menangguk di air keruh.

Cuba lihat tulisan Mu'awiyah kepada raja Kristian apabila kerajaan Kristian cuba mempengaruhinya bagi menjatuhkan "rival" politik Sayidina Ali r.a.:

       "Saya tahu kamu menganggap pemerintahan Ali lemah, dan memutuskan untuk menyerangnya kerana beranggapan Mu'awiyah tidak akan membantu Ali.

       "Demi Allah, sangkaan kamu itu salah, kerana ia masalah 'ghairat" Islam. Jika kamu berani menyerang Ali maka Mu'awiyah akan berdiri di barisan paling hadapan antara tentera yang berperang di pihak Ali!"

Mungkin sudah tiba masa wujud aliran ketiga dalam senario politik Melayu, iaitu golongan yang boleh dan mampu berpolitik secara matang dan profeisonal dalam bidang masing-masing, malah mereka yang lebih berobjektif, rasional dan "gentlemen" dalam menghadapi perbezaan pegangan politik. Namun keprihatinan, kesetiaan dan komitmen mereka terhadap agama, neggara dan bangsa tidak diragukan.

Aktiviti politik mereka mungkin terhadpada musium pilihan raya. Tetapi sebaik sahaja rakyat membuat keputusan dan pembentukan kerajaan (pusat atau negeri) disahkan oleh perlembagaan, mereka perlu bekerja dengan tekun, disiplin dan amanah di sektor yang dipertanggungjawabkan.

Jika dasar yang mereka dukung dirasakan tidak sesuai, ia bukan alasan untuk mensabotaj kerajaan dari dalam, sebaliknya ditegur dan diperbaiki mengikut peruntukan dan peraturan yang sedia ada. Jika masih tidak berjaya, mereka akan "berpolitik" menggunakan kuasa undi yang ada di tangan mereka pada pilihan raya akan datang.

Mereka mungkin mempunyai satu persepi bebrbeza dengan mengetengahkan satu keyakinan satu baru bahawa tidak ada parti politik yang boleh mendakwa "survival" bangsa Melayu terletak pada parti tersebut, tetapi "survival" parti tersebut yang bergantung kepada orang Melayu.

Tidak tepat jika bangsa Melayu cuba dimajukan secara reaktif dengan saranan menyandarkan kekuatan kepada "public victory" (pada parti). Seharusnya mereka dibangunkan secara proaktif dengan "personal victroy" (kekuatan diri) terlebih dahulu.

Parti Kongres ditinggalkan apabila rakyat India melihat Kongres hilang upaya disebabkan masalah dalaman. Parti Kaomintang yang begitu berjasa ditinggalkan oleh rakyat Taiwan apabila dilihat kurang demokratik terhadap generasi baru negara. Begitu juga Golkar di Indonesia, LDP di Jepun dan di mana-mana jua.

Hakikatnya, parti hanya satu jalan kecemerlangan bangsa, manakala agama dan negara adalah matlamat. Matlamat hanya satu, tetapi jalan mencapainya banyak. Bangsa yang bijak tidak akan menggunakan satu jalan sahaja untuk menuju matlamatnya.

Asalkan peluang diberikan, sarana logistik memadai, prinsip asas Islam serta kepentingan bangsa dan peraturan negara dapat dijaga, maka mereka bekerjasama dengan sesiapa sahaja untuk membina kecemerlangan.

Tangani perpecahan dengan cara yang lebih matang, diplomasi dan intelektual. Inilah yang berlaku dalam kalangan profeisonal, pendakwah dan tenaga kerja Islam ketika berbeza politik antara Mu'awiyah dengan Ali. Yang "bergaduh" atas ijtihad masing-masing hanya kedua-dua pemimpin tersebut, tetapi masyarakat Islam terus menumpukan peranan masing-masing.

Sejarah membuktikan perkembangan dakwah, ilmu pengetahuan, empayar Islam dan kemajuan lain tidak terhenti sekalipun berlaku peperangan antara kedua-dua sahabat besar itu.

Teruskan bekerja dengan gigih dan secara profeisonal dengan meletakkan kepentingan Allah dan Rasul tertinggi di melebihi segala-segalanya. Jika tidak, masakan Islam boleh terus berkembang dengan cepat dan meluas?

Mungkin kita tidak akan dapat menghapuskan perbezaan, sikap dan pandangan hidup dalam kalangan orang Melayu, tetapi kita boleh membina kematangan dan keharmonian untuk menguruskan perbezaan ini. Mari kita menyepadukan perbezaan ini menjadi perkongsian pintar, bukannya krisis yang tidak berkesudahan.
      Wallahu a'lam


Jazak'Allahu Khairan for reading this entry !

Jumaat, 28 Jun 2013

Yang Biasa Tidak Semestinya Betul

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !


