Sabtu, 3 Mac 2018

My Blog versi terbaru

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!!


Alhamdulillah, akhirnya tercapai jugak impian saya untuk kembali blog ini. Kehidupan saya selain sibuk, ia jugak membosankan sangat tau la.. Hahaha semanjak meningkat dewasa, kalau berasa bosan mesti nak buat perkara berfaedah. Biasanya saya selalu bermain komputer permainan "role-playing" - Dota 2 dan macam-macam yang segolongan lelaki menyukainya.

I grew up with this blog. Mula menulis ketika berumur 18 tahun. Dan saya terkejut sudah lama tak kemaskini berakhir pada tahun 2015. Ya Allah 3 tahun lamanya saya belum kemaskini. Hmm oh no saya sibuk membuat kerja dan mesti selesaikan urusan hal ini. Okey saya akan membuat kemaskini tetapi ada jugak perubahan blog ini. Zaman zaman jiwa kacau, hati memberontak dan masih keliru mencari identiti diri. Betul tak kah? Hahaha

Tetapi alhamduillah, I have decided to turn back and look for the knowledge about Islam (Da'i). I have met countless of amazing people, who are willing to teach me from scratch. Giving me all sort advices on how to becoming a better person. And syukur, I am surrounded by positive friends.. Thank you for being my friend!! I feel calmer and and couldn't be more grateful with what Allah has granted me =). Thus, I have decided to slowly leave 'the old me'. Please pray for my istiqamah ya?

Back to my story, terimalah blog fakhrulicious versi terbaru yang kelihatan ini sedikit matang dan informatif hahaha... New banner, new template & new layout and too change name blog from memberkuiluvislam to fakhrulicious.. Semua ini berubah ke? Saya juga berharap saya dikurniakan idea untuk berkongsi cerita-cerita inspirasi dan pengalaman hidup yang menarik dengan korang semua. Don't worry, that time I will more selfie but not too much.


Di akhir kata, dengan rasa rendah dirinya saya ingin memohon maaf diatas sebarang kekasaran bahasa, kepelikan perangai dan kejengkelan isi kandungan blog Fakhrulicious sepanjang saya menulis blog ini. I know I was so not yet self-conscious that time. Maafkan ya? Insha-Allah saya akan perbaiki diri dari masa ke semasa. Diharap korang masih menyokong saya ya ke? Jaga diri!
       Wallahu a'lam

Jazakallahu Khairan for your reading this entry !

Rabu, 8 April 2015

Jom Dengar Tentang GST!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!


Ever since I am busy with my working, I don't really spend time with friend but not always have meeting them at weekend only.. Hahahaha >,< Then leisure time I have will be spent either on the bed, office and writing but not idea what need writing.. But, I have a time for myself. I still can write on daily basic (dairy), eat good healthy food because it is my hobby and playing with my niece... They are cute with me and call me "Pak Razi, I want eat Nasi Lemak that you cook and it very delicious!" Thank you my cute niece and I really miss them..

But don't worry I said have spent time for myself, am I right? Hahaha.. When I decided to get myself for soon, it was an abrupt decision. I never ever except things will happen this soon. But I'm glad that I will finally settle down with my beloved family - parent, elder sister and brother who have married, too relatives.. InshaAllah. May Allah ease our journey.. =)

Okay I tell you about business in the world that our Prime Minister, Dato Najib Razak announcement about Good Servives Tax (GST), begin in April 2015.. Don't worry I can explain about GST.. So please listen and read carefully until you understand..

Ramai masyarakat kita di luar sana kurang faham tentang Cukai GST. Pihak yang berkenaan pula sering menyampaikan penerangan GST lebih kepada aspek pengiraan teknikal. Kekadang susah nak faham.. Puak-Puak yang tidak bertangunggjawab pula menggunakan kecelaruan dan ketidakfahaman masyarakat berkaitan GST untuk memburuk-burukkan sistem percukaian moden tersebut. Walhal mereka sendiri pun tak faham dan buat-buat tak faham kerana takut kehilangan pengaruh. Maklumlah tanpa fitnah dan pembohongan maka matilah perjuangan mereka.

Apabila tak faham, termakan pula dengan hasutan dan dakyah songsang maka akan lahirlah masyarakat yang keliru dan haru biru. Inilah yang disukai oleh puak-puak pembangkang. Maka pihak-pihak berkenaan perlu bekerja keras membetulkan persepsi negatif tersebut. Xpela perbuatan baik selalu mendapat mendapat ujian dan cabaran. Betul tak??

Apakah itu GST?

GST adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good Service Tax). Di beberapa negara ia juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau  Cukai Nilai Tambah. Ia bukannya kerajaan telah menambah lagi cukai sedia ada atau mengenakan cukai atas ke cukai.

Kenapa kerajaan melaksanakan GST, apa sistem cukai selama SST tak baikkah?

Pada masa kini dan selama ini kita membayar dua cukai serentak dalam Cukai Jualan dan Perkhidmatan (Sales and Service Tas - SST) bagi setiap barangan dan perkhidmatan yang kita beli iaitu:

Cukai Jualan - 10% dan Cukai Perkhidmatan - 6% menjadikan setiap barangan yang kita beli dikenakan cukai 16%. Cukai-cukai ini kadangkala tidak disedari oleh kita kerana tiada dalam bil atau resit pembelian kita.

