Rabu, 29 Januari 2014

Sebarkan Salam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !


Rasulullah S.A.W. bersabda: "Kamu semua tidak akan dapat masuk syurga sehingga kamu benar-benar beriman. Dan tidak sempurna imanmu sehinggalah kamu saling berkasih sayang. Mahukah aku ajarkan kepadamu amalan yang akan menimbulkan kasih sayang? Sebarkanlah salam dalam kalangan kamu." (Riwayat Muslim)

Salam 1 Muslim dan Muslimat di seluruh dunia.. Saya, Muhammad Fakhrurazzi Bin Mat Sedik akan menyampaikan sebuah dakwah hadis bertajuk "Sebarkan Salam" pada Hari Rabu masa kurang lebih 12.00 tengah hari.. Dalam pejabat, aku buat update blog ini dengan senyap tetapi tak banyak taip ceritakan ini.. Kerana saya sentiasa sibuk dengan kerja aku sekarang.. Kita sebarkan salam kepada kalangan saudara Islam yang ditemui.. Agar mendapat pahala yang dihargai.. Bila jumpa seseorang, memberi salam dulu.. Itulah memang lebih baik..

Demikianlah hebatnya amalan memberi salam sehingga ia menjadi faktor penting untuk mendapat ganjaran syurga. Bahkan Rasulullah S.A.W. juga mengajar umat Baginda agar mengucapkan salam ke atas diri masing-masing dan semua hamba Allah yang soleh dalam setiap bacaan tahiyat dalam solat dengan lafaz assalamualaina wa 'ala ibadillahi solihin.

Salam = Doa

Menurut Syeikh Ibn Uthaimin dalam Syarh Riyah al-Solihin: "Apabila seseorang mengucapkan salam, bermakna dia berdoa agar Allah menyelamatkan saudaranya itu dari sebarang penyakit, selamat daripada kejahatan-kejahatan manusia, selamat daripada terjerumus ke dalam maksiat, selamat daripada segala keburukan."

Lafaz "al-salam" ialah salah satu daripada nama-nama Allah yang mulia. Hal ini bereti hanya Allah yang berkuasa melimpahkan keselamatan dan kesejahteraan kepada setiap hamba-Nya.

Maka ketika mengungkapkan lafaz tersebut, hati setiap Muslim mestilah selaras dengan ucapannya, iaitu mendoakan kebaikan saudaranya serta merasakan hanya Allah yang berkuasa menganugerahkan kesejahteraan tersebut.


Alangkah indahnya apabila ucapan ini selalu ditujukan kepada isteri, suami, anak-anak, rakan sepejabat, sahabat handai, jiran tetangga, sesama jemaah masjid dan setiap saudara Islam yang ditemui.

Adab Memberi Salam

Rasulullah S.A.W. bersabda: "Hendaklah orang di atas kenderaan memberi salam kepada yang berjalan, yang berjalan memberi salam kepada yang duduk, yang sedikit memberi salam kepada yang lebih dewasa." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah S.A.W. juga sentiasa mendahului para sahabat dalam memberi salam termasuklah kepada kanak-kanak yang sedang bermain di tepi jalan. Baginda menegaskan bahawa orang yang lebih utama di sisi Allah ialah yang memulakan salam. Bahkan sekiranya beberapa orang sedang berjalan dalam satu kumpulan, lalu berpisah seketika disebabkan halangan pokok atau batu yang besar di tengah jalan, maka digalakkan memberi salam apabila bertemu kembali selepas halangan tersebut.

Baginda bukan sahaja memberitahu kelebihan salam, tetapi menjadi insan yang paling istiqamah mengamalkan apa-apa yang disampaikan. Demikian juga dalam aspek lafaz salam, ia mestilah diucapkan dengan betul dan lengkap kerana ia membezakan ganjaran pahala yang dijanjikan Allah.

Ucapan "assalamualaikum" mendapat sepuluh pahala. Ucapan "assalamualaikum warahmatullahi" mendapat dua puluh pahala. Ucapan "assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh" mendapat tiga puluh pahala.

