Rabu, 27 Mac 2013

GIVEAWAY : EDY 3 DESTINASI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatah !

* PENGUMUMAN UNTUK DIMENANGI *

Alhamdulillah, akhirnya saya dipilih pemenang GIVEAWAY : EDY 3 DESTINASI. Saya tidak percaya saya mendapat hasilnya tetapi dahulukan saya nak ucaplah jazak'Allah khair (terima kasih) atas sokongan anda.. Terima kasih banyak-banyak =).. Apakah yang saya mendapat hadiah daripada GIVEAWAY : EDY 3 DESTINASI? Nak tahu apa isinya? Okey la, saya mendapat FM Langkawi, Kedah tetapi saya ingin semua ketiga-tiga FM destinasi dan saya tak kisah asalkan saya mendapat hadiah FM itu.

* Sumber ini berkaitan daripada Daniel Zaidi *

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatah !


Hi semua =). Setelah aku menawarkan tentang giveaway yang saya baru mendengar daripada ahli blogger terkenal pada tempoh hari, aku berharap ada diantara korang yang excited/interested untuk join. Pleasela  bagi sokongan, jangan bagi awak malu sendirian boleh tak? Hahaha XD. So yeah sebab kepala aku berceluru , sibuk dengan bekerja maka aku tak sempat nak pikirkan pasal terma dan syarat. Apa punya ahli blogger terkenal ntah main serkap jarang je LOL.

Kembali kepada giveaway tersebut, aku nak bagi tahu anda semua tentang giveaway untuk diberi secara rambang kepada sesiapa yang bertuah tetapi ini saya bukan punya, ahli blogger ini punya giveaway by Best Photography Blog 2012, Daniel Zaidi. JIKA ANDA MENANG, MAKA ANDA SEMEMANGNYA BERTUAH DALAM KALANGAN MEREKA YANG BERTUAH. (oo ko nak cakap sesiapa yang baca blog ko ni memang bertuah la eh??) No, so up to you =)

Nak tahu tak??... Apakah itu dalam giveaway? Tak sabar nak tahu-tahu apa isinya.. Sekarang sesiapa nak melawat ke destinasi yang menarik, please angkat tangan anda dulu.. Haha XD Destinasinya ialah menyelinap ke 3 destinasi bermula Bongkok, Thailand......Jakarta, Indonesia....dan Langkawi, Kedah. Wow best tempatnya menarik.. NAK TAK?

TERMA AND SYARAT-SYARAT EDY 3 DESTINASI GIVEAWAY

1. Bacalah doa supaya murah rezeki.
2. Comment entry ini dengan ayat 'Saya nak menang please!'. Pastu, please satu lagi beri comment dalam ruang blog Daniel Zaidi, ucaplah berterima kasih kepada dia jangan lupa ya tau.
3. Tarikh tutup giveaway pada Rabu bersamaan 3 April 2012.

HADIAH ??




* Seorang akan dipilih. Setiap pemenang  akan menerima 1 tiket ketiga2 FM dari ketiga2 destinasi.. Selain itu, ada lagi hadiah 12 orang lain akan menang salah satu FM tesebut. Dan juga ini adalah lucky draw, pemenang akan dipilih secara rawak melalui sistem berkomputer..

Janganlah bersedih kalau anda rasa peluang untuk anda menang tipis. Jika anda rasa anda amat memerlukan giveaway tersebut, lebih baik anda berdoa.. Itulah terbaik! Sebelum ini, ada pernah giveaway to trip at Janda Baik, Pahang sebagai seorang VIP Guest. Giveaway ini bermain teka-teka berapa harga jam tangan yang berjenama. Cuba tengok dan pergi ke ruang blog dia ya.. So, GUD LUCK =)

* Sumber ini berkaitan daripada Daniel Zaidi *

SELAMAT MAJU JAYA KENGKAWAN =P

Jazak'Allah Khair for your reading this entry !

Sabtu, 9 Mac 2013

Resipi: Ayam Panggang Madu dan Nasi Ayam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatah !


Er... Lupanya saya update blog ni tetapi saya malas updating kerana otak saya dah dikeringkan dan ia berkarat sepenuhnya. Biarkan saya tenangkan dulu...(I think my brain is rusty and need my brain wash. Now the break that I took some time..). Adik bongsu yang paling comel iaitu Fatin Nur Ain, adalah seorang yang sweet tooth. Dia gemarkan makanan yang panggang. Tetapi once in while, ada la saya jugak buatkan Ain ayam panggang ke bakar ke. Kalau tak malas aku dah sampai, TAK MAHU. Kerana rumah saya tidak ada ketuhar dan kebiasaannya buatkannya di kampung. 