Untuk apa GST diperkenalkan?

GST diperkenalkan bagi memperbaiki dan menyusun semula sistem percukaian negara pada masa kini suapaya lebih berkesan, saksama, efisien dan telus. Kerajaan mendapati Cukai Jualan dan Perkhidmatan mempunyai kelemahan iaitu:
  • Bagi mengelak cukai terselindung yang menjadi kos kepada harga akhir yang sebenarnya melampau akibat pengambilan untung berlebihan oleh para pemborong, peruncit dan peniaga.
  • Bagi mengelak cukai bertindih yang sebenarnya membebankan para pengguna yang dikenakan cukai sebanyak dua kali.
  •  Bagi mengekal caj perkhidmatan yang disembunyikan yang mana ia tidak diisytiharkan oleh para peniaga/penjual barangan di dalam resit dan bil-bil kita bagi meningkatkan margin keuntungan mereka.
  • Bagi mengelak perbuatan segelintir golongan pengilang, pemborong, peruncit dan peniaga yang cuba elak dari bayar cukai dengan tidak isytihar sumber, aliran dan jumlah pendapatan mereka.
  • Bagi mengelak perbuatan khianat eknomoi yang dilakukan oleh segelintir golongan peruncit dan peniaga yang sengaja menyorok barangan,  mengurangkan sukatan, memonopoli barang dan memanipulasi harga.

 Contoh penipuan dilakukan oleh golongan peniaga yang tak faham GST dan sengaja ingin menjatuhkan imej Kerajaan

Perbuatan-perbuatan ini akan menyebabkan para pengguna terbeban dengan harga barang yang semakin mahal, bekalan sukar diperolehi , rasuah, penyeludupan dan penipuan berleluasa yang akan menjejaskan ekonomi dan kestabilan negara.

Kadar GST Malaysia membebankan?

Pendapat ini salah sama sekali. Secara perbandingan kadar GST di negara-negara anggota ASEAN:

Kadar GST yang berbeza di kalangan negara-negara anggota ASEAN

Apabila GST diperkenalkan pada 1 April 2015 ke atas semua barangan dan perkhidmatan, adakah bermakna bahawa semua barang akan menjadi mahal? Betul tak??

Dari 600 barang yang dikenakan GST, dijangka hanya 10% yang akan mengalami kenaikan harga, 42% kekal harga dan 48% akan mengalami penurunan harga. Perubahan sesuatu harga barang atau caj perkhidmatan adalah amat minimum. Banyak barang akan menjadi lebih murah kerana cukai GST hanya 6% berbanding 16% yang akan berakhir pada 31 Mac 2015.

Pada masa kini terdapat segelintir peniaga yang tidak jujur dengan sengaja menjual harga barang mahal kerana ingin mengambil keuntungan berganda sebelum perlaksanakan dan mengambil kesemptan memburuk-burukkan imej Kerajaan keran sikap khianat mereka, pada pengguna boleh melapor pada pihak berwajib dan boikot produk atau premis mereka.

Apa yang dilakukan cukai dan apa yang tidak?

Senarai barangan yang tidak dikenakan GST

Harga kenderaan pula semakin lama semakin turun hasil perlaksanaan Dasar Automatif Negara 2014. Perumahan rakyat semakin giat dibina, ia masih mampu dibeli atau disewa. Perkhidmatan perubatan diberi percuma dan murah buat rakyat Malaysia. Semua rakyat turut berhak mendapat pendidikan yang berkualiti.

Manakala banyak pasaraya dan kedai mengambil bahagian dalam promosi jualan harga murah. Cuma kita hanya perlu rajin  bijak dan berhemah ketika berbelanja serta selalulah menabung dalam pelbagai skim amanah saham dan insurans yang diiktiraf Kerajaan agar kehidupan kita dan keluarga lebih terjamin di masa hadapan. Insya-Allah =)

Pada peringkat mana cukai GST dikenakan?

Cukai GST akan dikenakan di setiap peringkat pengedaran atau rantai pembekalan iaitu dari pihak pengimport, pengilang, pemborong, peruncit dan peniaga. Dengan kata lain, hakikatnya setiap peringkat rantaian ini memerlukan pihak syarikat pengisyitiharan segala sumber, aliran dan akaun pendapatan mereka kepada pihak berwajib. Ini menggmbarkan GST adalah sistem yang telus.


Perlaksanaan GST akan menyebabkan banyak syarikat asing akan lari dan syarikat tempatan akan bankrap?

Ini adalah tohmahan liar dan tidak terasas. Hakikatnya, Malaysia merupakan antara negara mesra pelabur kerana kestabilan politik dan sosio ekonominya serta kecanggihan prasarananya berbanding dengan beberapa negara rantau ASEAN yang lain. Rakyat Malaysia juga terkenal dengan sikap rajin, berpengetahuan, setia dan murah berkomunikasi.


Syarikat-syarikat besar yang mementingkan kualiti biasanya tidak akan gentar dengan GST malah lebih menyukainya kerana sistem percukaian ini lebih cekap, telus, dsan terkini. Malah Kerajaan juga menyediakan pelbagai insentif seperti kemudahan kredit, latihan, pengecualian cukai dan sebagainya demi menjaga kebajikan sektor perniagaan dan korporat di negara ini.