Kirim Salam

Amalan ini diharuskan berdasarkan hadis yang diceritakan oleh Sayidatina Asiyah bahawa Rasulullah bersabda kepadanya: "Wahai Aisyah, Jibrail menyampaikan salam kepadamu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Walau bagaimanapun, amalan "kirim salam" kepada Rasulullah sekiranya ada sahabat atau ahli keluarga yang ingin berkunjung ke Kota Madinah, adalah kurang tepat.

Ucapan salam dan selawat kepada Baginda boleh di ucapkan di mana sahaja kita berada dan ia pasti akan disampaikan kepada Baginda oleh malaikat yang ditugaskan khusus oleh Allah. Jadi, hendaklah kita memperbanyakkan ucapan selawat dan salam kepada Baginda sebagai bukti kecintaan kita kepada Baginda.

Menjawab Salam Orang Bukan Islam

Apa yang harus dilakukan sekiranya seseorang bukan Islam mengucapkan salam kepada kita?

Jawapan yang diajar oleh Nabi ialah mengucapkan "wa'alaikum" yang bermaksud "dan ke atas kamu juga apa yang kamu doakan kepadaku." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sekiranya orang bukan Islam itu menyebut "al-samu 'alaikum" yang bermaksud "celakalah ke atas kamu" maka akan kembali kepada dirinya kecelakaan itu. Sekiranya dia menyebut dengan lafaz salam, bermakna kita mendoakan agar kesejahteraan juga kembali kepadanya dengan harapan ia mendapat hidayah kepada orang Islam pada suatu hari.

Sebarkan Sayang dengan Salam

Marilah kita menghidupkan sunnah ini. Sebarkan kasih sayang melalui salam. Mulakan dengan menghadiahkannya kepada insan-insan yang kita sayangi. Bayangkan apabila kita saling memberi dan menjawab salam, ini bermakna kita sedang saling mendoakan kesejahteraan antara satu sama lain.

Usah ditunggu orang di sekeliling untuk memulakannya, bahkan kitalah yang mendahului memberi salam kerana itulah yang diamalkan oleh Rasulullah. JIka benar cinta kepada Baginda, kita pasti akan bersungguh-sungguh untuk membuat apa yang disukainya. Pepatah Arab menyebut: "Sesungguhnya seseorang yang mencintai pasti mentaati orang yang dicintainya."
      Wallahu a'lam

Jazakallahu Khairan for your reading this entry !

Ahad, 12 Januari 2014

Miliki Hati Seterang Bintang

Assalamualaikum Warahamtullahi Wabarakatuh !


Salam 1 Muslim dan Muslimat di Malaysia.. Aku akan ceritakan tentang tafsir dalam Bahasa Jawi yang aku kurangkan faham faktanya.. Kali ini saya bincang dengan ibu bapa saya.. Dalam al-Quran Surah al-Nur ayat 35:

24:35

Maksud ayat

"Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah seperti sebuah lubang yang tidak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca.

"Kaca itu seakan-akan bintang seperti mutiara, yang dinyatakan dengan minyak daripada pohon yang banyka keberkatanna; pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hamipr-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api.

"Cahaya atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbang kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memberi perumapamaan-perumapamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (Surah al-Nur 24:35)

Detail Google Image: Langit

Pada dasarnya seluruh alam semesta berada dalam kegelapan. Kemudian Allah memberikan cahaya-Nya pada tempat tertentu. Perhatikan langit dan angkasa. Semuanya gelap, kemudian Allah menjadikan bintang, matahari dan bulan sebagai sumber cahaya yang menerangi sekelilingnya.

"Allah memberi cahaya pada segala sesuatu yang ada langit dan bumi."

Ali bin Abi Talhah meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa ayat ini bermaksud Allah memberikan petunjuk kepada penduduk langit dan bumi.

Demikan juga terdapat sebuah riwayat daripada Ibn Jarir dalam Tafsir beliau bahawa Anas bin Malik berkata, "Allah berfirman, maksud Nur-Ku ialah petunjuk-Ku."

Ibn Juraij mengemukakan pandanagan bahawa maksudnya ialah Allah mengatur urusan di langit dan bumi iaitu urusan bintang-bintang, matahari dan bulan.

