Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatah !
Selamat kembali!! Apa khabar semua pembaca blogger? Sihat tak? Alhamdulillah aku ada masa rehat untuk mengemaskini blog ini. Kiranya aku nak menulis isu yang baru bertajuk "Punca Zalim Terhadap Diri Sendiri". Ramai manusia tidak mencintai diri mereka sendiri. Disedari atau tidak, majoriti manusia telah, sedang dan akan mencampakkan dii mereka ke dalam jurang kebinasaan dengan perbuatan menzalimi diri mereka sendiri. Sejarah manusia bukan sahaja diwarnai oleh penzaliman manusia lain, malah lebih mengejutkan terhadap diri sendiri. So, anda kena berubah sekarang sebelum menyesal atau terlambat. Jangan simpan kezaliman dalam hati, malah akan menutupi hati nak susahnya membukanya. Betul tak?
Menzalimi Diri Sendiri
Allah berfirman yang bermaksud: "Sesiapa yang tidak menghukum dengan hukum Allah, maka itulah orang yang zalim." (
Surah al-Ma'idah 5: 45)
Apabila membaca ayat ini, ada pihak yang hanya kezaliman yang dilakukan oleh pihak lain. Ramai yang menuding jari kepada orang lain, sedangkan ayat ini sewajarnya ditujukan kepada diri sendiri. Acap kali berlaku dua pihak yang saling menuduh sebagai zalim, sebenarnya mereka sama-sama daripada golongan yang zalim.
Bagaimana yang dikatakan menzalimi diri sendiri? Mungkin ada yang menjawab, dengan menagih dadah, menghisap rokok, memandu melebihi had laju, memakan secara keterlaluan, tidak bersenam dan lain-lain. Ya, itulah antara perbuatan yang boleh merosakkan diri sendiri dari aspek fizikal. Jika dilihat perspektif Islam, ia merungkumi soal yang lebih luas dan mendalam.
Sekiranya seseorang melanggar hukum Allah dengan tidak melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya, ini bererti dia sudah menzalim diri sendiri. Apabila hukum yang wajib tidak ditegakkan dan perkara haram dilaksanakan, maka orang yang melakukan sedemikian ialah orang yang zalim.
Misalnya, seseorang yang meninggalkan solat, tidak menutup aurat, mengamalkan riba, meminum arak, berzina dan perbuatan mungkar lain, ini bereti dia telah berlaku zalim terhadap dirinya sendiri. Ya, tanpa disedari kita telah termasuk dalam kalangan orang yang zalim.
Definisi Zalim
Katerogi Zalim
Menurut para ulama, zalim terbahagi kepada tiga:
- Zalim kepada Allah
- Melakukan kezaliman terhadap makhluk-Nya seperti manusia, alam dan haiwan.
- Menzalimi diri sendiri
Manusia cenderung untuk melakukan ketiga-tiga sekali dan ia saling berkaitan antara satu sama lain. Mereka yang zalim kepada Allah (dengan menyekutukan Allah), sangat berpotensi untuk menzalimi orang lain. Ya, sekiranya kepada Allah Yang Maha Berkuasa itu pun sanggup dizalimi, apatah lagi sesama manusia. Apabila manusia menzalimi Allah dan sesama manusia, ini bererti dia telah menzalimi dirinya sendiri!
Zalim kepada Allah ialah kategori zalim yang paling memudaratkan diikut zalim kepada makhluk dan diri sendiri. Oleh sebab itu, menghentikan kezaliman mestilah didahului dengan menghentikan kezaliman kepada Allah, kemudian barulah kita dapat menghentikan kezaliman kepada orang lain dan diri sendiri. Selagi kita tidak mampu menghentikan kezaliman kepada Allah, selagi itulah kita akan menzalimi orang lain dan diri sendiri.