Adakah Indeks Harga Pengguna (IHP) akan naik selepas perlaksnaan GST?

GST bukan kos kepada perniagaan. Dengan perlaksanaan GST maka Indeks Harga Pengguna (IHP) dijangka akan turun bagi sesetengah barangan dan perkhidmatan seperti pakaian, kasut, barangan hiasan, perkakasan rumah, penyelenggaraan dan komunikasi.

Manakala IHP yang dijangka meningkat adalah minuman beralkohol, arak, tembakau (rokok, cerut), pendidikan swasta, restoran di hotel , pawangan, spa dan sebagainya. Produk dan perkhidmatan ini bukannya satu keperluan yang kerap tetapi lebih kepada kemewahan dan bersifat sekali-sekala.

Untuk pendidikan swasta kerajaan turut menyediakan dana PTPTN yang mana akan diberi percuma sebagai biasiswa jika seseorang pelajar itu cemerlang dalam pengajiannya. Manakala banyak skim insuran kesihatan yang boleh dimanfaatkan oleh mereka yang menggunakan perkhidmatan perubatan swasta.

GST tidak meningkatkan kos perniagaan kerana ia adalah cukai kepenggunaan. Cuma akibat penambahbaikan sistem cukai ini berkemungkinan ada segelintir peniaga tidak berlepas dari pengisytiharan sumber, aliran dan pendapatan mereka yang selama ini 'disorokkan' dan mereka terpaksa membayarnya bila sistem percukaian GST dilaksanakan. Inilah dikatakan GST mampu mengelak ketirisan dan penyelewengan dalam perniagaan.


GST memiskinkan dan menyusahkan rakyat? Apa yang kerajaan lakukan untuk membantu rakyat?

Pendapat ini salah sama sekali. Banyak bantuan dan sokongan diberikan oleh kerajaan kepada rakyat. Untuk mengatasi sebarang peningkatan harga secara mengejut maka kerajaan akan memberi bantuan tunai secara one-off sebanyak RM 300 kepada penerima BRIM yang rata-ratanya berpendapatan rendah., Pendapatan ini boleh digunakan secara beransur-ansur bagi menampung lebihan belanja akibat kenaikan kos sara hidup setiap bulan, bukannya diperhabiskan dalam tempoh sekelip mata.

Rakyat berpendapatan rendah dan golongan miskin tidak akan dikenakan sebarang cukai GST jika mereka tidak membayar makanan dan menginao di hotel-hotel, restoran makanan segera, memnonton wayang, mengunjungi pusat-pusat hiburan dan spa dan sebagainya.

 Contoh mudah pengiraan GST... Jom makan KFC!

Adakah kita masih perlu membayar cukai pendapatan pada kadar yang sama?

Tidak, memlalui perlaksanaan GST kadar cukai individu akan dikurangkan sebanyak 1-3% untuk semua pembayar cukai. Kadar pendapatan bercukai juga akan dinaikkan kepada melebihi RM500,000. Jika di bawah nilai ini, mereka tidak perlu berdaftar dan membayar GST.. Mudah tak kah?

Dengan itu mereka mempunyai lebihan wang untuk berbelanja atau menabung. Ini adalah inisiatif nyata kerajaan bagi membantu dan menjaga kebajikan rakyat. Perlu diingat, golongan berpendapatan rendah di bawah RM200,000 sebulan tidak dikenakan cukai. Bahkan mereka akan dapat lagi BR1M tahunan dan pelbagai insentif kewangan dan bantuan dari kerajaan. Inilah yang dikatakan rakyat diutamakan dan kebajikan mereka dijaga. Nak tahu kena cukai atau tidak berdaftarlah pada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Bagaimana pula dengan sektor perniagaan?
  • Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan korporat maksimum 26% kepada 24% mulai tahun taksiran 2016
  •  Cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana akan diturunkan daripada 20% kepada 19% mulai tahun taksiran 2016
  • Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mat peratus mulai tahun taksiran 2015 dan potongan cukai bagi yuran kesetiausahaan.
  • Pemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015
  • Potongan cukai tambahan untuk beli kos beli peralatan dan perisian ICT bagi tahun taksiran 2014 dan 2015
  • Geran latihan GST berjumlah RM100 juta dan bantuan pembelian perisian perakaunan GST berjumlah RM150 juta.
Dengan pemberian insentif-insentif ini, maka kos harga jualan barangan dan perkhidmatan boleh dikurangkan dengan begitu banyak. Secara langsung harga barangan akan menjadi lebih murah. Namun jika ada peniaga menjual barang kepada pengguna dengan harga mahal, maka ia adalah salah penjual tersebut melakukan khianat pada kita.

Kenapa GST dilaksanakan sekarang dan bukannya kemudian apabila tiada lagi ketirisan ekonomi?

Tujuan utama pengenalan GST adalah untuk mengurang dua membanteras ketirisan ekonomi akibat perbuatan pengkhianat-pengkhianat ekonomi. Kerajaan sentiasa menambah baik sistem perekonomian dan percukaian negara agar ketirisan ekonomi, rasuah dan penyelewengan ekonomi dapat diatasi dengan sistem pengurusan yang lebih cekap dan telus.

