Isnin, 25 Jun 2012

Masalah Saya, Bukan Mereka.

Assalamualaikum !

Seorang pemandu teksi kelihatan sugul. dia memarkir teksinya di bahu jalan. Sudah lumrah keretanya yang sudah berusia 10 tahun itu asyik rosak itu dan ini.

Si pemandu teksi menelefon mekanik. Mekanik tiba dan memeriksa kerosakan keretanya. Keretanya terpaks ditarik ke bengkel. Ada kerosakan serius dan memerlukan kos membaiki yang agak tinggi.

Pemandu teksi mengeluh. Nampaknya wang simpanan untuk perbelanjaan anak-anak pula terpaksa dikorbankan.

Pembantu mekanik menawarkan diri menghantar si pemandu teksi pulang.

Sepanjang perjalanan, si pemuda melihat pemandu teksi berdiam diri seribu bahasa. Wajahnya muram, pastinya memikirkan masalah yang dihadapinya.

Sebaik sahaja tiba di rumah, pemandu teksi itu mengajak si pemadu singgah di rumahnya. Sebelum, memasuki rumanhya pemuda itu melihat si pemandu teksi tersebut menyentuh-nyentuh dahan pokok di halaman rumahnya.

Setelah memberi salam, mereka pun masak. Wajah sugul is pemandu teksi tiba-tiba berubah. Kini dia tersenyum manis.Hulurkan tangan iseteri dan anak-anaknya. Kemudian,. makan bersama-sama tetamu mereka dengan penuh riang.

Pembantu mekanik meminta diri. Dalam hatinya, dia mengagui sikap ceria pemandu teksi tersebut sama kelaurganya.

"Apa yang encik buat di rumah tadi? Seolah-olah dahan pokok." pembantu mekanik bertanya sebaik mereka di luar.

"Oh, saya gantungkan seketika masalah dan bebsn kerja di dahan pokok itu! Apabila saya keluar esok pagi, saya akan kutip semula. Saya tidak mahu membawa masalah masuk ke dalam rumah.

Pengajaran: Sikap orangyang cemerlang adalah megetahui ketika, keadaan dan tempat yang sesuai untuk "meletakkan" seketika masalah yang ditanggung. Betul tak?

Thank you for reading this entry !

Jumaat, 22 Jun 2012

Hasad Dengki Ancam, Kesejatheraan Umrah

Assalamaualaikum !


Penyakit jiwa dorong umat Islam buat maksiat, serlah sifat tercela dalam diri

PERASAAN hasad dengki boleh menyerang sesiapa saja dan penyakit jiwa itu sangat bahaya kerana bukan saja boleh merosakkan keperibadian diri, menyebabkan permusuhan dan boleh mengancam ketenteraman masyarakat.

Dengki mendorong seseorang melakukan kemaksiatan seperti mengumpat, menghasut, memfitnah dan memburuk-burukkan orang lain. Benarlah ungkapan Imam Ghazali, bahawa hasad dengki akan melahirkan sifat tercela yang lain sehingga sukar diperinci satu persatu.


Apabila perasaan dengki menguasai diri, hati tidak reda menerima qada dan qadar Allah menyebabkan timbul perasaan benci melulu terhadap orang lain. Kesempurnaan iman memerlukan seseorang menyayangi saudaranya.


Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Tidak beriman salah seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cinta untuk dirinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Penyakit hasad dengki sukar untuk dijauhi selagi mana ada terdetik perasaan tidak puas hati terhadap orang lain. Penyakit itu sebenarnya memberi kesan besar kepada mereka yang dikuasai perasaan dengki, bukan orang yang menjadi mangsa dengki.

Bahaya jika dijangkiti rasa dengki ialah perasaan hasil hasutan syaitan itu boleh menghancurkan segala kebaikan yang dilakukan selama ini seperti dijelaskan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Hindarilah dengki kerana dengki itu menghancurkan kebaikan seperti mana api memakan kayu bakar.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Sebabnya ialah perasaan dengki membawa si pendengki melakukan perkara jahat seperti memfitnah, menghasut dan memutuskan hubungan orang lain dengan pihak yang di dengki itu. Perbuatan itu hakikatnya hanya merugikan si pendengki.
Dengki adalah beban yang berat kerana hati sentiasa dipukul kegelisahan setiap kali melihat orang lain berjaya atau bahagia. Lidah akan menuturkan kata-kata berupa fitnah, cacian dan memperlekeh.

Bukan itu saja, jiwa menyala perasaan marah, benci, curiga, kecewa dan kesal. Jiwa semakin terseksa sepanjang masa dan tidak pernah tenang. Inilah hasil daripada penyakit dengki yang membarah dalam hati.



