Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaratakuh !
Sorry aku tak ada masa nak update blog
ini. Kalinya ini this entry, malas aku panjang-panjangnya cerita. So, aku nak shortly cerita cukup-cukup. Dah berkali banyak lama tak buat ini dan aku sibuk dengan kerja aku. Mengapakah aku menulis bertajuk blog ni “Kagumnya Part 1......”? Okey aku nak ceritakan tentang persatuan baru yang saya menyertai persatuan itu. Persatuan itu adalah persatuan terbuka dan dinamakan Malaysian Relief Agencies (MRA) dan saya menyertai persatuan dibawah Deaf Community Development (DCD). Baru saya mengetahui persatuan MRA mahu menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang diperlukan demi negara.
Nak kembali pada tahun 2012? Jom, okey la aku menyertainya pada tahun 2012 dan Malaysian Relief Agencies (MRA) memberi kerjasama dengan Deaf Community Development (DCD) untuk mengajar Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) kepada pelajar ahli-ahli MRA supaya mudah berkomunikasi dengan persatuan lain seperti Malaysian Federation of Deaf (MFD), Kuala Lumpur Society of the Deaf (KLSD), Persatuan Ibu Bapa dan Penjaga Anak-anak Pekak (PESIBA) dan lain-lain melalui kertas kerja bermesyuarat dan lain-lain berkaitan dengan kerja.
Malaysian Relief Agencies (MRA) memintakan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Penjaga Anak-anak Pekak (PESIBA) untuk mengajar BIM dan dia buat kelas BIM selama dua hari iaitu Sabtu dan Ahad di Malaysian Relief Agencies Office bertempat di Kampung Baru. Tujuan ini adalah bekerjasama melalui berkomunikasi dengan lancar untuk menjayakan konsep persatuan orang pekak demi masa depan dan mengharumkan nama negara.
Aku nak tunjukkan gambar-gambar MRA-DCD dan sebenarnya ada ribuan gambar banyak tetapi aku nak pilih gambar yang bagus
dari segi emosi dan suasana cantik.
Ini gambar menunjukkan taklimat atas iaitu Malaysian Relief Agencies (MRA) dan taklimat bawah iaitu Persatuan Ibu Bapa dan Penjaga Anak-anak Pekak (PESIBA) untuk menjelaskan persatuan masing-masing.
Selepas itu, kita akan buat kumpulan peserta yang hadir taklimat tadi dan terbahagi kepada lima kumpulan Guru yang mengajar Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) iaitu Diyana Athirah Group, Fakhrurazzi (Aku) Group, Luqman Group, Naim Group dan Siti Nurraihan Group untuk belajar mempelajari Bahasa Isyarat Malaysia (BIM). Ini masih berat untuk kita akan pertimbangkan mempelajari BIM supaya pelajar boleh mengingati mempelajarinya.
Yang gambar besar, Puan Fauziah cadangan kepada peserta akan pilih Guru Group. Gambar bawah dari segi kiri ke kanan, Fakhrurazzi (Aku) Group, kenali masing-masing “Ice-Breaking” menggunakan BIM, dan Naim Group. Gambar atas dari segi atas ke bawah iaitu Diyana Group dan Siti Nurraihan Group. Ini semua gambar itu menunjukkan Bahasa Isyarat Malaysia tentang mempelajari huruf, ajbad dan nombor. Tetapi sorry takde gambar Luqman Group.
Pastu mereka telah belajar huruf ajbad dan nombor dan mereka akan mempelajari bab yang baru seperti ucapan, keluarga, pekerjaan, makanan dan lain-lain macam bahasa asas isyarat tangan sebelum peringkat tinggi. Kelas Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) yang kita mengajarnya kepada pelajar-pelajar dari waktu pagi sehingga lewat waktu petang.
Pada Ahad itu, Guru Group akan menjadi para hakim dan juri melihat pelajar boleh mengingati isyarat tangan yang kita sudah mengajarnya semalam. Semasa kita bertanya kepada mereka tentang mempelajarinya dan ujian minda guna tangan BIM melalui berkomunikasi.
Seterusnya, kita akan mengajar kepada mereka tentang mempelajari bunyi muzik menggunakan tangan BIM tetapi ni susah sikit kerana mesti memahami ayat sesuai dengan tangan BIM. Sebagai contohnya:
“Jendala yang dahulunya
terbuka,
(Kita pilih tiga perkataan sahaja
iaitu jendala dahulu buka)
menjadi saksi wangian cinta,
(Kita pilih ini, jadi saksi
wangi cinta)
Ibarat cerminan dua keping
hati yang saling terbuka,
(kita juga pilih, dua tangan
cermin hati buka)
Saling memberi dan saling
bersedia menerima”
(Kita pilih yang sesuai iaitu
beri, sedia dan terima)
Itulah tangan BIM melalui mempelajari muzik tanpa imbuhan. Kerana kebiasaannya BIM tiada ada tangan bahasa isyarat menggunakan imbuhan. Kita mesti memberi fahamkan kepada mereka kerana belajar mempelajari muzik susah sikit tetapi jangan risau kita tahu mahir tangan BIM melalui muzik. Disebabkan itu, kita masih memakai alat pendengaran belakang telinga, kadang-kadang kita boleh bercakap sikit dengan lancar tetapi tak berapa pandai berkata-kata macam orang normal. Hanya kita memberi dan memahami yang mereka diperlukan untuk belajar tangan BIM.
Itu gambar menunjukkan buat latihan dan mengingati tangan BIM melalui muzik. Guru akan mengajar tangan BIM dengan betul-betul yang pelajar difahami.
Kemudian itu, Guru Group akan memberi ujian Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) tetapi pelajar-pelajar akan bersedia yang Guru akan menyampaikan perkataan menggunakan tangan isyarat dan pelajar-pelajar akan menyalin yang Guru menyampaikannya. Bila tamat kelasnya, semua pelajar sangat girang mempelajari tangan BIM dan meminta daripada Guru kita, boleh mengajarnya lagi pada peringkat tinggi.
Nak! nak! nak buat lagi! Itulah cakap mereka. Aku kagum dengan mereka kerana mereka nak belajarnya lagi pada peringkat tinggi yang lain-lain. Kita akan bersedia mengajarnya tahap peringkat tinggi kepada mereka. Seriusnya mereka dan saya gembira dan seronok mengajarnya.
Kalau berminat nak belejar tangan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM), silakan menghubungi untuk maklumat lengkap melalui di bawah:
- Bukak e-mail, klik ni Message dan subjek "Kelas Bahasa Isyarat Malaysia", pastu tulis isi yang anda mintakan dan hantarnya, jangan lupa ya atau
- Boleh melawat Facebook, klik ni, MRA Sign Language Group atau
- Boleh hubungi Puan Fauziah Tahar, nombor 012-2096577.
Wallahu a'lam
Tiada ulasan :
Catat Ulasan