Punca Zalim dan Penyelesaikan
Punca 1: Keturunan
Ikon: Iblis
Iblis enggan sujud (hormat) kepada Nabi Adam, lalu menderhakai Allah kerana asal keturunannya. Dia takbur kerana merasakan dirinya lebih baik daripada Nabi Adam kerana diciptakan daripada api.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Ia bertanya: 'Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan daripada tanah (yang diadun)?'" (
Surah al-Isra' 17:61)
Penawar: Taat kepada Allah
Semua manusia sama di sisi Allah dan tidak ada sesiapa yang harus berasa rendah diri atau bangga diri. Yang membezakan manusia ialah ketaatan kepada Allah yang boleh dicapai oleh sesiapa sahaja tanpa mengira keturunan atau warna kulit.
Faktor nasab (daripada keturunan orang soleh) memang satu kelebihan, tetapi kelebihan itu tidak berguna jika iman, akhlak dan keteguhan terhadap syariat tiada. Iman tidak dapat diwariskan hanya dengan darah, tetapi oleh proses memberi ilmu, taribah dan mujhadah secara istiqamah. Sekalipun seseorang itu berketurunan Nabi, tetapi jika dia tidak menjaga iman, ilmu dan abad, maka orang itu tidak ada nilaian di sisi Allah dan manusia.
Punca 2: Kekuasaan
Ikon: Firuan
Manusia cenderung melakukan kezaliman apabila berkuasa.
Allah berfirman, maksudnya: "Sesungguhnya Firuan telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta dia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Dia menindas satu puak dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya, dia daripada golongan yang membuat kerosakan. (
Surah al-Qasas 28:4)
Firuan menjadi penguasa yang zalim apabila tidak ada seorang pun yang berani menegur kesalahannya. Orang di sekelilingnya hanya pengampu seperti Haman. Walaupun dia boleh melakukan apa-apa sahaja, dia mengamalkan prisnip "divide and rule" dan terus menindas di Israel. Dia menjadi zalim kerana terlalu berkuasa akibat tidak boleh ditegur. Benarlah kata bijak pandai: "Kezaliman tidak akan berlaku tanpa ada konspirasi."
Penawar: Kuasa Hanya Milik-Nya
Kuasa bukan anugerah, tetapi amanah. Allah boleh memberi kuasa dam menariknya sekelip mata. Orang yang sombong dan zalim dengan kuasanya akan jatuh secara terhina. Lihatnya Firaun yang mati ditenggelamkan air, Namrud mati digigit seekor nyamuk, diktator dunia dibunuh atau mati secara tragis dan terhina seperti Hilter, Shah Iran dan Gaddafi.
Manusia berasal dari air mani yang hina dan akan berakhir sebagai bangkai yang paling busuk. Kekuasaan hanya sementara. Segala-segalanya akan ditinggalkan kecuali amal kebajikan. Iskandar Zulkarnain berpesan bahawa apabila mayatnya diusang ke pusara, tanganya hendaklah dikeluarkan dari keranda. Ia dilakukan supaya rakyatnya melihat Iskandar sebagai penguasa dan penakluk yang agung, pulang kepada Tuhan dengan tangan kosong, tanpa membawa apa-apa.
Punca 3: Kekayaan
Ikon: Qarun
Kekayaan menyebabkan Qarun lupa diri setelah melupakan Allah. Dia telah menzalimi dirinya sendiri dengan menahan dirinya daripada bersedekah dan membelanjakan hartanya ke Allah. Akhirnya, dia ditelan tanah sebagai seksaan di dunia sebelum diseksa dengan neraka di akhirat nanti.
Ayat 34-40 Surah al-Kahfi mengisahkan seorang pemilik kebun menjadi zalim sehingga menghina sahabatnya. Cara berfikirnya salah, sangat berbangga dan akhirnya meragui hari kiamat.
Penawar: Tiada Apa Milik Kita
Merasakan kita tidak mempunyai apa-apa pada asalnya akan menjadikan kita sempurna dengan rahmat Allah.
Allah telah menyatakan dalam surah yang sama bahawa "ubat" kepada sifat zalim kerana harta dengan mengakui bahawa segala yang berlaku adalah atas kehendak Allah dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Mana mungkin kita menjadi zalim dengan harta yang dipinjamkan oleh Allah? Hanya apabila manusia lupa dirinya sebagai hamba yang tidak punya apa-apa, maka dia akan menzalimi orang lain dan dirinya sendiri!.