                    A010

Allah berfirman yang bermaksud: “Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka seksa yang pedih.” (Surah Al-Baqarah, ayat 10)

Sesungguhnya si pendengki tidak pernah mahu merasai apalagi meraikan kebahagiaan atau kejayaan dikecapi orang lain, tidak ingin memberi senyuman apalagi menghulurkan ucapan tahniah.

Jauh sekali untuk mengeluarkan tenaga membantu atau mendorong saudara lain supaya terus memperoleh kejayaan dalam hidup. Dengan itu, tergambar pada dirinya sedikit demi sedikit menyeleweng daripada watak keislaman seperti melenyapkan nilai agama yang suci pada dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Menjalar kepada kalian penyakit umat (terdahulu), kedengkian dan kebencian. Itulah penyakit yang akan mencukur gondol. Aku tidak mengatakan bahawa penyakit itu mencukur rambut melainkan mencukur agama.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Dengki adalah ciri orang munafik dan digambarkan mereka ini dalam al-Quran kerana sikap suka memperkecilkan niat pihak yang ingin membuat kebaikan. Ketika umat Islam ingin memberi infak dalam jumlah besar, dikatakan mereka riak dan apabila jumlah infak itu kecil, dikatakan Allah tidak memerlukan sumbangan yang kecil.



                    A079

Maka, turunlah firman Allah yang bermaksud: “Orang-orang (munafik) yang mencela sebahagian dari orang-orang yang beriman mengenai sedekah-sedekah yang mereka berikan dengan sukarela, dan (mencela) orang-orang yang tidak dapat (mengadakan apa-apa untuk disedekahkan) kecuali sedikit sekadar kemampuannya, serta mengejek-ejakkan. -Allah akan membalas ejek-ejekan mereka, dan bagi mereka (disediakan) azab seksa yang terperi sakitnya.” (Surah At-Taubah, ayat 79)

Oleh itu, umat Islam yang ingin maju dan mendapat keredhaan-Nya, haruslah berusaha bersungguh-sungguh menghindari sifat dengki serta menghayati ajaran Islam dengan penuh keimanan. Betul tak?



Thank you for reading this entry !

Isnin, 18 Jun 2012

Di Sebalik Seketul Batu

Assalamualaikum !

Seorang raja yang bijak berhasrat ingin menguji hati budi rakyatnya.

Lalu, beliau memerintahkan seorang pembantu meletakkan seketul batu besar di tengah-tengah jalan utama memasuki kota.

Batu itu terletak betul-betul di tengah jalan. Para pengguna yang memlalui jalan tersebut akan terganggu laluan mereka.

Menteri Kebaijkan melalui jalan tersebut dengan kereta kudanya. Dalam hatinya dia menyalahkan Menteri Pengangkutan kerana tidak menajalankan tugas sebaliknya.

Seorang pejalan kaki melalui jalan itu. Dia memandang ketulan batu besar itu merungut-rungut.

Satu kafilah yang membawa barang dagangan melalui itu. Ketua Kafilah berusaha melencangkan laluan kafilah bagi mengelak daripada batu tersebut.

Seorang petani yang sedang menjunjung hasil sayur-sayuran melalui jalan tersebut. Akhirnya petani itu berhenti dan meletakkan raganya yang sarat dengan sayur itu untuk mengalihkan batu besar itu.

Agak susah hendak mengalihkannya. Tambahan pula cuaca terik dan matahari kian meninggi. Petani itu terus berusaha mengalihkan batu yang berat itu. Dengan segala kudrat yang ada, batu itu beralih sedikit. Dia semakin bersemangat dan terus berusaha sehingga batu itu tidak lagi menghalang laluan.

Tetapi ada sesuatu yang pelik dijumpai petani itu. Ada sesuatu tersembunyi bawah batu itu. Petani itu membongkok dan mengambil uncang berserta sekeping nota: "Duit emas di dalam uncang ini milik kamu!"

Pengajaran: Kesusahan yang menghalang apa-apa sahaja usaha ialah petanda bahawa kejayaan begitu hampir. Benarlah, di sebalik kesusahan dan kesenangan dan kejayaan. Betul tak cerita ini?

Thank you for reading this entry !

Khamis, 14 Jun 2012

Beduk Diketuk - Seperti Katak yang Dipanaskan

Assalamualaikum !

