Jumaat, 31 Ogos 2012

Resipi: How to make Kimchi

Assalamualaikum Warhmatullah Wabarakatah !


Salam and hi !

In this entry I would like to tell you a How to or tutorial on how to make KIMCHI, a Korean popular side dish. This is also in line with FE students' project SHOW & TELL. Now, I would like to tell you the ingredients needed make a delicious kimchi. I also explain how to prepare it step-by-step with pictures.


These have been preparing kimchi!! It's not very sour taste or spicy, so it is very tasty enough and nutritious!

: Ingredients :
2 whole Cabbage
1 cup of salt
8 cup of water
7 tablespoon of fish sauce
1 1/4 cup of crushed red pepper
8 pieces of green onion or onion leaves
1/2 of radish
1/2 of carrot
1 whole ginger
3 inches of ginger
1/2 of onion
1/2 of apple
1/2 of China Pear
4 tablespoon of sugar
Korean chili flakes or powder
Corn flour

: Preparation :
1. Slice Napa or Chinese cabbage into bite size pieces and put into a large bowl.
2. Mix water and salt together and pour over cabbage.
3. Let the cabbage soaked for 3 - 5 hours.
4. Mix the corn flour in plain water and heat it on slow fire.
5. pour the chili flake or powder onto the corn flour mixture. Mix them together.


6. Blend together the garlic, onion, apple, pear, and ginger together. Purse them.
7. Julienne the radish and carrot and thinly slice the green onions or onion leaves. Put them in a bowl.
8. After 3 - 5 hours, rinse the cabbage in cold water for about 3 times.
9. Combine all the ingredients together in a large bowl. (Please use rubber gloves)


9. Store the kimchi in room temperature for a night or two and keep it in the refrigerator covered.


Now, what is your Show & Tell project?

I depart with a winning smile. Satisfied. Never thought I prepare kimchi because it made difficult. Regardless safe Independence day to all readers of this blog. Hopefully our country will continue to enjoy peace and prosperity, far from the chaos that is not necessary and most importantly, safe place to live. Happy trying =') Happy Independence Day! Take care!

Thank you for reading this entry !

Isnin, 27 Ogos 2012

Agar Jiwa Si Miskin dan Si Kaya Tidak Kebuluran !

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatah !

BismillahirRahmanirRahim

Ketika saudara Islam kita di Sudan berasa cemas, sama ada dia akan makan atau tidak hari ini, ramai antara kita tertanya-tanya, hari ini hendak makan di mana? Di restoran itu atau hotel ini? Ya, besar sungguhnya bezannya antara "hendak makan apa" dengan "hendak makan di mana".

Ketika berlambak-lambak makanan lebihan berbuka puasa dibakulsampahkan di rumah orang Islam di Malaysia, kanak-kanak Muslim pelarian Rohingya, Palestin dan Afganistan sedang merayap-rayap, mencari sisa-sisa roti di tepi-tepi khemah pelarian mereka. "Bazar Ramadhan" di sini berubah menjadi "bazir Ramadhan".

Ketika ada saudara Islam kita bertanya, apakha sah puasa seseorang yang tidak mempunyai makanan untuk dimakan sewaktu mengejutkannya untuk bangun sahur! Apatah lagi sepanjang sebulan pesta Syawal.

Mengapa semua perbezaan ini terjadi? Apakah Tuhan tidak adil dalam mengagihkan rezeki? Subhanallah, Maha Suci Allah daripada segala kekurangan dan kelemahan. Allah sekali-kali tidak akan menzalimi hamba-hamba-Nya, tidak kira Kafir atau Muslim. Yang menzalimi diri dan orang lain ialah manusia itu sendiri.

Allah tegaskan bahawa hidup ini adalah untuk menguji manusia. Allah jadikan si miskin, sebagai ujian kepada si kaya. Dan si kaya pun menjadi ujian bagi si miskin.

Adakah dengan kekayaannya, si kaya boleh membantu si miskin? Lupakan dia bahwa harta itu amanah Allah, bukan anugerah untuk dirinya sendiri? Sesungguhnya, dalam harta si kaya ada hak yang wajib diberikan kepada si miskin.

Allah memberi kekayaan kepada si kaya untuk dia memberi kepada si miskin. Tukarkanlah kekayaan harta itu dengan kekayaan jiwa.

Allah juga menguji si miskin dengan kehadiran si kaya. Jangan ada rasa hasad, buruk sangka dan dendam kepada si kaya kerana kelebihannya. Pada diri orang kaya, sesungguhnya ada pahala sabar dan reda yang mesti diraih oleh si miskin hasil pantulan fikir dan zikirnya, muhasabah dan mraqabahnya terhadap segala takdir Tuhannya. Dari situlah, dia harus memperbaiki tadbir hidupnya. Lihatlah yang tersirat kerana di sebalik yang pahit itu pasti ada ubat!

Carilah kekayaan jiwa di sebalik dua takdir - kenyang dan lapar. Takdir mengajar kita bukan hanya untuk pasrah dan menyerah, tetapi juga untuk lebih bijaksana, qanaah dan mujahadah (berjuang).

Agar dengan itu, si kaya tidak rasa memiliki; tamak, zalim, dan bakhil. Agar dengan itu juga si miskin tidak rasa dimiliki; hina diri, meminta-minta dan rela diperhamba. Kekayaan jiwa itulah keberkatan dalam hidup. Itulah kualiti yang boleh dicapai oleh si kaya dengan kekayaannya, si miskin dengan kemiskinannya. Jika tidak si miskin dan si kaya akan terus kebuluran; kebuluran jiwa!

Burulah keberkatan sekalipun dalam makanan. Buatlah dahulu apa yang mampu kita buat, Insya-Allah, Allah akan membantu kita melakuan apa yang kita tidak mampu buat. Inilah pesan blog ini di sebalik isu Lazat Berzat Berkat. Insya-Allah, saya buatkan isu Lazat Berzat Berkat pada masa datang.. Wassalam..