Renungilah
Tatkala kita menyalahkan pihak lain kerana tidak berhukum dengan hukum Allah, kita juga masih tidak melaksanakan hukum Allah pada diri sendiri. Bolehkah kita mencegah kemungkaran sedangkan diri kita sedang melakukan kemungkaran? Walaupun ini bukan alasan untuk tidak mencegah kemungkaran, bukankah mencegah kemungkaran pada diri sendiri itu lebih utama?
"Sifat zalim hanya dapat ditangani dengan menyuburkan rasa tauhid yang kukuh, berpegang dengan syariat dalam apa-apa jua keadaan dan menjunjung prinsip abad serta akhlak Islam dalam muamalat sesama manusia."
Bentuk Penzaliman Terhadap Diri Sendiri
Orang yang melakukan dosa, melanggar hukum syarak, dan mendedahkan diri kepada kemurkaan dan azab Allah ialah orang yang zalim. Malangnya, ramai yang tidak sedar hakikat ini. Mereka hanya sibuk melihat kezaliman yang orang lain lakukan terhadap pihak lain tanpa melihat betapa diri mereka sendiri sedang menzalimi diri sendiri.
Melanggar Perintah Allah = Zalim
Dengan melakukan maksiat, kita telah menjerumuskan diri kepada jurang kezaliman. Kita sendiri sedang menempah kesusahan di dunia dan akhirat. Bukankah ia seolah-olah sengaja menempah tiket ke neraka? Bukankah ia perbuatan yang menzalimi diri sendiri?
Zalim merupakan sifat mazmumah yang keji dan hina. Nabi S.A.W. bersabda, maksudnya: "Wahai hambaku, sesungguhnya aku telah mengahramkan kezaliman diri-Ku dan Aku telah menetapkan haram (kezaliman itu) antara kalian. Maka, janganlah kalian saling menzalimi." (Riwayat Muslim)
Zalim adalah satu bentuk kemungkaraan dan dosa yang sangat dibenci. Jika tidak , masakan Rasulullah S.A.W. telah berkata kepada Mu'az yang diutuskan ke Yaman sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a.: "Takutlah kamu akan doa orang yang dizalimi kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) antara dia dengan Allah." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Zalim membawa keburukan bukan sahaja kepada orang yang melakukannya, tetapi orang yang merelakan. Memurut Islam, orang yang tidak berbuat zalim juga turut mendapat seksaan jika mereka reda dan membiarkan kezaliman itu berleluasa.
Perkara ini berdasarkan firman Allah, maksudnya: "Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak khusus menimpa orang yang zalim sahaja antara kamu. Ketahuilah bahawa seksaan Allah amat berat." (
Surah al-Anfal 8:25)
Justeru, wajib bagi orang yang melihat kezaliman dan mempunyai keupayaan untuk mencegahnya agar menghentikan kezaliman tersebut. Islam juga melarang kita mempunyai kecendurungan hati dan kebergantungan kepada orang zalim.
Muhasabah: Kezaliman Dalaman
Mungkin ada masanya kita rasa lemah tidak berdaya menghadapi kezaliman luaan, namun jangan sekali-kali lemah melawan kezalimaan kita sendiri ke atas diri kita. Amat malang seandainya kita mendakwa orang itu atau ini zalim kepada diri kita, namun hakikatnya kita sendiri mempunyai senarai panjang kezaliman kita terhadap diri kita sendiri.
Zalim itu sangat berkait dengan hak. Jadi secara mudah, zalim kepada diri sendiri bermaksud kita tidak menunaikan hak yang sepatutnya bagi diri kita. Hak fizikal itu salah satu daripadanya, semestinya ia berada pada hierarki terkebawah. Hati kita bagaimana? Sudahkah subur dengan iman?
SAyang kalau jiwa dan hati kita sendiri menjadi mangsa kezaliman kita. Sering bukan kita membuat pilihan yang tidak tepat untuk diri sendiri? Bukan kerana tidak tahu. Tetapi mungkin sebab mahu belum itu. Mampu belum padu.
