Ahad, 28 April 2013

Resipi: Daging Panggang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatah !


Eh! Sorry sorry sorry la aku nak ucapkan ni tiga kali. Kerana aku, tak ada masa-masa nak update blog ini. Okey la aku baru pening kerja. Huhu aku mahu berehat banyak-banyak (aku fikir otakku dah menjadi kotor nak basuh sehingga bersih....haha XD).. Sudah la aku nak menulis sekarang tentang resipi ini.

Gulai daging resipi kampung atau dipanggil gulai kampung. Itulah yang disebut dan diajar oleh Ibu dan Mak Ngah semasa aku kecil. "Gulai bodoh," kata mereka.

Ramuannya sama seperti memasak rendang. Ada bawang merah, bawang putih, halia, serai, lengkuas, cili padi serta lada kering. Dimasukkan juga sedikit ketumbar dan jintan manis. Perbezaannya ia berkuah.

Ibu juga memasak daging dengan cara yang ringkas. Ia dinamakan kari daging. Ibu digaulkan daging dengan ramuan bawang merah, bawang putih, halia, dan serbuk kari Baba's atau kari asli. Daging tadi diperap sebentar kemudian ditumis serta ditambah santan. Kebiasaanya, ibu tambahkan kentang, lada merah yang dibelah, daun kari dan tomato sebagai penyeri. Kami makan bersama sayur kuah lemak, ikan masin serta sambal belacan. Itulah adat makanan ala Kelantan. Betul tak?

Ia masakan ringkas tetapi merupakan masakan istimewa kami! Hidangan sebulan sekali ketika aku menerima duit gaji. Begitulah rasa nikmat atau istimewa yang berbeza-beza.

Setelah aku belum berumah tangga, aku dan kawan berpeluang menikmati hidangan sekeping daging bersos lada hitam di restoran yang sangat terkenal (err...err...aku tak ingat nama restoran). Mereka memanggil Beef Steak (bifstik). Subhanallah! Hidangan termewah tetapi aku tak kisah la. Daging sekeping itu pula dimakan tanpa nasi!

Malah saya terfikir, dulu sekeping daging yang sama boleh dimakan sesisi keluarga, hanya sebulan sekali. Tetapi sekarang tak buatnya lagi kerana ibu dan abah ada menghidapi penyakit darah tinggi. Sayangnya aku tak beli daging lagi tetapi kalau adik-beradik nak makan daging, mestilah aku beli.

Berfikir dengan mata hati, tidakkah kita mahu bersyukur dengan nikmat-nikmat yang sentiasa bertambah. Ya Allah, beef steak itu juga merupakan nikmat Allah untuk mereka yang berfikir. Aku tidak pernah berfikir sebenarnya memasak masakan Barat seperti lamb chop, steak (stik) dan roasted beef tidaklah sesusah mana. Jika dilihat daripada tatacara menghias dan harga sepinggan makanan yang dihidangkan di restoran besar dan di hotel-hotel, tentu sekali ia tugas yang sukar dan rumit.

Subahanallah! Barangkali kita berfikir berpuluh kali sebelum mengambil keputusan untuk menjamu keluarga di sana. Hakikatnya dengan sedikit ilmu Allah, nikmat mereka yang mampu makan di restoran mewah boleh dikongsi keluarga di meja sendiri.

Kaedah memanggang honey roasted chicken yang diajar oleh Ibu membuka mata saya. Kemudian - Ibu memberi pelbagai tip menarik yang membuatkan aku lebih beryakinan. Ibu mengajar aku memasak secara peringkat demi peringkat. Ia berbeza dengan ibu yang mengajar aku cara melakukan beberapa perkara secara serentak! Cara profesional Ibu saya. Mengapakah saya menyukai masakan ibu? Kerana masakan ibu sangat enak dimakan sedap dan lazat.. =)

Begitulah, Allah memberikan ilmu yang berbeza-beza antara seorang profesional (Ibu) berbanding dengan chef yang terkenal seperti Chef Wan, Chef Fiona, Chef Ismail, Chef Benny, Chef Oliver dan lain-lain. Ia ilmu yang sangat bermanfaat.

Tip berikut boleh digunakan pada ayam atau daging panggang cara Ibu. Pesannya, buatlah persiapan sehari sebelumnya. Emm... patutlah di negara Barat banyak betul makanan separa masak sejuk beku! Best kalau aku bayangkan masak di negara Eporah.. Sudah la aku nak fikir-fikir itu...

Ibu memberitahu tip pertama, gunakan seketul daging batang pinang. Sediakan bahan dan perapkan pada ayam atau daging. Cucuk sendiri dada ayam atau daging dengan garfu. Perap semalaman di dalam peti sejuk. Bahan perapan akan meresap masuk ke dalam daging.

Tip kedua - makanan bukan sahaja terletak pada rasa. Ia perlu cantik dan menawan mata. Bagi menjadikan daging panggang cantik  dihidang, ikat daging tersebut dengan menggunakan tali parcel. Lumurkan sedikit dengan minyak zaitun atau mentega. Kemudian taburkan herba campuran.

Tip ketiga ..... esoknya, keluarkan daging yang diperap beberapa jam sebelum dipanggang. Sementara memanggang, sedaikan sayur-sayuran sampingan dan pemanis mulut sekali.