Kerajaan berpendapat bahawa kadar inflasi negara pada masa kin bawah 2% adalah rendah dan ia sememangnya masa terbaik untuk melaksanakan GST. Ini bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan perlaksanaan GST jika kadar inflasi tinggi.

GST memiskinkan rakyat dan menyusahkan golongan berpendapatan rendah?

Pendapat ini salah sama sekali. Apabila sistem kutipan percukaian semakin baik dan cekap banyak ketirisan ekonomi berjaya dibanteras. Hasil pendapatan kerajaan semakin meningkat dan hasil tersebut akan dipulangkan kembali kepada rakyat menerusi pembangunan infrastruktur seperti sekolah, universiti, rawatan kesihatan kerajaan, subsidi baja dan pendidikan, pembinaan jalan raya, pembekalan utiliti, pembayaran gaji dan imbuhan perkhidmatan, peruntukkan kewangan pada negeri-negeri dan sebagainya.

Malah setiap tahun kerajaan telah menaikkan jumlah BR1M kepada golongan sasar selain pelbagai insentif kewangan dan bantuan bagi membantu rakyat dan golongan peniaga. Kerajaan tidak lagi boleh bergantung harap pada sumbangan dari hasil petroleum Petronas untuk selama-lamanya kerana hasil bahan mentah tersebut semakin berkurangan dan syarikat tersebut memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk penerokaan di luar negara serta pengurusan syarikat. Sudah lebih 160 buah negara di dunia telah berjaya melakukan GST. Adakah negara-negara ini semakin miskin dan rakyatnya semakin susah?

GST adalah cukai  yang bertentangan dengan Islam?

Jika GST bercanggah dengan ajaran Islam mengapa beberapa negara-negara Pertubuhan Islam Sedunia (Organzation of Islamic Countries - OIC) seperti Algeria, Turki, Jordan, Lebanon, Indonesia, Mesir, Iran, Uzbekistan, Turkmenisan, Pakistan, Kazakhstan dan sebagainya turut melaksanakannya? Kadarnya pula berbeza dari serendah 5% dari (Iran) hingga tertinggi 20% ( Uzbekistan dan Tajikistan).

Kadar GST yang berbeza di kalangan sebahagian Negara-Negara Pertubuhan Islam Sedunia

Adakah negara-negara OIC ini tidak Islamik? Hakikatnya, kadar GST 6% di Malaysia jauh lebih rendah dari negara-negara lain yang mengenakan GST sehingga 27% (Hungary).

Jika GST adalah sistem percukaian yang zalim, mengapakah negara-negara dunia ini boleh dan berjaya melaksanakannya? Adakah mereka telah membatalkan GST dan melaksanakan suatu sistem percukaian yang lain yang lebih baik dari GST?

Dalam sejarah Islam, sistem percukaian mula dilaksanakan di zaman Khalifah Umar al Khattab (633-644M) untuk membangunkan negara Islam dari pelabagi sudut. Jika cukai itu haram, apakah hukuman yang perlu dijatuhkan ke atas baginda?

Jadi apa peranan kita sebagai rakyat dalam menghadapi GST?
  • Jangan percaya kepada spekulasi, fitnah dan tohmahan pihak yang tidak bertanggungjawab memburuk-burukkan GST
  • Bertanya pada yang pakar GST, banyakkan membaca tentang kebaikan GST
  • Sebagai pengguna sebelum membeli sesuatu barangan kita perlulah membuat perbandingan harga
  • Sentiasa merujuk kepada panduan harga pengguna
  • Membeli di premis-premis jualan yang menawarkan harga berpatutan dan berkualiti
  • Sentiasa memantau dan melaporkan apa-apa kenaikan harga yang tidak munasabah kepada pihak berwajib seperti Kementeriaan Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Keppenggunaan (KPDNKK) atau persatuan-persatuan pengguna seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia
  • Menggunakan kemudahan sosial seperti pesanan mesej ringan (SMS), WhatApps, WeChat, Facebook, blog, Twitter, dan sebagainya melaporkan perbuatan khianat ekonomi oleh golongan peniaga seterusnya kita memboikot premis mereka.
Link berkaitan dengan GST di bawah:
  1.  GST haram ke?
  2. Salahkah GST kalau tidak tahu ke?
Buku Panduan Harga Pengguna

Buku Panduan Harga Pengguna dilancarkan oleh Jabatan Kastam Malaysia bekerjasama dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

You can get the book at any supermarkets such as Giant, Cold Storage, NSK and others or can download the book, click the book GST .. Wait here, I will tell you and I am meet GST book in reception's Cold Storage in KLCC.. In that book, it have explain different price to things..

Alhamdulillah I am done my story title "Good Services Tax" with smoothly.. Actually this story copied from other resources and I must tell you all if you don't know about GST.. Okay I hope you understand about GST and ready to buy things daily necessities with good choices... Up to you if you choose thing have GST or not.. Good luck =)

Tomorrow GST will be implemented in Malaysia. The  average Malaysians are still not quite sure whether the effect of GST on thier spending. Insya-Allah, we can double the GST compliant storage to accommodate the expected increase in the cost pf living. Don't worry, there has the way to help to solve your problem in business, Zakat is answered. Zakat can help you to improve increase cost of the daily living..
       Wallahu a'lam

Jazakallahu Khairan for your reading this entry !