Nur Allah

Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk-Nya dalam kegelapan, lalu Dia melemparkan kepada mereka suatu cahaya daripada cahaya-Nya. Maka sesiapa yang terkena cahaya itu, dia mendapat petunjuk, dan siapa yang terlepas daripadanya maka dia sesat." (Riwayat al-Bazzar)

Menurut al-Nasafi dalam Tafsirnya dan al-Suyuti dalam al-Dur al-Manthur, daripada Ibn Abbas, Ibn Mas'ud dan Ubay bahawa Allah memberikan cahaya-Nya kepada orang beriman yang menjadikannya berada dalam nuangan cahaya Allah. Ayat ini merujuk kepada Mukmin yamh berpegang teguh kepada iman dan al-Quran dalam hatinya.

Terang VS Gelap



Terang dan gelap jauh berbezanya. Tidak sama keadaan orang yang berada di tempat terang dengan orang yang berada di tempat gelap. Allah memberi ingatan:

35:19
35:20
35:21

"Dan tidalkah sama orang yang buta dengan orang yang melihat dan tidak pula sama gelap gelita dengan cahaya dan tidak pula sama yang teduh dengan yang panas." (Surah Fatir 35:19-21)

Hati Nan Bercahaya

Ubay berkata apabila Mukmin menjadikan iman dan al-Quran dalam hatinya maka itulah bandingan dadanya seperti misykah (lubang yang tidak dapat ditembusi).

Pelita besar itu ialah al-Quran yang berada dalam dadanya. Kaca pula ialah hatinya yang bertindaj menjaga al-Quran itu.

Manakala seakan-akan bintang yang berkelipan seperti mutiara adalah bandingan hati yang disinari oleh al-Quran dan keimanan.

Seterusnya maksud ia dinyalakan oleh minyak daripada pohon yang banyak keberkatannya ialah keikhlasan yang bertapak dalam diri Mukmin.

Pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah baratnya. Keadaan ini pula merujuk pada kondisi Mukmin yang sentiasa mendapat penjagaan daripada Allah. Dia akan selamat daripada fitnah.

Walaupun ditimpakan ujian dia akan diberikan kekuatan oleh Allah. Kehidupannya tidak terkeluar daripada empat perkara:
  • apabila becakap dia akan berlaku benar;
  • ketika membuat keputusan dia bersikap adil;
  • sekiranya mendapat suatu anugerah dia akan bersyukur; dan
  • jika menghadapi ujian dia akan bersabar.

Keadaannya sama seperti seorang manusia yang hidup berjalan di antara kuburan manusia yang telah mati.

Cahaya Atas Cahaya

Cahaya atas cahaya (berlapis-lapis), pula ditafsirkan dengan lima cahaya yang diperoleh oleh Mukmin; kata-katanya cahaya, amalannya cahaya, tempat masuk dan keluar merupakan cahaya lalu disempurnakan baginya cahaya yang terakhir iaitulah syurga yang akan menjadi tempat kembalinya di akhirat.

Sebaliknya orang yang ingkar pula kata-katanya kegelapan, kerjanya adalah kegelapan, tempat keluar dan masuknya kegelapan dan kesudahannya di akhirat juga kegelapan iaitu neraka. Nauzubillah!

Si Kafir tidak ubah seperti mayat yang hidup dalam kalangan manusia, dia tidak mengerti tanggungjawab kepada orang lain. Demikianlah mafhum tafsiran Ubay bin Kaab seperti yang dikemukakan dalam Tasfir al-Dur al-Manthur.

Apabila nur Allah menerangi hati seseorang, ia menyebabkan wajah dan hatinya diliputi cahaya. Hasilnya apabila cahaya meliputi seseorang yang beriman maka kata-katanya bertindak bagai ubat yang menenangkan para pendengar.

Betapa tidak! Seseorang Mukmin yang menikmati petunjuk dalam hatinya hinga menjadikan ihklas dalam segala tindak tanduk. Suatu perkara yang akan menpengaruhi akhlaknya menjadikan orang lain senang.

Sebaliknya orang yang tidak beriman pada Allah berada dalam kgelapan. Kata-katanya menyakitkan hati, perilaku dan akhlaknya menimbulkan keresahan bagi orang di sekitarnya.