Masya-Allah! Tabarakallah! Hasilnya,


Roasted Beef

:   Bahan-bahan   :

1 kg daging batang pinang
2 sudu besar minyak zaitun

:   Bahan perap  :

1 sudu besar madu
1 sudu besar lada hitam (ditumbak)
Sedikit garam

:   Bahan kisar  :

1/2 cawan minyak zaitun
5 ulas bawang putih
1 pokok daun pasril
1 sudu kecil rempah Italian mix (daun oregano, rosemary dan thyme)
2 sudu besar mustard powder (jika suka)

:   Cara-cara  :

1. Gaul rata daging dengan bahan perap. Ikat daging dengan menggunakan tali parcel. Biarkan sekurang-kurangnya 4 jam di dalam peti sejuk.
2. Panaskan saute pan atau kuali di atas dapur dengan api sederhana. Masukkan dua sudu besar minyak zaitun ke dalamnya.
3. Setelah saute pan panas, gorengkan daging yang berikat selama 8-10 minit sehingga terbakar seluruh bahagiandan mengeluarkan air (caramelized).
4. Asingkan dan guna air daging (caramelized) itu sebagai gravy dengan menambahkan sedikit krim atau susu segar.
5. Keluarkan daging dan bungkus menggunakan kertas aluminium lalu pindahkan ke dulang pembakar beralasredai.
6. Panaskan ketuhar dengan 350 F. Sementara itu masukkan bawang putih, rempah Italian Mix, serbuk biji sawi (mustard powder), minyak dan garam secukup rasa ke dalam food processor. Kisar sehingga bahan menjadi pes.
7. Sapu rata bahan pes pada daging. Bakar di dalam ketuhar selama 45 minit atau sehingga masak.
8. Biarkan daging di luar selama 10 minit sebelum dihiris-hirs dan dihidangkan bersama sayur-sayuran kukus (lobak merah, bunga kubis dan kacang pis).

Kebiasaannya, bila disiapkan masak daging dengan rebus atau kukus sayur-sayuran seperti lobak merah, bunga kubis, brokoli dan kentang sebagai makanan seimbang. Masukkan ke dalam pinggan seorang bersama hirisan daging gulang dengan dicurahkan sedikit gravy di atasnya. Ia menjadi lebih bergaya jika dimakan dengan penuh rasa kesyukuran. Itulah dah masaknya dan dinamakan Roasted Beef. Best lagi seronok kalau masak panggang dan saya rasa bahagia melalui masakan ini. Terima kasih banyak Ibu kerana kongsikan resipi ini. =)
       Wallahu a'lam

Jazak'Allah Khair for your reading this entry !

Jumaat, 19 April 2013

Hadis: Sunnah Jumaat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatah !


Alamak?! Lama-lama aku tak update blog ini. Huhu. Okey la aku curi-curi sedikit masa untuk menulis entry kali ini waktu dah nak balik di pejabat. Always work.. Pertama kali, sekarang aku nak menulis blog tentang hadis. Segala apa yang ditulis dalam entry ini tiada niat walau selebar sayap nyamuk untuk menyentuh segala jenis sensitif, membangkitkan segala bentuk kontroverasi. Jauh di sudut hati, aku hanya berniat untuk berkongsi dengan rakan-rakan blogger yang dirahmati dan dicintai Allah sekalipun apa yang terbuku dalam lubuk sanubari sejak dulu lagi. Alhamdulillah hari ini dipermudahkan Allah untuk menyusun ayat ini =).

Hari yang paling hebat dalam seminggu ialah Jumaat sehingga Allah S.W.T. menurunkan satu surah lengkap dinamakan Surah al-Jumu'ah. Imam al-Bukhari juga mengkhususkan satu bahagian dalam kitab Sahih al-Bukahri dengan memberi tajuk Al-Jumu'ah  yang menghimpunkan 65 buah hadis sahih berkaitan hari Jumaat.

Kehebatan hari Jumaat dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W. dalam sepotong hadis Baginda yang bermaksud: "Sebaik-baik hari ialah Jumaat. Padanya diciptakan Nabi Adam dan dimasukkan serta dikeluarkan dari syurga pada hari Jumaat. Tidak akan berlaku kiamat melainkan pada hari Jumaat." (Riwayat Muslim dan Ahmad)

Baginda juga pernah menyatakan kelebihan hari Jumaat dalam hadis lain, maksudnya: "Padanya ada satu saat, sekiranya seseorang Muslim berdoa ketika itu, Allah pasti akan memperkenalkannya." (Riwayat al-Bukahri, no. 935 dan Muslim, no.1922)


Amalan Hari Jumaat

Selain hadis tersebut, Rasulullah S.A.W. menganjurkan beberapa amalan yang dianggap oleh para ulama sebagai adab-adab yang perlu dijaga dan diamalkan pada hari Jumaat oleh setiap Muslim untuk menghayati kelebihan penghulu segala hari. Berikut disenaraikan beberapa tindakan yang boleh kita lakukan pada hari Jumaat:

1)   Membaca surah al-Sajdah dan al-Insan ketika solat Subuh

Abu Hurairah menceritakan: "Rasulullah S.A.W. selalu membaca surah al-Sajdah dan a-Insan ketika solat Subuh pada hari Jumaat." (Riwayat al-Bukhari, no. 891)

Maka, menjadi satu amalan yang sangat digalakkan kepada imam agar membaca kedua-dua surah ini ketika solat Subuh. Dijelaskan dalam Fath al-Bari antara hikmah membaca kedua-dua surah ini adalah kerana isi kandungannya berkaitan kejadian manusia dan keadaan pada hari kiamat. Jadi, ini bertepatan dengan pada hari Jumaat yang dijanjikan oleh Rasulullah S.A.W. bahawa kiamat tidak akan berlaku selain pada hari tersebut.

Walau bagaimanpun, ulama mengingatkan para imam agar tidak membaca kedua-dua surah tersebut setiap hari Jumaat saban minggu, tetapi hendaklah diselang-seli dengan surah lain kerana dibimbangi masyarakat akan menganggap ia sebagai ibadat wajib.