Ahad, 14 Disember 2014

HOWDY BLOGGER!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !


Hello 1 Malaysia! How are you? I hope you all are fine! How you feel on now or tomorrow? Please tell me your story and shared with me a happy story.. Lately, I am busy with my regular life. Many do I need for the next day.. But I do not despair... Level pemalas aku bukan calang-calang takut malas kerja belum disiapkan di pejabat mahupun mestilah ni siapkan nak hantar ke Tuan Besar.

Haih tapi itulah, semakin kerja ini berat, semakin lagi pening... Masa aku duduk kat pejabat dulu, masa tu peak suka aktiviti adventure di luar macam bertugas sukarelawan di luar negeri. Pressure betul duduk kat pejabat tu. Rasa macam tengah ujian professional Akauntan (in the hall) dengan Institut Profesional Baitulmal (IPB). Tunggu time je nak fail.. By the way, aku pass exam tu one shot ok hehehe.. Bila habis kerja je, mestilah baca WhatApps aku nak check my group dalamnya hehe. Stress giler kalau baca mesej WhatApps sebanyak satu ribu, kemain jantung takut sebab my phone dah dipanas! OMG banyak aku tak caya dan bacanya semula..

Asal bosan tak tau nak buat apa, ada la aku kelentung kelentung sensorang kat pejabat MRA.. Actually I have five draft in my blog and I am forget want write story in my blog but not time to do write it.. Masa tu aku banyak pergi yang nak diselesaikan dan juga kadang-kadang laptop aku rosak atau jem teruk.. Aku terpaksa buatnya dalam phone (iPhone 5S) aku walaupun sana sini ada ganggu selalu notification.. Aduhayi banyak nak ditangguhkan blog (draft) aku..

Hey apesal ni, aku rasa nak quit blog ni tetapi tak pasti? Adjust balik kasi semua tulis semula!

Ha itu baru kuasa!

Okay jom apa berlaku pada hari ni dan seterusnya hari berikut... Aku diterima email dari Nuffnang dan Nuffnang ada reward in "CONTEST #TGIFMY "Meat" Your Match".. How would you like to win cash vouchers worth RM 300 and enjoy a meat feast in TGI Fridays? Well, you can now because TGI Fridays is giving away 6 PAIRS of cash vouchers each worth RM 300 to lucky winners :D


Yummylicious!! Ni terbaik beef yang sangat-sangat sedap.. Tak sabar nak makan ni...

Aku ada resepi daging yang aku dimasak.. Cuba tengok resepi di link sebelah kanan dan ada sikit berkongsi resepi lain yang sangat kelazatan tak sekata.. So aku tak perlu ceritakan ni dengan panjang panjang.. Takutnya aku kerana kau rasa bosan membaca sangat panjang mahupun aku seorang lelaki dan bukan sorang perempuan..

Aku nak jelaskan bagaimana dapat giveaway ni.. Here's what you need to do:
  1. Follow and tag @Nuffnang on Instagram.
  2. Post a picture of your favorite meat platter on Instagram.
  3. In your caption, describe the meat dish you shared and tell us why we should treat you to a feast in TGI Fridays.
  4. Hashtag #TGIFMY, #NuffnangXTGIF and tag @Nuffnang in your caption.
  5. Contest runs for two (2) weeks from 15th – 29th December 2015.
Don’t wait any longer, we can’t wait to see all your favorite juicy meat dishes that you would be featuring in this contest! Cheers! =D

Jazakullah Khairan for your reading this entry !

Selasa, 5 Ogos 2014

Resepi: Kek Keju Strawberi Tanpa Bakar

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!!


Salam 1 Malaysia!... Kembalinya aku di sini.. Aku betul rindu sangat blog ini kerana seronok menulis blog ini.. Best lagi menlucukan dalam ruang blog ini.. Kebetulan, aku sibuk amalan-amalan sepanjang bulan Ramadan seperti solat terawih, bertadarus al-Quran dan lain-lain.. Aku rindu Ramadan, gembira datang Syawal! Alamak?! Sepanjang bulan Syawal, masing-masing sibuk nak buat RUMAH TERBUKA.. Betul tak? Aku ke? Yalah tetapi hanya kecil jemput sanak-saudara sahaja.. Hahaha.. Nak jimatkan duit.. Akukah kedekut? Of course, I'm stingy but enough budget list of ingredients for the Open House..

Kali ini saya menulis blog kongsi resepi daripada Dapur MasterChef dan bertajuk "Kek Keju Strawberi Tanpa Bakar", kamu pernah dengar resepi itu tak? Mungkin ada atau tak?? Ok saya nak beritahu kamu semua sebelum memasak resepi itu.. Aku medapat bahan itu di Cold Storage KLCC dan di sini berjalan makan angin.. Bila saya lihat kedai itu, aku berfikir mahu membeli bahan segar dan ada di dalamnya sediakan yang kedai lain tak ada bahan resepi itu.. So, aku terus beli la..

Bila aku balik ke rumah, aku fikir lebih elok aku terus memasak pencuci mulut ini kerana kek ni perlukan semalam.. Aku baru faham hidangan sejuk makan disedap.. Pastu aku dah menyediakannya dan simpan di dalam peti sejuk bukan tempat berbeku.. Kalau tak, susah nak makan ni kerana dah keras ais.. Hahaha..