Mohon maaf atas segala titik kekhilafan dari pihak saya yang terlalu kerdil andai ada sekelumit bentuk penulisan yang terdapat dalam blog usang ini, menyinggung sebuah perasaan, menyakiti sebentuk hati, menulis sampai meninggalkan kesan, kerana saya bukan orang seni. Saya masih 'mencari' & terlalu banyak lagi silap di dalam diri. Bantu saya & mereka yang lain dalam mencari sebuah 'erti'.

Ya, kita semua sememangnya tidak pernah bersua muka. Tetapi, salah silap & khilaf tak pernah kenal tempat. Sama-sama berdoa moga suatu hari di akhirat kelak kita semua bakal  bertemu dengan izin Allah. Insya-Allah. Taqabbal Allahu minna wa minkum wa kullu 'aamin wa antum bikhayr.. 
Salam Aidilfitri ! ;D

Thank you for reading this entry !

Sabtu, 11 Ogos 2012

7 VIP yang Mendapat Naungan Allah S.W.T

Assalamualaikum Warahmatullah Wabaratakah !

Rasulullah S.A.W. menjelaskan satu keadaan yang amat mengerunkan pada hari kiamat dalam sepotong hadis yang bermaksud: "Pada hari kiamat didekatkan matahari kepada makhluk sehingga jaraknya satu batu (sama ada ukuran sekarang ataupun akhirat). Pada ketika itu manusia berada di dalam peluh masing-masing menurut kadar amalan jahat yang dilakukan. Ada yang (peluhnya) sekadar sampai di buku lali, lutut, pinggang dan mulut (sambil Baginda menunjukkan isyarat ke mulutnya)." - Riwayat Muslim dan al-Tirmizi

Pada saat tersebut manusia mencari-cari tempat berteduh untuk berlindung daripada kepanasan. Sebanyak manapun harta kekayaan yang dimiliki ketika di dunia dahulu sudah tidak dapat membantu lagi, kecuali harta yang dibelanjakan dengan cara yang diredhai oleh Allah S.W.T.

Namun, terdapat beberapa golongan VIP tertentu yang dijanjikan oelh Rasulullah S.A.W. untuk mendapat tempat "grandstand berbumbung" pada saat genting itu. Abu Hurariah meriwayatkan Baginda bersabda yang bermaksud: "Tujuh golongan yang Allah S.W.T. akan menaungi mereka pada hari yang mana tiada naungan melainkan naungan yang diberikan oleh Allah S.W.T."

Tujuh golongan tersebut ialah:

VIP 1: Pemimpin yang Adil

Golongan ini diletakkan dalam senarai yang pertama kerana dia bakal melahirkan ramai lagi calon untuk mengisi enam golongan seterusnya. Dalam Kitab Dalil al-Falihin menerangkan makna adil sebagai mematuhi segala perintah Allah S.W.T. dengan meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.

Pemimpin yang adil akan meletakkan Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. sebagai rujukan utama dalam setiap keputusan dan tindakan yang diambil. Golongan ini diketuai oleh Rasulullah S.A.W. yang menjadi Perdanan Menteri di negara Madinah selama 10 tahun, diikut oleh Khulafa' al-Rashidin dan setiap pemimpin yang berusaha mencontohi mereka dalam kepimpinannya.

VIP 2: Remaja yang Hidup dalam Ketaatan

Usia remaja amat mencabar kerana pelbagai pengaruh menghantui mereka sama ada melalui rakan sebaya, media cetak, elektronik dan lain-lain. Jiwa remaja sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru terutama yang menyeronokkan seperti mempunyai pasangan kekasih, meroko, berlumba haram, berkaraoke dan pelbagai aktiviti yang ada kalanya mengakibatkan kesan yang sangat negatif terhadap masa depan mereka.

Namun, di celah-celah keributan gejala sosial ini masih ada remaja yang menjaga agama mereka. Mereka berkawan, berseronok dan beraktiviti seperti biasa, namun batasan agama sentiasa dipatuhi. Halal dan haram menjadi pertimbangan utama dalam kehidupan walaupun ia dipandang asing oleh rakan sebaya. Golongan ini layak menerima naungan Allah S.W.T. di akhirat kelak sebagai ganjaran terhadap kekuatan "antibodi" yang menepis segala pujuk rayu maksiat pada usia remajanya.

VIP 3: Pencinta Masjid

Sepanjang sejarah ISlam, terdapat golongan manusia yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Mereka sanggup berkorban apa sahaja demi menghidupkan fungsi masjid di atas muka bumi ini. Setiap kebaikan yang berlaku di masjid pasti menggembirakannya dan sebarang usaha atau tindakan untuk mengganggu institusi masjid akan menyentap emosi mereka secara spontan.

                A018

Golongan ini mempunyai lima sifat sebagaiamana firman Allah S.W.T. dalam surah al-Tawbah ayat ke -18 iaitu keimanan yang kukuh kepada Allah dan hari akhirat, sentiasa mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak pernah takut dalam menjalankan tanggungjawab agama melainkan Allah.

VIP 4: Dua Insan yang Berkasih Sayang kerana Allah S.W.T.

Berkasih sayang adalah soal hati. Ia merupakan satu perasaan yang tidak boleh dilakonkan atau dibuat-buat oleh seseorang. Setiap insan pasti ada orang yang dikasihinya sama ada ahli keluarga, sahabat handai ataupun tokoh yang dikagumi. Persoalannya, atas dasar apakah kasih sayang itu dibina?

Sekiranya kerana wajah yang jelita, harta yang melimpah atau kepentingan duniawi yang lain, maka mendapat naungan Allah S.W.T. di akhirat nanti. Perasaan mengasihi kerana Allah S.W.T. lahir apabila melihat seseorang yang sangat bersungguh-sungguh mentaati Allah S.W.T. dalam segenap urusan hidupnya. Persahabatan yang terjalin kerana Allah S.W.T. ini akan menjadikan setiap pertemuan dan perpisahan yang berlaku sebagai urusan agama.

VIP 5: Pemuda yang Menolak apabila Digoda untuk Berzina

Golongan kelima yang dijanjikan naungan Allah ialah pemuda yang digoda berzina oleh perempuan yang cantik dan berkedudukan atau lelaki yang kacak dan kaya raya, namun dia menolaknya dengan berkata: "Aku takutkan kepada Allah!"

Nafsu dn keinginan orang muda pastinya sentiasa hangat, tambahan pula digoda oleh perempuan cantik dan pangkat yang dimilikinya boleh "dimanfaatkan" untuk mengelak daripada sebarang hukuman atau tindakan daripada pihak tertentu. Dalam keadaan "line clear" ini, anak muda tersebut masih mengingati Allah dan dengan tegas membuktikan ketakutkannya terhadap kemurkaan Allah mengatasi gejolak nafsunya. Dia pasti akan bersama Nabi Yusuf a.s. di akhirat kelak bersama-bersama para bidadari yang disediakan oleh Allah.

VIP 6: Insan yang Menyembunyikan Sedekahnya

Terdapat insan yang sentiasa dijuruskan untuk mendapat "profit" akhirat yang kekal abadi. Golongan ini sentiasa bermujahad untuk mencapai martabat kemuncak keikhlasan sehingga Rasulullah S.A.W. mentamsilkan bersedekah dengan tangan kiri tidak mengetahui apa yang diberikan.

Tidak pernah terdetik di hatinya untuk mendapat pujian daripada manusia yang berada di sekeliling sehingga meninggikan nilai pahalanya walaupun jumlah sedekahnya kecil pada penilaian manusia. Apatah lagi ketika mereka bersedekah dengan jumlah yang besar di samping hatinya yang sangat suci, pasti melayakkan mereka untuk bersama-sama para hartawan daripada kalangan para sahabat Rasulullah S.A.W. di akhirat nanti.

VIP 7: Insan yang Mengingati Allah sehingga Menitiskan Air Mata

Golongan terakhir ialah insan yang begitu tekun bermuhasabah tentang diri mereka sehingga menitiskan air mata di kala berseorangan. Mereka memikirkan dosa-dosa lampau dan betapa banyaknya perintah Allah yang belum ditunaikan. Ayah dan ibu memikirkan anak-anaknya yang tidak menunaikan solat dan tidak menutup aurat, peniaga pula teringatkan tipu helahnya ketika melariskan jualan, manakala si anak mengimbau dosa-dosa terhadap kedua-dua ibu bapanya dan pelbagai situasi lagi yang akhirnya menyebabkan mutiara-mutiara jernih mengalir di pipi semata-mata kerana Allah. Wassalam..



Thank you for reading this entry !

Selasa, 7 Ogos 2012

Andainya Ini Ramadhan Terakhir Layakkah Kita Berhari Raya?

Assalamualaikum Warahmatullah  Wabaratakah !

Semasa kecil dahulu kita sering diusik dengan kata-kata orang tua: "Sesiapa yang tak berpuasa, tak boleh beraya." Itulah kata-kata yang mendorong untuk kita berpuasa. Walaupun masih di sekolah rendah, kebanyakan anak Melayu-Islam sudah dilatih berpuasa. Betul tak?

Hari Raya adalah motivasi utama untuk anak-anak berpuasa. Apa tidaknya, hari raya telah disinonimkan dengan baju raya, kuih raya, duit raya dan lain-lain. Ya, semasa kecil kita takut jika berpuasa kita tidak akan berpeluang menikmati semua itu.

Itu hari raya yang dilihat dari perspektif kanak-kanak. mereka memahami hari raya berdasarkan adat dan budaya yang mendarah daging sejak sekian lama. Namun setelah dewasa, sepatutnya ufuk minda semakin berkembang. Hari raya mesti dilihat dari perspektif ibadah dengan menitikberatkan prinsip-prinsipnya yang lebih hakiki. Tujuan berhari raya mesti dikaitkan dengan ibadah puasa yang dijalani sebelumnya.

Sesiapa yang tidak berpuasa dalam erti kata sebenar, hakikatnya tidak layak berhari raya. Apakah ukuran kejayaan amalan puasa seorang? Kejayaan puasa akan melahirkan sifat takwa dalam diri orang yang berpuasa.

                  A183

Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, diwajibkan puasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat terdahulu sebelum kamu agar kamu bertakwa." (Surah al-Baqarah 2:183)

Takwa ialah maltamat utama berpuasa. Jika takwa tidak terhasil, bermakna puasa itu gagal. orang yang gagal tidak layak bergembira. Bulan Ramadhan boleh diumpanakan sebagai madsarah (pusat pengajian). Selama sebulan, umat Islam perlu menjalani latihan mengawal hawa nafsu untuk mencapai takwa. Hanya mereka yang lulus dalam tempoh pengajian di madsarah Ramadhan ini sahaja akan dikurniakan ijazah takwa, manakala mereka yang gagal, puasanya hanya sekadar lapar dan dahaga sahaja.

Bayangkan kegembiraan siswa siswi yang mendapat ijazah pada hari konvokesyen, maka begitulah juga kegembiraan orang yang berpuasa apabila berjaya mendapat sifat takwa. Dengan takwa, mereka akan mnedapat bantuan daripada Allah S.W.T., dilepaskan daripada tipu daya musuh, mendapat jaminan rezeki, diberikan jalan penyelesaian kepada masalah melalui jalan yang tidak disangka-sangka dan pelbagai lagi. Selayaknya mereka bergembira dan bersyukur kepada Allah S.W.T. pada hari raya atas kelebihan-kelebihan itu.

Raya Orang Bertakwa

Soalnya, bagaimanakah caranya orang yang bertakwa ini meraikan kejayaan mereka? Ini penting untuk kita meniru dan meneladani mereka. Walaupun kita belum bertakwa dan puasa kita masih bertatih di tahap puasa orang yang sedang bermujahadah, namun tidak salah kita "tumpang gembira" dengan kegembiraan orang bertakwa pada hari raya nanti. Walaupun hati kita sedih mengenangkan puasa kita yang masih terumbang-ambing, tetapi itu tidak menghalang kita untuk bergembira pada hari raya. Semoga dengan meniru mereka, kita akan tergolong dalam golongan orang yang bertakwa juga.