2)   Membaca surah al-Kahfi

Abu Sa'di al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan memberi cahaya kepadanya kedua-dua Jumaat." (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Disunatkan untuk membaca surah al-Kahfi sama ada pada malam Jumaat atau waktu siang pada hari Jumaat. Setiap Muslim yang mengamalkan sunnah ini dinasihatkan agar meneliti satu persatu makna ayat terutama tiga kisah menarik dan penuh iktibar iaitu kisah pemuda al-Kahfi, Nabi Musa berguru dengan Nabi Khidir dan pemerintah hebat bernama Zulqarnain yang sangat takut kepada Allah dalam kepimpinannya.

3)   Mandi sunat hari Jumaat

Sebahagian besar masyarakat mengabadikan sunnah ini terutamanya golongan bekerja pada hari Jumaat. Ada yang sangat berkeinginan untuk mengamalkan sunnah kecil yang besar pahala ini, malangnya situasi tidak mengizinkan untuk melakukan.

Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: "Apabila seseorang hendak pergi menunaikan solat Jumaat, maka hendaklah dia mandai. (Riwayat al-Bukhari no. 877)

Para ulama menjelaskan bahawa mandi disunatkan kepada seseorang yang ingin menunaikan solat Jumaat. Hikmah amalan ini adalah apabila jemaah berhimpun, maka dapat mengelakkan bau-bauan yang tidak menyenangkan kepada ahli jemaah yang lain.

Apabila sunnah ini tidak dipraktikkan, suasana persekitaran dalam sesetengah masjid menjadi tidak selesa untuk beribadah kerana dipenuhi aroma tidak menyenangkan.

4)   Mandi Sunat hari Jumaat

Imam al-Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. menyatakan lim golongan yang hadir ke masjid berdasarkan waktu kehadiran masing-masing:
  1. Orang yang mandi seperti mandi junub pada hari Jumaat lantas hadir ke masjid, seolah-olah dia telah melakukan korban seekor unta.
  2. Orang yang pergi ke masjid pada 'saat' kedua, pahalanya seumpama melakukan korban seekor lembu.
  3. Orang yang pergi ke masjid pada 'saat' ketiga, pahalanya seumpama melakukan korban seekor kambing bertanduk.
  4. Orang yang pergi ke masjid pada 'saat' keempat, pahalanya seumpama melakukan korban seekor ayam.
  5. Orang yang pergi ke masjid pada 'saat' kelima, pahalanya sebiji telur.
Dalam riwayat Imam al-Zuhri, Baginda bersabda, mafhumnya: "Apabila imam memulakan khutbah, para malaikat yang mencatat kehadiran para jemaah di setiap pintu akan masuk ke dalam masjid untuk mendengar khutbah."

Justeru, siapa yang ingin menyahut tawaran ini? Siapa yang bersungguh untuk menggapai pahala korban seekor unta yang dijanjikan oleh Rasulullah S.A.W.? Tidakkah kita berasa rugi apabila saban minggu hanya mengutip pahala sebiji telur?

 Lebih malang lagi apabila ada yang tidak tersenarai langsung dalam rekod para malaikat kerana hadir ke masjid pada hujung khutbah kedua kerana terlalu sibuk membeli-belah dan menjamu selera. Hanya golongan yang beriman akan berusaha mengejar janji seekor unta yang ditawarkan dan sentiasa rasa bersalah apabila sering terlewat untuk menghadiri perhimpuan mingguan ini.

5)   Diharamkan urusan jual beli

62:9

Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai orang beriman, apabila diseru azan untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka segeralah (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan melaksanakan solat Jumaat) dan tinggalkan urusan jula beli (pada saat itu). Demikian adalah baik bagi kamu mengetahui (hakikat sebenarnya)." (Surah al-Jumu'ah 62:9)

 Berdasarkan ayat di atas, haram melakukan jula beli apabila azan berkumandangan dan khatib memulakan khutbah. Pembeli dan penjual akan dimurkai Allah walaupun hanya melibatkan segelas air atau sesuap nasi. Masyarakat perlu memainkan peranan untuk tidak membeli di warung berhampiran masjid, bahkan kedai yang jauh pada ketika itu. Sekiranya mampu untuk menasihati mereka, maka itulah yang terbaik.

Golongan pula perlu memahami bahawa perbuatan tersebut bakal menyebabkan hasil yang diperoleh tidak diberkati Allah. Berhentilah seketika, ia tidak akan menyebabkan perniagaan anda rugi atau bankrap secara keseluruhannya.

Fahamilah, berniaga pada waktu tersebut tidak akan menjadikan anda seorang jutawan yang diberkati Allah. Aku sangat teruja yang apa berlaku perniagaan di Saudi Arab. Mengapakah? Kerana semua Orang Arab sanggup tinggalkan berniaga apabila sudah masuk waktu azan berkumandangan solat Jumaat dan segeralah pergi ke masjid untuk menunaikan solat tersebut. Itulah yang bagus! Lihatlah mereka melakukan, kita bagaimana?

Amalan Sunnah Lain

Rasulullah S.A.W. juga menggalakkan umat Islam agar membersihkan diri pada hari Jumaat dengan mencabut bulu-bulu di badan, memotong kuku, bersugi, mengemaskan misai, meminyak rambut, memakai wangian dan berpakaian bersih serta yang terbaik.

Aku terkenang ketika menuntut ilmu di Masjid Kristal, Terengganu, suasana di sana memuliakan hari Jumaat dengan menjadikan ia hari yang memberikan peluang kepada umat Islam untuk merealisasikan kesemua sunnah.


      Wallahu a'lam

Jazak'Allah Khair for your reading this entry !

