Jumaat, 1 Februari 2013

Potong Tangan Pencuri

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatah !


Apa khabar semua? Sihat tak? Semoga anda semua di dalam pemeliharaan Allah S.W.T. Mengapakah saya tuliskan yang bertajuk ialah "Potong Tangan Pencuri" dalam blog ini. Kerana ini berkaitan dengan Hadis. Anda semua pernah mencuri sesuatu daripada seorang yang tidak diketahui tak?? Kalau begitu, tak baik kerana ini berdosa besar. Kadang-kadang semasa zaman kecil dahulu, kanak-kanak sudah pandai-pandai mencuri tanpa disedari. Bila dah dewasa, baru tersedar tahu apa itu mencuri? Betul tak?

Motosikal dicuri. Kabel elektrik dicuri. Duit tabung masjid dicuri. Besi penutup longkong dicuri. Duit dalam akaun juga ada yang dicuri. Pelbagai kes kecurian berlaku, apakah kesudahannya? Bagaimana mengatasinya? Jawapannya hanya satu, iaitu memotong tangan pencuri.

Sebagai Pengajaran

Ada pandangan yang menyatakan bahawa hukuman memotong tangan seseorang adalah kejam. Tindakan ini sememangnya kejam, tetapi sekiranya dia merupakan seorang pencuri, maka hukuman tersebut amat sesuai baginya.

Ia bersifat memberi pengajaran kepada pencuri dan masyarakat di sekeliling serta memberi peluang kepada pencuri untuk bertaubat dan memulakan kehidupan baru. Sesiapa yang tidak mencuri atau tidak berniat untuk mencuri tidak perlu bimbang kerana hukuman ini hanya "istimewa" untuk para pencuri.

Ada berlaku pada zaman Islam dahulu, saya ceritakannya, "Jika anakku mencuri, akan kupotong tangannya...."

Imam al-Bukhari (no. 6788) dan Imam Muslim (no. 1688) meriwayatkan bahwa seorang perempuan daripada kabilah bani Makhzum iaitu kabilah yang besar dan sangat dihormati dalam kalangan masyarakat Makkah telah disabitkan kesalahan mencuri.

Orang Quraisy begitu bimbang sekiranya perempuan bangsawan ini dipotong tangannya, lalu mereka berbincang untuk mencari seseorang bagi memujuk Rasulullah S.A.W. agar tidak menjatuhkan hukuman tersebut.

Akhirnya, mereka memilih Usamah bin Zaid bin Harithah untuk melakukan tugas tersebut kerana beliau adalah cucu angkat kesayangan Baginda S.A.W.

Setelah Usmmah menyatakan perkara tersebut kepada Rasulullah S.A.W., Baginda terus menjawab dengan tegas, mafhumnya: "Adakah kamu ingin memberi syafaat (memujuk diriku agar tidak menjatuhkan hukum) dalam perlaksanakan hukum Allah ini?"

Lalu, Baginda bangun menghadap orang ramai dan menyampaikan sebuah ucapan: "Sesungguhnya, umat terdahulu sebelum kamu telah binasa kerana apabila golongan teratas dan bangsawan dalam kalangan mereka melakukan kesalahan, mereka dibiarkan. Apabila golongan bawahan dan rakyat biasa melakukan kesalahan, hukuman yang ditetapkan oleh Allah (hudud) dilaksanakan atas mereka. Demi Allah, sekiranya Fatimah binti Muhammad S.A.W. mencuri, nescaya pasti aku memotong tangannya!"

Menurut Imam- Qurtubi, perempuan daripada bani Makhzum itu bernama Murrah binti Sufyan bin Abd-Asada dan dia ialah wanita pertama yang dijatuhkan hukuman potong tangan oleh Rasulullah S.A.W. kerana disabitkan kesalahan mencuri. (Tafsir al-Jami' li Ahkam Al-Quran. Surah al- Ma'idah 5:38). Itulah ceritakan hadis "Potong Tangan Pencuri".

Bayangkan seorang ayah yang mengumpul duit saban bulan untuk membeli sebuah motosikal bagi kegunaan anak sulungnya yang baru melanjutkan pengajian di universiti, tiba-tiba motosikal tersebut dicuri! Tanpa disedari, ada yang pernah menjadi mangsa pencuri telah mengeluarkan ungkapan: "Kalau aku jumpa pencuri kereta aku, akan kucincang sehingga mati!" Ada juga yang menyebut: "Kalau dapat ditangkap orang gaji yang mencuri barang kemasku, akan kutikam sampai hancur!"

Para pembaca boleh bertanya kepada mangsa-mangsa kecurian, apa yang akan mereka lakukan sekiranya dapat menangkap pencuri tesebut?

Prevention is Better than Cure

Islam hadir dengan membawa satu penyelesaikan yang serderhana dalam segenap aspek kehidupan manusia. Hukumannya bukan sahaja bersifat setimpal dengan kesalahan, tetapi ia juga mengandungi unsur pencegahan.

5:38

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri, maka (hukumlah dia) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab perkara yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) satu hukuman pencegah daripada Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." (Surah al-Ma'idah 5:38)

Walau bagiamanapun, seorang pencrui itu tidak akan terus dipotong tangannya melainkan setelah cukup syarat-syaratnya seperti kadar nilai barang curian, tersimpan di tempat selamat dan beberapa isu lain yang diperincikan dalam kitab-kitab fiqah.

Para pengkaji dalam bidang perundangan amat digalakkan untuk membuat kajian perbandingan berkenaan aspek pencegahan (prevention) yang terkandung dalam undang-undang jenayah Islam dan juga ciptaan manusia.

Sekiranya masyarakat menyaksikan seseorang yang telah sabit kesalahan mencuri dipotong tangannya di khalayak ramai, pasti tersemat perasaan gerun dalam hati mereka untuk melakukan jenayah yang sama. Begitu juga apabila pesalah yang dijatuhkan hukuman tersebut meneruskan kehidupan seharian dalam keadaan sebelah tangannya terpotong, pasti akan menjauhkan dirinya daripada mengulangi jenayah curi lagi.

Bahkan, masyarakat yang berurusan dengannya akan sentiasa mengambil iktibar setiap kali melihat pencuri tersebut dalam keadaan terpotong tangannya. Hukuman ini akan menyababkan pencuri itu insaf dan bertaubat, lalu ia akan terselamat di akhirat nanti. Inilah keindahan Islam!

5:39

Seseorang yang melakukan kesalahan mesti dihukum, tetapi dalam masa yang sama ruang untuk dia memperbaiki dirinya terbuka luas sebagaimana firman Allah dalam sambungan ayat di atas yang bermaksud: "Maka sesiapa yang bertaubat sesudah dia melakukan kejahatan (mencuri) itu dan memperbaiki amal usahanya, Sesungguhnya Allah menerima taubatnya (selepas dipotong tangannya) kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Ma'idah 5:39)

Masyarakat juga boleh hidup tenang dan aman daripada ancaman golongan "berkarier" pencuri ini.
      Wallahu a'lam.

Thank you for reading this entry !

Tiada ulasan :

Catat Ulasan