Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatah !
Ketika saudara Islam kita di Sudan berasa cemas, sama ada dia akan makan atau tidak hari ini, ramai antara kita tertanya-tanya, hari ini hendak makan di mana? Di restoran itu atau hotel ini? Ya, besar sungguhnya bezannya antara "hendak makan apa" dengan "hendak makan di mana".
Ketika berlambak-lambak makanan lebihan berbuka puasa dibakulsampahkan di rumah orang Islam di Malaysia, kanak-kanak Muslim pelarian Rohingya, Palestin dan Afganistan sedang merayap-rayap, mencari sisa-sisa roti di tepi-tepi khemah pelarian mereka. "Bazar Ramadhan" di sini berubah menjadi "bazir Ramadhan".
Ketika ada saudara Islam kita bertanya, apakha sah puasa seseorang yang tidak mempunyai makanan untuk dimakan sewaktu mengejutkannya untuk bangun sahur! Apatah lagi sepanjang sebulan pesta Syawal.
Mengapa semua perbezaan ini terjadi? Apakah Tuhan tidak adil dalam mengagihkan rezeki? Subhanallah, Maha Suci Allah daripada segala kekurangan dan kelemahan. Allah sekali-kali tidak akan menzalimi hamba-hamba-Nya, tidak kira Kafir atau Muslim. Yang menzalimi diri dan orang lain ialah manusia itu sendiri.
Allah tegaskan bahawa hidup ini adalah untuk menguji manusia. Allah jadikan si miskin, sebagai ujian kepada si kaya. Dan si kaya pun menjadi ujian bagi si miskin.
Adakah dengan kekayaannya, si kaya boleh membantu si miskin? Lupakan dia bahwa harta itu amanah Allah, bukan anugerah untuk dirinya sendiri? Sesungguhnya, dalam harta si kaya ada hak yang wajib diberikan kepada si miskin.
Allah memberi kekayaan kepada si kaya untuk dia memberi kepada si miskin. Tukarkanlah kekayaan harta itu dengan kekayaan jiwa.
Allah juga menguji si miskin dengan kehadiran si kaya. Jangan ada rasa hasad, buruk sangka dan dendam kepada si kaya kerana kelebihannya. Pada diri orang kaya, sesungguhnya ada pahala sabar dan reda yang mesti diraih oleh si miskin hasil pantulan fikir dan zikirnya, muhasabah dan mraqabahnya terhadap segala takdir Tuhannya. Dari situlah, dia harus memperbaiki tadbir hidupnya. Lihatlah yang tersirat kerana di sebalik yang pahit itu pasti ada ubat!
Carilah kekayaan jiwa di sebalik dua takdir - kenyang dan lapar. Takdir mengajar kita bukan hanya untuk pasrah dan menyerah, tetapi juga untuk lebih bijaksana, qanaah dan mujahadah (berjuang).
Agar dengan itu, si kaya tidak rasa memiliki; tamak, zalim, dan bakhil. Agar dengan itu juga si miskin tidak rasa dimiliki; hina diri, meminta-minta dan rela diperhamba. Kekayaan jiwa itulah keberkatan dalam hidup. Itulah kualiti yang boleh dicapai oleh si kaya dengan kekayaannya, si miskin dengan kemiskinannya. Jika tidak si miskin dan si kaya akan terus kebuluran; kebuluran jiwa!
Burulah keberkatan sekalipun dalam makanan. Buatlah dahulu apa yang mampu kita buat, Insya-Allah, Allah akan membantu kita melakuan apa yang kita tidak mampu buat. Inilah pesan blog ini di sebalik isu Lazat Berzat Berkat. Insya-Allah, saya buatkan isu Lazat Berzat Berkat pada masa datang.. Wassalam..
Mohon maaf atas segala titik kekhilafan dari pihak saya yang terlalu kerdil andai ada sekelumit bentuk penulisan yang terdapat dalam blog usang ini, menyinggung sebuah perasaan, menyakiti sebentuk hati, menulis sampai meninggalkan kesan, kerana saya bukan orang seni. Saya masih 'mencari' & terlalu banyak lagi silap di dalam diri. Bantu saya & mereka yang lain dalam mencari sebuah 'erti'.
Ya, kita semua sememangnya tidak pernah bersua muka. Tetapi, salah silap & khilaf tak pernah kenal tempat. Sama-sama berdoa moga suatu hari di akhirat kelak kita semua bakal bertemu dengan izin Allah. Insya-Allah. Taqabbal Allahu minna wa minkum wa kullu 'aamin wa antum bikhayr..
Salam Aidilfitri ! ;D
Thank you for reading this entry !
Tiada ulasan :
Catat Ulasan