Jumaat, 12 April 2013

Seluruh Masa Berselawat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatah !


Apa khabar semua? Selamat malam yang saya ucapkan kepada anda semua. Kerana sudah waktu malam sekarang dan sudah masa nak bertidur tetapi saya tak bertidur. Why?? I want updated this blog and I remember something when what happen at time in Hijrah? Do are you know that words "Masa Itu Emas"? Yes, of course you know it. But if what meaning is "Masa itu Emas dalam Islam"? Are you know it or are you want curious what is that meaning? Okay I would tell you that is it meaning "SELURUH MASA BERSELAWAT". Is not it?

Allah Azzaawajalla telah berfirman dengan satu perintah dalam al-Quran di mana Allah snediri memulakan pelaksanaan perintah tersebut. Malah, Allah menyatakan bahawa para malaikat jugat urut menyertai pelaksananya. Selepas itu, barulah Allah Taala menyeru kita iaitu setiap manusia beriman dengan perintah itu.

33:56

Firman Allah, maksudnya: "Sesungguhnya, Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi Muhammad S.A.W.): "Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkan salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya." (Surah al-Ahzab 33:56)

Kemuliaan Berselawat

Mari kita renungi.... Dalam al-Quran, amat langka sesuatu perkara yang diperintahkan dimulakan dengan satu kenyataan bahawa Allah S.W.T. turut sama "melakukan" perkara tersebut.

Ini sahaja sudah cukup untuk menjelaskan betapa mulia fadilat amalan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Malah, Imam al-Qurtubi menyimpulkan bahawa ayat di atas merupakan satu kenyataan betapa mulia diri Rasulullah S.A.W. itu sendiri.

Hubungan antara Rasulullah S.A.W. dengan kita sebagai umat Baginda amat rapat. Cuba fahami, bagi amalan solat yang merupakan satu ibadah yang begitu tinggi kedudukannya di sisi Allah, kita masih dituntut untuk berselawat dan mengucapkan salam kepada Baginda.


Ini menunjukkan seolah-olah Allah S.W.T. mahu agar setiap hari hubungan, ingatan dan ikatan hati kita kepada Baginda sentiasa diperkukuhkan lima kali sehari dan hari demi hari sehingga hari kita akan mencari dan bertemu dengan Baginda di medan Mahsyar nanti.

Imam al-Nasa'i merekodkan satu riwayat daripada "Umarir al-Ansari r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa daripada umatku yang berselawat atasku dengan hati yang tulus ikhlas, maka Allah akan menurunkan 10 rahmat kepadanya, ditinggikan 10 darjat, dituliskan 10 pahala untuknya dan dihapuskan 10 dosa."

Banyakkan Berselawat

Imam al-Tirmizi pula merekodkan satu riwayat daripada Ubai bin Ka'ab r.a. bahawa apabila berlalu dua pertiga malam, Rasulullah S.A.W. akan bangun (bertahajud) dan bersabda kepada para sahabat, maksudnya: "Wahia manusia, ingatkan Allah. Ingatkan Allah. Ingatkan Allah. Telah sampai perkara yang menggoncangkan dan perkara yang mengiringinya (tiupan sangkala yang pertama dan selepasnya tiupan sangkala yang kedua sudah hampir). Maut berserta segala kedahsyatannya telah datang! Maut berserta segala kedahsyatannya telah datang!"

Lantaran itu, Ubai berkata: "Wahai Rasulullah, aku ingin memperbanyakkan selawat kepadamu. Daripada masa berdoa dan berzikir, sebanyak manakah masa yang patut aku luangkan untuk berselawat kepadamu?"

Baginda bersabda: "Sebanyak yang hati kamu inginkan."

Saya bertanya lagi: "Wahai Rasulullah, jika satu perempat?"

Baginda menjawab: "Sebanyak yang kamu inginkan. Sekiranya kamu menambah, maka itu lebih baik bagi kamu."

Tanya saya: "Jika separuh?"

Baginda menjawab: "Sebanyak yang kamu inginkan. Jika kamu menambah lagi, maka itu lebih baik untuk kamu."

Saya bertanya lagi: "Jika dua pertiga?"

Baginda bersabda: "Sebanyak yang kamu suka. Jika kamu menambah lagi, maka itu lebih baik bagi kamu."

Lalu, saya berkata: "Jika demikian, saya jadikan seluruh masa untuk berselawat kepada tuan."

Baginda bersabda: "Jika kamu lakukan sedemikian, maka Allah akan hapuskan segala kerisauan kamu dan Allah akan ampunkan segala dosa kamu."

Sekarang, giliran kita pula bertanya kepada diri kita; berapa banyak pula masa yang kita sediakan untuk berselawat kepada kekasih hati kita; Rasulullah S.A.W.?
      Wallahu a'lam


Lihatlah, sesiapa inginkan ingatkan kekasih kita, Nabi Muhammad S.A.W., please you always pray five times a day, don't forget you must recite prayer if you remember Prophet Muhammad S.A.W. Read and recite prayer "Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, mensyukuri nikmat-Mu, dan memperbaiki ibadah kepada-Mu." Jangan lupa ya.. =)

Jazak'Allah Khair for your reading this entry !

Sabtu, 6 April 2013

Bukan Semua Hadis itu Sahih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatah !


Apa khabar semua? Kali kedua saya menulis ceritakan Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul (BYB!). Akhirnya, alhamdulillah saya dapat hasil tajuk isu semasa "Bukan Semua Hadis itu Sahih". Betul tak? Bukankah ini semua sama hadis tak? Biarkan saya menceritakan tentang ini. Ruangan BYB! kali ini memaparkan dialog antara dua orang pelajar; Muslim dan Bukhari yang sedang mengumpulkan bahan-bahan dan berbincang tentang ilmu hadis yang akan dibawa dalam sebuah forum di sekolah mereka nanti.

Muslim: Menariklah hadis ini; Rejab bulan Allah, Syabaan bulanku dan Ramadan bulan umatku. Boleh gunakan dalam forum kita nanti.

Bukhari: Eh, itu hadis mawdu'!

Muslim: Hadis mawdu' itu apa?

Bukhari: Hadis mawdu' ialah hadis palsu! Orang mereka satu kata-kata, selepas itu dia mengatakan ia sabda Nabi. Lalu, orang ramai pun percaya ia hadis Nabi.

Muslim: Eh, wujudkah hadis palsu?

Bukhari: Dari dulu lagi ulama hadis tidak berhenti berusaha menyaringkan hadis-hadis. Sebab itulah muncul kitab-kitab hadis sahih sahaja macam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.


Kemudian, ada juga kitab-kitab khusus yang menghimpunkan hadis mawdu' seperti kitab al-Mawdu'at oleh Imam Ibn Al-Jauzi.

Muslim: Jika bukan hadis, kenapa disebut hadis juga?

Bukhari: Sebab ia menyerupai hadis. Tambahan pula, ramai orang tersalah anggap ia hadis. Samalah macam emas tiruan, ia bukan emas sebenar tetapi orang panggil juga dengan nama "emas".

Hadis Mawdu' Bukan Hadis Daif

Muslim: Apa pula hadis daif dengan mawdu'

Bukhari: Hadis daif tidak cukup syarat kebolehterimaan hadis. Terdapat lima syarat ulama hadis gariskan. Antaranya, perawi hadis mestilah seorang yang kuat ingatan dan tidak ada kecacatan makna pada hadis tersebut.

 Hadis daif ada banyak jenis. Ada hadis shaz, mu'allal. mudtarib, munqati' dan pelbagai lagi. Ada yang boleh diterima, dan ada yang tidak boleh diterima langsung.

Hadis mawdu' pula memang tidak boleh diterima langsung kerana hadis rekaan. Bukan daripada Nabi pun, jadi bagaimana hendak dijadikan dalil dan hujah dalam beramal?

Biasanya hadis itu dinilai palsu apabila ulama hadis mengesan ada perkara hadis yang menjadi perawi atau matan hadis jelas bertentangan dengan roh syariat.


Ciri-ciri Hadis Mawdu'

Muslim: Semakin seronok perbincangan ini! Bagaimana pula ulama boleh tahu?

Bukhari: Ulama hadis dahulu memang serius mengkaji hadis. Mereka meletakkan standard dan prosedur penilaian tersendiri. Ada yang berkaitan sanad (perawi hadis) dan ada yang berkaitan matan (teks hadis).

Banyak cara ulama hadis dapat mengesan sesuatu hadis itu palsu. Antaranya dengan pengakuan si pereka hadis sendiri.

Contohnya, ada seorang abid bernama Maisarah bin 'Abd Rabbih. Dia sendiri mengaku: "Aku perhatikan manusia semakin jauh daripada al-Quran. Jadi aku buatkan hadis-hadis untuk menarik minta mereka."

Dialah yang mereka hadis berkaitan fadilat semua surah al-Quran.

Ada juga si pereka hadis ini mendakwa dia meriwayatkan sesuatu hadis daripada si polan. Apabila ulama menyelidik, rupa-rupanya si polan meninggal dunia sebelum si pereka lahir lagi. Macam-macam helah yang ulama kesan!

Muslim: Kalau orang biasa-biasa, bagaimana kita hendak tahu bahawa hadis itu hadis palsu?

Bukhari: Kita ambil sikap berwaspada. Ulama hadis ada meletakkan banyak petanda, antaranya:
  1. Isi yang bertentangan dengan fakta sama ada saintifik mahupun syariah. Contohnya, hadis yang menyatakan umur dunia 7000 tahun dan hadis yang menyatakan ada sahabat menyembunyikan ayat al-Quran.
  2. Pahala amalan yang dijanjikan melampau atau keterlaluan. Contohnya: "Sesiapa yang menyebut lailahaillallah, setiap kalimah itu Allah  jadikan seekor burung berparuh emas dan berbulu marjan."
Lalu, para ulama membuat beberapa rumusan tentang ciri-ciri hadis mawdu':
  1. Semua hadis yang menyebutkan jenis-jenis wali sufi seperti wali Nujaba, Awtad dan sebagainya.
  2. Semua hadis yang mencela sahaja Nabi, antara Mu'awiyah.
  3. Semua hadis yang menyebut: "Jika melakukan amalan sekian, maka akan mendapat pahala seperti seorang nabi atau lebih.
Kelompok Pereka Hadis Palsu

Muslim: Dahsyatnya! Siapalah yang mereka-reka hadis?

Bukhari: Ramai, antaranya qussah (motivator) dan wu'az (pentazkirah). Tujuan mereka hendak menggalakkan orang lain mendekati Islam. Contohnya ada hadis yang menyebut kecantikan bidadari di syurga sedang menanti kita dalam mahligai yang diperbuat daripada mutiara dan intan baiduri serta setiap mahligai itu ada 700 dan sebagainya.

Ada juga sebahagian golongan sufi dan tarekat mereka-reka hadis amalan tertentu seperti hadis solat raghaib serta solat sunat setiap Isnin, Selasa, Rabu, dan seterusnya. Jadi kena beringat jika terdapat hadis sedemikian.

Syair juga antara kelompok jahat yang banyak mereka hadis, contohnya menyebut kelebihan Ali dan mencela Mu'awiyah dan para sahabat lain.

Muslim: Apa contoh hadis itu?