Hidupnya penuh pembohongan dan penipuan, ke sana ke mari dia memandu manusia berpandukan syahwat dengan menawarkan kesenangan yang bertanduk fatamorgana. Orang yang mengikutinya sering terjebak dalam keseronokan yang menipu, yang terakhir dengan kesengsaraan dan derita.

Akhirnya sekali Allah menutup firman-Nya dalam perumpanaan ini:

"Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memberikan perumpanaan-perumpanaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."

      Wallahu a'lam.

Jazakallahu Khairan for your reading this entry !

Sabtu, 4 Januari 2014

Demam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !


Sorry I didn't update this blog one months ago.. Hmm, usually I'm always busy with my life.. Huhu but I remember to do update it.. I like to busy people with deaf association to do activates programmer for soon as well as planned is smoothly.. But I have time more to update this blog at night only!

Okay I let a story what happen to me is very severe... Why? Do I have crime? No.. I am sicking fever at September month, I don't know why happen it to me? Let it because this is test by Allah.. I can patient more.. My beloved sister took care of me with sincere.. I am thrilled that what my sister did it for me.. I am fever in after Zohor perform..

Mengapakah semua berlaku ini? Kerana setiap manusia ada diterima ujian dari Allah seperti rezeki tetapi dalam rezeki ada banyak-banyak.. Saya terbaring atas katil aku dalam bilik dan aku tak buat apa-apa kerana saya tak sihat.. Aku bertanya adik saya kena beli ubat Panadol..

     Aku: Dik, tolong belikan ubat Panadol di kedai bawah ya..

     Adik: Oklah tetapi abang apa buat dengan ubat itu?

     Aku: Abang kena demam... (Tiba-tiba datang selesama)

     Adik: Ya Allah, betul tak? Abang kena demam? Nanti dik pergi beli ya dan meminta abang tak buat apa-apa duduk saje. Tetapi dik tahu ubat panadol tak baik untuk abang.. Bahaya ubat itu kerana ada dadah sikit dalam ubat itu.

     Aku: Pergi beli dulu dan jangan risau ubat itu 2 tablet sekali saje.. Kalau demam teruk, abang kena pergi ke klinik.

     Adik: Ok janji tau la..

     Aku: Ya, abang tau la.. Jangan risau la..

Pastu, adik terus pergi ke kedai untuk beli ubat itu. Kembali dari kedai, adik pergi amik tuala kecil yang air basah dan adik saya letakkan tuala itu atas dahi aku.. Aku terkejut yang adik lakukan itu dan aku ingat adik disembah air. Haha XD.. Serius la adik saya terpaksa aku balutkan selimut.. Aku fahamkan yang adik saya lakukan ni.  Lama aku terbaring atas katil sehingga aku keluarkan banyak berpeluh dan selimut dah basah.. Bila waktu makan malam, adik saya masakkan bubur tanpa daging ayam hanya kosong la.. Aku betul terseksa dengan makanan itu tetapi sabar dan bersyukur yang sudah ada dapat makanan.. Alhamdulillah =)

Adik saya diberi amaran kepada aku.. Bila makan ubat ini, jangan lupa membaca bismillah sebelum makan ubat itu dan air kosong banyak.. Seriusnya adik saya.. Saya buat lakukan ini tak tinggalkan solat walaupun aku tak sihat tetapi aku tabah dan meminta Allah agar kesembuhan dari penyakit ini..

    Aku: Abang, camne hilangkan sakit demam?

    Abang: Oh rupanya.. Dik kena demam tak?

    Aku: Ya, perlukah saya kena minum air kosong banyak dengan membaca bismillah?

    Abang: Ya, lebih baik cara ini untuk dik.. Insya-Allah, dik akan sihat.. Dengan ubat itu kena dik makan.

    Aku: Insya-Allah tetapi apakah nama demam? Bukankah ubat Panadol?

    Abang: Ya Allah, gila dik la.. Bahaya ubat itu.. Hmm.. Ok nama dia ialah paracetamol.

    Aku: Baiklah... Assalamualaikum dan selamat malam Abang!

   Abang: Waalaikumusalam dan selamat malam, dik tetapi jangan lupa doakan Allah.. Ingat la..

