Jumaat, 31 Mei 2013

Hadis: Orang Kaya Sebenar

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatah !


Lama-lama tak ada masa update blog ini, aku sibuk sangat masa itu. Asyik sibuk persatuan masyarakat dan bekerja. Alhamdulillah aku ada masa lapang nak update blog ini. Orang Kaya Sebenar ialah tajuknya hadis. Why? Because the rich are sincerely want to donate to the needy that noble action and it is a very convenient place to live, enough for us. But it's not you think, so it to your characters what you has rich. Do are you don't know or understanding? Okey la aku nak ceritakan zaman Nabi ada berkaitan dengan tajuknya. Jom membaca ya.

Ibn Abbas r.a. meriwayatkan: "Setelah Nabi Ibrahim a.s. hidup berjauhan dengan anaknya yang tercinta; Nabi Ismail a.s. yang membesar di Makkah dan sudah berkahwin dengan seorang gadis daripada kabilah Jurhum, baginda telah datang dari Palestin untuk menziarahi anak dan menantunya.

Sesampainya di sana, tanpa memperkenalkan dirinya baginda bertanya: 'Di mana suamimu?'

Isteri Nabi Ismail menjawab: 'Suamiku telah keluar bekerja.'

Nabi Ibrahim bertanya lagi tentang keadaan hidup mereka, lalu si isteri mengadu kepada lelaki tua yang tidak dikenali itu bahawa mereka hidup dengan penuh kesusahan dan kesempitan.

Nabi Ibrahim memohon izin untuk beredar dan berkata: 'Sampaikan salamku kepada Ismail dan beritahu dia supaya menukar bendul rumah ini.'

Apabila Nabi Ismail pulang, isterinya menceritakan kedatangan lelaki tua tersebut serta pesanannya yang ganjil agar baginda menukar bendul rumahnya.

Baginda terus berkata: 'Itu ayahku dan pesanannya bermaksud agar aku menceraikan kamu. Oleh itu, aku ceraikan kamu. Pulanglah kepada keluargamu.

Setelah beberapa lama, Nabi Ibrahim datang lagi menziarahi anaknya Nabi Ismail, yang kebetulan tiada di rumah kerana keluar mencari rezeki. Apabila ditanya kepada isteri kedua Nabi Ismail tentang kehidupan mereka, beliau menjawab dengan sentiasa memuji Allah dan mensyukuri keadaan hidup mereka yang sederhana.

Setelah mendengar jawapan tersebut, baginda beredar dan meninggalkan pesanan kepada menantunya agar suaminya (Nabi Ismail) mengekalkan bendul rumahnya.

Apabila Nabi Ismail pulang, isterinya bercerita berkenaan lelaki tua serta pesanannya yang ganjil itu. Nabi Ismail berkata: 'Itulah ayahku, dan engkaulah yang dimaksudkan dengan bendul rumah. Pesanannya bermaksud agar aku mengekalkan engkau sebagai isteriku.'" (Riwayat al-Bukhari, no.3363)

Terdapat pelbagai iktibar tersurat dan tersirat yang boleh direnungi daripada peristiwa di atas. Aku ingin menyentuh hanya satu aspek iaitu kekuatan jiwa isteri kedua Nabi Ismail a.s. Walaupun kehidupan mereka suami isteri sederhana, tetapi hatinya sentiasa "online" dengan Allah dan berpada-pada dengan apa yang ada.

Kaya Jiwa

Sifat qanaah (berpada-pada) adalah lambang  kekayaan jiwa yang sebenar sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Kekayaan yang sebenaar bukan terletak pada harta yang banyak. Tetapi, kekayaan yang hakiki ialah kaya jiwa." (Riwayat al-Bukhari no. 6446)

Imam Ibn Hajar al-Asqalani menukilkan dalam kitabnya; Fath al-Bari, ungkapan Ibn Battal yang menjelasakan bahawa kekayaan yang hakiki bukan dinilai pada banyaknya harta seseorang. Ramai manusia yang memiliki harta yang melimpah-ruah, tetapi masih tidak berpuas hati dengan pemberian Allah itu.