Saya cuba melawan ibu nak masakkan ayam. Adik cuba rasa antara makanan ibu dan saya. Akhirnya, saya dimenangi tetapi adik bercakap ayam ini lebih sikit BERLEMAK!. So, she is chosen as Mother's food is WINNER. Huhu T.T.. Okey la takpe tetapi asalkan makanan cukup berseimbang dan sedap, tak nak rasa tawar dan berapa masam malahan juga masin.

Roasted Chicken Turkey adalah hidangan Turki bermain-main. Tidak ada resipinya di Malaysia kerana ayam ini lebih besar daripada ayam biasa. Saya terasa-rasa yang ia hidangan sangat lazat kerana ini simple nak masaknya. Ia lebih mencairkan perasaan atau selera makan kerana hidangannya memanggil-manggil perasaan ingin mencuba.

Okey, okey dan okey agaknya sayalah orang pertama yang akan mengambil bahagian paha ayam belanda itu! Saya bawa ayam itu dan tempat membakar.

Cepat-cepat saya menawarkan diri untuk membawa ayam itu. Kami semua teruja. Lalu minggu berikutnya, kami berkumpul di ruang memasak yang disediakan oleh ibu saya. Begitulah kebiasaannya kami bertukar-tukar resipi dan ilmu daripada rakan rumah sejiran dan rakan sekelas.

Bahan-bahan yang digunakan oleh ibu mudah sahaja. Ibu menggunakan garam, lada sulah, sedikit madu dan campuran herba. Ayam itu dibakar dalam ketuhar selama hampir dua jam.

Sementara menunggu ayam masak, ibu menyediakan bahan sayuran seperti lobak merah, bawang besar dan kentang. Saya pula membantu ibu, bahan sayuran dipotong dadu. Pastu, saya bawak bahan sayuran kecuali bawang besar direbus separuh masak dan dimasukkan ke dalam ketuhar bersama bawang besar. Sayuran tersebut diletakkan di celah-celah paha dan kepak ayam.

Untuk memastikan ayam masak sepenuhnya, ibu mencucuk bahagian isinya dan ayam itu mengeluarkan cecair jernih. Dibawanya kelaur bekas pembakar lalu ibu mengasingkan air yang dihasilkan oleh ayam.

Saya terkejut dan bertanya "Mengapakah ibu keluarkan cecair jernih dari ketuhar?" Ibu menjawab "cecair ini kita gunakan untuk dijadikan gravy." Apa itu gravy? Oh rupanya, gravy is sauce, made often from the juices that run naturally from meat or vegetables. Mestilah sedap dibubuh dengan roti.. Yumm!! Haha XD

Kemudian ibu membungkus ayam panggang itu dengan kerajang aluminium dan dimasukkan semula ke dalam ketuhar selama setengah jam. Sementara ayam dibakar, ibu menyediakan gravy iaitu stok ayam yang dicampurkan dengan sedikit krim dan tepung jagung.

Ibu juga merebus kacang pis, bunga kubis dan brokoli. Hampir tiga jam menunggu, akhirnya kami menikmati honey roasted chicken bersama-sama. Emm..... barulah saya tahu, tip memasak honey riasted chicken adalah terletak pada cara menanggangnya dan bagaimana nak bermula dimasak. Diam-diam saya merancang untuk mereka resipi sendiri. Bahan-bahannya?

Ikut sesuka hati! Hasilnya,


Honey Roasted Chicken

:  Bahan-bahan  :

1 ekor ayam (anggaran 1.5 kilogram beratnya)
1 sudu besar madu atau jem aprikot
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu kecil daun bawang (dicincang)
1 sudu kecil taragon (jika suka)
1 sudu kecil thyme (jika suka)
Garam secukup rasa
50 gram mentega (suhu bilik)
2 biji limau (dicincang isinya)

:  Cara-Cara  :