Bukhari: "Sesiapa ingin tahu ketinggian ilmu Nabi Adam, ketakwaan Nabi Nuh, kehebatan Nabi Musa, maka tengoklah Ali. Aku (Nabi Muhammad) kota ilmu dan Ali pintu gerbangnya."

Selain qussas, sufi, Syiah dan zindik pun banyak mereka hadis. Zindik ni orang yang masuk Islam dengan niat hendak merosakkan Islam. Antara hadisnya: "Melihat kepada muka yang indah adalah ibadah."

Ada seorang zindik didapati bersalah, kemdian dihukum mati. Sebelum dihukum, dia mengaku telah mereka 4000 buah hadis palsu!

Muslim: Itu baru seorang. Mesti ramai lagi kan?

Bukhari: Ya, dapatkah kita bayangkan betapa besar jasa ulama hadis terdahulu?

Hukum Menyebarkan Hadis Palsu

Muslim: Rasa-rasanya, aku pernah menggunakan hadis palsu. Bagaimana?

Bukhari: Kalau sebelum ini tidak tahu, tak apa. Perkara yang berlalu, kita bertaubat. Perkara mendatang, sama-samalah kita beringat.

Rasulullah S.A.W. memberi amaran keras, mafhumnya: "Sesungguhnya, berdusta kepadaku tidak sama sperti berdusta kepada orang lain. Sesiapa yang telah berdusta kepadaku secara sengaja, maka persiapkan tempat duduknya di dalam neraka." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Muslim: Aku cuma berfikir, kalau hadis Nabi Muhammad S.A.W. pun ada orang berani tipu, bagaimana pula dengan kisah nabi-nabi terdahulu, sahabat dan ulama terkemudian?

Bukhari: Sebab itulah Ibn al-Mubarak berkata: "Sanad itu sebahagian daripada agama. Jika tidak kerana wujud sanad, pasti orang akan bercakap apa sahaja (tentang agama) ikut suka hati!"

Itulah ceritakan tentang hadis dan dibincangkan dua pelajar, Muslim dan Bukhari. Oh rupanya, betul beliau cakap. Beliau sudah tahu tetapi kita bagaimana? Bayangkah ramai orang tahu ini semua hadis tetapi silap-silap hadis adalah hadis palsu!. So, kitab yang merekodkan Hadis Palsu antaranya,
  • Al-Iman Ibn Jauzi: Al-Mawdu'at
  • Imam al-Suyuti: Al-La'aali al-Masnu'ah Fi al-Ahadith al-Mawdu'ah
  • Imam al-Shawkani: Al-Fawa'id al-Majmu'ah fi al-Ahadith al-Mawdu'ah
  • Abu al-Hasan 'Ali bin Muhammad bin 'Araq al-Kinani: Tanzib al-Shari'ah al-Marfu'ah 'an al-Akhabr al-Shani'ah al-Mawdu'ah
  • Syeikh al-Saghani (wafat 650 Hijrah): Mawdu'ah ah al-Saghani
Jadikan sama-samalah kita beringat kalau perkara mendatang. Insya-Allah =)
      Wallahu a'lam

Jazak'Allah for your reading this entry !

Isnin, 1 April 2013

Mencari Hati Emas dalam Diri

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatah !


Selamat kembali! Maafkan saya kerana saya tak sempat nak kemaskini blog ini. Mari saya berkongsi dengan anda semua tentang isu yang baru. Mencari Hati Emas dalam Diri adalah tajuknya isu. Adakah kepada sesiapa anda semua antara mempunyai hati yang emas? Ada tak? Sudah la nak mencari sesetengah orang mempunyai hati yang emas. Mengapakah kita perlu mencari hati emas dalam hati? Hati adalah kunci utama bagi umat Islam seperti takwa kepada Allah, melakukan pilih jalan baik dan lain-lain. Buktinya hatinya suci sangat kalau rajin semangat kuat IMAN. Betul tak? =)

Manusia terdiri daripada dua unsur; jasmani (jasad) dan rohani (hati). Dua unsur ini memiliki keperluan yang berbeza. Jasmani memerlukan sesuatu yang bersifat materials seperti makanan, minuman, seks, pakaian, perhiasan dan kemasyhuran. Sebaliknya, rohani menginginkan sesuatu yang dapat dirasai seperti kedamaian, ketenteraman, kasih sayang dan rasa cinta. Jasmani berasal daripada tanah, lambang kerendahan. Sebaliknya, rohani berasal daripada tingkat yang tinggi...... sangat hampir dengan Ilahi.

Hakikat manusia ialah rohaninya. ia wadah dan sumber segala kebaikan dan kebajikan. Malah, kesejahteraan rohani. Jika rohani sakit misalnya, segala kelebihan jasmani tidak akan memberi makna.

Dapatkah seorang berselera makan sekiranya hati berada dalam keadaan gundah-gulana? Apa guna tubuh yang sihat pada sedang kecewa? Harta yang melimpah juga tidak akan berguna kepada seseorang yang sentiasa risau dan berprasangka.

Kaya hati adalah kaya sejati, demikian penegasan Rasulullah S.A.W. Oleh sebab itu, kualiti hati mesti diutamakan berbanding kuantiti harta. Ingatlah, kemuliaan manusia di sisi Allah ialah takwa. Kemuliaan manusia sesama manusia pula pada akhlaknya.Takwa dan akhlak bersumberkan hati. Jika demikian, usaha memiliki kesejahteraan hati mesti diletakkan sebagai keutamaan dalam kehidupan. Ia lebih utama daripada cincin emas atau gelang permata. Tanpa hati emas, hidup di dunia dan akhirat akan terseksa.

49:13
Hati adalah tempat jatuh "pandangan" Allah. Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya yang paling mulia dalam kalangan kami di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa." (Surah al-Hujurat 49:13)

Ini menegaskan piawaian yang telah Allah tetapkan dalam menilai kualiti seorang insan. Kualiti ini dinilai pada kualiti hati. Malah Rasulullah S.A.W. turut menegaskan, mafhumnya: "Sesungguhnya Allah tidak melihat (menilai) jasad kamu mahupun hartamu, bahkan Allah melihat hati kamu." (Riwayat al-Tabarani)

Jasad lahir hanya tumpuan manusia. Untuk bahagia, tenang dan berjaya dalam hidup, sama ada di dunia atau akhirat, kita mesti mengutamakan pandangan Allah berbanding pandangan manusia. Allah itu Pencipta, Penentu dan Pemutus segala-galanya, justeru nilailah diri kita mengikut nilaian Allah. Insya-Allah, jika Allah telah diutamakan dalam segala urusan, pasti tidak ada sesiapa yang mampu mengahalang kita daripada mencapai kejayaan.

Sifat Hati

Hati itu bersifat bolak-balik. Rasulullah S.A.W. memberi perumpamaan, hati bagaikan kuah yang sedang mendidih dan menggelegak. Simpang-siurnya begitu licik. Naik turun dan berbolak-balik. Kadangkala ia baik, bagaikan fitrah asalnya dahulu. Ketika itu ia umpama kain putih yang menghamparkan warna kejernihan dan kesucian. namun, seseketika yang lain ia bertukar menjadi kelam, kusam, hitam bagaikan lakaran syaitan yang memantulkan kejahatan.


Hati yang bolak-balik itu akan aman apabila beriman. Justeru, muttaqin pernah memberi petunjuk: "Apabila hatimu keras, buas dan liar sekali, bukalah al-Quran, bacalah dan tadabbur makna dan rasanya. Bukankah al-Quran itu penawar hati? Namun jika masih keras juga, dirikan solat. Solat itu zikir penyucian hati. Namun sekiranya masih keras jua... bangunlah pada waktu dinihari. Berwuduk dan berdoalah, pintalah kepada Tuhan agar dikurniakan hati "lain" kerana hati yang kau miliki waktu itu hakikatnya bukan hatimu lagi!"

Hati itu berbolak-balik kerana sentiasa ditarik antara dua graviti:
  1. Graviti tahap tinggi pintalan ilham para malaikat
  2. Graviti tahap hina tiupan para syaitan. Ketika melihat si miskin meminta-minta, suara hati berdetik... bantulah dia, insan lara yang datang mohon bantuan. Namun sedetik cuma tiba-tiba graviti bertukar, memberi alasan, biarkan.... itu balsan buatnya akibat kemalasan!
Hati ialah elemen yang paling kuat dalam diri manusia. Ia pemerintah kepada seluruh anggota. Padanya terletak kemahuan dan dorongan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. "Hendak" itu letaknya di hati. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Dalam diri Adam itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh jasad..... (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Fitrah hati itu adalah kemuliaan. Berbeza dengan fitrah jasad yang bersifat kerendahan. Justeru, keperluannya sangat berbeza berbanding jasad. Hati mesti dihindarkan daripada dikuasai oleh keinginan-keinginan yang rendah nilai seperti kecintaan kepada kehendak syahwat dan dunia. Itu bukan keperluannya. Jika hati telah dikuasai oleh nafsu dan dunia, ia mesti dibersihkan.

Qalbun Salim

Betapa tingginya nilai hati telah ditegaskan oleh Rasulullah S.A.W. dalam hadisnya yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa lahir kamu, tetapi Allah melihat hati dan amalan kamu." (Riwayat Muslim)

Oleh sebab itu, dalam hidup kita mesti berusaha untuk mendapat hati emas. Itulah qalbun salim atau hati yang sejahtera. Hati emas itu ditunjangi oleh tauhid yang kukuh dan dihiasi pula oleh sifat-sifat mahmudah. Insan yang memilikinya, akan indah dan gagah mendepani apa-apa jua cabaran dan masalah.

Perjuangan untuk memiliki hati yang sejahtera perlu diutamakan. Inilah perjuangan yang menentukan sama ada kita bahagia atau celaka di dunia dan akhirat. Hidup di dunia ini sebenarnya medan atau gelanggang perjuangan untuk mendapatkan hati yang sebegitu. Qalbun Salim adalah "KPI" yang akan dinilai oleh Allah di padang mahsyar nanti.

26:88
26:89

Allah berfirman, mafhumnya: "Hari yang tidak berguna lagi segala harta dan anak-pinak kecuali mereka yang menghadap Allah dengan membawa hati yang sejahtera." (Surah al-Syu'ara 26: 88-89)

Menurut ulama, untuk selamat di akhirat, seorang hamba Allah mesti memiliki hati yang sejahtera sekalipun sedetik sebelum nyawa dicabut oleh malaikat maut. Maksudnya, dia mesti memiliki hati emas itu di dunia lagi sebelum berpindah ke alam barzakh seterusnya ke alam mahsyar. Sekiranya, dia mati dalam keadaan gagal memiliki hati yang sejahtera, maka perjalanannya ke alam-alam seterusnya menjadi sangat sukar dan di hujungnya akan terjerumus ke neraka. Nauzubillah!

Orang yang memiliki hati emas akan mendapat al-jannah al-'ajilah (syurga yang disegerakan) di dunia lagi sebelum syurga yang hakiki dan abadi menanti di akhirat nanti. Ulama sufi menyatakan: "Sesiapa yang tidak merasai al-jannah al-'ajilah di dunia, itu petanda dia sukar untuk mendapat syurga yang hakiki di akhirat nanti." Apakah yang dimaksudkan dengan syurga yang disegerakan itu?