Salam 1 Malaysia dan aku harap anda semua sihat. Alhamdulillah, aku cuba menulis blog yang bertajuk "Yang Biasa Tidak Semestinya Betul" pada masa lapang.. Kadangkala orang ramai tak sedarkan satu patah perkataan yang kurang jelas. Mungkin dia salah faham, please inform he/she so that he/her will understand with good explain.. Betul tak? Kadangkala kalau sudah salah faham, mestilah bergaduh la.. Aduhayi!!

"Harapkan pagar, pagar makan padi." Adakah anda semua faham maksud peribahasa ini? Tetapi di kampung tidak ada satu pun petak sawah yang dipagar. Mungkin praktik orang dahulu. Namun menurut datuk moyang saya yang sudah berusia lebih 100 tahun, dia sendiri tidak pernah melihat orang kampung memagar padi!

Rupa-rupanya peribahasa tersebut tidak tepat. Sebetulnya; "Harapkan pegar, pegar makan padi." Pegar ini sejenis burung liar juga dipanggil ayam pegar. Dahulunya banyak didapati berkeliaran di sawah padi.

Gambar itu menunjukkan haiwan; Burung Pegar

Pada mulanya datuk dan nenek moyang kita menyangka bahawa ayam-ayam liar ini akan memakan siput dan belalang dan serengga perosak dibunuh. Apabila diamati, rupa-rupanya ayam-ayam itu juga turut memagut bulir-bulir padi yang berjauntaian. Cis, harapkan pegar, pegar makan padi! Ini baru bertepatan dengan sifat orang dahulu yang tepat kiasaan dan bernas bidalannya. Mereka memang cermat mengamati alam.

Suka Mengikut Kebiasaan dan Kebanyakan

Bukannya tidak pernah berfikir, tetapi peribahasa tersebut sudah menjadi kebiasaan. Sejak kecil lagi kita mendengar sebutan sebegitu. Lalu, kebiasaan itu dikira kebenaran. Inilah tabiat kurang baik yang dirakamkan dalam al-Quran dan diperingatkan melalui kisah umat Nabi terdahulu.

2:170

Firman Allah yang bermaksud: "Dan apabila dikatakan kepada mereka: 'Ikutilah apa-apa yang telah diturunkan Allah'. Mereka menjawab : 'Kami (lebih suka) mengikuti apa-apa yang kami dapati pada nenek moyang kami.'" (Surah al-Baqarah 2:170)

"Saya rasa, semua orang menggunakan peribahasa itu. Mana mungkin saya seorang sahaja yang berasa ada sesuatu yang tidak kena dengannya. Kalau sudah diterima ramia, betullah!" Inilah kesalahan berfikir yang perlu diperbetulkan. Sesuatu kebenaran itu tidak diukur dengan majoriti.

6:116

Firman Allah yang bermaksud: "Dan jika kamu mengikuti pasti mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah." (Surah al-An'am 6:116)

Realitinya, jumlah kebenaran sentiasa sedikit berbanding kebatilan. Begitulah yang dapat dilihat dengan kemenangan tentera Badar dan Mu'tah yang dicapai biarpun dengan jumlah tentera yang sedikit serta kemenangan tentera Jalut pada zaman Nabi Daud. Kebenaran tidak pernah menang dengan kuantiti. Bahkan apabila umat Islam menjadikan kuantiti sebagai sandaran, mereka kerap menerima kekalahan. Medan Hunain telah menyaksikan hakikat ini. 

5:100

Justeru Allah mengingatkan kita, mafhumnya: "Katakanlah (wahai Muhammad): 'Tidak sama yang buruk dengan baik, meskipun kebanyakan yang buruk itu menarik hatimu,' Maka, bertakwalah kepada Allah wahai orang yang berakal. Mudah-mudahan kamu berjaya." (Surah al-Ma'idah 5:100)

Kritis Menilai Perkara Agama

Begitu juga dalam soal agama, bukan sahaja hanya terkandung inti pati ajaran, tetapi ia melibatkan tentang pengetahuan, kefahaman dan pelaksanaan. Rupa-rupanya ada juga perkara-perkara berkaitan agama yang begitu biasa pada kita selama ini sebenarnya tidak berapa betul.

1. Bukan semua "hadis" daripada Nabi

Berapa banyak hadis palsu yang direka atas nama Baginda tercinta? Contohnya: "Tuntutlah ilmu walaupun ke negara China" merupakan hadis palsu. Namun sudah sekian lama masyarakat menganggapnya sebagai hadis. Bahkan pada hari ini pun, ia sering diangkat sebagai hadis. Mungkin ia kata-kata ulama yang didakwa sebagai hadis Nabi.

Baginda memberi amaran keras, mafhumnya: "Sesiapa yang membuat dusta atas namaku, maka bersiap sedialah dengan tempat tinggalnya di neraka!" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Para ulama hadis telah menjalankan amanah mereka dengan baik. Hadis-hadis yang benar daripada Nabi telah disaring dan diabadikan dalam kitab-kitab haids dan kitab yang paling unggul, Sahih al-Bukhari dan diikuti oleh Sahih Muslim.