Kek Keju Strawberi Tanpa Bakar

:   Bahan-bahan   :

10 gram biskut Oreo (tanpa inti)
50 gram mentega (dilembutkan pada suhu bilik)
110 gram gula aising
120 mililiter krim memasak
200 gram keju krim
1 cawan buah strawberi
1 sudu besar gula putih (boleh ditambah jika buah strawberi terlalu masam)

:   Cara-cara   :

1. Kisar kering biskut Oreo sehingga hancur dan ramas bersama mentega sehingga sebati. Masukkan ke dalam gelas jernih dan padatkan menggunakan sudu. Sejukkan di dalam peti sejuk.
2. Kisar halus buah strawberi tanpa air dab masukkan ke dalam periuk. Campurkan tepung jagung dan gula. Panaskan di atas api sederhana. Kacau sehingga campuran strawberi menjadi pekat dan gula telah larut sepenuhnya. Biarkan sejuk.
3. Di dalam sebuha mangkuk, pukul keju krim bersama gula aising sehingga kembang dan sedikit kental.
4. Masukkan krim memasak yang telah dipukul ke dalam campuran keju krim dan gula. Gaulkan perlahan-lahan sehingga sebati.
5. Tuangkan adunan keju krim ke dalam gelas yang sudah diisi lapisan biskut, diikuti dengan campuran strawberi yang telah dimasak. Lapiskan kembali dengan campuran keju krim.
6. Sejukkan sekurang-kurangnya satu jam di dalam peti sejuk di bahagian dingin (bukan sejuk beku untuk daging dan aiskrim tau la...hahaha). Semakin tebal lapisan krim keju, semakin lama ia perlu disejukkan di dalam peti sejuk sebelum boleh dimakan.

Selamat bercuba.. Betul lazat kek itu tanpa bakar.. Yummylicious!!! Cuba jangan cuba kalau tak rugilah tau la.. Hahaha..
      Wallahu a'lam

Jazakalllahu Khairan for your reading this entry !

Isnin, 14 Julai 2014

Salam Ramadhan 1435 Hijrah

Assalamualaikum Warahmtullahi Wabaraktuh !!


Salam 1 Malaysia dan apa khabar semua? Gembiranya menyambut bulan Ramadhan? Of course saya gembira, anda semua juga.. Betul tak? Hahaha.. Okey la lamanya tak saya buat update blog ini.. Kebiasaannya kerjaku banyak tak pernah habis dan semakin meningkat sama dengan merupakan menara kertas.. Hahaha...

Saya mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1435H" kepada semua pembaca blog ini.. Disebabkan ini, saya biarkan update blog kerana saya nak amalan menjalani ibadah puasa dengan sepnuhnya.. Insya-Allah, saya akan kembali pastu hari raya..



Baru ini berlaku di Gaza, saya baru terkejut berita ini dan cepat berdoa untuk Gaza agar mereka di Gaza dapat perlindungan dari kekejaman Zionis.. Ini pembunuhan bukan peperangan.. Saya merayu anda semua doakan Gaza.. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui yg anda doakan Gaza.. Sama dengan dalam al-Quran surah al-'Isra ayat 4-7... Cuba tengok maksudnya dan baru memahami..

Mari kita membantu mereka... Mereka adalah keperluan bantuan anda dengan sangat menyenangkan untuk dilakukan.. Apa yang kita boleh lakukan untuk membantu untuk Muslimin & Muslimat kita di GAZA ialah

1) Jangan berhenti berdoa

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka

Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka
Wahai Tuhan yang gagah perkasa Wahai Tuahn yang penuh raksasa
Wahai Tuhan yang bersifat murka
Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka"
-Daripada doa solat Nazilah

2) Menawarkan bantuan anda dari segi kewangan dalam akaun:

* Tidak bergambar *
P/S: Lihatlah alamat link, Aman Palestin..

ATAU

Perintah yang kredit lebih, boleh menyumbang...
Cara mudah derma melalui SMS, jenis Palestin <jarak> 10 hantar ke 39111. Boleh juga RM1, RM3, RM5 dan RM10...

Allah subhanahu wa ta'ala berfirman:
"Dan perangilah mereka, supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari kekufuran), maka sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan." (Surah al-Anfaal 8:35)

Pilihan adalah tangan anda!

Jazakallahu Khairan for your reading this entry !

Khamis, 22 Mei 2014

Kelas Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) 2014 ke-2

Assalamualaikum Warahmtullahi Wabarakatuh !


Salam 1 Malaysia kepada para pembaca blog ini.. Kembali lagi blog ini, kali ini saya akan maklumat tentang tajuk atas ini.. Sebelum ini mulakan, sejak kebelakangan saya sibuk sangat tak ada masa untuk kemaskini blog ini kerana banyak kerjaku perlu diselesaikan.. Disebabkan ini, saya sebagai pembantu akaun di Syarikat Terkenal Dunia, Lafarge.. Aduhayi!! Syarikat terbesar yang saya tak mampu diselesaikan kerja tetapi Insya-Allah semuanya baik..

Okey la saya nak beritahu anda semua.. Kelas Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) akan dilaksanakan program ini empat kali setahun dan yang pertama bermula pada bulan Mac (1-2 Mac 2014).. Alhamdulillah semua peserta yang menghadiri belajar Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) dan juga mereka dah pandai kerana cepat belajarnya.. Semuanya lancar dengan baik..

