Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatah !
How are you to all everyone? Are you health not? It's been a long time that I didn't update my blog kan =). So my current posting is Zakat, which is going to be my posting in this year. Why I have to pay zakat? Because I am paid zakat that first time in my life. Alhamdulillah ='). I just want share with you about Agihkan Harta Bersihkan Jiwa that it's topics. Some people don't have a real understanding what harta us for, why we have to pay zakat, and more. Please read this entry with happily kan..
Ok firstly because we are Muslim and Muslimat to pay zakat is wajib. Am I right said? Tidak seperti komunis atau sosialis yang "memiliknegarakan" atau "memasyarakatkan" semua harta individu atau seperti fahaman kapitalis yang memberi kebebasan tanpa batasan untuk individu memiliki harta, sebaliknya Islam memilih jalan tengah (wasatiyyah) antara kedua-duanya. Islam mengiktiraf hak pemilihan harta individu, namun pada masa yang sama menjaga kepentingan masyarakat dan negara melalui kaedah yang adil dan harmoni.
Individu yang bijak, rajin dan gigih layak mendapat ganjaran dan memiliki kekayaan daripada usahanya. Tetapi, jangan lupakan Allah sebagai Pemilik mutlak segala yang dimiliki dan tanggungjawab kepada masyarakat iaitu gelanggang seseorang meraih kekayaan tersebut.
Amanah daripada Allah
Lebih daripada itu, orang beriman merasakan hartanya bukan milik dirinya. Sebaliknya, dia merasakan harta tersebut milik Allah. Mereka menghayati maksud firman Allah: "Segala yang ada di langit dan bumi adalah milik Allah."
Harta tersebut diamanahkan Allah kepada seseorang atas tujuan tertentu. Bagai orang beriman, sebahagian daripada harta tersebut digunakan bagi memenuhi keperluan hidupnya, manakala sebahagian lain mesti "dikembalikan" semula kepada Allah. Ya, infakkan harta tersebut di jalan yang telah ditentukan oleh Allah.
Di padang Mahsyur nanti, satu persoalan yang pasti ditanya kepada setiap insan adalah tentang bagaimana hartanya diperoleh dan ke mana ia dibelanjakan sepertimana yang terdapat dalam hadis Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi.
Selamatlah mereka yang mendapat harta melalui jalan yang halal dan membelanjakan ke jalan yang baik. Tegasnya, harta adalah ujian yang menentukan sama ada manusia berjaya menjadi hamba Allah yang baik atau sebaliknya. Harta adalah ujian dunia untuk menentukan sama ada manusia menjadi orang yang mencintai Allah atau lalai daripada-Nya.
Firman Allah, maksudnya: "Dijadikan indah pada manusia kecintaan kepada syahwat iaitu wanita-wanita, anak pinak serta harta benda yang melimpah-ruah..." (Surah Ali 'Imran 3:14)
Oleh sebab harta amanah Allah, maka dalam harta itu ada hak hamba Allah lain yang perlu diserahkan pada kadar, masa dan keadaan tertentu. Penetapan Allah ini dilaksanakan melalui dua cara:
- Wajib - Zakat
- Sunat - Sedekah, wakaf dan sebagainya
Selagi sebahagian harta dikeluarkan melalui dua kaedah ini, maka selagi pemilik harta dan masyarakat. Aliran harta umpama air mengalir. Selagi air mengalir, selagi itulah ia bersih dan jernih. Jika air bertakung, maka ia kotor dan berkeladak. Begitulah harta, ia mesti dialirkan mengikut ketentuan hukum daripada Allah.
Jangan biarkan harta itu bertakung dalam kalangan orang tertentu, kelak ia akan merosakkan bukan sahaja pemilik yang bahkil, bahkan memudaratkan masyarakat.
Firman Allah, maksudnya: "Supaya harta itu tidak hanya beredar dalam kalangan orang kaya di kalangan kamu." (Surah al-Hashr 59:7)
Tersirat tentang Zakat
Zakat termasuk dalam lima Rukun Islam. Meninggalkan zakat akan mencacatkan bukan sahaja syariat dan akhlak, tetapi turut mencalarkan akidah. Sayidina Abu Bakar r.a. bertindak memerangi mereka yang enggan membayar zakat selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. Peperangan itu bertujuan "menghalalkan" pembunuhan atas sebab yang hak.
Bayangkan, keengganan membayar zakat mewajarkan seseorang dibunuh. Ini menunjukkan betapa serius dan penting tanggungjawab membayar zakat. Orang yang enggan mengeluarkan zakat bukan sahaja bersalah dengan masyarakat dan pemerintah, tetapi paling penting berdosa besar dengan Allah.