Begitu juga hadis-hadis palsu telah dikenali pasti dan dibukukan, antaranya kitab al-Mawdu'at hasil usaha Imam Ibn al-Jawzi. Namun, adakah kita generasi pewaris juga menjalankan amanah dengan merujuk kepada hasil usaha mereka? Kalau anda semua mahu inginkan tentang hadis, pergilah lihat klik INI.

2. Menokok tambah dan mereka-reka sirah Nabi dan sahabat

Kisah Nabi dan para sahabat ada juga ditokok tambah dan direka-reka. Kisah Tha'labah seorang sahabat Nabi yang kononnya enggan membayar zakat harta kerap kali dijadikan modal motivasi masyarakat supaya berzakat. Walhal kisah itu tidak benar sama sekali. Begitu juga kisah Sayidina Umar yang membunuh anak perempuannya dusta semata-mata. Walhal anak perempuan sulung beliau; Hafsah akhirnya menjadi isteri Baginda.

Masyarakat Islam dahulu amat menitikberatkan kesahihan sumber cerita, barulah ia diterima. Generasi kita hari ini pula lebih terpesona dengan liuk dan lenggok penceritaan, lalu fakta sejengkal bertukar menjadi sedepa.

3. Bukan semua kisah nabi-nabi terdahulu itu benar

Benarlah, sekalipun satu kisah itu pada asalnya salah, jika ia dibiasakan semakin lama semakin dianggap betul. Ramai lagi masyarakat yang mempercayai bahawa Hawa yang diperdaya oleh syaitan, lalu beliau mempengaruhi pula Nabi Adam supaya memakan buah khuldi. Ajaibnya al-Quran membawakan versi cerita yang berlainan.

20:120

Firman Allah yang bermaksud: "Lalu syaitan membisikkan fikiran yang jahat kepadanya dan berkata: 'Wahai Adam, mahukah aku tunjukkan kepadamu pokok yang hidup kekal dan kekuasaan yang tidak akan musnah?'" (Surah Taha 20:120)

Allah menceritakan dengan jelas bahawa syaitan mempengaruhi Nabi Adam secara langsung. Justeru, mana satu versi yang hendak kita terima? Pastilah perkara yang terdapat dalam al-Quran itu yang benar dan sahih.

Betulkan yang biasa, Biasakan yang Betul

Berbalik kepada soal bahasa, saya teringat kepada satu simpulan bahasa " mata keranjang" yang merujuk kepada lelaki miang. Tidakkah kita tertanya-tanya bagaimana rupa mata keranjang?

 Keranjang bermaksud bakul, jadi adakah mata keranjang ialah mata bakul? Mungkin juga di bucu bakul. Tetapi, bagaimana hendak diikaitkan dengan lelaki miang? Tambahan pula, bagaimanak pula halnya jika bakul itu bulat yang tidak berbucu?

Ada juga orang yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan mata keranjang atau bakul itu ialah celah-celah atau lubang udara antara sulaman bakul tersebut. Namun, apa pula persamaan dengan lelaki miang?

Simpulan bahasa yang sebenar rupa-rupanya ialah "mata ke ranjang." Maksudnya, apabila mata lelaki yang miang melihat wanita, fikirannya terus terbayang aksi di ranjang. Masuk akal bukan? Rupa-rupanya generasi terkemudian tersalah faham ketika menukarkan ejaan yang asal dalam tulisan jawi kepada tulisan roman.


Jika soal bahasa pun penting, apatah lagi soal agama. Lebih patutlah kita berhati-hati mengenainya. Justeru, mari sama-sama kita betulkan yang biasa, biasakan yang betul.
       Wallahu a'lam

Jazak'Allahu Khairan for your reading this entry !

Khamis, 20 Jun 2013

Resipi: Lempeng

Assalamualaikum Warahamtullahi Wabarakatuh !


Gilanya saya sentiasa lupa untuk mengemaskini blog ini ... Sudah tentu, saya malas untuk mengemaskini penulisan kerana saya fikir apakah yang saya menulis tajuk dalam blog ini? Fikirkan ... Fikir ... Fikir ... akhirnya, saya mendapat idea tetapi ia berkarat! OMG!.. Okay saya ingin berkongsi kepada anda semua resipi "BREAKFAST".. Apakah ia? Lempeng adalah saya suka makan apabila pada awal pagi .. Yummylicious! Sebenarnya, saya suka berkongsi resepi (memasak adalah hobi saya) dan saya mempunyai banyak resipi! Haha XD

Dalam kali ini, ia tidak menjadi jelas lagi - saya suka lempeng. OMG! Walaupun ia akan kelihatan bahawa saya telah berkongsi resipi lempeng di blog ini pun, aku jelas tidak dilakukan lagi! Huhu...

