Khamis, 24 Januari 2013

Kasih Rasul Akhir Zaman



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatah !


Apa khabar semua? Lama-lama dah saya tak masa untuk update blog ni.. Kerana saya sibuk menyediakan perkahwinan kakak saya ke-3 daripada adik-beradik ke-8 pada bulan Februari sehingga saya tak sedarkan nak updatenya. Sorry la ='(. Okey la saya nak tuliskan tentang kita perlu cintai kepada siapa? Siapakah anda mencintai lebih di dunia? Mengapakah?

Dua kalimah syahadah adalah bukti bahawa cinta kepada Allah dan Rasulullah S.A.W. tidak terpisah. Cinta Allah itu tujuan, cinta Rasulullah itu jalan. Tidak mungkin tercapai tujuan "Lailahaillallah" tanpa mengikut jalan "Muhammad Rasulullah."

Keyakinan kita kepada Allah adalah atas curahan ilmu, didikan,bimbingan dan pimpinan Rasulullah. Justeru, Rasulullah S.A.W. itu manusia biasa yang sangat luar biasa. Baginda tidak dididik oleh manusia, tetapi dididik oleh Allah S.W.T.

Kata-katanya tidak pernah sia-sia melainkan terpandu segalanya oleh wahyu.

53:3
53:4

Allah berfirman yang bermaksud: "Rasulullah tidak berkata melainkan wahyu Allah." (Surah al-Najm 53:3-4)

Jika hati mencintai kebaikan, maka butalah hati itu jika tidak mencintai Rasulullah.... kerana Bagindalah insan terbaik dan paling banyak menabur kebaikan. Jika hati mencintai keindahan, maka matilah hati itu jika tidak jatuh cinta kepada keindahan Rasulullah; senyuman, sapaan, teguran, bujukan, bahkan marahnya sekalipun tetap indah.

Kita masih boleh membayangkan seorang yang pernah mengikat perutnya dengan batu bagi menahan kelaparan ketika berjihad. Baginda insan yang pernah patah giginya oleh asakan dan tusukan senjata musuh. Kenangi seorang insan yang pernah luka-luka dilontar dengan batu-batu, dilempari najis dan bangkai, diperosok ke dalam duri dan lubang, akhirnya dikepung untuk dibunuh.... hanya kerana ingin menyampikan iman dan Islam buat manusia. Tugasnya Baginda yang dipikul tanggungjawab, AMANAH sifatnya.. Betul tak?

Kebaikan Rasulullah S.A.W. bukan sahaja dinikmati oleh generasi yang hidup bersama-samanya, tetapi melampaui masa, zaman dan keadaan. Cinta Baginda turut menyentuh hati kita. Cinta tidak semestinya bertemu. Cinta tidak semestinya bersama. Dimensi cinta ialah ukuran rasa, bukan oleh jarak yang jauh atau masa yang panjang dan pendek. Cinta merombak batasan masa, jarak dan ruang.

Inilah insan yang sewajarnya dicintai. Insan yang tidak akan lega tanpa dijanjikan keselamatan buat umatnya. Insan telah pergi menemui al-Rafiq al-A'la (Teman daerah tinggi iaitu Allah) tanpa mewariskan sebarang harta. Bahkan menurut ahli sejarah, ketika itu lampu di rumahnya sudah kehabisan minyak.....

Itulah cinta Rasulullah. Itulah yang mesti ada dalam jiwa agar kita berpeluang bersama-samanya di dalam syurga. Dan cinta itulah yang kami ungkapkan seadanya dengan satu pertanyaan yang sangat serderhana: "Di mana Rasulullah di hatimu?" Insya-Allah, saya sampaikannya "Di mana Rasulullah di hatimu?" dalam blog ini akan datang cepat semungkin.
       Wallahu a'lam

Salam Maulidur Rasul 1434 Hijrah !
Tetapi jangan lupa baca selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya dan para sahabat =).

Thank you for reading this entry !

Tiada ulasan :

Catat Ulasan