Aku cakap dengan abang sulung melalui telefon (SMS).. Kerana abang sulung berada di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan dia masih belajar sebagai medical student.. Lama tak akan tamat belajar pada tahun depan.. Pastu makan ubat itu, aku terus terbaring dan rehat pula keluarkan banyak berpeluh lagi.. Bila hampir sihat waktu lewat malam, aku inginkan tonton TV Running Man dengan adik saya.. Lucunya Running Man sehingga aku tak bertahan ketawa.. Memang kelakar dia la..

Bila tamat TV Running Man, aku terus kembali tidur dalam di bilik.. Tutupkan kipas agar aku akan keluarkan berpeluh banyak sehingga waktu azan Subuh.. Pada hari esok, aku terkejut selimutku sudah basah semuanya tetapi aku berasa tak panas sangat semasa tidur walaupun kipas ditutup. Alhamdulillah aku sudah sihat kembali seperti biasa.. Itulah doa mukjizat Allah S.W.T.

Direkodkan oleh Rafi bin Khadij, beliau mendengar Rasulullah S.A.W.berkata, "Demam adalah daripada panas api neraka, maka redakan demam dengan air." - (Shahih Bukhari - Bilangan 7, buku 71, nombor hadis 622)

Direkodkan oleh Nafi' daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah S.A.W. berkata, "Demam adalah daripada api neraka, maka redakan ia dengan air." Nafi' menambah, 'Abdullah berkata, "Ya Allah, bebaskan kami daripada hukuman," (ketika dia menderita demam). - (Shahih Bukhari - Bilangan 7, buku 71, nombor hadis 619)

Kedua-dua hadis itu tidak bertentangan dengan akal manusia. Sekiranya ada api, tentu saja kita menggunakan air bagi memadamkan api. Nabi Muhammad S.A.W. menjelaskan, demam berasal daripada api neraka, bagi memadamkannya, perlu menggunakan air. Dengan kata lain, kita harus minum banyak air dan sekiranya perlu, gunakan tuala bagi mengurangkan demam. Perkara itu selari dengan pemikiran logik kita. Mengambil puluhan pil daripada bahan kimia dapat mengurangkan demam, tetapi apakah kesan pil-pil itu pada organ dalaman kita ketika proses mengurangkan demam berlaku? Menyiram sebotol ubat ke dalam api yang marak tidak logik. Tetapi, menyiram air ke dalam api yang marak adalah logik.

Demam adalah adalah cara tubuh kita bereaski bagi menyembuhkan diri. Ketika kita demam, pembuluh-pembuluh darah yang tersumbat menjadi terbuka dan menghancurkan racun-racun dapat dikeluarkan daripada tubuh dengan mudah, Keadaan itu memungkinkan ubat-ubatan ataupun makanan segar yang ada dalam darah sampai ke bahagian badan yang sakit ataupun terkena jangkitan. Perkara itu sama seperti besi ataupun logam yang dipanaskan menjadi cair. Zat-zat lain dalam besi dapat naik ke permukaan.

Rasulullah S.A.W. mengajar kita manfaat pemyembuhan luar biasa daripada madu. Sains juga membuktikan bagaimana madu bermanfaat untuk kita. Selain itu, al-Quran membuktikan, Allah S.W.T. menciptakan lebah dan memberikan lebah pengetahuan yang diperlukan bagi menghasilkan madu.

Allah S.W.T. mengajarkan Nabi Muhammad S.A.W. pengetahuan ini, kemudian Baginda mengajarkan kita semua. Sayangnya, sebahagian besar daripada kita melupakan pengetahuan itu dalam meningkatkan kualiti kesihatan dan kehidupan kita.

'Aisyah melaporkan, "Nabi S.A.W. menyukai makanan-makanan manis dan madu." - (Shahih Bukhari - Bilangan 7, buku 71, nombor hadis 586)

Itulah ceritakan yang aku berkongsi kepada semua.. Bersabar banyak ya kalau berlaku sakit apa-apa dan meminta Allah agar memberi sihat kembali..
      Wallahu a'lam

Jazakallahu Khairan for your reading this entry !