Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatah !
Hey people do you miss me? Feeling la. Haha. Sorry la I do not have time to update the blog. Okey la I'm Fakhrurazzi Mat Sedik your host for the late evening (dah hampir masuk waktu Maghrib) and I'm gonna take you guys a tour! We are going to ride on the time machine and travel back through time to 24 January 2013! Are you guys excited =) ? If you don't know about it, please click it, Kisah Rasul Akhir Zaman. Let's read this.
Yang paling berkuasa dalam diri manusia ialah hati. Imam al-Ghazali menegaskan bahawa hati umpama raja yang paling berkuasa dalam diri manusai. Pancaindera dan segala anggota badan bagaikan rakyat yang tunduk dan patuh kepada perintah hati.
Hati ialah tempat cinta bertakhta. Cinta itu yang mengawal hati. Jika seseorang mencintai sesuatu, seluruh tenaga, upaya, dan fokus dalam hidupnya akan ditumpukan kepada apa-apa yang dicintai. Oleh kerana itu, kita perlu berhati-hati apabila mencintai dan dicintai. Kita perlu berhati-hati memilih "siapa" dan "apa" yang hendak kita cintai.
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, maksudnya: "Seseorang akan menjadi hamba kepada apa-apa yang dicintainya." (Riwayat al-Bukhari)
Syukur, jika hati mencintai Allah, kita akan menjadi hamba kepada Allah dan seluruh hidup kita akan terfokus kepada iman dan Islam. Alangkah ruginya jika di hati kita bertakhta kejahatan dan kemungkaran kerana kita akan menjadi hamba kepada kejahatan dan kemungkaran itu.
Cinta Allah Segala Sumber
Hidup memang cinta. tetapi cinta kepada siapa? Jawabnya, cinta kepada Allah.
Firman Allah, maksudnya: "Orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Kalaulah orang yang melakukan kezaliman mengetahui ketika mereka melihat seksaan (pada hari kiamat) bahawa kekuatan itu semua kepunyaan Allah dan amat berat seksaan-Nya (nescaya mereka menyesal)." (Surah al-Baqarah 2:165)
Cinta kepada Allah sumber segala kekuatan, kekayaan, ketenangan, kejayaan. Manusia yang bercinta dengan Allah Yang Maha Kaya (al-Qhaniy), akan mendapat kekayaan jiwa yang tiada tandingan. Manusia yang paling kuat ialah manusia yang mencintai Allah Yang Maha Perkasa (al-Qawiy). Manusia yang jahil dan serba tidak tahu akan menjadi insan yang bijaksana apabila berhubung cinta dengan Allah Yang Maha Mengetahui (al-'Alim).
Manusia yang cinta kepada Allah punya kekuatan dan ketenangan untuk menghadapi kehidupan. Hidup mereka tidak akan diganggu gugat oleh rasa takut atau dukacita.
Firman Allah yang bermaksud: "Kebebasan yang diberikan kepadamu (apabila diketahui oleh mereka lebih dekat untuk mententeramkan hati mereka, menjadikan mereka tidak berdukacita, serta menjadikan mereka reda akan apa-apa yang engkau lakukan kepada mereka. Dan (ingatlah) Allah sedia mengetahui setiap yang ada dalam hati kamu. Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar." (Surah al-Azhab 33:51)
Jika kemanisan hidup yang kita cari, maka rasa cinta kepada Allah mestilah disemat dalam hati. Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang mempunyai tiga perkara padanya, dia telah mendapatkan kemanisan iman, iaitu Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada selain kedua-duanya, serta mencintai dan membenci seseorang semata-mata kerana Allah. Dia hendaklah benci untuk kembali kepada kekafiran sebagaimana dia membenci jika dicampakkan ke dalam neraka." (Riwayat al- Bukahri dan Muslim)
Ekspresi Cinta Sahabat Kepada Allah
Cinta kepada Allah telah membentuk sahabat-sahabat Nabi S.A.W. berikut menjadi orang yang hebat:
Cinta kepada Allah telah membentuk sahabat-sahabat Nabi S.A.W. berikut menjadi orang yang hebat:
- Abu Bakar r.a. yang bukti cintanya, sanggup mengorbankan seluruh hartanya untuk Islam.