Ini cerita beduk diketuk oleh Ustaz (saya tidak mengingati nama Ustaz) dan saya menyertai kursus ini semasa saya dalam Tingkatan 4 pada tahun 2008. Sebenarnya cerita kisah zaman peperangan Islam sehingga saya ditarik dengan penuh semangat. Alhamdulillah, saya sudah memahaminya. Ustaz akan menyampaikan ceramah ini:

     Mengapa Sayidina Ali berkata, mata pena lebih tajam daripada mata pedang?" tanya Ustaz kepada semua peserta kursus termasuk saya.

     Persoalan ini saya kira sangat penting sebagai tapak lonjakan semangat mereka untuk menjadi penulis Islam. Semoga niat menjadi penulis yang ada dalam hati saya dan mereka menjadi lebih murni, tulus dan bersih hanya kerana Allah.

     Mereka terus berdiam diri. Saya kira bukan kerana tidak mempunyai jawapan, tetapi mungkin tercari-cari keserasian dan kehormanian. Maklumlah ia sesi pertama kursus penulisan yang dimulakan. Dijangka ada tiga segi lagi yang akan mereka lalui menjelang petang nanti. Tanpa membuang masa, saya tayangan video klip Qatalooki ya Baghdad yang merupakan sebuah lagu berbahasa Arab yang memaparkan tragedi pengeboman kapal terbang Amerika ke atas Kota Baghdad iaitu:


      Video klip itu turut memaparkan keluhan seorang lelaki Arab tentang kebiadaban tentera Amerika yang menyelak pakaian Muslimah Iraq kononnya untuk mencari senjata yang disembunyikan. Tangisan seorang nenek tua yang mengadu bahawa cucunya berusia dua tahun telah berkorban dalam pengeboman tersebut yang turut diselitkan, termasuk kemarahan seorang pak cik terhadap pengkhianatan negara-negara Arab sendiri yang tergamak menyediakan lapangan terbang sebagai tempat pelepasan kapal terbang Amerika untuk mengebom saudara seislam mereka sendiri.

Hedonisme Menular
        Selesai sahaja video klip itu ditayangkan, pelbagai respons telah diberikan. Lirik, melodi dan gambar serangan dalam video tersebut ternyata mampu menyentuh emosi peserta.

       "Apa kaitan semua yang anda telah tonton tadi dengan kata-kata Sayidina Ali; mata pena lebih tajam berbanding mata pedang?" saya bertanya. Dalam semua jawapan yang memberi, alhamdulillah banyak yang saya dapat pelajari daripada mereka.

       "Di Baghdad, umat Islam menghadapi penjajahan negara dalam bentuk serangan senjata. Tetapi di sini, kita menghadapi serangan yang lebih berbahaya, penjajahan pemikiran," terang Ustaz.

       "Mengapa penjajahan pemikiran lebih berbahaya daripada penjajahan senjata?" tanya seorang peserta.

       "Kerana penjajahan pemikiran berlaku secara yang tidak disedari jika dibandingkan dengan penjajahan senjata. Mereka umpama dibius! Umat Islam yang dijajah pemikirannya tidak sedar bahawa fikiran yang digunakan oleh mereka sudah dikuasai musuh. Mereka merasakan ia fikiran mereka. Fikiran mereka sudah dicetak oleh Yahudi dan Nasrani. Inilah antara isi protokol yang dirangka oleh Zionis untuk menguasai umat Islam."

      "Buktinya?" tanya peserta di belakang dengan suara yang agak kuat.

      "Baca buku tentang prokotal Zion! Malangnya, umat Islam tidak suka membaca. ketika prokotal Zion dan diterbitkan, timbul kebimbangan dalam Knesset, yakni parlimen Israel takut-takut strategi rahsia mereka akan terbongkar. Betul tak? Tetapi penulisnya berkata dengan bangga: 'Jangan bimbang, umat Islam tidak akan membacanya!'" KURANG AJAR LA DIA! Betul tak?

      Ustaz melihat ramai peserta tersenyum sinis. Budaya iqra' dalam kalangan umat Islam memang semakin menipis. Umat Islam tidak suka membaca lagi. Sekalipun mereka membaca, subjeknya mesti seks, misteri (tahyul) dan gosip. Ramai yang asyik "melepak" di muka buku (Facebook). Jangan cuba membaca buku Zion ya. Bahaya tau! Umat Islam kini mula dibius oleh hedonisme. Mereka santai berhibur dengan lagu, filem dan perkara-perkara yang melalaikan dan ia sudah menjadi satu trend. Idealisme semakin diracuni hedonisme. Tempat cendekiawan dan ulama digeser oleh artis hiburan dan ahli sukan.

