Khamis, 7 Februari 2013

Rezeki Datang Bergolek?


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatah !


How are you all? Hope you healthier. I am the middle between healthy and unhealthy. That reason is not update this blog. Hmmm... We meet again in this space and hopefully in good health. Actually I'm don't know to want write in the blog. This time I will discuss about Rezeki Datang Bergolek imposed from the Tauhid. Let's read it.



Antara perkara yang mengelirukan segelintir masyarakat ialah hadis yang menceritakan tentang kejadian manusia. Apabila genap usia manusia 120 hari dalam kandungan si ibu, maka satu malaikat diwakilkan kepadanya. Tugasnya untuk menulis beberapa perkara yang ditentukan Ilahi, antranya tentang ketentuan rezeki seseorang manusia.

Berdasarkan hadis ini, ramai yang memahami bahwa usaha dan kerajinan bekerja tidak akan mengurangkan kadar rezekinya. Rezeki tersebut seperti makanan, minuman, harta, wang dan sebagainya. Anak juga termasuk dalam kategori rezeki. Maka, kita tidak perlu bekerja untuk mendapatkan rezeki?

Tidak Perlu Berusaha?

Abi Abudl Rahman bin Abdullah bin Mas'ud r.a.a berkata bahawa Rasulullah S.A.W. menceritakan yang bermaskud: "Kemudian dihantar kepadanya (janin) satu malaikat lalu ditiup kepadanya roh, dan dipearintahkan dengan empat perkataan iaitu penulisan rezeki, ajal dan amalnya serta sama ada bahagia atau celaka."

Riwayat hadis ini sahih. Ia direkodkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim dalam kedua-dua kitab hadis mereka. Maka, kesahihan hadis ini tiada masalah. Soalnya, adakah benar kita tidak perlu berusaha untuk mendapatkan rezeki?

Dalam sebuah ungkapan syair, dinyatakan:

"Qalam qadar telah berjalan dengan perkara yang akan berlaku nanti,
Maka sama sahaja pergerakan dan diam ini.

Adalah gila engkau berusaha mencari rezeki,
sedangkan janin di dalam kegelapan perut juga diberi rezeki."

Ungkapan syair ini menjelaskan bahawa kita tidak perlu berusaha mencari rezeki kerana ia telah ditetapkan dalam qadar Ilahi. Contohnya, janin di dalam perut seorang ibu juga sudah ada habuan makanan walaupun tidak berusaha. Maka, seseorang yang berusaha mencari rezeki dianggap sebagai orang gila. Sayangnya.

Kefahaman ini adalah salah kerana tidak selaras dengan dasar beriman dengan qadar. Sesungguhnya, keimanan kepada qadar bukan menuntut kita menjadi malas sebaliknya menuntut kita rajin berusaha. Betul tak?

Kesalahan-kesalahan dalam Fahaman Ini

Kesalahan kefahaman tentang tidak perlu berusaha mencari rezeki kerana ia telah ditentukan bahagiannya seperti beikut:

1)   Penetapan rezeki adalah rahsia Allah. Tiada seorang manusia pun mempunyai ilmu tentang rezeki sama ada untuk dirinya apatah lagi orang lain. Maka, bagaimana mungkin kita berhujah mengenai perkara yang kita tidak mempunyai ilmu tentangnya?

2)   Penentuan rezeki mempunyai kaitan dengan sebab. Antara ketetapan Ilahi yang jelas dan menjadi asas padanya adalah pertambahan rezeki dengan sebab rajin berusaha. Manakala rezeki berkurang jika malas berusaha. Prinsip ini sewajibnya diguna pakai dalam kehidupan di dunia kerana dunia ialah tempat untuk manusia berusaha.

3)   Banyak nas al-Quran menyuruh manusia berusaha, antaranya seruan untuk berusaha mencari rezeki. Bahkan selepas selesai solat Jumaat, umat Islam diperintahkan agar segera bertebaran di muka bumi dengan matlamat mencari rezeki.

Sunnuh Allah dalam Rezeki

Qadar Allah berkaitan dengan ilmu, kehendak dan kuasa Allah. Ia adalah rahsia Allah. Maka, kita tidak dituntut untuk membicarakan perkara yang kita Allah tentukan dan lakuakn. Sebaliknya, kita sendiri akan ditanya tentang perkara yang kita usahakan.

21:23

Firman Allah Taala, maksudnya: "Dia (Allah) tidak sekali-kali disoal tentang perkara yang dilakukan-Nya, sedangkan merekalah yang akan disoal." (Surah al-Anbiya' 21:23)

Oleh sebab itu, apa-apa yang ditulis tentang rezeki tidak perlu dikaji dan diperbesarkan. Sebaliknya, apakah sunnah Allah dalam aspek rezeki tersebut? Sunnah Allah dalam aspek rezeki ialah rezeki tidak dapat melainkan dengan usaha. Makanan tidak akan terbang ke masuk ke dalam mulut jika tidak berusaha memegang dan menyuapkannya ke dalam mulut. Pasangan suami isetri tidak akan mendapat anak jika mereka tidak berusaha dan berikhtikar untuk mendapatkannya.

Duit tidak akan diperoleh jika kita tidak berusaha dan bekerja. Inilah sunnah Allah dan dasar ini sudah jelas dan pasti. Begitu juga dengan perintah syarak yang memerintahkan kita agar berusaha mencari rezeki. Nas-nas al-Quran dan hadis sarat dan padat dengan perintah agar berusaha mencari rezeki.

Tawakal yang Sebenar

Inilah kefahaman para salafussoleh. Contohnya, Sayidina Umar al-Khattab yang menjawat jawatan khalifah melihat segelintir umat Islam yang masih duduk dalam masjid selepas selesai solat fardu Jumaat. Ketika itu, majoriti umat Islam yang lain sudah meninggalkan masjid untuk bekerja. Lalu, beliau bertanya tentang keadaan mereka. Mereka menjawab bahawa mereka adalah golongan yang bertawakal.

Namun, Umar al-Khattab  menjelaskan kesilapan mereka dengan menyatakan: "Bahkan kamu semua adalah golongan yang makan bersama-sama (dengan rezeki hasil kerja orang lain). Janganlah seseorang daripada kamu duduk dan tidak berusaha untuk mencari rezeki lalu berdoa agar Allah memberi rezeki, sedangkan dia tahu bahawa langit tidak menurunkan emas dan perak."

Catatan kisah ini menggambarkan kesilapan segelintir golongan yang bertawakal tanpa apa-apa usaha. Ini bukanlah tawakal yang benar kerana ia perlu didahului dengan usaha. Itulah yang sepatutnya! Umar la-Khattab telah membetulkan kefahaman yang tersasar itu.

Justeru, kita mesti berusaha mencari rezeki yang halal. Apa-apa yang Allah qadarkan hanyalah rahsia Allah. Jika kita gagl mendapat rezeki selepas berusaha, maka itu tanda kita reda dengan qadar Ilahi. Jangan berputus asa!
       Wallahu a'lam

Thank you for reading this entry !

Tiada ulasan :

Catat Ulasan