- Umar al-Khattab yang bukti cintanya, kurang tidur pada waktu malam hari kerana bimbang urusannya dengan Allah tidak selesai dan kurang tidur pada waktu siang kerana bimbang urusannya dengan manusia tidak selesai.
- Umar bin Abdul Aziz yang bukti cintanya, sangat amanah sehingga tidak sanggup mengambil sedikit pun harta negara untuk maslahat dirinya.
- Khalid al-Walid yang bukti cintanya, tidak terikat dengan jawatan apabila berkata: "Aku berjuang bukan kerana Umar (bahkan kerana Allah)."
Mengapa Perlu Mencintai Rasulullah?
Begitulah kelebihan mencintai Allah. Hitam, putih, manis, pahit, terang dan gelap - semuanya baik belaka jika sudah ada cinta. Namun demikian, cinta kepada Allah tidak mungkin dicapai tanpa melalui cinta Rasulullah S.A.W. Cinta Allah itu tujuan, cinta kepada Rasulullah pula jalan. Tujuan tidak akan tercapai tanpa mengikut jalan.
Antara jalan menuju kejayaan adalah dengan "meniru" orang yang berjaya sebagaimana yang turut dinyatakan oleh pakar motivasi dan psikologi. Sebagai umat Islam, siapa lagi insan paling berjaya jika tiada Rasulullah? Baginda mencapai kejayaan yang holistik sebagai individu dan masyarakat di dunia dan akhirat.
Allah S.W.T. telah menegaskan hakikat ini melalui firman-Nya yang bermaksud: "Pada diri Rasulullah buat kamu adalah suri teladan yang baik." (Surah al-Azhab 33:21)
Tanpa berdolak-dalih lagi, kita boleh merumuskan bahawa punca kegagalan umat Islam kini kerana tidak menjadikan Rasulullah sebagai teladan. Berikut dihuraikan sebab kita perlu mencintai Rasulullah S.A.W.:
1) Jalan mencintai Allah
Allah sendiri telah menunjukkan bahawa jalan mencintai Allah adalah dengan mencintai Rasulullah. Jalan itu wajib diikut. Tidak ada manusia yang mampu mencintai Allah mengikut jalannya tersendiri. Seperkara lagi, kita mestilah mencintai segala-gala yang dicintai Allah. Ia meliputi mencintai para rasul, nabi, malaikat, hamba-Nya yang soleh, amal soleh dan akhlak mulia.
Tegasnya, cinta kepada Allah mewajibkan kita agar mencintai sesiapa dan segala sesuatu yang dicintai-Nya. Insan yang paling dicintai oleh Allah ialah Rasulullah S.A.W. Inilah syarat pertama dan utama untuk meriah cinta Allah.
Perkara ini ditegaskan sendiri oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: "Katakan: 'Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad). Nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.' Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.'" (Surah Ali 'Imran 3:31)
2) Rasulullah sangat dimuliakan Allah
Allah telah memilih Baginda sebagai manusia yang paling mulia dengan pengiktirafan berikut:
- Penghulu segala Rasul.
- Menurunkan al-Quran kepadanya.
- Memuliakan dengan selawat.
- Menganugerahkan gelaran"Habibullah" (kekasih Allah).
Peri Rasulullah S.A.W. dimuliakan oleh Allah terpancar daripada firman-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya, Allah dan malaikat-Nya berselawat atas nabi." (Surah al-Azhab 33:56)
Bukan itu sahaja, malah Baginda dimartabatkan sebagai pemberi rahmat bagi seluruh alam dan kelak Allah akan lebih memuliakannya dengan memberikan syafa'ah 'uzma (pertolongan agung) pada hari kiamat.