Prinsip Iqra'
      Usatz menyambung bicara: "Sebenarnya saya lebih berminat untuk membincangkan tentang kesannya, bukan buktinya. Buktinya telah nyata. Tetapi kita fokus kepada kesannya.... Umat Islam kini bertindak dan berkelakuan seperti yang dicatur oleh musuh.Ini sesuatu yang lebih menyedihkan dan memudaratkan. Jika di Baghdad umat Islam menzalimi diri tanpa kerelaan, tetapi di sini sebahagian mereka sendiri dengan rela.

     Melihat mereka masih diam, Ustaz menyambung lagi "Di Baghdad, para Muslimah diselak pakaiannya oleh tentera Amerika dengan paksaan, tetapi Muslimah di sini mendedahkan auratnya dengan rela malah dengan bergaya. Di Baghdad dan Gaza, bayi mati dibom oleh tentera Amerika dan Israel, namun di sini pula bayi-bayi luar nikah dibunuh dan dibuang ke dalam tong sampah dan tandas oleh ibu mereka sendiri."

    "Itulah akibat fikiran yang mati dan mematikan. Saya pernah terbaca tulisan Malik Ben Nabi, pemikir Islam dari Algeria tentang ini," kata seorang peserta lelaki yang merupakan seorang pensyarah sebuah universiti tempatan.

    "Apa kaedah untuk menangani atau membebaskan umat Islam daripada penjajahan pemikiran ini?" tanya saya memancing kepekaan minda peserta.

    "Budaya iqra'," jawab seorang remaja wanita.

    "Benar, inilah yang ditegaskan oleh Imam Ahmad bin Hanbal. Cara mengatasi jahiliah yang kedua. Maksudnya, Rasulullah S.A.W menghadapi masyarakat Arab jahiliah yang kita hadapi sekarang adalah dengan budaya iqra'...." jelas Ustaz.

    Ustaz menambah lagi: "Ayat al-Quran yang pertama ialah perintah membaca. Maka, untuk menangani jahiliah kali kedua, yakni jahiliah yang kita hadapi sekarang adalah dengan budaya iqra' juga. Kita perlu menghidupan budaya membaca. Membaca dengan prinsip; bacalah dengan nama Tuhanmu!"

   "Ertinya, kita memerlukan lebih banyak bahan bacaan Islam dan untuk menghasilkannya pula umat memerlukan lebih ramai penulis Islam. Menulis ialah satu ibadah. Bahkan satu jihad. Senjata berfungsi untuk menghadapi penjajahan pemikiran jiwa."

   Oleh kerana penjajahan pemikiran lebih berbahaya daripada penjajahan fizikal, maka mata pena lebih tajam daripada mata pedang, begitu?" pintas seorang peserta yang duduk di bahagian hadapan dengan begitu bersemangat sekali.

Saya cuma menggangukkan kepala.

Murtad Maknawi
     "Bincang-bincang tentang Zionis, jangan lupa gerakan missionary Kristan. Mereka juga terlalu laju memurtadkan umat Islam kata pensyarah tadi.

     "Missionary Kristan tidaklah laju, tetapi gerakan dakwah Islam bergerak perlahan. Oleh kerana kita bergerak perlahan, maka terasahlah mereka bergerak laju. Cuba kita bergerak lebih laju, mereka yang akan kelihatan perlahan," respons saya cepat.

     "Mereka semakin berjaya memurtadkan umat Islam...." tambah pensyarah itu lagi.

     "Sebenarnya, itu bukan ukuran kejayaan mereka. Itu boleh dianggup bonus oleh mereka. ukuran kejayaan mereka adalah cukup sekadar umat Islam meninggalkan cara hidup Isla. Tdak perlu tukar agama dan nama.... tetapi cukup tukar cara hidup," jelas saya.

      "Meninggalkan cara hidup Islam tu bagaiman ya?"

      "Cuba lihat cara umat Islam kini berpakian, bergaul, berhibur, bercakap, bertindak.... apakah mengikut cara hidup Islam? Lihat pula pada ibadah. Ada kajian menunjukkan sudah hampir 80% umat Islam tidak solat.Berapa peratus pula yang mendedahkan aurat? Yang bergaul bebas? Budaya hidup berseronok dan berhibur dipromosikan di sana sini. Inilah yang disebut sebagai budaya 'coca-colanization' dan 'pax americana'."

     "Adakah ini juga hasil gerakan missonary Zionis?" tanya seorang wanita muda yang bertudung.