Orang bertakwa akan merayakannya dengan cara yang ditunjukkan oleh Allah dan sunnah Rasulullah S.A.W. Antaranya dengan:

1. Bertakbir, Bertahmid, Bertasbih Membesarkan Allah S.W.T.
    Allah berfirman yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan (sebulan Ramadhan) dan kamu mengagungkan Allah (bertakbir raya) atas petunjuk-Nya yang dianugerahkan kepada kamu agar kamu mnejadi orang bersyukur." (Surah al-Baqarah 2:185)

Hadis Rasulullah S.A.W. seperti yang diriwayatkan daripada Imam Al-Tabarani: "Sesiapa menghayati malam Hari Raya Aidilfitri dan malam Hari Raya Aidiladha (dengan amal), hatinya tidak akan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya hati (orang yang kafir dan ingkar) pada hari kiamat."

Daripada ayat al-Quran dan hadis itu, jelaslah orang yang bertakwa akan menyambut hari kemenangan itu dengan bertakbir, bertahmid dan bertasbih kepada Allah S.W.T. Mereka sedar, keupayaan mereka dapat beribadah puasa dengan baik kerana taufik dan hidayah Allah S.W.T. jua. Mereka tidak berbangga dengan keupayaan itu, sebaliknya tetap terasa kerdil, hina, miskin dan jahil berdepan dengan kebesaran Allah S.W.T. Oleh sebab itu, mereka terhindar daripada sifat takbur, riyak, ujub dan sum'ah dengan amalan ibadah.

2. Beribadah Terus kepada Allah S.W.T.
    Daripada Abu Umamah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan mengharapkan keredaan Allah S.W.T. semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya pada (orang yang kafir dan ingkar) pada hari itu." (Riwayat Ibn Majah)

Satu petanda ibadah diterima Allah adalah timbul dorongan untuk meneruskan ibadah selepas menyelesaikan satu ibadah. Orang yang bertakwa tidak akan mengurangkan, apatah lagi memberhentikan ibadah mereka sebaik sahaja hari raya menjelang tiba. Mereka tetap istiqamah dengan mengekalkan momentum ibadah yang mereka lakukan pada bulan Ramadhan, bermula pada malam hari raya sehinggalah dua belas bulan kemudiannya; sehingga bertemu Ramadhan pada tahun berikutnya.

3. Berbuka (Makan Minum)
    Daripada Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Puasa (al-saum) itu ialah hari kamu berpuasa, Fitri (al-fitr) itu ialah hari kamu berbuka dan Adha (al-Adha) itu ialah hari kamu menyembelih binatang." (Riwayat Ibn Majah)

Sesuai dengan erti kalimah 'id yang bermaksud perayaan dan fitri yang bermakna berbuka atau makan minum, maka orang yang bertakwa akan berbuka (makan minum) dan tidak berpuasa pada 1 Syawal. Walaupun begitu, mereka tidak makan secara lebih-lebihan dan melakukan pembaziran. Mereka makan secara berjemaah (bersama) dengan ahli keluarga ataupun sahabat handai dalam suasana penuh ukhwah dan keceriaan.

Bagaimanakah keadaannya mereka yang tidak berjaya mencapai takwa? Mereka sebenarnya, tidak layak untuk berhari raya. Bagaimana mahu bergembira jika diri masih dibelenggu nafsu, hati masih kotor dengan dosa, fikiran masih dijajah oleh isme-isme ciptaan manusia dan pancaindera masih banyak melakukan kemungkaran?

Kalimah "fitri" juga bermaksud fitrah atau tabiat semula jadi. Maksudnya, orang Islam yang telah menjalani ibadah puasa selama sebulan disertai yang pakej ibadah lain seperti solat Tarawih, bertadarus al-Quran, qiumullail, zikrullah, berdoa, bersedekah dan sebagainya, sewajarnya kembali kepada fitrahnya yakni seperti bayi yang baru dilahirkan. Namun, bolehkah orang yang masih bergelumang dengan dosa dan dibelenggu hawa nafsunya dianggap telah kembali kepada fitrahnya?

Tentu tidak. Aidilfitri (perayaan kembali ke fitrah) sebenarnya tidak layak disambut oleh mereka yang masih belum kembali kepada fitrah. Malah mereka sepatutnya bersedih kerana kehilangan peluang untuk membersihkan diri pada bulan Ramadhan. Mereka orang yang rugi dan sewajarnya bersedih kerana bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, keampunan dan kelebihan sudah berlalu. Belum ada jaminan mereka akan bertemu Ramadhan akan datang.

4. Menunaikan Zakat Fitrah
    Orang bertakwa akan menunaikan zakat. Walaupun pembayarannya boleh dilakukan sejak awal Ramadhan lagi, tetapi waktu yang paling afdal untuk membayarnya adalah pada pagi hari raya selepas Solat Subuh selamat solat raya didirikan. Daripada Ikrimah, daripada Ibn Abbas berkata: "Sesiapa yang menunaikannya (zakat fitrah) sebelum solat (hari raya), ia zakat yang diterima dan sesiapa yang menunaikannya selepas solat (hari raya), ia sedekah biasa." (Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan al-Hakim)

Orang bertakwa sangat prihatin terhadap nasib insan lain. Mereka akrab dengan Allah S.W.T. namun tetap intim dengan manusia. Dalam kegembiraan menyambut hari kemenangan, mereka tidak lupa untuk memberi kegembiraan kepada orang lain terutamanya fakir, miskin, anak yatim dan asnaf zakat yang lain.
 
                    A134

Allah berfirman "Iaitu (orang yang bertakwa) orang yang berinfak (bersedekah) baik kepada waktu lapang mahupun sempit, dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan." (Surah Ali 'Imran 3:134)

Zakat fitrah bertujuan membersihkan kekurangan, kecacatan dan lain-lain pencemaran dalam ibadah puasa. Dalam konteks ini, Ibn Abbas: "Rasulullah S.A.W. memfardukan zakat fitrah untuk membersihkan kecacatan ibadah puasa kerana perbuatan yang sia-sia dan tidak berfaedah, di simpang menjadi habuan untuk orang miskin......." (Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan al-Hakim)

5. Solat Hari Raya
    Semua orang Islam tidak kira tua muda, termasuk wanita-wanita yang haid disunatkan menghadiri perhimpuan tahunan  yakni solat Aidilfitri. Ini memberi peluang kepada semua untuk bertakbir, mendengar khutbah, berzikir dan mengaminkan doa yang dipimpin oleh para imam. Bagi mereka yang tidak uzur, mereka berpeluang mendirikan solat hari raya ini.