Insya-Allah, orang yang memuliakan insan yang dimuliakan Allah (Rasulullah) akan turut dimuliakan-Nya. Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka aku akan berselawat atasnya 10 kali." (Riwayat al-Bukhari)
3) Rasulullah sangat mencintai kita
Rasulullah merupakan Nabi yang paling mencintai umatnya. Atas dasar cinta itulah Baginda berjuang habis-habisan untuk menyampaikan ajaran Islam - agama yang menyelamatkan manusia di dunia dan akhirat. Belum tentu orang yang kita cintai akan mencintai kita, tetapi baginda memang terbukti mencintai kita. Jika kita mencintai Rasulullah, kita tidak akan bertepuk sebelah tangan...... Cintailah Rasulullah, pasti cinta kita berbalas.
Bukti cinta ialah pengorbanan. Semakin tinggi cinta, semakin banyak pengorbanan. Lihatlah bagaimana Baginda telah menumpahkan keringat, mengalirkan air mata, malah rela menyabung nyawa demi menyelamatkan umat Islam daripada seksaan neraka?
Firman Allah, maksudnya: "Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul daripada kaumnya sendiri. Terasa berat olehnya dengan penderitaan yang sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan serta penyayang terhadap orang Mukmin." (Surah al-Tawbah 9:128)
Doa-doa yang diwariskan oleh Rasulullah kepada para sahabatnya dan kemudian dipindahkan daripada satu generasi ke satu generaasi juga bukti Rasulullah kepada umatnya. Jika kita merujuk kepada hadis-hadis yang dinukilkan dalam pelbagai kitab, kita dapat melihat betapa banyak khazanah doa yang diwariskan sebagai bukti kecintaan Baginda.
4) Jasa dan kebaikan Rasulullah yang melimpah
Budi dan jasa Rasulullah S.A.W. sangat luar biasa. Dakwah, nasihat, didikan, bimbangan, doa dan kepimpinan Rasulullah tidak terhitung nilainya. Baginda bukan bertungkus-lumus untuk menyelamatkan manusia di dunia sahaja, malah akhirat. Baginda telah menyampaikan berita (hari akhirat) sama ada yang menggembirakan (syurga) atau ancaman yang menakutkan (neraka) sebgai peringatan.
Budi dan jasa Rasulullah S.A.W. sangat luar biasa. Dakwah, nasihat, didikan, bimbangan, doa dan kepimpinan Rasulullah tidak terhitung nilainya. Baginda bukan bertungkus-lumus untuk menyelamatkan manusia di dunia sahaja, malah akhirat. Baginda telah menyampaikan berita (hari akhirat) sama ada yang menggembirakan (syurga) atau ancaman yang menakutkan (neraka) sebgai peringatan.
Itulah perbezaan Rasulullah S.A.W. dengan pemimpin dunia yang lain. Pemimpin biasa hanya berusaha menyelamatkan pengikutnya di dunia, tetapi Rasulullah berusaha menyelamatkan umatnya daripada kesengsaraan di dunia dan akhirat. Rasulullah S.A.W. bukan sahaja membersihkan dunia daripada kejahatan, malah membersihkan hati manusia daripada dosa dan kemungkaran.
Human liver contaminated with polytheism and nature mazmumah been cleaned in the presence of the Prophet as a result, formed a generation that believed.