     "Saya tidak pasti, tetapi siapa yang mendominasikan Hollywood paksi budaya hedonisme dunia, bukankah Yahudi? Secara langsung atau tidak, apabila umat Islam mula melupakan nilai-nilai akhlak dan melanggar syariat, mereka sebenarnya sedang menjejaskan prinsip aqidah. Untuk memurtadkan umat yang begini sudah agak mudah."

    "Jadi, hedonisme dan materialisme ialah jalan ke arah menghancurkan aqidah?"

    Ustaz diam. Orang yang obsesi dengan hiburan dan kebendaan tidak sempat dan minat memikirkan nasib agamanya. Itu kenyatan. Inilah racun yang membantutkan semangat Islam dalam kalangan remaja Arab di Timur Tengah dan di mana-mana sahaja.

Beginilah Katak Dipanaskan
     "Pernah dengar cerita katak dipanaskan? tanya saya tiba-tiba.

     Ada riak terkejut di mata peserta.



     "Begini ceritanya. Kalau seekor katak dicampakkan ke dalam bekas berisi air yang mendidih, ia akan segera melompat keluar kerana kepanasan. Tetapi sekiranya katak itu dimasukkan ke dalam bekas air yang sejuk dan kemudian air itu dipanaskan perlahan-perlahan, katak tadi tidak akan segera melompat. Ia tidak akan perasaan bahawa air itu semakin panas dan ia akan selesa berada dalam kepanasan itu. Tanpa disedarinya, akhirnya ia akan mati kepanasan apabila suhu mencapai 100 darjah centigred."

    "Umat Islam kini bagai katak yang dipanaskan?"

     Ustaz senyum lantas memberi kesimpulan: "Ya, kita tidak akan diseret kepada kemurtadan secara mendadak. Tetapi kita diajak meninggalkan cara hidup Islam sedikit demi sedikit. Kita tidak akan sedar, bahkan kita akan terus selesa. Tanpa menukar nama, tanpa menukar agama, tetapi hanya dengan menukar cara hidup. Tanpa kita disedari.....seperti katak yang dipanaskan itu. Inilah yang disebutkan dalam hadis bahawa umat Islam akan mengikut mereka sedikit demi sedikit, bukan dengan cara mendadak."

     "Betul Ustaz, saya lihat sekarang ada pihak yang heboh kononnya hendak membela aqidah Islam dan amat membenci musuh Islam. Tetapi, saya lihat cara hidup mereka pun sama dengan musuh yang mereka benci itu....hedonisme dan materialisme semakin dominan," ujar pensyarah itu.

      Ustaz terdiam. Semoga semakin ramai penulis Islam muncul di persada dunia untuk "memancung" kejahilan dan kedegilan umat yang tenet dibius oleh fahaman hedonisme dan materalisme hasil gerakan Zionis dan missonary. Benarlah kata-kata Sayidina Ali; mata pena lebih tajam daripada mata pedang.....selamanya! Betul tak cerita ini?

Thank you for reading this entry !

Jumaat, 8 Jun 2012

Sapu Sampah di Hati Kita....

Assalamualaikum !

Kita bukan sahaja apa yang kita makan, tetapi kita juga ialah apa yang kita dengar, baca dan tonton. Apa-apa sahaja yang kita dengar, baca dan dengar akan membentuk diri kita kerana semua itu hakikatnya ialah makanan rohani kita.

Sepertimana makanan yang berkolesterol, berlemak dan beracun akan memberi kesan mudarat kepada fizikal kita, maka "makanan rohaniah" yang buruk, negatif dan lucah akan merosakkan rohani kita. Itu akan memberi kesan negatif kepada jiwa dan pembentukan peribadi kita.

Apakah yang dimaksudkan dengan rohani? Rohani kita ialah hal-hal dalaman yakni akal dan hati kita. Akal dan hati lebih mudah dipengaruhi oleh apa-apa yang kita lihat, dengar dan baca. Semua ini secara langsung akan memberi kesan kepada pemikiran dan perasaan kita. Ini kerana akal berfungsi untuk berfikir, hati pula berfungsi untuk merasai.

Apabila perkara-perkara yang negatif kita berikan kepada akal fikiran, ini akan memberi bentuk fikiran yang negatif dan rasa yang negatif juga.

Apabila kita melihat perkara-perkara yang kotor, maka fikiran kita akan turut kotor dan mula memikirkan perkara-perkara yang kotor. Apabila input yang negatif ini sudah melekat dalam fikiran, ia agak sukar untuk dipadamkan. Ia akan sentiasa bermain-main dalam fikiran dan akhirnya akan mengarahkan seluruh pancaindera kita ke arah perkara juga kotor. Jadi tidak hairan, jika lahir perlakuan-perlakuan yang kotor dalam kehidupan sehari-hari.