Tahu solat itu nadi bagi jiwa, namun masih malas-malas. Tahu Rasulullah S.A.W. itu idola terbaik, namun masih belum betul-betul ikut Baginda. Tahu riba itu haram, namun masih terlibat dengan pinjaman berunsurkan riba. Tahu berpeluh itu baik untuk kesihatan, tetapi masih berkira untuk berjalan jauh.
Penawarnya bagi zalim kepada diri sendiri ialah cinta. Bukan semata-mata cinta akan diri sendiri, bahkan cinta yang utama semestinya Allah dan Rasulullah.
Perbuatan Menzalimi Diri
Walaupun seseorang melakukan kezaliman terhdapa orang lain, dia sebenarnya telah melakukan kezaliman terhadap dirinya sendiri. Kemungkinan orang yang dizalimi lemah, miskin, jahil, dan tidak berdaya untuk membalas, tetapi Allah pasti membalas kezaliman yang dilakukan. Sekalipun orang Islam menzalimi orang bukan Islam, Allah tetap membela orang yang dizalimi itu!
Antara perbuatan menzalimi diri sendiri ialah:
1) Syirik terhadap Allah
Sesiapa yang menyekutukan Allah, sudah pasti dia telah menzalimi Allah.
Firman Allah, maksudnya: "Dan (ingatlah) tatkala Luqman berkata kepada anaknya, sesama dia memberikan nasihat kepadanya: 'Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu satu kezaliman yang besar." (
Surah Luqman 31:13)
Orang yang memepersekutukan Allah dikatakan zalim kerana dia telah memberi kuasa yang menjadi hak mutlak Allah kepada makhluk lain. Perbuatan ini sedikit pun tidak memudaratkan Allah. Maha Suci Allah daripada sebarang kekurangan dan kelemahan. Allah tetap agung walaupun cuba diperkecil oleh hamba-Nya.
Syirik hanya memudaratkan orang yang melakukan dan penyebab utama seseorang kekal di dalam api neraka. Perbuatan syirik ini bukan sahaja menzalimi Allah, tetapi menzalimi diri sendiri.
Itulah akibat apabila dia telah meletakkan Allah buka pada kedudukan-Nya. Dia telah melanggar hak Allah.
Allah berfirman, maksudnya: "Kami akan memasukkan rasa takut ke dalam hati orang kafir disebabkan mereka mempersekutukan Allah dnegan sesuatu (yang mereka sembah) yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan tentangnya. (Dengan yang demikian), tempat kembali mereka ialah neraka. Itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang yang zalim." (
Surah Ali 'Imran 3:151)
2) Tidak mensyukuri nikmat Allah
Apabila seseorang kufur terhadap dia telah mendedahkan dirinya kepada azab. Allah benci kepada orang yang tidak bersyukur dan memberi peringatan untuk mengazabnya.
Firman Allah, maksudnya: "Sekiranya kamu bersyukur, nescaya aku akan menambah nikmat untukmu. Dan jika kamu kufur (atas nama-Ku), ingatlah azab daripada-Ku amat pedih." (
Surah Ibrahim 14:7)
Hakikatnya, ramai orang menzalimi diri sendiri akibat tidak bersyukur. Ini ditegaskan sendiri oleh Allah melalui firman-Nya bahawa amat sedikit sekali daripada hamba-Nya yang bersyukur. Lihatlah, betapa ramai manusia yang tidak bersyukur sama ada dengan kata-kata, hati dan lebih-lebih lagi dengan anggota badan serta seluruh pancaindera.
Nikmat Allah yang besar pun tidak disyukuri, apatah lagi nikmat kecil. Ramai manusia sentiasa berasa tidak cukup dan tidak puas dengan sesuatu yang dimiliki. Nikmat yang banyak pun masih menimbulkan rasa tamak dan kikir, apatah lagi nikmat yang sedikit. Mereka terseksa di dunia akibat rasa resah, tidak cukup, bimbang, tamak, curiga dan di akhirat dengan seksa neraka. Alangkah zalimnya kita terhadap diri sendiri akibat tidak bersyukur!