Firman allah, maksudnya: " Sesungguhnya, Allah memberi kurniaan kepada orang yang beriamn ketika Allah mengutus antara mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayat Allah kepada mereka, membersihkan (jiwa) mereka dan mengajarkan kepada mereka al-Kitab dan al-Hikmah. Sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka benar-benar berada dalam kesesatan yang nyata." (Surah Ali 'Imran 3:164)
5) Keagungan akhlak Rasulullah
Setiap hati manusia akan jatuh cinta kepada orang yang mempunyai akhlak yang baik. Akhlak yang baik disukai oleh setiap manusia tidak kira agama, bangsa dan warna kulit. Ia nilai sejagat yang diakui oleh semua manusia. Ini juga salah satu sebab kita perlu mencintai Rasulullah S.A.W. kerana ketinggian dan keagungan akhlak Baginda.
Setiap hati manusia akan jatuh cinta kepada orang yang mempunyai akhlak yang baik. Akhlak yang baik disukai oleh setiap manusia tidak kira agama, bangsa dan warna kulit. Ia nilai sejagat yang diakui oleh semua manusia. Ini juga salah satu sebab kita perlu mencintai Rasulullah S.A.W. kerana ketinggian dan keagungan akhlak Baginda.
Oleh sebab itu, sesiapa yang tidak jatuh cinta kepada Rasulullah S.A.W., itu petanda dia menolak fitrah manusia. Orang yang baik dan ingin menjadi baik akan mencintai dan meneladani orang yang baik. Tidak ada insan sebaik Nabi Muhammad S.A.W. Akhlak Baginda bukan sahaja dipuji oleh kawan dan lawan, malah oleh Tuhan Yang Maha Pencinta.
Allah berfirman, maksudnya: "Sesungguhnya, kamu (Muhammad) benar-benar mempunyai budi pekerti yang agung." (Surah al-Qalam 68:4)
Tanda Mencintai Rasulullah
Sudahkah kita jatuh cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Antara tanda mencintai Baginda ialah banyak mengingat, menyebut, merindu, dan seterusnya ingin sekali bertemu. Maksudnya, cinta adalah satu perasaan yang bersemi dalam hati, diluahkan dengan lidah dan dibuktikan dengan tindakan dan pengorbanan.
Sudahkah kita jatuh cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Antara tanda mencintai Baginda ialah banyak mengingat, menyebut, merindu, dan seterusnya ingin sekali bertemu. Maksudnya, cinta adalah satu perasaan yang bersemi dalam hati, diluahkan dengan lidah dan dibuktikan dengan tindakan dan pengorbanan.
Jika kita mengaku cintakan Rasulullah S.A.W., muhasabahlah sebanyak mana kita berselawat kepada Baginda sehari semalam? Selawat itu tanda ingatan. Setelah banyak mengingat dengan selawat, tentulah rasa rindu untuk bertemu semakin mendalam. Ya, cinta dan rindu sangat sinonim.
Cinta yang hebat akan mampu mendekatkan jarak waktu dan jurang generasi. Inilah yang dialami oleh manusia yang hidup pada akhir zaman, tetapi punya cinta yang mendalam kepada Rasulullah S.A.W.
Justeru, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Orang yang paling aku cintai dalam kalangan umaku ialah orang sesudahku yang sangat ingin melihat aku (walaupun dengan mengorbankan) keluarga dan hartanya." (Riwayat Muslim)
in conclusion, the person must be a lot of love remembering whom he loves. When the heart remembers, are much in the mouth. When the tongue much mention, the heart will feel homesick. When longing, sure feels like to meet. Yes, that multiplication of love toward him. How to meet the Rasulullah? The answer replied, with a die in all aspects of life.
Wallahu a'lam
Thank you for reading this entry !
P/S:
Doa daripada Rasulullah
Lihatlah, betapa cinta Rasulullah S.A.W. apabila Baginda berkata kepada seorang sahabat; Mu'az bin Jabal: "Wahai Mu'az, aku sangat mencintaimu. Selepas engkau menunaikan solat, jangan sekali-kali engkau lupa untuk berdoa kepada Allah dengan doa ini dan maksudnya: "Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, mensyukuri nikmat-Mu dan memperbaiki ibadah kepada-Mu.'" (Riwayat Ahmad)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan