Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatah !
Alamak lupanya saya lagi nak update blog ni >_<.. Sorry la saya dah lupakannya kerana saya sedang cuci mata mencari keseronokan di Putrajaya baru pada hari lalu.. Okey la mengapakah saya tuliskan bertajuk ialah "AUUAT ZASSA"? Do you are know about what meaning word is "AUUAT ZASSA"? What?! That you don't know about this? Never mind but don't angry ya.. Hikhikhikhahaha.... Manusia suka dengan carta. Hari ini pelbagai carta top 10 dibuat. Boleh dikatakan dalam setiap perkara ada sahaja cartanya.
Para kaki bola dengan carta 10 goal save tercantik atau 10 pemain terbaik. Who are you all crazy football sick? Please raise your hand with enthusiasm if you say YES. Remaja pula mungkin dengan carta 10 artis paling diminati ataupun 10 artis K-Pop paling digilai! Do you know who is Lee Min-Ho? Or do you know who singer is the Big Bang? Yeke? Are you liking them? OMG!! Ramainya sukai mereka.. Hmm.. Tetapi namun, bagaimana pula dengan carta 10 sahabat yang dijamin masuk syurga? Do you guys ever do this chart? If no, never mind but please you must REMEMBER to Allah and the Prophet Muhammad S.A.W as well as the companions of the Islamic figures. Betul tak? Sedihnya =(
Top 10 Sahabat Terhebat
Apa-apa sahaja carta yang manusia cipta hari ini tidak dapat menandingi carta ini sama ada 10 manusia terkaya, 10 raja terhebat atau sebagainya ia tetap tidak dapat menandingi carta 10 sahabat yang dijamin masuk syurga.
Abdul Rahman bin al-Akhnas memceritakan ketika beliau di dalam masjid, terdapat seorang lalaki yang mengutuk Ali r.a. Lalu Said bin Zaid r.a. bangkit dan berkata: "Aku mendengar sendiri Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: Ada 10 orang pasti masuk syurga; Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Talhah, Zubair bin al-'Awwam, ABu Ubaidah al-Jarrah, Sa'ad bin Abi Waqqas dan Abdul Rahman bin Auf pasti ke syurga.'
Orang ramai mengira-mengira, hanya sembilan orang. Lalu mereka bertanya: 'Siapa yang kesepuluh?'
Setelah digesa, beliau menjawab: 'Said bin Zaid.' Kemudian, beliau meneruskan bicaranya: 'Mana-mana sahabat pun yang berdebu wajahnya kerana bersama-sama sepanjang hidupnya biarpun umurnya selanjut umur Nabi Nuh a.s. (95 tahun)!" (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
Allahuakbar! Siapalahyang sanggup mencela sahabat. Jangan sekali-kali menandang rendah kepada mana-mana sahabat Nabi. Sehebat mana amalan kita, belum tentu seberat debu yang melekat di hidung unta perang mereka!
Berbalik kepada tumpuan kita, bolehkah pembaca menyebut satu persatu kesemua 10 sahabat tersebut tanpa melihat hadis di atas? Tidak susahkan? Saya selalu ingatkan diri sendiri: "Jika ada minat, mudah untuk ingat!" Saya sendiri menggunakan bantuan teknik mnemonik untuk mengingati cara ini, iaitu "AUUAT ZASSA" (baca, Awat Zasaa)
Pentingkah Mengingati 10 Sahabat Ini?
Mungkin ada yang mengatakan sesuatu carta tidak lebih sekadar trivia sahaja. Carta top 10 dan seumpamanya hanya informasi santai yang seronok diambil tahu semata-mata. Namun tidak begitu bagi orang yang berada dalam bidangnya terutama orang yang menumpuhkan seluruh jiwa dan asa dalamnya.
