Assalamualaiku Warahmatullahi Wabaratakuh !
Dalam isu lalu, penulis menyentuh perihal kepentingan mempunyai kemahiran menangani kepelbagaian dalam sesebuah komuniti yang heterogenous dan majmuk. Pegangan agama dan anutan kepercayaan adalah satu aspek kepelbagaian yang mesti ditangani sebaik mungkin agar tidak tercetus persengketaan dan permusuhan yang boleh memusnahkan kehidupan bermasyarakat.
Namun, sejarah dunia menunjukkan betapa banyak peperangan dan rusuhan yang tercetus atas nama agama dan perjuangan mempertahankan kesucian agama. Sekalipun sama warna kulit dan pertuturan bicara dalam kelompok manusia yang tinggal berjiran dalam lokasi geografi yang sama, namun atas dasar kelainan kepercayaan dan anutan agama, banyak nyawa terkorban atau cedera.
Tidak hairan sekiranya ramai pencinta kedamaian menuntut agar agama tidak dijadikan pemisah dan pencetus konflik. Lalu, timbulkan aliran pemikiran yang menuntut agar agama diketepikan daripada kehidupan manusia.
Dalam lrirk lagu Imagine dendangan kugiran terkenal, The Beatles,, sekitar tahun 60-an;, ia menyeru manusia berimaginasi alangkah damainya kehidupan di dunia ini kiranya tiada faktor-faktor pemisah seperti sempadan geografi negara dan juga agama
Imagine there's no counties
It isn't hard to do
Nothing to kill or die for
And no religion too
Imagine all the people
Penjelasan Usaha Menangani Kepelbagaian
Kepelbagaian agama ditangani dengan tiga pendekatan yang sama sebagaimana yang diterangkan dalam artikel dulu. Pendekatan tersebut berdasarkan tanggapan sama ada kepelbagaian tersebut adalah suatu liabiliti yang mesti ditolak dan diperangi, keadaan yang diterima demi keharmonian bersama atau kekuatan yang mesti diraikan.
Kepelbagaian agama ditangani dengan tiga pendekatan yang sama sebagaimana yang diterangkan dalam artikel dulu. Pendekatan tersebut berdasarkan tanggapan sama ada kepelbagaian tersebut adalah suatu liabiliti yang mesti ditolak dan diperangi, keadaan yang diterima demi keharmonian bersama atau kekuatan yang mesti diraikan.
Berikut dinyatakan penjelasan bagi tiga pendekatan yang terdapat dalam kalangan manusia untuk menangani kepelbagaian agama:
1. Taksub
Ketaksuban menonjolkan identiti dan citra beragama membawa sesuatu kelompok agama yang menganggap diri lebih suci, mulia dan terpuji di sisi Tuhan jika dibandingkan dengan kelompok agama yang lain.
Sikap "exclusivism" ini menebal dan menjadi penghalang untuk sebarang usaha integrasi dengan penuntut agama lain. Malahan kelompok ini tidak teragak-agak untuk bertindak "menghalalkan" darah dan nyawa golongan lain untuk dibunuh demi menjaga kepentingan dan kesucian agama mereka.
Peristiwa tragedi berdarah Kosovo dan Ambin-Maluku masih segar di ingatan manusia tentang kepelbagaian agama menjadi pencetus kepada perang saudara yang kejam, ganas dan bermaharajalela. Rejim kejam Zionis Israel sekian lamanya menganggap diri mereka manusia suci, sedangkan golongan bukan Yahudi yang lain hanyalah sekadar goyim atau manusia lembu (human cattle)!
2. Inklusivisme
Terdapat kelompok agama yang bersifat lebih sederhana dan dianggap inklusivisme. Sikap bertoleransi, mesra, tidak kekok ataupun canggung disemai dan dipraktikkan sesama penganut agama berbeza yang tinggal dalam satu komuniti.
Terdapat kelompok agama yang bersifat lebih sederhana dan dianggap inklusivisme. Sikap bertoleransi, mesra, tidak kekok ataupun canggung disemai dan dipraktikkan sesama penganut agama berbeza yang tinggal dalam satu komuniti.
Demi menjaga keharmonian, setiap kelompok agama berhati-hati menjaga batasan serta sensitiviti. Kebiasaannya, setiap kelompok agama akan tetap berasa agama mereka paling tinggi dan berada di atas landasan kebenaran.
Tidak muslihat keharmonian ini akan tergugat sekiranya ada individu atau kelompok yang bertindak mencemuh, menghina atau memperkecilkan kelompok lain. Tindakan tersebut akan menghasilkan tindak balas negatif daripada pihak yang diperkecil, dan akhirnya membawa kepada ketegangan, permusuhan dan persengketaan.