3) Tidak menafkahkan sebahagian harta ke jalan Allah
Allah S.W.T. berfirman, maksudnya: "Dan belanjalah (harta bendamu) di jalan Allah. Janganlah kamu menjatuhkan diri sendiri dalam kebinasaan. Berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik." (
Surah al-Baqarah 2:195)
Menahan harta akan menghaalng turun rahmat, keberkatan dan keampunana daripada Allah .Hidup seseorang itu akan sentiasa diselubungi rasa takut, bimbang, tamak, hasad, dan sifat mazmumah lain. Ini akan menjejaskan kualiti hidup seseorang kerana kualiti yang sebenar terletak pada kualiti jiwa, bukan kuantiti harta.
Di akhirat nanti, orang yang kikir akan diazab oleh Allah. Sifat bakhil akan menjerat diri mereka sendiri dengan kesusahan hidup di dunia dan azab yang pedih di akhirat kelak. Lihatlah keadaan orang yang bakhil di akhirat nanti sebagaimana yang terdapat dalam mafhum firman Allah: "Mereka (orang yang bakhil) akan dikalungkan (diseksa) dengan harta yang mereka simpan (tidak mengeluarkan zakat) pada hari kiamat." (Surah Ali 'Imran 3: 180)
4) Melakukan kejahatan kepada orang lain
Antara contoh menzalimi orang lain ialah perbuatan seseorang merampas hak, mendatangkan mudarat serta membahayakan harta, maruah, agama, keluarga dan tubuh badan orang lain. Zalim sesama manusia berlaku apabila kita melanggar hak orang lain, sama ada secara paksa atau halus, sama ada dalam bentuk fizikal, jiwa mahupun perasaan. Islam melarang kita menimbulkan kerugian kepada orang lain.
Mislanya, Allah melarang perbuatan memakan harta orang lain lebih-lebih lagi dengan cara yang tidak halal.
Firman-Nya yang bermaksud: "Dan janganlah kamu makan harta orang lain antara kamu dengan jalan yang salah. Jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)." (
Surah al-Baqarah 2:188)
Bukan itu sahaja, sekiranya kita menyembunyikan kebaikan dan mendedahkan kejahatan seseorang pun sudah dikatakan zalim. Mengapa menzalimi orang lain boleh dianggap menzalimi diri sendiri? Berdosa menzalimi orang lain dan apa-apa sahaja yang berdosa akan memudaratkan diri sendiri. Oleh sebab itu, bolehkah dikatakan melakukan kezaliman kepada orang lain sama seperti menzalimi diri sendiri.
5) Meninggalkan zikrullah
Tanpa mengingati Allah, hidup tidak akan tenang sebagaiman yang telah ditegaskan oleh Allah. Tanpa ketenangan hati, segala yang kita lakukan serba tidak menjadi. Orang yang tidak tenang tidak akan bahagia dengan kekayaan, apatah lagi jika hidup dalam kemiskinan. Bagi manusia yang melupakan Allah, hidupnya akan menjadi sempit.
Oleh sebab itu, seseorang yang tidak mengingati Allah boleh dianggap telah menzalimi dirinya sendiri dan hati mereka akan mati. Dengan melupakan Allah, mereka telah "membunuh" hati mereka sendiri.
Firman Allah, maksudnya: "Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjuk-Ku, sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta." (
Surah Taha 20:124)
Ya, itulah antara sikap atau perbuatan orang yang menzalimi diri sendiri. Jika diamati dengan tulus dan fikiran yang terbuka, kita dapat menyedari bahawa orang ynag paling banyak menzalimi diri kita ialah diri kita sendiri. Benarlah ungkapan bijak pandai bahawa musuh seseorang ialah dirinya sendiri. Jika kita dapat menawan atau mengalahkan "musuh" itu, maka kita dapat menawan dunia.
Justeru, bangkitlah dan hentikan perbuatan kita yang menzalimi diri sendir. Ingatlah Allah, lakukan suruhan-Nya dan tinggalkan larangan-Nya. Apabila kita berjaya memerangi kezaliman kepada diri sendiri barulah kita mampu menghentikan penzaliman yang dilakukan oleh orang lain. Ya, sekiranya kita tidak sayang kepada diri sendiri, mana mungkin kita mengharap orang lain menyayangi kita?
Wallahu a'lam
Jazak'Allah Khair for you reading this entry !