Dalam hadis Rasulullah S.A.W. , daripada Ummu 'Atiyyah r.a.: "Kami disuruh (Rasulullah S.A.W.) keluar membawa gadis-gadis kecil dan wanita yang haid pada hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha), agar menyaksikan kebajikan dan doa kaum Muslimin tetapi wanita yang haid disuruh supaya dipisahkan dari tempat solat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

6. Mandi, Memakai Pakaian yang Indah dan Memakai Haruman
    Pada hari raya, mereka akan mandi dan memakai pakaian yang serba baru atau yang bersih dan indah. Mereka akan pergi ke masjid melalui satu jalan dan pulang melalui jalan yang lain, dengan tujuan dapat bertemu lebih ramai sahabat handai dan saudara sesama Islam. Mereka akan mengucapkan Salam Aidilfitri sambil berbals-balas senyuaman, ucapkan tahniah dan sama-sama menyatakan rasa syukur kepada Allah S.W.T. atas petunjuk dan hidayah-Nya sehingga mampu menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

Itulah antara cara orang bertakwa merayakan hari kemenangan mereka; dengan menundukkan hawa nafsu. Ia berbeza sama sekali dengan "orang yang gagal" tetapi masih tegak merayakan hari raya. Malah, tanpa rasa segan silu dan takut, mereka merayakan hari raya dengan cara mungkar. Sudahlah pada hakikatnya mereka juga bergembira dengan cara yang keterlaluan dan melampau.

Apa yang membuatkan kita sedih, belum pun bulan Ramadhan menjelma, kadangkala promosi program-program menyambut hari raya dengan cara yang salah dan mungkar ini telah pun diuar-uarkan. Suasana ibadah pada bulan Ramadhan cuba "dibunuh" oleh agenda makan minum, beli-belah dan hiburan yang keterlaluan. Pesta ibadah (Ramadhan) bertukar menjadi pesta juadah. Hari membesarkan Allah (1 Syawal) telah diganti dengan hari membesarkan nafsu amarah.

Secara terang-terangan kita saksikan bagaimana Aidilfitri telah dirayakan dengan dosa. Majlis-majlis atau acara-acara yang penuh pendedahan aurat, pergaulan, bebas, pembaziran, ketawa leka, dan berbagai-bagai jenis kemungkaran dilaksanakan kononnya untuk menyambut hari raya. Unsur-unsur ibadah dalam hari raya telah dileburkan dan diganti dengan unsur hedonismeyang pekat dengan dosa dan perkara yang melalaikan.

Aneh, mereka yang tidak layak bergembira ini pula yang bergembira, malah begembira secara melampau. Roh Ramadhan cuba dibunuh seawal Syawal. Lebih menyediakan apabila ramai umat Islam terpedaya dan turut hanyut bersama arus dosa yang sudah menjadi budaya dan diberi nilai komersial ini. Tanpa segan silu, orang berdosa ini terus bergembira dengan cara yang berdosa. Buat peringatan, marilah sama-sama kita hayati peringatan Rasulullah S.A.W. ini yang bermaksud: "Sesiapa yang ketawa ketika melakukan dosa, akan masuk ke dalam neraka dalam keadaan yang menangis." (Riwayat Abu Naim)

Ya, andai kata inilah Ramadhan yang terakhir, layaklah kita berhari raya? Marilah sama-sama kita bermuhasabah. Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak dan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang aku ucapan kepada anda semua sekali.



Thank you for reading this entry !

Selasa, 24 Julai 2012

Resepi: Bubur Ayam Havermut

Assalamualaikum !

Sudah tiba Bulan Ramadhan. Do you are enjoy to like Ramadhan month to do many benefits and blessing from Allah? Keadaan aku tak ubah seperti seorang homeless yang tiada arah tujuan tapi aku suka memasak giler sebagai satu hobi saya. Haha.. Expect, aku ada di rumah. Sarapan pagi dengan bubur ayam memang menjadi kenikmatan tersendiri. Anda juga dapat menambah pangsit sebagai bahan pelengkapnya. Yang membuat sarapan kita semakin lengkap dan nikmat.

Yes, resipi bubur ayam havemut lah! Kenapa aku buat resipi bubur ayam havemut pulak? Mestilah sebab Fatin Nur Ain, adik bongsu saya yang suka makan ni. Taklah aku la tu yang suka makan bubur ayam havermut haha. Dia selalu minta aku membuat bubur ni tapi tak menjadi. Kerana aku hanya selalu membuatnya pada musim bulan Ramadhan.

Eh! Adik Fatin, geramnya aku. Kerana sudah tiba masanya, saya membuat bubur. Hihi T.T (menangis). Seriusnya wey! Okey, aku cuba berkongsi resepi ni kepada anda semua ya tapi bahan-bahan ini susah nak memcari untuk membelinya. Aku yakin anda semua boleh membeli bahan-bahannya di semua Kuala Lumpur kalau tak mampu membelinya, mintak dengan pihak hotel bertaraf 5 bintang lahhh. Haha. Hanya saya bergurau! Saya membeli bahan-bahannya dari Kedai Supermarket. Baeklah ni ikut resepi yang aku buat selalu, alhamdulillah tak pernah la tak jadi lagi setakat ni.


Yummy!! Sangat sedap sambil rasa bahagia.. Awesome !!