Begitu juga hati kita. Hati terlalu seni dan sensitif sifatnya. Apa-apa yang dilihat oleh mata akan turun ke hati. Oleh sebab itu Rasulullah S.A.W pernah menegaskan sesiapa yang menjaga mata akan mendapat kemanisan iman.

Mata hakikatnya ialah jendela bagi hati. Apabila jendela telah memaparkan gambaran-gambaran yang kotor, maka hati akan turut kotor. Hati yang telah kotor ialah keadaan yang paling bahaya kerana ia raja atau pemimpin dalam diri manusia.

Bayangan kalau pemimpin sudah rosak, apakah kesannya kepada rakyat dan negara? Maka begitulah juga apabila hati telah rosak, maka seluruh peribadi individu berkenaan akan menjadi "mesin perosak" yang siap siapa melahirkan kerosakan dalam masyarakat.

Islam sangat menitik beratkan "rasa-rasa" yang boleh singgah dan bertapak dalam hati dan fikiran. Jika kita bersangka buruk misalnya, Islam menegaskan bahawa itu pun merupakan satu dosa. Maksud larangan Allah S.W.T. ini ialah supaya kita sangat menjaga hati dan fikiran. Jangan sekali-kali dicemari oleh rasa-rasa yang buruk.


Tetapi  rasa-rasa inilah yang akan terpupuk secara tidak langsung apabila kita melihat sesuatu yang lucah dan kotor. Bermacam-macam rasa yang negatif ini akan memberi "keseronokan" pada untuk jangka masa yang pendak, tetapi buruk untuk jangka masa yang panjang. Ia umpama tindakan "menggaru" pada kudis yang kronik.

Kita dituntut supaya menjaga tubuh badan daripada penyakit-penyakit lahiriah seperti diabetes , darah tinggi dan kanser. Dengan itu kita digalakkan memakan makanan yang berzat dan menjauhi makanan yang memudaratkan.

Jika tubuh badan kita pun perlu disayangi, sepatutnya hati dan akal lebih patut lagi disayangi. Kita sepatutnya lebih menjaga hati dan akal daripada penyakit-penyakit rohaniah. Ini kerana pesakit-pesakit rohaniah lebih menderita bukan sahaja di dunia oleh rasa gelisah, rasa bersalah, marah dan sebagainya, tetapi akan turut menderita di akhirat.

Sepatutnya kesedaran seumpama inilah yang menjadi pertimbangan kita apabila membincangkan tentang isu-isu moral dan perkara-perkara yang seumpama dengannya. Kita perlu melihat sesuatu masalah itu, bukan sahaja dari segi akibatnya sahaja tetapi mesti ke akar umbinya. Maksudnya, perlu menerobos dalam diri manusia. Persoalan sebenar, mengapa masyarakat suka perkara-perkara yang kotor?


Bahan bacaan, tontonan dan pendengaran yang negatif memberi gambaran keadaan masyarakat kita yang sebenarnya. Kita sebenarnya bukan  sahaja dilimpahi oleh sampah-sampah lahiriah, tetapi juga sampah-sampah batiniah. Ini tidak akan berleluasa sekiranya masih ramai anggota masyarakat yang sensitif dan prihatin.

Tetapi apa boleh buat, majoriti masyarakat tidak mempunyai kesedaran. Jadi kita perlu berusaha menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat sendiri bahawa mereka perlu berhati-hati memberi makanan kepada rohani mereka. Berhati-hati dengan sampah dalam hati kita! Wallahu a'lam.


Thank you for reading this entry !

Khamis, 7 Jun 2012

Membujuk Manusia Agar Beriman

Assalamualaikum semua !

BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ (٥٦
Allah S.W.T berfriman, maksudnya: "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakn jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadat kepada-Ku." (Surah al-Dhariyat 51: 56)

Imam Muhammad al-Mutawalli al-Sha'rawi rhm. dalam kitab Khawatir menyatakan bahawa kaedah dan gaya bahasa yang digunakan dalam ayat ini ialah gaya mengehadkan. Ini bermaksud, Allah mengehadkan tujuan penciptaan manusia dna jin hanya maksud untuk beribadah kepada Allah. Inilah satu-satunya sebab diciptakan mereka daripada tiada kepada ada.

Seterusnya Imam al-Sha'rawi telah menekankan makna beribadah itu dalam konteks persoalan bagaimana seluruh gerak kehidupan seseorang itu benar-benar dapat menepati perintah-perintah Allah S.W.T.