Ia nikmat Allah untuk berada di sini menyaksikan keindahan alam dan kejadian bumi ciptaan-Nya. Subhanallah ! Kami sekeluarga tanpa abang sulung aku bersedia untuk menikmati makan pagi di suatu sudut berhampiran tingkap bawah hotel Glory Beach Resort Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia. Mengapakah aku bercakap ini, tanpa abang sulung? Kerana dia masih belajar di HUKM sudah hampir peperiksaan semster akhir.

Di laman hotel, putik-putik bunga sedang muncul dengan pelbagai warna. Kami menghirup secangkir kopi panas bersama susu segar. Dari kejauhan kincir-kincir angin kuat yang malas di tengah lautan.

     "Selamat pagi. Tuan dan puan mahu pancake?"

     "Pancake?" Kami mahu," sambil hati bertanya-tanya bagaimanakah rupanya.

Sebentar kemudian pemilik rumah tumpangan (bed & breakfast) datang membawa beberapa pancake panas bersama madu dan mentega. Ya Allah, lempeng rupa-rupanya. Aku pernah mendengar dan melihat perkataan pancake di dalam kamus. Namun tidak pernah merasainya. Allahu Akbar, peluang berada di luar negeri adalah suatu yang di luar jangka.

Tidak langsung terfikir di benak ibu saya berada di rumah dan menikmati pancake, madu dan mentega. Ia bagai mimpi. Lalu, nikmat Allah manakah yang saya dustakan? Sewaktu aku di Tingkatan 2, salah satu sarapan pagi yang sering disajikan adalah lempeng. Ibu membuat lempeng kerana sebab tertentu.

       "Ala.... ibu mana jemput-jemput? Kami suka jemput-jemput."

       "Hari ini kita makan lempeng sebab tidak cukup minyak masak."

       "Lempeng apa? Lempeng pisang atau lempeng kelapa parut?"

       "Lempeng kelapa."

Kami bersorak gembira. Aroma lempeng kelapa memenuhi setiap ruang rumah biasa kami. Harumannya menusuk-nusuk dan menaikkan selera. Ia sedap dimakan panas-panas. Suatu hari ibu memperkenalkan kami dengan sejenis lempeng baru. Ia berlubang-lubang dan dimakan bersama kari daging dicampur dengan kentang. Dagingnya sedikit tetapi kuahnya berlinang-linang.

Masya-Allah!

Begitulah bagaimana Allah memberikan ilham kepada ibu agar bijak mengatur perbelanjaan dapur. Abah seorang pekerja biasa di RapidKL dulu dan sekarang sudah menjadi pesara. Hanya arkitek sekolah atas lulusan SPM. Gajinya biasa. Ajaibnya, ibu masih boleh menyediakan makanan berkhasiat untuk kami sekeluarga. Agak saya begitu sebab apa yang ibu semuanya sedap-sedap belaka.

Hari itu kami ibu memasukkan sejenis acuan sebesar tin susu yang berlubang-lubang ke dalam adunan. Kemudian mengirai adunan tepung cair yang berwarna kekeuningan di atas kuali leper. Akhirnya terbentuk kepingan nipis berurai-urai seperti jala. Pantas ibu mengirai, melipat dan membentuk lalu menyusunnya di dalam pinggan hidangan.

     "Wah..... lempeng berlubang!"

Setiap kali memasak, pasti kami adik-beradik (aku dan adik aku, Fatin) datang memerhati dan mengerumuni ibu. Ibu tersenyum puas malahan tertawa bahagia melihat gelagat anak-anak yang masih pertengahan kecil mengaguminya.

Allahu Akbar, barangkali begitulah bagaimana Allah memberikan kepuasan serta motivasi kepada ibu sebagai Ummi dan isteri. Ia salah satu amanah Allah kepada manusia sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini. Bagi saya, lempeng berlubang adalah lambung ketekunan. Ia perlu diurai satu persatu senipis mungkin. Jika acuan tersumbat, ia perlu segera dibetulkan agar aliran adunannya lancar. Jika tidak, ia akan menjejaskan rupa bentuk kiraian. Lempeng berlubang ini lambang kesabaran buat Ibu yang kasihkan anak-anaknya.

Namun ada masa-masa tetrentu permintakan untuk makan lempeng berlubang tidak akan dilayan walaupun masih ada kari daging tersisa di dalam periuk belanga.

    "Ibu, boleh buat lempeng berlubang pagi ini?"

    "Eh! Mahu kena rotan? Inilah bulan Ramadan!" Itulah berkata Ibu kepada adik aku, Fatin yang tak sedarkan sedang dia berpuasa!

Apabila dewasa, aku jarang berjumpa dengan lempeng kecil menghadiri jamuan. Sesekali aku membuat tempahan untuk majlis di rumah atau di pejabat. Aku tidak meminta resipi apatah lagi untuk membuatnya. Alasan aku kerana tiada acuannya. Allahu Akbar, Ibu zaman dahulu boleh menggunakan tin susu sahaja! Jika teringin, aku hanya beli di pasar malam.