: Bahan-Bahan :
1 ekor ayam (pilihan)* aku pakai ayam kampung
2 liter air
200 gram havermut
2 siung bawang putih, cincang kasar
1 cm jahe, memarkan
1 senduk teh kecap asin jepang
1/2 sendok makan garam
1/4 sendok teh merica bubuk
1 butir telur
1 sendok teh minyak wijen
1 sendok makan margarin, untuk menumis
*terpulang

: Bahan Pelengkap :
5 lembar pangsit, potong kotak kecil, goreng
2 batang duan bawang kecil

: Bahan Sambal :
5 buah cabit rawit hijau, iris-iris
3 sendok makan kecap asin

: Cara-cara :
1. Rebus ayam kampung di dalam air hingga empuk. Saring. Ukur kaldu 1200 ml. Suwir-suwir ayam.
2. Tumis bawang putih dan jahe sampai harum. Masukkan kecap jepang, garam, merica bubur, dan gula pasir. Aduk rata. Tuang kaldu. Aduk hingga mendidik.
3. Masukkan havermut. Aduk hingga mengental dan havermut matang. Tambahkan telur. Aduk hingga berserabut. Masukkan minyak wijen. Aduk rata.
4. Sajikan bersama suwir ayam, pangsit, daun bawang dan sambalnya.
* Untuk 8 porsi sahaja.

Saya buat 2 aduan mangkuk. Semalam ada saudara sedara datang, murah rezeki diorang sebab still ada 1 aduan mangkuk left dalam fridge. Jadi saya hidangkan dorang dengan bubur ni untuk bersahur. Gembira betul sebab bubur saya laku. Lembut hehe. Mak selalu pesan kat saya, jangan kedekut hidang makanan untuk tetamu, sebab dorang ni bawa rezeki kat kite =). Oh ya selamat bercuba!

Thank you for reading for this entry !

Khamis, 19 Julai 2012

Jom belajar Bahasa Isyarat Malaysia !

Assalamualaikum !

Alhamduillah, syukur kita diberi kesihatan untuk meneruskan hidup dan beramal atas perintah-Nya. Siapakah anda semua mahu belajar bahasa isyarat? Anda tidak tahu tentang bahasa isyarat? Tak mengapa, saya akan mengajar bahasa isyarat kepada anda semua. Tapi saya perlukan penjelasan tentang bahasa isyarat dulu agar anda semua mudah memahaminya.

Sebagai komuniti pekak berkembang, manusia mula menyeragamkan tanda-tanda, membina perbendaharaan kata yang kaya dan tatabahasa yang wujud secara bebas daripada apa-apa bahasa lain. Seorang pemerhati kasual perbualan yang dijalankan dalam bahasa isyarat mungkin menyifatkan ia sebagai anggun, dramatik, terburu-buru, komik atau marah tanpa mengetahui apa tanda tunggal bermakna.

Malah dalam sebuah negara, anda boleh menghadapi variasi dan dialek serantau seperti mana-mana bahasa pertuturan, anda pasti untuk mencari orang-orang di rantau yang berbeza yang menyampaikan konsep yang sama dengan cara yang berbeza. Ia mungkin kelihatan aneh kepada orang-orang yang tidak bercakap bahasa isyarat, tetapi negara-negara yang berkongsi bahasa pertuturan yang tidak sama semestinya berkongsi bahsa isyarat yang biasa. 


Okey yer anda semua... Hari ini kita belajar BIM nak?? Kenapa?? Sebab nanti senangla kita nak berkomunikasi dengan orang pekak. Kalau kita nak belajar apa pon mestilah dari bawah, betul tak? Sekarang ini kita belajar yang basic dulu dahla yer. Jangan ingat mudah nak belajar ni, boleh berkehel tangan dan jari tu nanti, silap-silap hari bulan masuk hospital la pulak. Haha.. Sekarang jom belajar... Layannnn, baik belajar jangan belajar pulak... Hihi..

HURUF



ANGKA


Dah? Faham tak? Kalau tak faham, cubalah.. Jangan putus asa ! =)

Sesiapa mahu melihat video Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) ada sebuah 5 video di bawah iaitu:
-Mempelajari Bahasa Isyarat Malaysia
    Selain itu, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Muhammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri ke-6 Malaysia sedang mempelajari bahasa isyarat malaysia melalui video ini iaitu click it for view video dan Aliff Satar, Penyanyi Malaysia juga mempelajari bahasa isyarat malaysia dengan menggunakan muzik yang bertajuk ialah "Lelaki seperti Aku" iaitu click it for view video.. Bagus la mereka sudah mempelajari bahasa isyarat malaysia. Anda bagaimana?

    Bercakap dengan Tangan

    Walaupun ia adalah benar bahawa anda tidak perlu untuk menyanyi apabila menggunakan bahasa isyarat dengan orang lain, kebanyakan orang masih memanggil proses berkomunikasi melalui bahasa isyarat "bercakap." Dalam artikel ini, kami akan menggunakan terma bercakap dan menandatangani silih berganti.

    Jika anda adalah pendengar dalam perbualan bahasa satu tanda, anda menerima tanda-tanda, anda menerima tanda-tanda. Majlis menandatangi orang penceramah, dan orang yang menonton adalah penerima. Apabila menerima, anda perlu memberi fokus pada muka dan mata orang yang bercakap, menggunakan pernglihatan periferal anda untuk menonton isyarat tangan. Kebanyakan makna di dalam bahasa isyarat datang di seberang dalam ekspresi muka, dan dengan memberi tumpuan semata-mata kepada tangan orang yang bercakap itu, anda mungkin akan menyalahtafsiran apa yang penceramah cuba untuk berkomunikasi.


    Kalau berminat untuk mempelajari Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) yang lain, sila telefon, Cik Suzie, Pegawai Perhubungan Persatuan untuk membuat pendaftaran. Dan datang ke pejabat Persatuan Ibu Bapa dan Penjaga Anak-anak Pekak (PESIBA) untuk mengadakan kelas BIM. Jangan risau, ada mengajar dari Tenaga Pendidik ialah seorang pekak yang boleh mendengar dan bercakap kerana dia memakai alat bantuan pendengaran.

    Anda boleh menghubungi Pesiba di bawah:
    Alamat: Pesiba Smart Centre
                403, Tingkat 3, Jalan Tunku Abdul Rahman,
                50100 Kuala Lumpur. (Hadapan Mydin Chow Kit)
    Telefon & Fax: 03-26972113
    Email: pesibakl@yahoo.com
    Hot Lines & SMS: 017-2892254
    Yuran Pendaftaran: RM 5 seorang
    Masa: 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.