Apabila kita menelusuri sejarah manusia seawal kejadian Adam dan Hawa A.S., jelas sekali kewujudan mereka adalah untuk berurusan dengan titha perintah Allah S.W.T. Cuba kita renungi, setelah diciptakan, Nabi Adam dan Hawa a.s. telah ditempatkan di syurga. Kita semua maklum, syurga ialah sebuah tempat untuk menikmat sepuas-puasnya kehendak hati dan nafsu tanpa had dan batasan.

نَحۡنُ أَوۡلِيَآؤُكُمۡ فِى ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَفِى ٱلۡأَخِرَةِ‌ۖ وَلَكُمۡ فِيهَا مَا تَشۡتَهِىٓ أَنفُسُكُمۡ وَلَكُمۡ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ (٣١
Allah berfirman yang bermaskud: "Dan kamu akan beroleh di dalamnya apa-apa sahaja yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari akhirat; apa yang kamu cita-citakan untuk mendapatnya." (Surah Fussilat 41:31)

Di simpang kebebasan tanpa batasan yang diberikan, Allah telah menetapkan satu larangan buat mereka agar tidak mendekati sejenis pokok. Ini satu simbolik yang menggambarkan kewujudan manusia adalah untuk berurusan dengan titah perintah Allah S.W.T. Bagi mengingtkan dan memberitahu manusia mengenal perintah beribadah ini, nabi demi nabi dan rasul demi rasul telah diutus oleh Allah S.W.T.t sehingga terhenti salasilah dengan kerasulan nabi Muhammad S.A.W.

Mengikut jejak Nabi
Rasulullah S.A.W dan para rasul sebelum baginda telah bangun menegakkan suatu usaha, iaitu mengajak dan memujuk rayu manusia untuk mengenali Allah dan beriman kepada-Nya. Inilah asas ibadah. Tanpa iman, seluruh kebaktikan manusia tidak akan ada nilainya di sisi Allah.

Ayat di atas juga merupakan satu seruan agar kita sebagai pengikut Nabi Muhammad S.A.W. turut sedia meneruskan usaha yang telah digerakkan oleh Baginda dan para sahabat.

"Manusia" dalam ayat "Aku tidak menciptakan manusia dan jin", membawa maksud yang umum dan bukan terhad kepada manusia yang beriman sahaja. Maknanya, seluruh manusia dari timur hingga ke barat, dari zaman Rasulullah S.A.W. hingga hari terakhir sebelum kiamat, perlu diseru untuk mengabdikan diri mereka kepada Allah. Maka, usaha untuk membawa mereka mengabdikan diri kepada Allah inilah yang dinamakan usaha dakwah.

Pengorbanan dalam Dakwah
Munib al-Azdi r.a. bercerita bahawa semasa zaman jahiliah (sebelum memeluk Islam), dia telah melihat Rasulullah S.A.W. ketika Baginda menyeru, meksudnya: "Wahai manusia, ucapkanlah Lailahaillah (tiada tuham melaikan Allah) dan kamu akan berjaya!"

Sejurus selepas itu, ada sebahagian orang yang meludah ke wajah Baginda, ada pula sebahagiannya melemparkan tanah kepada Baginda. Hal ini berterusan hinggalah berlalu separuh hari.

Kemudian datang seorang gadis kecil membawa kendi lalu membasuh wajah dan tangan Baginda. Baginda bersabda yang bermaksud: "Wahai puteriku, jangan risaukan bapamu ini akan dibunuh atau dihina."

Lalu aku bertanya, "Siapakah gadis itu?" Orang ramai menjawab bahawa itulah Zainab binti Rasulullah S.A.W. dan beliau seorang gadis kecil yang cantik. (Riwayat al-Tabarani)

Inilah antara pengorbanan yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. demi mengajak memujuk manusia agar beriman dan mengadbirkan diri mereka kepada Allah S.W.T.

Fadilat usaha dakwah terlalu besar. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang mengajak kepada hidayah, maka dia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangkan sedikit pun ganjaran pelakunya. Sesiapa yang mengajak kepada kesesatan, maka dia mendapat dosa sebagaimana dosa orang yang melakukannya, tanpa mengurangkan sedikit pun dosa pelakunya." (Riwayat Muslim)

Bersediakah kita untuk belajar melaksanakan usaha dakwah kepada Islam dan berdakwah untuk kesempurnaan iman ini? Wallahu a'lam.

Thank you for reading this entry !

Ancaman Daripada Segenap Sudut

Assalamualaikum kepada semua orang ISLAM...