Selalunya ia berakhir dengan aku membanding-bandingkan rasa kuah kari daging yang dibeli dengan keenakan kari daging sentuhan tangan masakan Ibu. Apabila bekeluarga, kenapa aku perlu tersinggung apabila anak-anak yang masih kecil pada masa dahulu hampir tidak mengenali roti jala sedangkan sebagai Ibu, aku tidak memperkenalkan kepada mereka. Dengan wajah hairan serta secara acuh tak acuh mereka bertanya yang menyebabkan saya kehilangan kata-kata. Esok-esok.... jangan salahkan anak pula.

"kenapa Ibu panggil roti jala? Tak ada rupa pun!" tentu sekali pancake yang pertama kali aku makan yang Ibu cuba resipi baru di rumah menjadi pilihan anak-anak. Ini yang saya mempersembahkan kepada mereka kerana aku lebih mahir menyediakan berbanding dengan lempeng berlubang.

Akhir hasilnya, Subhanallah!

Yummyliciuos! Enak dimakan dengan madu dan sikit mentega cair.

Lempeng (Pancake)

:   Bahan-bahan   :

1 1/2 cawan tepung serba guna
3 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 1/4 cawan susu segar penuh krim (buttermilk)
1 biji telur
3 sudu besar mentega cair

:   Cara-cara   :

1. Ayak tepung, baking powder, garam dan gula di dalam mangkuk.
2. Lubangkan adunan di tengahnya dan masukkan sedikit susu, telur dan mentega cair. Kacau sehingga sebati dan bancuh dengan susu sehingga adunan sekata serta tidak bergental.
3. Panaskan kuali leper non-stick dengan sedikit minyak masak di atas api yang sederhana. Curahkan sesenduk kecil adunan (batter) ke atasnya.
4. Biarkan adunan lempeng timbul lubang-lubang kecil dan agak kering serta keperangan, terbalikkan.
5. Angkat apabila kedua-dua belah lempeng keperangan. Hidangkan bersama mentega dan madu atau jem ketika masah panas.

Besides pancakes, I want to try a new pancakes.. Because of that, I am curious to new pancakes - addition with jam.. Finally, I am trying to eat pancake with addition jam and it's very delicious when pancakes's crispy is soft.. Look the picture's I do cooking pancakes below.

Wow! Coconut Flour Blueberry Pancakes dimakan sangat lazat..

Lempeng Tepung Kelapa Blueberry

:   Bahan-bahan   :

1/2 cawan tepung kelapa
1 sudu kecil baking powder (baking soda)
2 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar mentega cair atau minyak kelapa
2 sudu besar madu atau sirap maple
1 cawan susu*
4 biji telur
1/2 sudu kecil garam
1 Blueberry pain
Mentega atau minyak kelapa untuk menggoreng

:   Cara-cara   :

1. Serabi (periuk leper) haba untuk haba sederhana
2. Pukul telur, susu, mentega, madu, dan esen vanila bersama-sama sehingga sebati.
3. Dalam mangkuk yang berasingan, tepung campuran kelapa, baking powder (baking soda), dan garam bersama-sama sehingga digabungkan.
4. Campurkan bahan kering dalam dengan bahan-bahan basah.
5. Biarkan adunan duduk selama 10-15 minit.
6. Gris serabi dengan minyak kelapa atau mentega.
7. Sudu adunan ke serabi dan meleperkan dan membentuk lempeng. Cuba untuk memastikan mereka kecil (lebih besar daripada penkek sekarang tetapi lebih kecil daripada penkek tradisional).
8. Drop 5-6 blueberry ke setiap penkek.
9. Masak beberapa minit sehingga warna perang, maka flip dan masak sampingan yang lain selama kira-kira satu minit, atau sehingga masak. Jangan berjalan kaki, mereka boleh membakar dengan mudah.

Adakah aku cakap "jangan berjalan kaki, mereka boleh membakar dengan mudah"? Haha XD.. Maksudnya, biarkan penkek dimasak kerana sudah bahan minyak dalamnya. Don't worry, they are not flavor-free; they are also very delicious! Yummylicious!! Happy trying this recipe!
       Wallahu a'lam

Jazak'Allahu Khairan for your reading this entry !

Jumaat, 14 Jun 2013

Maafkan Ibu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !


"Haikal, bangun sudah lewat ni', suara ibuku memecah keningan pagi. Aku begitu liat untuk bangun pagi itu memandangku semalam aku bersengkang mata menyiapkan tugasan Matematik Tambahan yang perlu diserahkan pada hari ini. "Baiklah ibu..." sahutku manja. Kalau diturutkan hati mahu saja aku terus berselimut. Ah betapa dinginnya pagi itu mengamitkan untuk terus tidur. Sedapnya tidur ni. Ibu tidak terus berlalu sebaliknya duduk di sampingku mengusap lembut rambutku. Ibu tersenyum dalam telekung putihnya sesudah dia selesai bersolat Subuh. Ibu, kau terlalu sempurna buatku. Aku merasai belaian kasih sayang ibu sejak bertahun-tahun kurasai yang sememangnya tidak pernah berkurangan.

Aku bangkit memeluk ibuku dan dia mencium dahiku. Perlahan-lahan ibu melepaskan dakapanku dan terus beredar diri bilikku. Aku sudah khatan dengan rutin ibuku. Dia akan menyiapkan sarapan sesudah selesai menunaikan solat Subuh dan mengejutkan aku. Ibu, aku terlalu kasihankan dirimu. Sesudah pemergian abah menyambut panggil Ilahi. Ibu banyak berkorban untuk kami sekeluarga. Sekeluarga....ah, hanya aku dan ibu tinggal di rumah ini. Abang dan kakak aku semuanya dah berkeluarga dan mempunyai tanggungjawab kepada keluarga mereka. Aku....aku juga akan berkeluarga. Tapi bagaimana dengan ibu? Ibu, aku berjanji tidak akan meninggalkanmu sendirian. Aku akan tetap menjagamu sepertimana yang kau curahkan jasamu kepadaku dan tidak mungkin akan terbalas pengorbananmu itu.

"Haikal, cepatlah siap, nanti lewat ke sekolah," suara ibuku yang sayup-sayup dari dapur menyebabkan aku tersedar dari lamunanku... "Ya, ibu..." aku menunaikan solat Subuh. Ibu selalu mengingatkan aku supaya tidak melupakan tanggungjawab terhadap-Nya. Aku siapkan saki-baki tugasan aku yang agak bersepah. Aku sendiri tidak pasti pukul berapa aku terlelap semalam. Yang pasti aku puas hati dengan kerjaku itu. Aku menatap wajahku di dalam cermin di depanku. Aku banyak menwarisi wajah Ibu berbanding wajah arwah Abahku. Aku tersenyum sendirian.

"Selamat pagi, ibu..." aku menyara ibuku yang agak sibuk menyiapkan sarapan pagiku. Aku mencium pipi ibuku. Ibu tidak kelihatan tua sekalipun usianya telah melepasi separuh akad. Kukira ibu seperti dahulu, cuma barangkali kurang cergas seperti dahulu." Ibu duduklah, makan sekali dengan Haikal," ujarku sambil menghadap hidangan nasi lemak kegemaranku. Ibu mengalah dan terus duduk menuang air ke cawan dan mengambil sedikit kuih. Aku tidak tahu kenapa aku selalu mengenangkan ibuku. "Ibu, kaulah segalanya bagiku." ujar hati kecilku.

Bunyi jam berdering mengingatkan pada rutinku. Aku bangun lantas mencapai beg sandang dan terus bersalam dengan ibuku. Haikal jaga diri elok-elok. Ibu nak kau berjaya macam abang-abang, kakak kau. Nanti boleh jaga ibu ya." kata-kata pernah lekang dari mulut ibuku. Dan kata-kata itulah kujadian azimat yang akan kusempat dalam hatiku sebagai pendorong bagiku untuk terus berjaya.

Aku berjalan melalui lorong yang marah lengang memandangkan jam baru menunjukkan kira 1.5 kilometer dari rumahku. Jadi aku tidak perlu untuk menaiki bas. Suasana pagi yang nyaman cukup membuatkan segar walaupun hakikatnya aku masih mengantuk. Oh!! Sungguh indahnya ciptaan-Nya.

Kelas Bahasa Melayu hari ini cukup membosankan. Entah berapa kali aku terlelap. Aku cuba menahan mengantukku tetapi aku masih gagal mengawalnya. Aku terus hanyut di buai mimpi. Aku terpaha. Dan pengalaman itu cukup untuk mengajar aku menjadi lebih matang. Ahh!! Aku terlalu muda di satu itu, masih tidak tahu menilai antara baik dan buruk.

Menuntut di sebuah sekolah elit di utara di tanah air, memisahkan aku dari kedua-dua ibu bapaku tersayang. Kini mereka hanya tinggal berdua memandangkan adik beradikku yang lain masih menuntut mahupun bekerja jauh diri dari pangakuan ibubapaku. Ibubapaku tidak pernah memanjakan kami adik beradik dengan kemewahan sebaliknya mereka memberikan didikan yang sempurna dan limpahkan kasih sayang supaya kami tidak alpa.