It's very funny when learn to sign language...

kembali ke kelas BIM ke-2 pada Hari sabtu dan Ahad bersamaan 7-8 Jun 2014.. Datang la belajar bahasa isyarat untuk mendapat ilmu yang baru.. Mengapakah?? Saya nak masyarakat minta belajar bahasa isyarat kerana masyarakat pekak perlukan pertolongan anda semua.. Tolonglah mereka, cukup dapat pahala..

Kalau anda semua berminat nak belajar bahasa isyarat, silakan boleh datang tapi jangan lupa anda semua beritahu kawan-kawan yang lain.. Jangan risau, ada cikgu dari segi masalah pendengaran dan dia pakai alat pendengaran akan membantu berkomunikasi macam aku..

Datang lah dan jom belajar bahasa isyarat! Agar kongsi pengalaman dengan pekak. Kerana aku sudah belajar pengalaman dari orang normal macam anda sekarang.. Macam berkongsi bekerja, isu-isu sekarang yang apa berlaku di Malaysia.. Ok sudah masa, aku nak beritahu kelas Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) dan cuba lihat gambar di bawah..

Details Kelas BIM 2014 ke-2

Datang la belajar bahasa isyarat.. Tidak perlu bayaran, percuma sahaja... Best la.. =D

Kalau anda berminat nak mempelajari dan mengenal Bahasa Isyarat Malasyia (BIM) dengan cikgu yang bertauliah BIM, boleh datang la tetapi jangan lupa anda kena mesej melalui telefon di gambar itu atau e-mail, clayzeon@gmail.com untuk dapatkan maklumat lanjut dengan lengkap..

Dalam mesej melalui e-mail, please tuliskan di bawah:
  1. Tajuk subjek: Kelas Bahasa Isyarat Malaysia 2014 ke-2
  2. Tuliskan nota, nama anda, telefon anda, e-mail anda dan bertanya apa-apa tentang Kelas BIM 2014
  3. Pastu click SEND. Dan tunggulah saya akan balas mesej anda.
Tolong maklumat ini kepada kawan-kawan yang lain dan sesiapa nak berminat belajar Bahasa Isyarat, boleh datang ke Kelas pada hari Sabtu dan Ahad (7-8 Mac 2014)..
     Wallahu a'lam

Jazakallahu Khairan for your reading this entry !

Jumaat, 28 Mac 2014

Kenyang ada Batasnya

Assalamualaikum Warahamtullahui Wabarakaatuh !


Hmm... Peningnya aku nak update blog ini tetapi aku nak menulis tajuk apa?? Malas nak berfikiran dan biasanya saya ada banyak idea tentang kehidupan berkaitan kesihatan, pendidikan, isu semasa dan lain-lain.. Bila aku lihat apa berlaku di masyakarat sekarang, baru saya dapat idea sebuah cerita. Baru aku diterima berita #MH370 dijumpa di Lautan Hindu. Alhamdulillah tetapi Lautan Hindu itu sangat bahaya kerana air dia sangat kedalaman mungkin 4,000 meter dan ombak kuat yang bergelora nak susah mencari #MH370.. Sedihnya aku bila mendengar berita diumumkan, Dato' Najib, Perdana Menteri Malaysia. al-Fatihah untuk mangsa dan krew #MH370..


Kali ini saya akan menulis blog tib nabawi bertajuk ialah di atas. Makanan yang dijamah mempunyai manfaat apabila dimakan pada waktu dan dengan ukuran yang tepat. Makan terlalu sedikit akan menyebabkan tubuh lemah. Makan secara berlebihan pula boleh menyebabkan timbulnya penyakit.

Abu Talhah pernah berkata kepada Ummu Sulaim: "Saya mendengar suara Rasulullah S.A.W. lemah, saya tahu itu disebabkan rasa lapar." (Riwayat al-Bukhari)

Demikianlah, kurang makan akan menyebabkan tubuh menjadi lemah. Rasulullah S.A.W. bersabda: "Seseorang tidaklah mengisi kantung yang lebih buruk daripada perut. Cukuplah seseorang makan beberapa suap makanan yang boleh menegakkan tulang belakangnya. Jika perlu (makan banyak, maka maksimumnya) sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk nafasnya." (Riwayat al-Tirmizi)



Kenyang yang Dibolehkan

Sememangnya kita sedia maklum bahawa makan berlebihan boleh menyebabkan timbulnya penyakit. Tetapi sekiranya keadaan kenyang tidak berlaku terus menerus, maka hal tersebut tidak mengapa.

Dalam Sahih al-Bukhari disebutkan bahawa Abu Hurairah pernah minum susu sehingga beliau mengatakan: "Demi Allah, wahai Rasulullah saya sudah tidak mendapati jalan masuk lagi (untuk minum)."

Manakala dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas berkenaan makanan yang menjadi banyak berkat doa Nabi Muhammad. "Maka mereka (para sahabat) makan sehingga kenyang."

