Ahad, 12 Januari 2014

Miliki Hati Seterang Bintang

Assalamualaikum Warahamtullahi Wabarakatuh !


Salam 1 Muslim dan Muslimat di Malaysia.. Aku akan ceritakan tentang tafsir dalam Bahasa Jawi yang aku kurangkan faham faktanya.. Kali ini saya bincang dengan ibu bapa saya.. Dalam al-Quran Surah al-Nur ayat 35:

24:35

Maksud ayat

"Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah seperti sebuah lubang yang tidak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca.

"Kaca itu seakan-akan bintang seperti mutiara, yang dinyatakan dengan minyak daripada pohon yang banyka keberkatanna; pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hamipr-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api.

"Cahaya atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbang kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memberi perumapamaan-perumapamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (Surah al-Nur 24:35)

Detail Google Image: Langit

Pada dasarnya seluruh alam semesta berada dalam kegelapan. Kemudian Allah memberikan cahaya-Nya pada tempat tertentu. Perhatikan langit dan angkasa. Semuanya gelap, kemudian Allah menjadikan bintang, matahari dan bulan sebagai sumber cahaya yang menerangi sekelilingnya.

"Allah memberi cahaya pada segala sesuatu yang ada langit dan bumi."

Ali bin Abi Talhah meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa ayat ini bermaksud Allah memberikan petunjuk kepada penduduk langit dan bumi.

Demikan juga terdapat sebuah riwayat daripada Ibn Jarir dalam Tafsir beliau bahawa Anas bin Malik berkata, "Allah berfirman, maksud Nur-Ku ialah petunjuk-Ku."

Ibn Juraij mengemukakan pandanagan bahawa maksudnya ialah Allah mengatur urusan di langit dan bumi iaitu urusan bintang-bintang, matahari dan bulan.

Nur Allah

Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk-Nya dalam kegelapan, lalu Dia melemparkan kepada mereka suatu cahaya daripada cahaya-Nya. Maka sesiapa yang terkena cahaya itu, dia mendapat petunjuk, dan siapa yang terlepas daripadanya maka dia sesat." (Riwayat al-Bazzar)

Menurut al-Nasafi dalam Tafsirnya dan al-Suyuti dalam al-Dur al-Manthur, daripada Ibn Abbas, Ibn Mas'ud dan Ubay bahawa Allah memberikan cahaya-Nya kepada orang beriman yang menjadikannya berada dalam nuangan cahaya Allah. Ayat ini merujuk kepada Mukmin yamh berpegang teguh kepada iman dan al-Quran dalam hatinya.

Terang VS Gelap



Terang dan gelap jauh berbezanya. Tidak sama keadaan orang yang berada di tempat terang dengan orang yang berada di tempat gelap. Allah memberi ingatan:

35:19
35:20
35:21

"Dan tidalkah sama orang yang buta dengan orang yang melihat dan tidak pula sama gelap gelita dengan cahaya dan tidak pula sama yang teduh dengan yang panas." (Surah Fatir 35:19-21)

Hati Nan Bercahaya

Ubay berkata apabila Mukmin menjadikan iman dan al-Quran dalam hatinya maka itulah bandingan dadanya seperti misykah (lubang yang tidak dapat ditembusi).

Pelita besar itu ialah al-Quran yang berada dalam dadanya. Kaca pula ialah hatinya yang bertindaj menjaga al-Quran itu.

Manakala seakan-akan bintang yang berkelipan seperti mutiara adalah bandingan hati yang disinari oleh al-Quran dan keimanan.

Seterusnya maksud ia dinyalakan oleh minyak daripada pohon yang banyak keberkatannya ialah keikhlasan yang bertapak dalam diri Mukmin.

Pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah baratnya. Keadaan ini pula merujuk pada kondisi Mukmin yang sentiasa mendapat penjagaan daripada Allah. Dia akan selamat daripada fitnah.

Walaupun ditimpakan ujian dia akan diberikan kekuatan oleh Allah. Kehidupannya tidak terkeluar daripada empat perkara:
  • apabila becakap dia akan berlaku benar;
  • ketika membuat keputusan dia bersikap adil;
  • sekiranya mendapat suatu anugerah dia akan bersyukur; dan
  • jika menghadapi ujian dia akan bersabar.

Keadaannya sama seperti seorang manusia yang hidup berjalan di antara kuburan manusia yang telah mati.

Cahaya Atas Cahaya

Cahaya atas cahaya (berlapis-lapis), pula ditafsirkan dengan lima cahaya yang diperoleh oleh Mukmin; kata-katanya cahaya, amalannya cahaya, tempat masuk dan keluar merupakan cahaya lalu disempurnakan baginya cahaya yang terakhir iaitulah syurga yang akan menjadi tempat kembalinya di akhirat.

Sebaliknya orang yang ingkar pula kata-katanya kegelapan, kerjanya adalah kegelapan, tempat keluar dan masuknya kegelapan dan kesudahannya di akhirat juga kegelapan iaitu neraka. Nauzubillah!

Si Kafir tidak ubah seperti mayat yang hidup dalam kalangan manusia, dia tidak mengerti tanggungjawab kepada orang lain. Demikianlah mafhum tafsiran Ubay bin Kaab seperti yang dikemukakan dalam Tasfir al-Dur al-Manthur.

Apabila nur Allah menerangi hati seseorang, ia menyebabkan wajah dan hatinya diliputi cahaya. Hasilnya apabila cahaya meliputi seseorang yang beriman maka kata-katanya bertindak bagai ubat yang menenangkan para pendengar.

Betapa tidak! Seseorang Mukmin yang menikmati petunjuk dalam hatinya hinga menjadikan ihklas dalam segala tindak tanduk. Suatu perkara yang akan menpengaruhi akhlaknya menjadikan orang lain senang.

Sebaliknya orang yang tidak beriman pada Allah berada dalam kgelapan. Kata-katanya menyakitkan hati, perilaku dan akhlaknya menimbulkan keresahan bagi orang di sekitarnya.

Hidupnya penuh pembohongan dan penipuan, ke sana ke mari dia memandu manusia berpandukan syahwat dengan menawarkan kesenangan yang bertanduk fatamorgana. Orang yang mengikutinya sering terjebak dalam keseronokan yang menipu, yang terakhir dengan kesengsaraan dan derita.

Akhirnya sekali Allah menutup firman-Nya dalam perumpanaan ini:

"Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memberikan perumpanaan-perumpanaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."

      Wallahu a'lam.

Jazakallahu Khairan for your reading this entry !

Tiada ulasan :

Catat Ulasan