Melangkah ke alam persekolahan menengah merupakan satu pengalaman yang baru buatku. Ah!! Aku kira aku dah cukup dewasa... aku tidak pasti apa yang kubanggakan dengan usiaku yang baru menjangkau 16 tahun.... bangga dengan gelaran dewasa. Karut!! Aku tidak pasti sama ada aku patut bersyukur atau menyesali keputusanku untuk masuk di sini. Aku akui keadaan di sini amat sesuai untuk menuntut ilmu.... tetapi hatiku seringkali merintih hiba mengenangkan ibu bapaku yang jauh di mata.

Aku cuba menganggapnya sebagai suatu yang positif tetapi zahir manusia akan berubah apabila merentas waktu.... Aku akui, aku mencapai berberapa pencapaian membanggakan ketika di Tingakatan 3. Melangkah ke tahun dua, aku masih dikaterogikan agak berjaya sekalipun keputusanku agak merundam jatuh. Aku tidak rakanku semakin bertambah atau mungkin bergaulan ku bersama mereka telah merubah.... aku tidak dapat mengagak.

Sejak aku menyelamatkan Ray dari dilanggar kereta, dia mula baik dengan aku. Aku tidak mengambil tahu asal-usulnya. Tidak dengan itu, dia memperkenalkan aku kepada teman-temannya yang lalu.... aku sememangnya mudah untuk bertegur sapa dan peramah dengan sesiapa sahaja. Mulutku tidak pernah kekok untuk berbicara dan bermula dari situlah aku merasakan diri aku mula berubah... berubah mengikut bayu yang berlalu. Aku terpengaruh dengan ajakan teman-teman Ray yang kebanyakkannya terdiri daripada orang luar untuk menghabiskan masa bersama mereka. Dan untuk itu aku perlu keluar dari sekolahku.... ini bermakna aku telah melanggar peraturan sekolahku.. Ah!! Aku tidak peduli semua itu lagi.. Dan bermula dari saat itu jugalah, aku mula berjinak-jinak dengan rokok, benda yang pernahku keji dan kubenci telah menjadi sebati dengan dariku.

Persekolahanku menjadi agak kucar-kacir. Aku sering tidak menyiapkan kerja sekolah dan sering ponteng kelas.... Aku telah tersimpang jauh dari diriku yang sebenar.... Ibu, andainya kau tahu perlakuanku di sini pastinya kau amat kecewa.... Tetapi apa dayaku, aku sendiri gagal mengawal tingkah lakuku.... aku sering dimarahi oleh guru-guruku akibat kebiadapanku dan perubahan yang mendadak dalam diriku. Bukan salah kau melahirkanku tetapi salahku membuat percaturan hidupku sendiri. Ahh!!

Aku sering mengikut teman-temanku berpelesaran di bandar. Melepak dan terlibat dalam kegiatan membuli dan memeras ugut pelajar-pelajar junior sekalipun aku baru berada di Tingakatan 5. Senior-senior tidak berani untuk mengganggu kebebasanku kerana mereka khuatir dengan teman-temanku di luar. Aku seolah-olah raja yang tidak pernah diiktraf tetapi aku bangga kerana tidak siapa yang berani menentangku. Huh!! aku terlalu kerdil apabila berhadapan dengan ibu bapaku.

Aku seolah-olah melakukan dua watak yang berbeza di pentas dunia, sebagai anak yang baik di mata ibu bapaku dan seorang pelajar yang nakal dan boleh dikaterogikan JAHAT. Ibu dan ayah, maafkan aku.. Aku semakin tidak mengerti permainan dunia. Rekod kesalahanku semakin menimbul. Dan menanti satu menunggu perintah DIGANTUNG SEKOLAH.

Duit yang dimasukkan oleh ibu bapaku sering kali mengalir deras di tempat-tempat snooker dan games.

Aku terlalu muda untuk semua itu... Dan hari tidak selalunya cerah, aku telah ditangkap oleh pihak polis ketika serbuan di pusat permainan video games atas kesalahan di bawah umur dan merokok. Satu tamparan hebat yang diterima oleh ibu bapaku, yang selama ini menganggap aku anak yang baik. Maafkanku ibu bukan salah didikanmu tetapi aku terlalu menuntutkan perasaan darah mudaku. Dah aku kemudiannya telah digantung persekolahan lagi.

Aku tidak sanggup menghadap muka ibu bapaku yang suram dan sedih akibat perlakukan itu. Ibu sudah berapa hari tidak bertegur sapa denganku membuatkanku rasa cukup bersalah. Aku tidak tahu apalagi yang harus aku lakukan untuk mengubah segalanya supaya berjalan dengan lancar seperti biasa. Peperiksaan SPMku semakin hampir dan aku tidak mampu memperbaikinya lagi keranahnya semuanya telah terlewat. Keputusan 5A 3B dan 2C dalam pelajaran sudah cukup membuatkan yang aku sememangnya tidak layak untuk bergelar seorang pelajar sekolah elit.