1. Masukkan garam, madu atau jem, bawang putih dan herba di dalam mangkuk besar. Sapukan kesemuanya pada ayam.
2. Sapukan pula mentega dicelah-celah antara isi dan kulit ayam.
3. Panaskan ketuhar pada kepanasan suhu 250 Celsius.
4. Sumbatkan isi oren ke dalam perut  ayam. Biarkan ayam diperap selama 15-30 minit.
5. Masukkan ayam ke dalam dulang pembakar yang telah disampul dengan kerajang aluminium (aluminium foil), letakkan dengan cara dada ayam di sebelah atas. Bakar selama 15 minit. Kemudian kecilkan suhu ketuhar kepada 180 Celsius.
6. Sampulkan ayam dengan kerajang aluminium, biarkan selama 45 minit atau sehingga masak. Sesekali percikkan seluruh ayam dengan cecair yang keluar semasa proses membakar. Keluarkan lebihan cecairnya untuk dijadikan gravy.
7. Bagi memastikan ayam telah masak, cucuk isinya dengan lidi sate atau garfu sehingga cecair jernih mengalir keluar.
8. Perlahankan kepanasan ketuhar kepada 150 Celsius.
9. Bukakan kerajang aluminium dan bakar ayam selama 10 minit agar garing di bahagian kulitnya.
10. Tutup ketuhar dan keluarkan ayam. Biarkan selama 10 minit di dalam kerajang aluminium sebelum dihidangankan bersama kentang, lobak merah, dan salad.

Ayam Panggang Madu sungguh enak dimakan ketika panas-panas. Heaven in my mouth =)... Addition, I have idea with it and of course, I cooked chicken rice set ready complete with all the sauce, but the recipe rice and sauces it's all too simple... Try this honey roasted chicken recipe!! Yummuylicious!!

Thank you for reading this entry !

Jumaat, 1 Mac 2013

AUUAT ZASSA 10 Sahabat Dijamin Syurga


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatah !


Alamak lupanya saya lagi nak update blog ni >_<.. Sorry la saya dah lupakannya kerana saya sedang cuci mata mencari keseronokan di Putrajaya baru pada hari lalu.. Okey la mengapakah saya tuliskan bertajuk ialah "AUUAT ZASSA"? Do you are know about what meaning word is "AUUAT ZASSA"? What?! That you don't know about this? Never mind but don't angry ya.. Hikhikhikhahaha.... Manusia suka dengan carta. Hari ini pelbagai carta top 10 dibuat. Boleh dikatakan dalam setiap perkara ada sahaja cartanya.

Para kaki bola dengan carta 10 goal save tercantik atau 10 pemain terbaik. Who are you all crazy football sick? Please raise your hand with enthusiasm if you say YES. Remaja pula mungkin dengan carta 10 artis paling diminati ataupun 10 artis K-Pop paling digilai! Do you know who is Lee Min-Ho? Or do you know who singer is the Big Bang? Yeke? Are you liking them? OMG!! Ramainya sukai mereka.. Hmm.. Tetapi namun, bagaimana pula dengan carta 10 sahabat yang dijamin masuk syurga? Do you guys ever do this chart? If no, never mind but please you must REMEMBER to Allah and the Prophet Muhammad S.A.W as well as the companions of the Islamic figures. Betul tak? Sedihnya =(

Top 10 Sahabat Terhebat

Apa-apa sahaja carta yang manusia cipta hari ini tidak dapat menandingi carta ini sama ada 10 manusia terkaya, 10 raja terhebat atau sebagainya ia tetap tidak dapat menandingi carta 10 sahabat yang dijamin masuk syurga.

Abdul Rahman bin al-Akhnas memceritakan ketika beliau di dalam masjid, terdapat seorang lalaki yang mengutuk Ali r.a. Lalu Said bin Zaid r.a. bangkit dan berkata: "Aku mendengar sendiri Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: Ada 10 orang pasti masuk syurga; Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Talhah, Zubair bin al-'Awwam, ABu Ubaidah al-Jarrah, Sa'ad bin Abi Waqqas dan Abdul Rahman bin Auf pasti ke syurga.'

Orang ramai mengira-mengira, hanya sembilan orang. Lalu mereka bertanya: 'Siapa yang kesepuluh?'

Setelah digesa, beliau menjawab: 'Said bin Zaid.' Kemudian, beliau meneruskan bicaranya: 'Mana-mana sahabat pun yang berdebu wajahnya kerana bersama-sama sepanjang hidupnya biarpun umurnya selanjut umur Nabi Nuh a.s. (95 tahun)!" (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Allahuakbar! Siapalahyang sanggup mencela sahabat. Jangan sekali-kali menandang rendah kepada mana-mana sahabat Nabi. Sehebat mana amalan kita, belum tentu seberat debu yang melekat di hidung unta perang mereka!