    P/S:
    1. Sebenarnya bahasa isyarat ini banyak, ada Bahasa Isyarat Malaysia (BIM), Kod Tangan Bahasa Malaysia (KTBM), Signed Exact English (SEE), Pidgin Signed English (PSE), Amerian Sign Language (ASL), tu semua lain kali ok. Panjang lebar untuk menerang semua tu, belajar banyak-banyak pon tak guna kalau tak paham apa yang kita belajar tu yer tak?
    2. Aku malas dan tak ada kemudahan yang mengizinkan aku buat macam ni. So aku ambil keputusan untuk bagi job ni sama dalam Google dan YouTube. Terima kasih yer kepada sesiapa yang buat semua ni, amatlah berguna =)
    Thank you for reading for this entry !

    Rabu, 18 Julai 2012

    Mari Menjadi Sebaik-baik Manusia

    Assalamualaikum !

    "Cikgu, tengok dia ni. Dia pijak kaki saya!" jerit Amir yang berumur lima tahun.
    "Tidak, Ihsan terpijak. Saya minta maaf dengan Amir."
    "Mama, Zakir ambil mainan Mat."
    "Mat, Zakir bukan ambil tapi pinjam. Tadi Mat janji hendak main bersama-sama Zakir bukan?"

    Ah, bermacam-macam kerenah anak-anak kecil! Ada yang tidak boleh tersiku, terlanggar atau terpijak kaki. Cepat sahaja hendak bergaduh. Ada yang mengadu kepada ibu bapa seolah-olah perbuatan itu disengajakan. Kemudian, si ibu bapa yang kurang usul periksa terus bertindak memberi amaran kepada si pesalah kecil yang tidak tahu apa-apa.

    Memang ada anak-anak yang gemar mnegusir kawan-kawannya, mungkin sudah terbiasa dibuli oleh abang atau kakak yang lebih tua di rumah. Ada pula anak-anak yang tidak banyak kerenah. Walaupun sakit hati, tetapi tidak merungut mahupun berdendam. Ada pula yang mudah memaafkna tanpa disuruh. Jika membuat kesalahan, sekali mereka dimarahi, pasti tidak akan mengulanginya.

    Adakah sikap anak-anak ini sesuatu yang semula jadi? Tidak, ia mesti dipupuk di rumah dan bermula daripada peranan ibu dan ayah.

    Sejak kecil lagi, anak-anak perlu dimesrakan dengan istilah ibadah. Mengapa? Hal ini kerana tujuan manusia diciptakann adalah untuk sentiasa beribadah kepada Allah S.W.T. Jadi,mereka perlu tahu bahawa belajr itu merupakan satu ibadah. Mereka juga perlu tahu bahawa menjamah makanan juga boleh menjadi ibadah. Bermain juga boleh menjadi ibadah jika mengikut syarat-syaratnya. Begitu juga dengan berkawan dan bermasyarakat yang boleh menjadi ibadah. Biarlah anak-anak mengetahui bahawa mereka hidup bukan semata-mata unutk makan, minum, tidur dan berkahwin sahaja. Mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab besar kepada Allah S.W.T. dan akan ditanya setiap perkara yang dilakukannya.

    Apabila mengetahui dengan jelas tujuan hidup, mereka akan mensia-siakan waktu dengan membuat keburukandan dosa. Sebaliknya, jiwa mereka bersedia untuk dibimbang menjadi seorang yang soleh dan solehah. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik manusia ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain." (Riwayat al-Tabarani)

    Menjadi Sebaik-baik Manusia

    Mari kita berusaha menjadikan anak-anak kita saebaik-baik manusia sebagaimana yang dianjurkan oleh Baginda S.A.W. Memberi manfaat ini sudah tetu sinonim dengan membuat kebaikan. Apakah yang boleh kita lakuakn untuk menjadikan anak-anak sebaik-baik manusia?

    1. Selalu Berpesan
        Berpesan kepada anak-anak; jika inginkan kebaikan, kita mestilah terlebih dahulu menjadi baik. jika hendak menjadi baik, kita mesti berbuat baik kepada orang lain. Apabila berbuat baik kepada orang lain, barulah kita mendapat kebaikan. Bukannya berharap supaya orang lain berbuat baik kepada kita.

    Misalnya di sekolah anak-anak mungkin bertemu dengan kawan-kawan yang suka bergaduh, atau sukamengambil barang sesuka hati, salinh berdengki, cepat marah dan sebagainya. Jelaskan kepada mereka bahawa dalam berkawan banyak menguji kesabaran diri.

    Setelah selesai solat Subuh, katakan kepada anak-anak: "Hari ini ibu ingin melihat Amir memberik kebaiakn kepada orang lain. Mengapa? Rasulullah S.A.W. ialah manusia yang sangat memberi manfaat kepada orang lain. Baginda S.A.W. suka menyenangkan dan disenagi orang lain. Jika ingin duduk bersam-sama dengan Rasulullah S.A.W. di syurga, marilah kita membuat banyak kebaikan pada hari ini. Allah S.W.T. suka, mama dan ayah pun suka."

    Banyakkan menerapkan anak-anak dengan akhlak terpuji Rasulullah S.A.W. Secara tidak langsung, kita melazimkan diri mereka untuk berniat sebelum keluar dari rumah untuk menuju ke tempat lain. Mereka akan membawa satu misi iaitu membuat sebanyak-banyak kebaikan kerana Allah S.W.T. Tidak perlu membuat perkara yang besar, lazimkan mereka membuat ibadah yang kecil-kecil pun sudah mencukupi misalnya salam.

    2. Memberi Salam
        Memberi salam termasuk dalam perkara yang amat digalakkan oleh Rasulullah S.A.W. Ia boleh menjadi penyebab orang yang menyebarkan salam memasuki syurga di samoing selamat di dunia dan akhirat sebagaimana sabda Baginda, maksudnya: "Sebarkan salam, nescaya kamu semua akan selamat." (Riwayat Ahmad)

    Nasihat anak-anak agar memberi salam kepada ibu, ayah, abang, kakak dan adik-adik pada setiap pagi. Jika bertembunug dengan jiran apabila keluar dari rumah, ringankan mulut memberi salam. Pernah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah S.A.W. tentang keperluan memberi salam jika berjumpa dengan orang yang sama. Baginda mengiyakan. Ini menunjukkan betapa besar keutamaan memberi salam, bukan sahaja sebagai satu doa tetapi merapatkan silatuhrahim. Begitu juga apabila bertembung dengan guru-guru, orang yang lebih tua dan rakan di sekolah.