Orang seperti ini begitu haloba untuk menambahkan longgokan hartanya tanpa mempedulikan cara memeprolehnya sama ada halal atau haram. Mereka seumpama orang fakir yang sentiasa mengharapkan sesuatu disebabkan tamaknya kepada harta. Mereka akan bersedih dan tertekan jika tidak dapat mencapai apa yang dihajati.

Sesungguhnya, kekayaan yang sebenar ialah kaya jiwa. Golongan ini berasa cukup dan reda atas setiap pemberian Allah serta tidak terlalu mendesak dirinya sendiri untuk menambahkan harta tersebut. Sifat ini lahir daripada jiwa hamba yang sentiasa bersyukur dan reda terhadap qada dan qadar Allah dalam kehidupannya.

Kaya Jiwa Demi Islam

Orang yang memiliki kekayaan jiwa pasti akan memperoleh ketenangan dalam hidupnya kerana mereka sangat memahami bahawa segala yang dimilikinya telah ditentukan oleh Allah. Mereka tidak akan kecewa apabila tidak memperoleh sesuatu yang dihajati kerana menyedari bahawa segala harta yang ada padanya hanya milik Allah.

Kekayaan jiwa juga pasti akan mendorong seseorang untuk sentiasa menunaikan hak-hak harta yang dimiliki sama ada melalui zakat yang wajib dan juga sedekah yang sunat. Betapa hebatnya Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwaild yang memiliki harta yang banyak dan dalam masa yang sama dimiliki kekayaan jiwa yang sangat hebat sehingga mengorbankan  segala harta miliknya untuk membantu kerja-kerja dakwah Rasulullah S.A.W.

Beliau tidak ditipu dengan harta yang banyak sebagaimana yang seing berlaku kepada manusia yang merasakan bahawa kekayaan tersebut semata-mata kerana usahanya lantas menjadi begitu kedekut dan sayang yang melampau kepada harta.

Ingatlah doa para malaikat setiap pagi, maksudnya: "Ya Allah, berikan ganti kepada hamba-hamba-Mu yang bersedekah dan berilah kemusnahan kepada hamba-hamba-Mu yang kedekut dan tidak bersedekah." (Riwayat al-Bukhari, no. 1442 dan Muslim, no. 1010)


Hanya gambar itu dari Tumblr, nak tunjukkan sahaja =)
Hamba Harta

104:2
104:3


Ada insan yang menghambakan dirinya kepada harta sebagaimana firman Allah, maksudnya: "Iaitu orang yang hidupnya hanya mengumpul dan menghitung harta. Dia menyangka bahawa hartanya akan menyebabkan dia kekal di dunia ini." (Surah al-Humazah 104:2-3)

Segala urusan dalam hidupnya sama ada siang dan malam semata-mata untuk menambahkan harta. Dia sanggup meninggalkan keluarga bahkan mengabaikan tuntutan agama seperti solat dan hukum-hakam berkaitan mencari harta. Walaupun tidak diungkap, seolah-olah syiar dalamnya ialah: "Sesungguhnya hidupku, matiku, dan segala amalanku adalah untukmu; wahai harta!"

keadaan lebih menghairankan apabila mendapati dirinya telah memiliki aset yang bernilai jutaan ringgit tetapi masih terus fakir dan mengharap agar hartanya bertambah lebih banyak. Inilah hamba harta! Dia bukanlah orang kaya yang hakiki, tetapi sebenarnya sangat hina pada penilaian Allah kerana terlalu gembira dengan nikmat, lalu melupai Pemberi nikmat.

Berikut antara bait-bait syair Imam al-Syafi'i yang menarik untuk diteliti:

"Sekiranya kalian memiliki hati yang bersifat qanaah (berpada-pada), maka kalian sebenarnya sama seperti orang yang memiliki seluruh dunia ini."

Beliau memuji sifat qanaah yang merupakan kemuncak kekayaan jiwa seseorang iaitu berasa cukup dan reda dengan setiap pemberian Allah sehingga seolah-olah dai sama seperti orang yang memiliki segala-gala kemewahan di dunia ini.
       Wallahu a'lam

Jazak'Allah Khair for your reading this entry ! 

Tiada ulasan :

Catat Ulasan