Pelaksanaan zakat mempunyai tujuan yang jelas sebagaimana firman Allah, maksudnya: "Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka sebagai sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka (daripada akhlak buruk)." (Surah al- Tawbah 9:103)
Jelasnya, ibadah zakat telah dikeluarkan tetapi diri si pengeluar zakat belum lagi bersih daripada dosa dan hatinya masih bergelumang dengan sifat mazmumah, maka tentu ada salah di mana-mana sama ada pada niat, pelaksanakan atau adab-adba seblum, semasa dan selepas mengeluarkan zakat. Jangan hanya persoalan lahiriah zakat (rukun, sah, batal) difokuskan, tetapi persoalan roh amalan zakat sangat perlu dihayati dan diamalkan.
Inilah yang ditegskan oleh Imam al-Ghazali rhm. ketika menulis tentang zakat dalam karya agung beliau, Ihya' 'Ulum al-Din. Beliau tidak tertumpu pada kiraan, kadar dan jenis-jenis zakat yang menyentuh soal teknikal dan mekanikal, tetapi turut menyelami persoalan dalaman (substance) zakat yang merangkumi niat, adab dan lain-lain yang bersifat tersirat.
" Cinta + Suci + Syukur = Matlamat Zakat "
Zakat adalah mekanisme pembersihan dosa dan penyucian hati. Tiga elemen berikut merupakan matlamat kenapa zakat dikeluarkan:
Menyantuni Adab Berzakat
Antara adab-adab penting dalam berzakat ialah:
1. Menyegerakan pengeluran
Zakat mesti dikeluarkan segera sebaik cukup haul dan nisabnya. Ini membuktikan keinginan si pemgeluar untuk mendapat keredaan Allah dan menggembirakan hati si penerima. Orang yang beriman tidak akan bertangguh untuk melakukan kebaikan, bimbang kalau-kalau timbul halangan untuk mereka berbuat demikian. Dari sudut hukum membayar zakat pula, mereka bimbang terlambat sehingga melampaui waktu yang ditetapkan.
Orang beriman sangat sedar tentang bisikan syaitan dan godaan nafsu yang boleh melambatkan atau "merencatkan" niat mereka mengeluarkan zakat. Oleh yang demikian, wajib bagi mereka menunaikan zakat harta apabila telah sampai haul. Namun, mereka boleh mempercepatkan haul dengan memilih bulan yang afdal berzakat seperti bulan Ramadan.
2. Secara diam-diam atau tersembunyi
Ramai salafussoleh mengeluarkan zakat secara diam-diam untuk menghindarikan diri daripada sifat riyak dan bangga diri.
Firman Allah, maksudnya: "Jika kamu menyembunyikan sedekah (kepada umum) dan kamu memberikan kepada fakir, maka itu adalah lebih baik bagimu." (Surah al-Baqarah 2:271)
Mereka yang bertindak sebegini atas dorongan hadis Rasulullah S.A.W., maksudnya: "Sedekah yang paling utama adalah hasil jerih payah orang serderhana, dan disedekahkan kepada fakir secara diam-diam." (Riwayat Ahmad)
Sesetengah ulama mentafsirkan bahawa bersembunyi dalam bersedekah adalah apabila si penerima tidak tahu siapa yang memberinya sedekah.
Justeru, ada antara para salafussoleh memberikan sedekahnya kepada orang buta, ketika si miskin sedang tidur atau menggunakan perantara untuk menyampaikan sedekah dengan amanah untuk merahsiakan identitinya. Itulah cara mereka menjaga keikhlasan hati agar tidak dirosakkan oleh sifat riyak, sum'ah dan ujub.
Mereka menyedari bahawa jika pemberian itu disertai tujuan untuk mendapat pujian dan kemasyhuran, segala-segalanya akan sia-sia dan binasa. Amat malang jika perkara tersebut berlaku kerana mereka bukan sahaja gagal membersihkan hati dan menyucikan diri, bahkan hati dan diri mereka bertambah kotor dengan "zakat" atau "sedekah" yang mereka keluarkan.
3. Secara terang-terangan untuk diteladani
Ia boleh dilakuakn secara terang-terangan apabila dapat menimbulkan galakan dan dorongan orang lain untuk meneladaninya. Ini berdasarkan firman Allah, maksudnya: "Jika kamu memperlihatkan sedekah (kepada umum), itu lebih baik (kerana menjadi contoh yang baik)." (Surah al-Baqarah 2:271)
Cara ini juga boleh dilakukan dengan syarat orang yang menerima zakat tidak berasa dimalukan atau dijatuhkan maruahnya kerana menerima zakat secara terbuka. Tetapi, jika dia sendiri meminta bantuan secara terbuka, maka tidak salah untuk memberinya secara terbuka juga.
Walaupun dilakukan secara terang-terangan, perkara yang lebih penting adalah pembayar zakat menjaga hatinya daripada dicemari sifat riyak. Ya, dalam apa-apa jua keadaan; terang-terangan atau tersembunyi, masing-masing ada kelebihan dengan syarat hati sentiasa diperlihara daripada sifat mazmumah.
