Rabu, 1 Mei 2013

Hanya Tinggal Sedetik

Assalamualaikum Warahmtullahi Wabarakatah !


Sudah masa aku menulis blog ini walaupun aku sempat waktu rehat di pejabat. Salahkah aku buat? Giler betul aku selalu sibuk kerja aku. Buat kerja belajar memang habis, pergilah rehat la. Best lagi otak tenang. Aku rindu kehidupan dulu kerana aku menyukai belajar. Tetapi sekarang lain untuk aku. Mengapakah aku cakap begitu? Kerana aku dah bekerja sekarang dan kerja memang tidak pernah habis. Alamak?! Betul tak?

Okey la lupa yang aku cakap itu. Sudah la nak bercerita tentang sudah masa kita untuk menjadi hamba-Nya yang aku sampaikan, apabila bercerita tentang kematian, perasaan takut akan menyelubungi diri dalam tempoh beberapa waktu. Jika cerita tersebut sudah tidak menjadi halwa telinga, perasaan takutkan kematian mula hilang kerana hanyut dan lali dengan nikmat dunia yang sementara.

Setiap hamba Allah S.W.T. yang hidup di dunia ini tidak tahu masa dan waktu maut ingin menjemputnya. Namun begitu, Allah S.W.T. memberikan tanda-tanda kematian kepada orang yang dihendaki-Nya sama ada dia menyedarinya ataupun tidak.

Kemohon Restu Ilahi

Tuhanku,
izinkan aku sujud di pesisir hidayah-Mu
sapalah doa keinsafan titian taubatku
agar terbasuh onar yang sering melumpur hati
memalit jasad dalam sedar dan lenaku.

Tuhanku
dari kehijauan rahmat-Mu
izinkan aku menumpang teduhan
bawah rendang restu-Mu
agar mampu kuhirup secangkir
dari selautan limpahan kasih-Mu.

Tuhanku
anugerahkan aku setitis waktu
untukku sepuh semula
masa silam yang tersia
membina titik mula
pergabadian seorang hamba
moga bercahaya setiap simpang perjalanan usia
sebelum tiba pastinya
menyambut salam wahyu
aku kembali kepada-Mu

Dialog Nabi Ya'qub dengan Malaikat Maut

Antara tanda-tanda kematian ini berdasarkan dialog antara Nabi Ya'qub dengan malaikat maut:

Nabi Ya'qub: "Aku ingin sesuatu yang harus engkau penuhi sebagai tanda persaudaraan kita."

Malaikat maut: "Apa perkara tersebut?"

Nabi Ya'qub: "Jika ajalku telah dekat, khabaran kepadaku."

Malaikat Maut: "Baiklah, aku akan memenuhinya. Aku akan mengirimkan bukan hanya satu utusan, tetapi dua atau tiga utusan."

Kedua-duanya berpisah selepas itu sehinggalah malaikat maut datang kembali menemui Nabi Ya'qub.

Nabi Ya'qub: "Wahai sahabatku, adakah engkau datang untuk berziarah atau mencabut nyawaku?"

Malaikat Maut: "Aku datang untuk mencabut nyawamu."

Nabi Ya'qub: "Tetapi, di mana ketiga- tiga utusanmu?"

Malaikat maut: "Aku sudah kirim tiga utusan. Rambutmu yang putih selepas hitam, tubuhmu yang bongkok selepas tegap. Wahai Ya'qub, itulah utusanku kepada setiap anak Adam."

Dapat diketahui bahawa setiap anak Adam akan menerima tanda-tanda yang sama. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Allah menangguhkan akhir ajal seseorang sehingga 60 tahun."

Hadis di atas bukan bermaksud seseorang hanya akan mati setelah berumur 60 tahun, tetapi umur 60 tahun adalah peringatan dan pengukur tahap kehidupan manusia. Bukan sahaja orang yang berumur 60 tahun dan mempunyai tanda-tanda seperti di atas akan mati, bahkan orang muda yang langsung tiada tanda-tanda di atas juga boleh mati.

Kematian tidak menunggu usia atau keadaan sesiapa. Apabila melaikat maut diminta untuk mencabut nyawa si polan pada sesuatu waktu, maka pada waktu itu jualah si polan akan mati.

Masa yang Diberi Sebelum Mati

Terdapat pepatah yang berbunyi: "Masa itu emas." Namun apa yang dimaksudkan dengan emas dalam pepatah ini? Emas merupakan benada berharga, dan begitulah masa. Contohnya, masa sangat berharga apabila masa yang telah berlalu tidak akan dapat diulang kembali.

Ramai orang tidak menyedari bahawa Allah telah memberi nikmat masa sehinggalah sesuatu musibah menimpa, baru kita menyedari. Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: "Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelu miskin, lapang sebelum sibuk, dan hidup sebelum mati." (Riwayat al-Hakim)

Telah jelas masa yang perlu kita rebut kerana inilah masa yang ada untuk kita beribadat dan mengumpul bekalan menuju akhirat kelak.

Pepatah Arab menyatakan: "Masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotong masa, maka ia akan memotong kita." Jika kita berlengah-lengah melakukan sesuatu, masa yang kita lengahkan itu tidak akan kembali.

Kita perlu berusaha mendahului masa agar dapat mengumpul bekalan amal yang cukup untuk persiapan menghadapi kematian. Apabila sudah mati menjadi sekujur jasad yang tidak bernyawa, kita tidak boleh bebrbuat apa-apa lagi.

Apabila maut menghampiri, redailah perpisahan yang bakal berlaku. Bersangka baiklah dengan Allah S.W.T. dan jangan mempersoalkan kehendak-Nya.

Selain itu, kita perlu segera menyelesaikan perkara penting yang perlu diselesaikan contohnya hutang.

Bertaubatlah kepda Allah S.W.T. atas kesalahan dan dosa yang pernah dilakukan dengan sebenar-benar taubat. Allah Maha Pengasih, Maha Penerima Taubat dan Maha Penyayang. Jangan bertangguh bertaubat kerana taubat kita tidak akan diterima ketika roh keluar daripada jasad.

Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: "Allah akan menerima taubat seseorang hamba-Nya selagi nyawanya belum di halkum." (Riawayat al-Tirmizi)
      Wallahu a'lam

Happy Labour Day to all worker at Malaysia !

Jazak'Allah Khair for your reading this entry !

Tiada ulasan :

Catat Ulasan