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abdurrahman bin Abu Bakar tentang para sahabat yang merupakan kebanyakan anggota satu kabilah ketika dijamu kambing sedangkan jumlah mereka ketika itu 130 orang dan disebutkan: "Kami semua makan sehingga kenyang." (Riwayat al-Bukhari)

Al-Hafiz Ibn Hajar telah mengumpulkan ucapan beberapa orang ulama mengenai kenyang dalam kitab Fath al-Basi Syarh Sahih al-Bukhari, bab "Sesiapa Makan Sampai Kenyang."

Beliau berkata: "Ibn Baththol berkata: 'Hadis-hadis ini menunjukkan dibolehkan kenyang sekalipun kadang-kadang tidak kenyang itu lebih utama.'"

Imam al-Tabari berkata: "Meskipun pada dasarnya hukum kenyang adalah harus, namun ia ada batasnya. Sekiranya melebihi yang sepatutnya, ia boleh dikategorikan sebagai berlebih-lebihan."

Yang dikatakan harus ialah kenyang yang membantu seseorang untuk menjalankan ketaatan kepada Tuhannya dan makanan itu tidak samapai melalaikannya daripada melaksanakan kewajipannya."

Imam al-Qurtubi berkata dalam al-Mufham, ketika menyebutkan kasih Abu Haitsam ketika Nabi menyembelih seekor kambing untuknya dan dua orang sahabatnya, 'Merekapun makan sampai kenyang'. Dalamnya terdapat dalil mengenai dibolehkan kenyang.

Adapun hadis yang melarang kenyang ditafsirkan bahawa kenyang tersebut ialah yanag memberatkan perut dan menghalang daripada melaksanakan ibadah dan menyebabkan seseorang itu sombong, angkuh, dan malas. Hukum makruh ini boleh menjadi haram sesuai dengan kesan negatif yang ditimbulkannya.

Tingkatan Kenyang

Imam al-Ghazali berkata dalam al-Ihya' bahawa hadis ats-tsuluts (sepertiga) ini diceritakan kepada seorang ahli falsafah maka dia berkata:
      "Saya tidak pernah mendengar ucapan mengenai menyedikitkan makanan yang lebih bijaksana daripada ini."

Dalam al-Ihya' juga disebut bahawa tingkatan kenyang ada tujuh.



Menurut Ibn Qayyim al-Jawziah dalam al-Tib al-Nabawi, Nabi Memberitahu bahawa memadai makan berberapa suap makanan yang boleh menegakkan tulang belakangnya sehingga kekuatannya tidak berkurangan dan badannya tidak lemah.

Tetapi jika lebih daripada itu, hendalah dia makan maksimumnya sepertiga perut, membiarkan sepertiga lainya untuk tempat air dan sepertiga lagi untuk nafas. Ini merupakan makanan yang paling bermanfaat untuk badan dan hati. Sesungguhnya sekiranya perut seseorang penuh dengan makanan, maka tempat untuk minumannya menjadi sempit.

Jika tempat itu diisi dengan minuman, maka tempat bernafas menjadi sempit dan ia akan ditimpa kesukaran dan kepayahan seperti orang yang sedang memikul beban berat. Di samping itu hal ini boleh mengakibatkan hati menjadi rosak, tubuh badan menjadi malas untuk melaksanakan ketaatan, mudahnya ia bergerak mengikut syahwat.

Oleh itu, perut yang penuh dengan makanan akan membahayakan hati dan badan. Kenyang yang berlebihan melemahkan kekuatan badan meskipun ia boleh menyuburkannya. Kekuatan badan itu terbentuk berdasarkan zat yang diserapkannya bukan daripada banyaknya dia makan.

Akibat Berlebihan Kenyang

Salah satu akibat berlebihan mengambil makanan berdasarkan perubatan moden adalah kegemukan (obesiti). Kadang-kadang kegemukan ini disertai dengan meningkatnya bahaya penyakit-penyakit pembuluh darah jantung seperti lemah jantung, kenaikan tekanan darah, kenaikan kandungan lemak dalam darah dan sebagainya . Tidak diragukan bahawa pembekuan darah pada pembuluh darah jantung mempunyai kaitan dengan kegemukan.

Sekiranya berat badan bertambah, pelbagai masalah boleh berlaku, antaranya:

  • Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan  jantung)
  • Strok (angin ahmar)
  • Tekanan darah tinggi
  • Batu hempedu
  • Diabetes (kencing manis)
  • Paras kolestral darah yang tinggi
  • Gout
  • Sakit di bahagian bawah belakang badan
  • Sukar bernafas
  • Penyakit hati
  • Barah usus
Hal ini berkait rapat dengan kelebihan mengambil makanan khususnya makanan yang kaya dengan lemak. Ia merupakan masalah yang biasa berlaku dalam masyarakat. Antara cara terbaik untuk merawat kegemukan ialah meningkatkan aktiviti fizikal dengan melakukan senaman.


Bagi wanita, melakukan kerja-kerja rumah juga merupakan senaman yang baik. Bagi lelaki pula, berkebun merupakan senaman yang baik. Sebenarnya banyak lagi senaman yang boleh dilakukan seperti berjalan kaki, menaiki tangga, bersenam, berlari, berjoging, berbasikal, berenang, bermain bola, tenis, berjalan-jalan dan sebagainya. Semua aktiviti ini boleh menyebabkan tubuh kita menjadi sihat dan kuat.
       Wallahu a'lam

Jazakallahu Khairan for your reading this entry !