Berbalik kepada tumpuan kita, bolehkah pembaca menyebut satu persatu kesemua 10 sahabat tersebut tanpa melihat hadis di atas? Tidak susahkan? Saya selalu ingatkan diri sendiri: "Jika ada minat, mudah untuk ingat!" Saya sendiri menggunakan bantuan teknik mnemonik untuk mengingati cara ini, iaitu "AUUAT ZASSA" (baca, Awat Zasaa)

Pentingkah Mengingati 10 Sahabat Ini?

Mungkin ada yang mengatakan sesuatu carta tidak lebih sekadar trivia sahaja. Carta top 10 dan seumpamanya hanya informasi santai yang seronok diambil tahu semata-mata. Namun tidak begitu bagi orang yang berada dalam bidangnya terutama orang yang menumpuhkan seluruh jiwa dan asa dalamnya.

Tanyalah mana-mana ahli sukan yang berdedikasi, tidak kira di peringkat mana sekalipun; carta amat bereti dan bernilai buat mereka, Andai tidak menjadi pemain nombor satu sekalipun, berada dalam kelompok 10 terbaik sudah cukup bermakna!

Ini kerana carta ialah pengiktirafan atas usaha dan pencapaian seseorang dalam bidang yang diceburinya. Carta memberi motivasi buat mereka yang telah mendapat pengiktirafan agar terus mengekalkan kecemerlangan. Ia juga sebagai inspirasi kepada orang lain untuk berusaha mencapai kegemilangan.

Jadi, carta 10 sahabat yang dijamin masuk syurga sebenarnya inspirasi buat semua untuk Muslim sejati. Ia adalah motivasi kepada setiap Muslim yang menetapkan moto hidupnya; sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah. 10 orang sahabat tersebut telah dijamin dengan syurga Allah. Bukankah syurga Allah menjadi idaman dan impian kita semua? Mardhatillah (keredaan Allah), cenderhatinya syurga.

Justeru, lekeh sungguh orang yang berangan-angan hendak ke syurga tetapi tidak tahu golongan yang telah berjaya mendapat tempat di sana. Jadi, jejak siapa yang ingin diikuti? Orang yang bercita-cita menjadi doktor. Orang yang berimpian menjadi arkitek akan mengambil inspirasi arkitek terkenal. Jadi, orang yang ingin ke syurga sudah tentu menjadikan para sahabat tersebut sebagai inspirasi dan menelusur jejak langkah hidup mereka. Sekali lagi, siapakah mereka? "AUUAT ZASSA!" Nak ingin tahu tentang siapakah mereka? Okey la saya ceritakannya di bawah dengan semangat ya!

A - Abu Bakar al-Siddiq

Sahabat Rasulullah S.A.W. yang paling rapat merangkap bapa mertua Baginda S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Orang yang sanggup berkorban harta dan dirinya kerana aku ialah Abu Bakar. Sekiranya aku ingin mengambil seorang kekasihku. Tetapi beliau merupakan saudaraku dalam Islam." (Riwayat Muslim)


U - Umar al-Khattab

Pengislamannya benar-benar memberi nafas baru kepada Islam. Merupakan sahabat kedua yang paling dicintai Rasulullah S.A.W., juga merangkap mertua Baginda. Ali pernah berkata ketika kematian Umar: "Kamu tidak meninggalkan seorang yang sangat aku cintai melebihi daripadamu. Sehingga bertemu dengan Allah sekalipun, tidak ada yang dapat menandingi amalanmu. Demi Allah, aku yakin sesungguhnya Allah akan menempatkanmu bersama-sama Abu Bakar dan Umar, aku masuk dan keluar bersama-sama mereka. Aku berharap semoga Allah menjadikan kamu bersama kedua-duanya.'" (Riwayat Muslim)

- Uthman bin 'Affan

Sayangnya baginda kepada beliau sehingga mengahwinkan dua puterinya dengan beliau. Beliau adalah satu-satunya sahabat Rasulullah S.A.W. malu kepadanya. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Tiada seorang pun yang pernah mengahwini dua orang anak Nabi sejak zaman Nabi Adam a.s. selain Uthman. Beliau digelar zu al-nur'ain (yang memiliki dua cahaya hati)." (Riwayat al-Baihaqi)