Akhirnya aku bernekad untuk bertukar sekolah sekalipun mendapat tentangan dari bapaku. Aku tidak sanggup menghabiskan saki-baki hidupku jauh dari ibu bapaku lagi kerana aku terlalu jauh dari ibu bapaku lagi kerana aku terlalu jauh tersimpang tanpa perhatian dari mereka.

Aku bersyukur kerana aku masih diberi peluang untuk memperbaiki diriku. Dan aku menjalani kehidupan yang lebih baik berbanding sebelumnya dengan pengawasan kedua ibu bapaku tersayang. Abah pergi menyambut panggilan Ilahi sebelum sempat melihat aku berubah sepenuhnya. Aku menyalahkan diriku atau pemergian Abah. Abah, aku terlalu banyak melukakan hatimu. Aku menyesal tetapi aku tidak dapat merubah takdir yang Abah perlu pergi.... pergi menghadap Tuhan Yang Esa.

Ingatanku semakin kabur. "Is! Bangun..." satu segahan kuat mengejutkan aku dari lamunanku. Wajah Cikgu Nazira yang baru mencecah 45-an itu berubah serta merta. Mata-mata liar memandangkan dengan tertawa sinis. Aku tundak. Aku mampu tidur untuk memandang wajah Cikgu Nazira yang kian berang. "Maafkan saya, cikgu." tubuhku sambil tersenyum ketat.

Aku akur dan aku tidak sanggup untuk mengulangi peristiwa yang lalu kerana aku telah serik....serik menjadi pelajar yang dibenci..." Aku terpandang kelibat HEM dari luar tingkap. Ah! Aku bukan lagi pelajar yang bermasalah..." aku tersenyum sendirian.

"Cikgu, saya nak jumpa Haikal Bin Sulaiman." Aku terkedu. Aku melangkah keluar setelah diarahkan oleh Cikgu Nazira sambil belajar subjek Pengajian Am II." Beribu persoalan bermain dibenakku.

"Haikal, saya harap kamu dapat bersabar dengan apa yang hendak saya sampaikan," Cikgu Halim yang perlahan membuatkanku sebak sekalipun aku tidak dapat mengagak apa yang nak disampaikannya.

"Ibu anda...... meninggal dunia"

Dunia gelap. Aku merasakan kakiku semakin lemah air jernih mula membasahi pipiku. Ya Allah!! Apakah musibah yang menimpa hamba-Mu ini. Aku pitam dan Cikgu Halim menghantarku pulang. Aku melangkah sayu. Rumahku mula penuhi sanak-saudara dan jiran tertangga. Aku jatuh terduduk, melihat sekujur tubuh kaku di ruang tamu.

Aku merangkak perlahan menuju ke arah jenazah ibuku. "Ibu, kenapa kau meninggalkanku sendiri. Di mana harus aku mengadu? Aku telalu berdosa terhadapmu dan masih belum menatap wajah suci ibuku. Ibu lihatlah wajah anakmu ini... anakmu yang telah banyak melukai hatimu," aku tidak dapat menahan perasaanku lagi. "Haikal, janganlah macam ini, adik... biarlah ibu pergi dalam keadaan aman dan Allah lebih sayangkannya," aku berpaling memandang wajah kak ngahku. Mulutku bagaikan terkunci untuk menuturkan kata. Aku terus menangis dalam pelukan kak ngahku.

Petang itu, aku mengiringi jenazah ibuku ke tanah perkuburan. Kulihat dedaun seolah-olah melambai menyambut kehadiran ibu. Ibu ampunilah kesalahan anakmu ini dan aku berjanji aku akan buktikan bahawa anakmu ini akan menjadi insan yang berguna seperti apa yang aku impikan. Ibu sesungguhnya Engkau terlalu sempurna buatku. Kudoakan dikau dicucuri rahmat-Nya. Amin =)

Eh! Sebenarnya ini aku buat sebuah ceritakan macam novel.. Alhamdulillah aku siapkan ceritakan ini dalam blog dengan semangat dan juga pernah masukkan majalah sekolah aku. Cikgu-cikgu aku akan tertarik dan terharu dengan cerita ini dengan sehingga tak mengawal esmoi. Menangis. Kagum. Sedih. Bangga. Macam lain kelakuan ini.

Sebelum ini, aku pernah banyak pertandingan mencerita sehingga ke peringkat kebangsaan, tak mampu mencapai ke peringkat antarabangsa kerana ini perlukan bahasa menggunakan English Langauge dan saya boleh masuk tetapi tak ditentukan untuk aku. (Aku nak banggakan sebagai orang pekak demi negara MALASYIA ='() Alhamdulillah, sekolah aku banyak mendorong sokongan kepada aku. Aku banggakan menjadi pelajar kepada SMK Dato' Ibrahim Yaccob dan guru-guru akan memberi nasihati yang dihargai. TERIMA KASIH BANYAK kepada guru-guru SMK DIY! Guru, kau TERBAIK! =)
       Wallahu a'lam

Jazak'Allah Khair for your reading this entry !