" Jika musuh kita menyerang daripada segenap sudut yang ada, adakah kita akan selamat dengan bertahan hanya pada satu sudut? "
" Jika mata kita selamat daripada melihat aurat belum tentu telinga kita selamat daripada mendengar orang mengumpat. "
" Jika tangan kita bebas daripada mencuri, belum tentu kaki kita terhindar daripada melangkah ke tempat maksiat."
" Jika mulut kita bersih daripada yang haram, belum tentu kemaluan kita terhindar daripada dosa dan rangsangan. "

Musuh itu pasti menyerang daripada segenap sudut dan melalui segala kemungkinan yang ada. Musuh itu berupakan nafsu yang ada di dalam dirimu atau godaan daripada luar.

Dalam dunia yang sedang kita jalani sekarang, serangan itu semakin menjadi-jadi. Semua perkara dan alat yang kita gunakan di dalam kehidupan seharian akan diaplikasikan oleh musuh-musuh kita untuk melemahkan dan menghancurkan kita.

Hanya dengan melayari internet, kita terus terdedah kepada serangan tersebut sekalipun kita tidak berniat untuk melakukan kemungkaran. Apabila memandu melalui jalan-jalan di kota, kita terus dapat melihat serangan itu terpapar besar di papan-papan iklan. Wanita-wanita mendedahkan bahagian tubuhnya yang merangsang pemikiran lelaki.
Hanya dengan berjalan di sebuah pasaraya untuk memberi barangan keperluan, kita akan terlihat begitu banyak bentuk rangsangan yang merosakkan kekhusyukan ibadah kita. Bahkan hanya dengan memiliki sebuah telefon bimbit, sekian banyak 'SMS' yang masuk menawarkan aksi-aksi panas.

Serangan-serangan yang sedang kita hadapi ini bukanlah sesuatu yang biasa dan sangat menyesakkan dada. Setiap hari kita berhadapan dengannya tanpa diminta. Kita merasakan selamat kerana kita telah sebati di dalamnya. Boleh jadi juga kita sebenarnya telah kalah dan mungkin telah menjadi agen dalaman yang menyerang orang lain.

Kita sebenarnya tidak selamat jika kita hanya bertahan daripada satu sudut. Kita memerlukan sistem pertahanan yang memelihara kita daripada segenap sudut. Kita mesti menahan seluruh anggota yang mungkin diserang oleh musuh termasuk hati. Ya, sekalipun jasad kita selamat daripada benar-benar tewas, hati kita mungkin diserang penyakit yang sukar diubati.

Lebih teruk lagi jika kita gagal menyedari bahawa serangan-serangan itu wujud. Bahkan bertambah malang jika kita sudah tidak mahu bertahan lagi dan asyik dengan hidangan-hidangan yang dipaparkan kepada kita. Suatu hari, kita pasti hancur bersamanya.

Ghazwul fikri (serangan pemikiran) yang kita hadapi ini perlu ditentang dan dilawan secara berterusan. Walaupun kita belum mampu membina sebuah gelombang atau sistem yang boleh menghancurkan serangan sedia ada, bertahanlah daripada serangan dalam diri masing-masing.

"Aku sudah cukup kuat, aku pasti selamat."
" Bagaimana dengan ibu dan ayah kita? Adik-beradik kita, anak dan isteri kita nanti? Adakah kita ingin selamat seorang diri sedangkan Al-Quran memerintahkan untuk kita menjaga diri dan ahli keluarga kita daripada api neraka? "

Binalah kekuatan dalaman dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh kesedaran bahawa kita tidak akan selamat jika kita tidak bersedia untuk sebarang kemungkinan.

" Boleh jadi hari ini kita dapat mengelak, namun esok engkau kita terkandas jua."

Kekuatan iman dan takwa perlu digilap dan ditingkatkan supaya kita boleh bertahan dengan semua bentuk serangan. 

Kuncinya, bersabarlah kerana memang tak mudah.
" Sedarlah bahawa kita ibarat hidangan di mata musuh kita, bila-bila masa kita akan diterkam dan dimusnahkan jika kita tidak berjaga-jaga. Ya, musuh yang boleh muncul daripada mana-mana sudut dalam apa jua keadaan. Bersedialah. "


Semoga berjaya untuk semagat berjuang demi ISLAM.. Ini adalah amanah untuk semua orang Islam. Lagipun saya minta maaf kepada jejak pembaca blog ini sama ada ini sengaja atau tidak sengaja untuk tuliskan blog ini..


Thank you for reading this entry !