Tanyalah mana-mana ahli sukan yang berdedikasi, tidak kira di peringkat mana sekalipun; carta amat bereti dan bernilai buat mereka, Andai tidak menjadi pemain nombor satu sekalipun, berada dalam kelompok 10 terbaik sudah cukup bermakna!
Ini kerana carta ialah pengiktirafan atas usaha dan pencapaian seseorang dalam bidang yang diceburinya. Carta memberi motivasi buat mereka yang telah mendapat pengiktirafan agar terus mengekalkan kecemerlangan. Ia juga sebagai inspirasi kepada orang lain untuk berusaha mencapai kegemilangan.
Jadi, carta 10 sahabat yang dijamin masuk syurga sebenarnya inspirasi buat semua untuk Muslim sejati. Ia adalah motivasi kepada setiap Muslim yang menetapkan moto hidupnya; sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah. 10 orang sahabat tersebut telah dijamin dengan syurga Allah. Bukankah syurga Allah menjadi idaman dan impian kita semua? Mardhatillah (keredaan Allah), cenderhatinya syurga.
Justeru, lekeh sungguh orang yang berangan-angan hendak ke syurga tetapi tidak tahu golongan yang telah berjaya mendapat tempat di sana. Jadi, jejak siapa yang ingin diikuti? Orang yang bercita-cita menjadi doktor. Orang yang berimpian menjadi arkitek akan mengambil inspirasi arkitek terkenal. Jadi, orang yang ingin ke syurga sudah tentu menjadikan para sahabat tersebut sebagai inspirasi dan menelusur jejak langkah hidup mereka. Sekali lagi, siapakah mereka? "AUUAT ZASSA!" Nak ingin tahu tentang siapakah mereka? Okey la saya ceritakannya di bawah dengan semangat ya!
A - Abu Bakar al-Siddiq
Sahabat Rasulullah S.A.W. yang paling rapat merangkap bapa mertua Baginda S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Orang yang sanggup berkorban harta dan dirinya kerana aku ialah Abu Bakar. Sekiranya aku ingin mengambil seorang kekasihku. Tetapi beliau merupakan saudaraku dalam Islam." (Riwayat Muslim)
U - Umar al-Khattab
Pengislamannya benar-benar memberi nafas baru kepada Islam. Merupakan sahabat kedua yang paling dicintai Rasulullah S.A.W., juga merangkap mertua Baginda. Ali pernah berkata ketika kematian Umar: "Kamu tidak meninggalkan seorang yang sangat aku cintai melebihi daripadamu. Sehingga bertemu dengan Allah sekalipun, tidak ada yang dapat menandingi amalanmu. Demi Allah, aku yakin sesungguhnya Allah akan menempatkanmu bersama-sama Abu Bakar dan Umar, aku masuk dan keluar bersama-sama mereka. Aku berharap semoga Allah menjadikan kamu bersama kedua-duanya.'" (Riwayat Muslim)
U - Uthman bin 'Affan
Sayangnya baginda kepada beliau sehingga mengahwinkan dua puterinya dengan beliau. Beliau adalah satu-satunya sahabat Rasulullah S.A.W. malu kepadanya. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Tiada seorang pun yang pernah mengahwini dua orang anak Nabi sejak zaman Nabi Adam a.s. selain Uthman. Beliau digelar zu al-nur'ain (yang memiliki dua cahaya hati)." (Riwayat al-Baihaqi)
A - Ali bin Abu Talib
Sahabat, sepupu dan merangkap menantu Rasulullah S.A.W. Biarpun masih muda, pemikiran dewasa, tubuhnya perkasa dan semangatnya waja. Beliau tidak teragak-agak mengorbankan diri demi Rasulullah. Rasulullah S.A.W. bersabda kepada Ali, maksudnya: "Kedudukanmu denganku seperti kedudukan Nabi Harun dengan Nabi Musa, tetapi tiada nabi selepasku. (Riwayat Muslim)
T - Talhah bin Ubaidillah
Seorang saudagar berjaya. Namun, dia keluar dari "comfort zone" dengan memeluk Islam. Natijahnya, badan yang suatu ketika dahulu mulus, kini tembus dengan cacahan pedang, tombak dan panah. Baginda bersabda maksudnya: "Sesiapa yang mahu bumi ini, tengoklah Talhah bin Ubaidillah. Setiap Abu Bakar teringatkan Uhud, beliau berkata: 'Hari itu keseluruhannya milik Talhah!'" (Riwayat Ahmad)
Z - Zubair bin al-'Awwam
Sahabat yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Rasulullah daripada pelbagai arah. Beliau ialah sepupu Nabi kerana ibunya ialah kakak ayah Baginda. Selain itu, beliau ialah anak saudara Nabi kerana Khadijah r.ha. ialah ibu saudaranya. Beliau juga biras Nabi kerana beristerian Asma' bin Abu Bakar ialah kakak Aisyah.