Firman Allah, maksudnya: "Mereka membelanjakan sebahagian rezeki yang Kami kurnikan secara sembunyi atau terang-terangan." (Surah Fatir 35:29)
4. Tidak mengungkit atau diiringi kata-kata kesat
Orang yang mengeluarkan zakat jangan berasa diri mereka sahaja yang sudah berjasa kerana tanpa orang miskin, fakir dan asnaf zakat yang lain, bagaimana mereka boleh membersihkan dosa dan menyucikan diri mereka? Mujur ada golongan yang sudi menerima zakat mereka... Jika tidak, harta dan diri mereka akan terus dicemari dosa dan mungkin mereka dicampakkan ke dalam neraka.
Justeru, Imam al-Ghazali menukilkan bahawa Rasulullah S.A.W. telah mengingatkan, maksudnya: "Sesungguhnya, sedekah- sedekah itu tiba-tiba di tanganAllah terlebih dahulu sebelum tiba di tangan orang yang meminta."
Justeru, si pengeluar zakat mestilah menyedari bahawa tindakan mengeluarkan zakat sebenarnya menguntungkan diri mereka sendiri. Mereka akan terselamat daripada kemurkaan Allah. Allah telah meletakkan syarat pengampunan-Nya kepada bantuan yang diberikan untuk orang yang melarat. Jika si pengeluar zakat menyedari hakikat ini, mereka tidak akan menghitung jasa yang diberi dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada penerima zakat.
Allah dengan tegas memberi peringatan, mafhumnya: "Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan mengunkit-ungkit dan (kelakukan) menyakiti (penerima)." (Surah al-Baqarah 2:264)
Sebarang perbuatan menghina, memandang rendah, berkata kasar dan bermasam muka berpunca daripada perasaan berat dan terpaksa mengeluarkan zakat serta takbur; berasa diri lebih baik daripada oran gyang diolong. Takbur dan perasaan berat semasa mengeluarkan zakat adalah petanda kejahilan tentang kedudukan orang miskin dan tidak cinta hatinya kepada Allah.
5. Memilih harta terbaik
Pilihlah harta yang terbaik, tersayang dan terbagus untuk dizakatkan. Jika benar kita berzakat kerana Allah, maka kita akan keluarkan harta yang terbaik untuk Zat yang Maha Baik.
Mengeluarkan zakat daripada harta yang kurang baik petanda kitatidak beradab kepada Tuhan. Untuk mengharapkan yang terbaik daripada Allah sebagai ganjaran, wajarkah kiat menyerahkan sesuatu yang kurang baik untuk-Nya?
Sebenarnya, harta yang menjadi milik kita yanga hakiki adalah harta yang kita belanjakan di jalan Allah. Jadi, di mana rasional memberikan sesuatu yang kurang baik kepada diri sendiri? Jika ada orang rela berhabis-habisan untuk merebut saham dunia, mengapa kita tidak berhabis-habisan untuk mendapat saham akhirat?
Firman Allah, maksudnya: "Wahai orang beriman, nafkahnya sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan dari hasil bumi yang Kami keluarkan untukmu. Jangan kamu memilih yang buruk, lalu kamu nafkahkan. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambil yang buruk kecuali dengan memejamkan mata." (Surah al-Baqarah 2:267)
Gandaan Pahala
Demikian antaraketelitian niat dan adab dalam berzakat, agar zakat itu mencapai tujuannya. Sesiapa yang bersusah payah meneliti sifat -sifat khusus ini mendapat gandaan pahala.
Alangkah beruntungnya orang yang mengeluarkan zakat dengan niat yang ikhlas dan mengikut adab-adab yang baik. Mereka akan mendapat doa asnaf yang menerimanya, menyucikan diri daripada dosa-dosa dan mengikis sifat bakhil di simpang menambah kecintaan kepada Allah.
Apalagi yang lebih beruntung daripada semua ini? Justeru, atas dorongan untuk berzakat, orang yang beriman akan gigih mencari sebanyak-banyak rezeki secara halal dan baik dan menyimpan dengan hemat.
Apabila cukup haul dan nisab, mereka akan mengeluarkan harta yang terbaik tersebut sebagai zakat, sedekah, wakaf atau apa-apa jua kaedah yang telah ditentukan oleh Allah. Bagi mereka, kuantiti harta kecil sahaja jika dibandingkan dengan kualiti jiwa. Lalu, mereka sentiasa rela mengagihkan harta untuk membersihkan jiwa.
Namun tunaikan zakat kepada pihak yang berautoriti agar ia benar-benar melebar kepada lapan asnaf zakat yang berhak.
Wallahu a'lam
Thank you for reading this entry !