Khamis, 7 Jun 2012

Membujuk Manusia Agar Beriman

Assalamualaikum semua !

BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ (٥٦
Allah S.W.T berfriman, maksudnya: "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakn jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadat kepada-Ku." (Surah al-Dhariyat 51: 56)

Imam Muhammad al-Mutawalli al-Sha'rawi rhm. dalam kitab Khawatir menyatakan bahawa kaedah dan gaya bahasa yang digunakan dalam ayat ini ialah gaya mengehadkan. Ini bermaksud, Allah mengehadkan tujuan penciptaan manusia dna jin hanya maksud untuk beribadah kepada Allah. Inilah satu-satunya sebab diciptakan mereka daripada tiada kepada ada.

Seterusnya Imam al-Sha'rawi telah menekankan makna beribadah itu dalam konteks persoalan bagaimana seluruh gerak kehidupan seseorang itu benar-benar dapat menepati perintah-perintah Allah S.W.T.

Apabila kita menelusuri sejarah manusia seawal kejadian Adam dan Hawa A.S., jelas sekali kewujudan mereka adalah untuk berurusan dengan titha perintah Allah S.W.T. Cuba kita renungi, setelah diciptakan, Nabi Adam dan Hawa a.s. telah ditempatkan di syurga. Kita semua maklum, syurga ialah sebuah tempat untuk menikmat sepuas-puasnya kehendak hati dan nafsu tanpa had dan batasan.

نَحۡنُ أَوۡلِيَآؤُكُمۡ فِى ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَفِى ٱلۡأَخِرَةِ‌ۖ وَلَكُمۡ فِيهَا مَا تَشۡتَهِىٓ أَنفُسُكُمۡ وَلَكُمۡ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ (٣١
Allah berfirman yang bermaskud: "Dan kamu akan beroleh di dalamnya apa-apa sahaja yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari akhirat; apa yang kamu cita-citakan untuk mendapatnya." (Surah Fussilat 41:31)

Di simpang kebebasan tanpa batasan yang diberikan, Allah telah menetapkan satu larangan buat mereka agar tidak mendekati sejenis pokok. Ini satu simbolik yang menggambarkan kewujudan manusia adalah untuk berurusan dengan titah perintah Allah S.W.T. Bagi mengingtkan dan memberitahu manusia mengenal perintah beribadah ini, nabi demi nabi dan rasul demi rasul telah diutus oleh Allah S.W.T.t sehingga terhenti salasilah dengan kerasulan nabi Muhammad S.A.W.

Mengikut jejak Nabi
Rasulullah S.A.W dan para rasul sebelum baginda telah bangun menegakkan suatu usaha, iaitu mengajak dan memujuk rayu manusia untuk mengenali Allah dan beriman kepada-Nya. Inilah asas ibadah. Tanpa iman, seluruh kebaktikan manusia tidak akan ada nilainya di sisi Allah.

Ayat di atas juga merupakan satu seruan agar kita sebagai pengikut Nabi Muhammad S.A.W. turut sedia meneruskan usaha yang telah digerakkan oleh Baginda dan para sahabat.

"Manusia" dalam ayat "Aku tidak menciptakan manusia dan jin", membawa maksud yang umum dan bukan terhad kepada manusia yang beriman sahaja. Maknanya, seluruh manusia dari timur hingga ke barat, dari zaman Rasulullah S.A.W. hingga hari terakhir sebelum kiamat, perlu diseru untuk mengabdikan diri mereka kepada Allah. Maka, usaha untuk membawa mereka mengabdikan diri kepada Allah inilah yang dinamakan usaha dakwah.

Pengorbanan dalam Dakwah
Munib al-Azdi r.a. bercerita bahawa semasa zaman jahiliah (sebelum memeluk Islam), dia telah melihat Rasulullah S.A.W. ketika Baginda menyeru, meksudnya: "Wahai manusia, ucapkanlah Lailahaillah (tiada tuham melaikan Allah) dan kamu akan berjaya!"

Sejurus selepas itu, ada sebahagian orang yang meludah ke wajah Baginda, ada pula sebahagiannya melemparkan tanah kepada Baginda. Hal ini berterusan hinggalah berlalu separuh hari.

Kemudian datang seorang gadis kecil membawa kendi lalu membasuh wajah dan tangan Baginda. Baginda bersabda yang bermaksud: "Wahai puteriku, jangan risaukan bapamu ini akan dibunuh atau dihina."

Lalu aku bertanya, "Siapakah gadis itu?" Orang ramai menjawab bahawa itulah Zainab binti Rasulullah S.A.W. dan beliau seorang gadis kecil yang cantik. (Riwayat al-Tabarani)

Inilah antara pengorbanan yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. demi mengajak memujuk manusia agar beriman dan mengadbirkan diri mereka kepada Allah S.W.T.

Fadilat usaha dakwah terlalu besar. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang mengajak kepada hidayah, maka dia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangkan sedikit pun ganjaran pelakunya. Sesiapa yang mengajak kepada kesesatan, maka dia mendapat dosa sebagaimana dosa orang yang melakukannya, tanpa mengurangkan sedikit pun dosa pelakunya." (Riwayat Muslim)

Bersediakah kita untuk belajar melaksanakan usaha dakwah kepada Islam dan berdakwah untuk kesempurnaan iman ini? Wallahu a'lam.

Thank you for reading this entry !

Tiada ulasan :

Catat Ulasan