A - Abu Ubaidah bin al-Jarrah
Dalam medan Badar, beliau terpaksa membunuh ayahnya yang tidak henti-henti menghalangnya.
Lalu Allah menurunkan firman-Nya sebagai pengubat jiwa dan pujian buatnya, mafhumnya: "Engkau tidak akan mendapati orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat akan berkasih sayang dengan orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, walaupun mereka itu bapa, anak, saudara, atau keluarga mereka. Merekalah orang yang Allah teguhkan iman di hati." (Surah al-Mujadalah 58:22)
S - Sa'ad bin Abi Waqqas
Beliau sangat mencintai ibunya, namun lebih mencintai Allah. Ibunya yang masih kafir mogok lapar untuk memaksa beliau kembali kufur. Beliau berkata dengan berat hati: "Sekalipun ibu ada seribu nyawa dan ditamatkan satu persatu, saya tetap tidak akan tinggalkan agama ini."
Allah berfirman-Nya maksudnya: "Sekiranya ibu bapamu mendesakmu supaya syirik kepada-Ku dengan sesuatu yang engkau tidak tahu, maka usah patuhi. Namun tetaplah bersahabat dengan mereka di dunia dengan sebaik-baiknya." (Surah Luqman 31:15).
Beliaulah orang pertama yang melepaskan anak panah dalam peperangan Islam.
S - Sa'id bin Zaid
Adik ipar kepada Umar al-Khattab. Beliau boleh dibanggakan dengan peristiwa dilanyak oleh Umar yang menjadi sebab keislaman Umar yang amat diharap-harapkan oleh Baginda. Sebelum memeluk Islam lagi, beliau telah dicemuh dan diseksa oleh masyarakatnya kerana mempertikaikan budaya jahiliah. Lalu, hadirnya Islam untuk menenangkannya.
A - Abdul Rahman bin 'Auf
Beliau hebat dalam perniagaan dan peperangan. Tidak ada satu peperangan besar bersama Rasulullah pun yang beliau terlepas. Bahkan, operasi ketenteraan Islam dalam peperangan besar seperti Tabuk dapat digerakkan berkat pakej bantuan yang diberikannya. Beliau juga menanggung perbelanjaan hidup para isteri Baginda selepas kewafatan Baginda.
Selain 10 orang sahabat yang diisytiharkan ini, ramai lagi yang dinobatkan oleh Rasulullah S.A.W. sebagai ahli syurga. Puteri Rasulullah, Fatimah r.a. dinobatkan sebagai ketua wanita syurga. Begitu juga seorang sahabat wanita yang dikhabarkan terlebih dahulu melangkahkan kaki masuk ke syurga sebelum Fatimah. Rasulullah juga mendengar langkah kaki Bilal di dalam syurga. Banyak lagi pengisytiharan sebegini yang terakam dalam hadis Nabi S.A.W.
Wallahu a'lam
Jazak'Allah Khiar for your reading this entry !
Tiada ulasan :
Catat Ulasan