A - Ali bin Abu Talib

Sahabat, sepupu dan merangkap menantu Rasulullah S.A.W. Biarpun masih muda, pemikiran dewasa, tubuhnya perkasa dan semangatnya waja. Beliau tidak teragak-agak mengorbankan diri demi Rasulullah. Rasulullah S.A.W. bersabda kepada Ali, maksudnya: "Kedudukanmu denganku seperti kedudukan Nabi Harun dengan Nabi Musa, tetapi tiada nabi selepasku. (Riwayat Muslim)

T - Talhah bin Ubaidillah

Seorang saudagar berjaya. Namun, dia keluar dari "comfort zone" dengan memeluk Islam. Natijahnya, badan yang suatu ketika dahulu mulus, kini tembus dengan cacahan pedang, tombak dan panah. Baginda bersabda maksudnya: "Sesiapa yang mahu bumi ini, tengoklah Talhah bin Ubaidillah. Setiap Abu Bakar teringatkan Uhud, beliau berkata: 'Hari itu keseluruhannya milik Talhah!'" (Riwayat Ahmad)

Z - Zubair bin al-'Awwam

Sahabat yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Rasulullah daripada pelbagai arah. Beliau ialah sepupu Nabi kerana ibunya ialah kakak ayah Baginda. Selain itu, beliau ialah anak saudara Nabi kerana Khadijah r.ha. ialah ibu saudaranya. Beliau juga biras Nabi kerana beristerian Asma' bin Abu Bakar ialah kakak Aisyah.

A - Abu Ubaidah bin al-Jarrah

Dalam medan Badar, beliau terpaksa membunuh ayahnya yang tidak henti-henti menghalangnya.

58:22

Lalu Allah menurunkan firman-Nya sebagai pengubat jiwa dan pujian buatnya, mafhumnya: "Engkau tidak akan mendapati orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat akan berkasih sayang dengan orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, walaupun mereka itu bapa, anak, saudara, atau keluarga mereka. Merekalah orang yang Allah teguhkan iman di hati." (Surah al-Mujadalah 58:22)

S - Sa'ad bin Abi Waqqas

Beliau sangat mencintai ibunya, namun lebih mencintai Allah. Ibunya yang masih kafir mogok lapar untuk memaksa beliau kembali kufur. Beliau berkata dengan berat hati: "Sekalipun ibu ada seribu nyawa dan ditamatkan satu persatu, saya tetap tidak akan tinggalkan agama ini."

31:15

Allah berfirman-Nya maksudnya: "Sekiranya ibu bapamu mendesakmu supaya syirik kepada-Ku dengan sesuatu yang engkau tidak tahu, maka usah patuhi. Namun tetaplah bersahabat dengan mereka di dunia dengan sebaik-baiknya." (Surah Luqman 31:15).

Beliaulah orang pertama yang melepaskan anak panah dalam peperangan Islam.

S - Sa'id bin Zaid

Adik ipar kepada Umar al-Khattab. Beliau boleh dibanggakan dengan peristiwa dilanyak oleh Umar yang menjadi sebab keislaman Umar yang amat diharap-harapkan oleh Baginda. Sebelum memeluk Islam lagi, beliau telah dicemuh dan diseksa oleh masyarakatnya kerana mempertikaikan budaya jahiliah. Lalu, hadirnya Islam untuk menenangkannya.

A - Abdul Rahman bin 'Auf

Beliau hebat dalam perniagaan dan peperangan. Tidak ada satu peperangan besar bersama Rasulullah pun yang beliau terlepas. Bahkan, operasi ketenteraan Islam dalam peperangan besar seperti Tabuk dapat digerakkan berkat pakej bantuan yang diberikannya. Beliau juga menanggung perbelanjaan hidup para isteri Baginda selepas kewafatan Baginda.

Selain 10 orang sahabat yang diisytiharkan ini, ramai lagi yang dinobatkan oleh Rasulullah S.A.W. sebagai ahli syurga. Puteri Rasulullah, Fatimah r.a. dinobatkan sebagai ketua wanita syurga. Begitu juga seorang sahabat wanita yang dikhabarkan terlebih dahulu melangkahkan kaki masuk ke syurga sebelum Fatimah. Rasulullah juga mendengar langkah kaki Bilal di dalam syurga. Banyak lagi pengisytiharan sebegini yang terakam dalam hadis Nabi S.A.W.
       Wallahu a'lam

Jazak'Allah Khiar for your reading this entry !