3. Pluralistik
Pendekatan kelompok ini lebih menjurus kepada "meraikan" kepelbagaian agama. Munculkan pendekatan pluralistik yang boleh diringkaskan sebagai: "Wujudnya satu Tuhan, namun pelbagai jalan menuju kepadanya."
Pendekatan kelompok ini lebih menjurus kepada "meraikan" kepelbagaian agama. Munculkan pendekatan pluralistik yang boleh diringkaskan sebagai: "Wujudnya satu Tuhan, namun pelbagai jalan menuju kepadanya."
Kelompok ini menganggap beberapa jalan yang dikenali sebagai agama lebih memperjelas sistem kepercayaan yang mempunyai ciri-ciri khusus yang perlu diamalkan oleh penganut agama tersebut untuk sampai kepada kebenaran ketuhanan. Pendekatan ini dijuling sebagai satu-satunya cara untuk menggapai keamanan dan kedamaian di dunia yang sentiasa bergolak ini.
Setiap kelompok agama dilarang menonjolkan kehebatan dan kelebihan agama serta menzahirkan syair agama masing-masing. Sebaliknya, harus turut meraikan hari kebesaran dan perayaan agama kelompok lain untuk menunjukkan semangat setia kawan dan muhibah.
Natijahnya, berlaku satu proses "neutralisasi" terhadap nilai beragama sehingga mendorong manusia tidak lagi berusaha mengekalkan identiti agamanya kerana bimbang dianggap fanatik dan ekstremis oleh rakan-rakan.
3. Eksklusif dan Inklustif
Pemikiran pluralistik ini semakin menular dalam kalangan generasi muda hari ini semi satu misi perkongsian hidup tanpa sengketa dan perbalahan. Kepercayaan agama di anggap satu pilihan yang menjadi hak asasi individu dan tidak boleh dipaksa.
Pemikiran pluralistik ini semakin menular dalam kalangan generasi muda hari ini semi satu misi perkongsian hidup tanpa sengketa dan perbalahan. Kepercayaan agama di anggap satu pilihan yang menjadi hak asasi individu dan tidak boleh dipaksa.
Ia juga menjadi slogan popular yang dicanang oleh pemimpin dunia sebagai satu kaedah penyatuan dan perpaduan masyarakat majmuk. Perkahwinan campuran antara agama menjadi manifestasi kepada pegangan pluralistik ini. Akibatnya, terhakislah keimanan, kecintaan serta identiti agama seseorang.
Manifestasi Islam yang syumul memperincikan pendekatan yang tidak tergadai iman dan cinta beragama yang menjadi identiti selama ini. Islam tidak terdorong perpecahan dan perbalahan atas nama agama, melainkan berlaku ugutan dan usaha jelas permusuhan yang menggugat keselamatan nyawa dan harta benda.
Islam menggariskan pendekatan eksklusif tanpa kompromi dalam aspek akidah dan kepercayaan. Al-Quran menekankan perlu bertegas menzahirkan keimanan dan keyakinan umat Islam terhadap keesaan Allah S.W.T. sebagaimana yang terdapat dalam surah al-Kafiruan.
Ketegasan menzahirkan akidah yang sahih mesti dipegang oleh umat Islam apabila berhadapan dengan kelompok agama lain. Umat Islam tidak harus takut atau ragu-ragu untuk menyatakan ketegasan ini semata-mata untuk menjaga hati kelompok agama lain.
Dengan akhlak yang baik dan pendekatan secara berhikmah, umat Islam mesti menyatakan pendirian tegas mereka apabila berhadapan dengan persoalan mengenai kepelbagaian agama. Kejelasan fikrah terhadap akidah yang satu ini akan melahirkan individu dan keluarga Muslim yang mantap jati diri dan citra, tidak kabur dan terumbang-ambing.
ii. Meraikan kepelbagaian agama
Dalam hubungan sesama manusia, Islam mengambil pendekatan yang amat inklusif dan meraikan kepelbagaian yang wujud demi melahirkan suasana perpaduan yang aman damai. Islam menggalakan sikap hormat-menghormati dan rasa kasih sayang untuk disemai dengan subur dalam kalangan kelompok yang berlainan agama.
Rasulullah S.A.W. telah banyak menunjukkan contoh teladan kepada umat Islam untuk berhadapan dengan kelompok agama lain.
Umat Islam dilarang mencemuh dan menghina sembahan serta ritual agama lain kerana dibimbingi mencetuskan reaksi balas yang negatif, dan seterusnya membawa persengketaan yang berpanjangan sebagaimana yang terdapat dalam ayat 108 surah al-An'am.
Wallahu a'lam
Jazak'Allahu Khairan for your reading this entry !