Ia sebenarnya ketenangan jiwa. Orang yang tenang jiwa inilah yang akan merasakan bahagia. Dengan ketenangan itu mereka dapat menerima apa jua ujian Allah, sama ada yang berbentuk nikmat atau azab. Jika yang diberi "gelap", mereka sabar. Jika yang dianugerahkan "terang" mereka bersyukur.

Nikmat tidak menyebabkan mereka alpa. Sukar tidak menyebabkan mereka kecewa. Dengan hati emas itu mereka mengukir tadbir di hamparan takdir. Setiap kali menghadapi masalah mereka tidak akan mengeluh: "Ya Allah , besarnya masalahku!" Sebaliknya mereka akan berkata: "Ya Allah, sesunggguhnya Engkau lebih besar daripada masalahku!"

Kenal dan Cinta Allah


Hati emas ialah hati yang mengenal Allah dan jatuh cinta kepada-Nya. Ya, mengenal Allah S.W.T. tidak mampu dicapai oleh anggota lahiriah, tetapi oleh kekuatan hati. Hati itu dicipta oleh Allah dengan kemampuan untuk "melihat" dan merasa sesuatu yang sangat seni dan maknawi sifatnya.

22:46

Pandangan mata hari yang dapat menjangkau kebesaran Allah dan "daerah-daerah" rohani yang tinggi inilah yang disebut oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya bukan mata yang buta, tetapi buta ialah hati yang ada dalam dada." (Surah al-Hajj 22:46)

Oleh sebab itu, "alat" mengenal dan mencintai Allah yang paling penting ialah hati. Akal hanya permulaan sahaja. Alim (mengetahui), amal dan arif (mengenal) adalah tiga langkah berkesinambungan untuk mengenal Allah. Justeru, mengenal dengan akal tentang sifat- sifat kesempurnaan Allah tidaklah memadai. Ia perlu diresapkan ke dalam hati melalui ibadah-ibadah fardu dan sunat. Seterusnya, ibadah inilah yang akan mengasah hati untuk mengenal Allah.

Sebab itu ahli-ahli yang arif sering mengungkapkan bahawa hakikat ilmu itu ialah "ketibaan" makna pada hati. Melalui pembelajaran tauhid, kita mengetahui Allah itu wujud, Allah Maha Melihat, Maha Mendengar dan sebagainya. Namun mengetahui sahaja tidak cukup. Kita perlu merasai Allah itu ada, Maha Melihat dan Maha Mendengar dan sebagainya.

Mengapa kita perlu merasai bukan sekadar mengetahui? Ya, jauh berbeza antara seorang yang mengetahui Allah itu ada dengan mereka yang merasai Allah itu ada. Orang yang mengetahui Allah ada, masih tega melakukan kejahatan, tetapi orang yang sudah merasai Allah itu ada tidak akan berani melakukan kejahatan. Tauhid sudah dihayati, yakni sudah meresap ke dalam hati. Tidak hanya berlegar-legar sebatas kepala (akal).

Inilah cabaran utama dalam kehidupan beragama alaf ini. Input-input tauhid hanya dipelajari sebatas otak kiri; diketahui, dihafal dan kemudian dipindahkan ke atas kertas peperiksaan. Akhirnya sistem pendidikan hanya mampu melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kelulusan dalam mata pelajaran agaam, tetapi tidak "beragama" dalam realiti kehidupan sehari-hari. Kelulusan agamanya berjela-jela, tetapi hilang wibawa kerana rakus dengan dunia dan kuasa.

Masyarakat tertanya-tanya, mengapa semua ini berlaku? Mengapa ilmu agama yang dipelajari sejak tadika tidak berjaya melahirkan pelajar berakhlak baik? Jawapannya, sistem pembelajaran dan pendidikan yang ada belum berdaya menangani soal hati! Kita hanya melahirkan para mualim yang memindahkan ilmu, tetapi kurang murabbi yang mampu memindahkan rasa daripada penghayatan tauhid ke dalam hati.

Amalan Hati


Imam al-Nawai menegaskan bahawa jika amalan-amalan lahiriah dilaksanakan tanpa "amalan-amalan" hati, ia tidak akan membawa sesoerang dekat dengan Allah. Sedangkan taqarrub ila Allah (dekat dengan Allah) itu tujuan kit beribadah.


Amalan solat misalnya, jika yang dijaga dan dilaksanakan hanya rukun qawli (bacaan) dan fi'li (perbuatan) tanpa kehadiran rukun qalbi (rasa hati) seperti merasai kebesaran Allah, takut, berharap, malu dan rasa-rasa kehambaan yang lain, ia akan menjadi sia-sia. Itulah antara pengertian orang yang lalai dalam solatnya!

Solat yang dilaksanakan tanpa rasa-rasa hati seperti yang dinyatakan ini akan gagal mencapai tujuan utamanya iaitu ingat Allah. Allah berfirman seterusnya yang bermaksud: "Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku." (Surah Taha 20:14)

Sesungguhnya, mengingat Allah adalah "kerja" hati. Hanya apabila solat didirikan dengan khusyuk (dengan rasa kehambaan) barulah solat itu mampu mencegah pelakunya daripada perbuatan fahsha' dan mungkar. Begitu juga ibadah puasa, zakat dan sebagainya, perlu dilaksanakan dengan ikhlas dan penuh rasa kehambaan.....

Jika tidak amalan itu bukan sahaja tidak berkesan, tetapi ditolak oleh Allah S.W.T.
      Wallahu a'lam

Jazak'Allah Khair for your reading this entry !