    Bagaimana pula dengan orang yang tidak dikenali, adakah perlu memberi salam kepada mereka? Rasulullah S.A.W. pernah ditanya apakah amalan yang terbaik. Baginda menjawab, maksudnya: "Berikan makan dan ucapan salam, baik kepada orang yang kamu kenal atau tidak." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    Minta anak-anak supaya memberi ucapan salam yang sempurna iaitu "Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh." Begitu juga apabila mereka menjawab salam, biasakan dengan menjawab sebagai "Walaikumussalam Warahmatullah Wabarakatuh." Ketahuilah, dalam ucapan salam ini mengandungi pekataan al-salam (sejahtera), rahmat dan berkat.

    Fahamkan anak-anak bahawa dalam hidup ini kita memerlukan kesejahteraan, rahmat dan keberkatan-Nya. Tanyakan kepada anak-anak jumlah orang yang telah mereka berikan salam pada hari itu. Jika hanya dua atau tiga orang, ibu bapa perlu menggalakkan mereka agar menambah angka tersebut.

    3. Memberi Senyuman
        Katakan kepada anak-anak, berilah senyuman keapda sesiapa yang ditemui. Ia salah satu sedekah yang paling murah namun berpahala. Apabila bangun pagi, berilah senyuman yang manis kepada ibu dan ayah. Niatkan dengan senyuman ini dapat menggembirakan hati mereka yang terpaksa meredah jalan ke tempah kerja pada awal pagi. Apabila mereka pulang dalm keletihan nanti, penawarnya senyuman si anak. Begitu juga menggalakkan mereka senyum apabila berjumpa kawan-kawan.

    4. Berkongsi
        Ada kalanya, berkongsi adalah perkara yang sukar bagi anak-anak. Pernah seorang ibu terpaksa membeli  buku cerita yang sama tajuknya bagi keempat-empat orang anaknya. begitu juga dalam soal makan, mereka selalu bergaduh jika tidak mendapat seketul ayam seorang. Si ibu tadi terpaksa menurut kemahuan mereka kerana tidak sanggup mendengar pertelingakahan setiap hari. Amalan tidak suka berkongsi ini dibawa juga ke sekolah seperti tidak boleh berkongsi tempat berduduk, pensel warna, pemadam dan sebagainya.

    Katakan kepada anak-anak, berkongsi melatih diri supaya memeningkan orang lain. Jika melihat kawan tidak makan, ajak mereka makan bersama. Allah S.W.T. memberkati hidangan yang banyak tangan di dalamnya. Si ibu pula rajin-rajinlah menyediakan bekalan makanan yang lebih suapaya boleh dikongsi. Rasulullah S.A.W. tidak makan bersendirian. Baginda pasti mengajak sama ada isteri atau sahabat makan bersama. Inilah rahsia kecintaan atau ikatan kukuh antara sahabat. Oleh sebab itu, anak-anak perlu sering diingatkan suapaya membantu atau berkongsi perkara yang baik sama ada di rumah atau di tempat lain.

    5. Doa-Mendoakan
        Doa ialah senjata ampuh orang Mukmin dan mereka memperbanyakkan doa setiap hari. Malangnya, ibu bapa jarang memupuk rasa tanggungjawab berdoa ini kepada anak-anak terutama remaja. Ada yang menganggap doa-doa misalnya dao memakai baju, belajar, keluar dari rumah, menaiki kenderaan dan lain-lainuntuk peringkat tadika sahaja dan ia ternyata salah.

    Anak-anak perlu tahu bahawa berdoa bukan hanya untuk diri sendiri. Galakkan anak-anak berdoa unutk ibu, ayah, dan adik beradiknya. Ajarkan mereka cara mendoakan kawan-kawan, misalnya:
    "Ya Allah, sihatlah sahabatku Zikri yang selalu sakit dan kerap tidak datang ke sekolah."
    "Ya Allah, berilah semangat kepada cikgu kami ketika mengajar. Semoga dia sabar mengajar kami."
    "Ya Allah, berilah kejayaan kepada kami semua supaya mudah menjawab dalam peperiksaan."

    Kenangan bagaimana Rasulullah S.A.W. selalu mendoakan umat Baginda. Baginda juga dikatakan pernah mendoakan orang bukan Islam yang sedang mengahadapi kesulitan, inilah kita sesama Muslim. Fahamkan anak-anak salah satu cara supaya dao dimabkulkan Allah S.W.T. ialah kita mendoakan orang lain.

    Berazam untuk Menjadi Lebih Baik

    Inilah prinsip hidup Rasulullah S.A.W. Baginda pernah ditanya oleh sahabat tentang siapa orang paling beruntung, Baginda menjawab, maksudnya: "Sesiapa yang keadaan pada hari ini kualiti hidupnya lebih baik daripada semalam, dialah orang beruntung."

    Jadi, ibu dan bapa berperanan untk selalu bertanya kepada anak-anaknya tentang kebaikan yang telah dilakukan, jumlah orang yang mereka doakan, bantu dan sebagainya. "Hari ini abang tak buat bising dalam kelas. Abang dengar semua yang cikgu ajar."

    "Alhamduillah, syukur kepada Allah S.W.T. memudahkan abang sewaktu belajar." "Adik sudah kemaskan permainan dan masukkan ke dalam kotak." "Terima kasih kerana dengan izin Allah S.W.T., adik telah menolong ibu. Rumah kita pun bersih."

    Semoga cara didikan di atas dapat mendidik anak-anak kita menjadi sebaik-baik manusia. Jika misi ini berjaya, masalah gejala sosial dapat dikurangkan. Semuanya perlu berbalik kepada agama yang sentiasa benar iaitu Islam. Biarlah nilai-nilai murni sentiasa menjadi pakaian mereka walau di mana berada.

    Thank you for reading this entry !