Rabu, 18 Julai 2012

Mari Menjadi Sebaik-baik Manusia

Assalamualaikum !

"Cikgu, tengok dia ni. Dia pijak kaki saya!" jerit Amir yang berumur lima tahun.
"Tidak, Ihsan terpijak. Saya minta maaf dengan Amir."
"Mama, Zakir ambil mainan Mat."
"Mat, Zakir bukan ambil tapi pinjam. Tadi Mat janji hendak main bersama-sama Zakir bukan?"

Ah, bermacam-macam kerenah anak-anak kecil! Ada yang tidak boleh tersiku, terlanggar atau terpijak kaki. Cepat sahaja hendak bergaduh. Ada yang mengadu kepada ibu bapa seolah-olah perbuatan itu disengajakan. Kemudian, si ibu bapa yang kurang usul periksa terus bertindak memberi amaran kepada si pesalah kecil yang tidak tahu apa-apa.

Memang ada anak-anak yang gemar mnegusir kawan-kawannya, mungkin sudah terbiasa dibuli oleh abang atau kakak yang lebih tua di rumah. Ada pula anak-anak yang tidak banyak kerenah. Walaupun sakit hati, tetapi tidak merungut mahupun berdendam. Ada pula yang mudah memaafkna tanpa disuruh. Jika membuat kesalahan, sekali mereka dimarahi, pasti tidak akan mengulanginya.

Adakah sikap anak-anak ini sesuatu yang semula jadi? Tidak, ia mesti dipupuk di rumah dan bermula daripada peranan ibu dan ayah.

Sejak kecil lagi, anak-anak perlu dimesrakan dengan istilah ibadah. Mengapa? Hal ini kerana tujuan manusia diciptakann adalah untuk sentiasa beribadah kepada Allah S.W.T. Jadi,mereka perlu tahu bahawa belajr itu merupakan satu ibadah. Mereka juga perlu tahu bahawa menjamah makanan juga boleh menjadi ibadah. Bermain juga boleh menjadi ibadah jika mengikut syarat-syaratnya. Begitu juga dengan berkawan dan bermasyarakat yang boleh menjadi ibadah. Biarlah anak-anak mengetahui bahawa mereka hidup bukan semata-mata unutk makan, minum, tidur dan berkahwin sahaja. Mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab besar kepada Allah S.W.T. dan akan ditanya setiap perkara yang dilakukannya.

Apabila mengetahui dengan jelas tujuan hidup, mereka akan mensia-siakan waktu dengan membuat keburukandan dosa. Sebaliknya, jiwa mereka bersedia untuk dibimbang menjadi seorang yang soleh dan solehah. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik manusia ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain." (Riwayat al-Tabarani)

Menjadi Sebaik-baik Manusia

Mari kita berusaha menjadikan anak-anak kita saebaik-baik manusia sebagaimana yang dianjurkan oleh Baginda S.A.W. Memberi manfaat ini sudah tetu sinonim dengan membuat kebaikan. Apakah yang boleh kita lakuakn untuk menjadikan anak-anak sebaik-baik manusia?

1. Selalu Berpesan
    Berpesan kepada anak-anak; jika inginkan kebaikan, kita mestilah terlebih dahulu menjadi baik. jika hendak menjadi baik, kita mesti berbuat baik kepada orang lain. Apabila berbuat baik kepada orang lain, barulah kita mendapat kebaikan. Bukannya berharap supaya orang lain berbuat baik kepada kita.

Misalnya di sekolah anak-anak mungkin bertemu dengan kawan-kawan yang suka bergaduh, atau sukamengambil barang sesuka hati, salinh berdengki, cepat marah dan sebagainya. Jelaskan kepada mereka bahawa dalam berkawan banyak menguji kesabaran diri.

Setelah selesai solat Subuh, katakan kepada anak-anak: "Hari ini ibu ingin melihat Amir memberik kebaiakn kepada orang lain. Mengapa? Rasulullah S.A.W. ialah manusia yang sangat memberi manfaat kepada orang lain. Baginda S.A.W. suka menyenangkan dan disenagi orang lain. Jika ingin duduk bersam-sama dengan Rasulullah S.A.W. di syurga, marilah kita membuat banyak kebaikan pada hari ini. Allah S.W.T. suka, mama dan ayah pun suka."

Banyakkan menerapkan anak-anak dengan akhlak terpuji Rasulullah S.A.W. Secara tidak langsung, kita melazimkan diri mereka untuk berniat sebelum keluar dari rumah untuk menuju ke tempat lain. Mereka akan membawa satu misi iaitu membuat sebanyak-banyak kebaikan kerana Allah S.W.T. Tidak perlu membuat perkara yang besar, lazimkan mereka membuat ibadah yang kecil-kecil pun sudah mencukupi misalnya salam.

2. Memberi Salam
    Memberi salam termasuk dalam perkara yang amat digalakkan oleh Rasulullah S.A.W. Ia boleh menjadi penyebab orang yang menyebarkan salam memasuki syurga di samoing selamat di dunia dan akhirat sebagaimana sabda Baginda, maksudnya: "Sebarkan salam, nescaya kamu semua akan selamat." (Riwayat Ahmad)

Nasihat anak-anak agar memberi salam kepada ibu, ayah, abang, kakak dan adik-adik pada setiap pagi. Jika bertembunug dengan jiran apabila keluar dari rumah, ringankan mulut memberi salam. Pernah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah S.A.W. tentang keperluan memberi salam jika berjumpa dengan orang yang sama. Baginda mengiyakan. Ini menunjukkan betapa besar keutamaan memberi salam, bukan sahaja sebagai satu doa tetapi merapatkan silatuhrahim. Begitu juga apabila bertembung dengan guru-guru, orang yang lebih tua dan rakan di sekolah.

Bagaimana pula dengan orang yang tidak dikenali, adakah perlu memberi salam kepada mereka? Rasulullah S.A.W. pernah ditanya apakah amalan yang terbaik. Baginda menjawab, maksudnya: "Berikan makan dan ucapan salam, baik kepada orang yang kamu kenal atau tidak." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Minta anak-anak supaya memberi ucapan salam yang sempurna iaitu "Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh." Begitu juga apabila mereka menjawab salam, biasakan dengan menjawab sebagai "Walaikumussalam Warahmatullah Wabarakatuh." Ketahuilah, dalam ucapan salam ini mengandungi pekataan al-salam (sejahtera), rahmat dan berkat.

Fahamkan anak-anak bahawa dalam hidup ini kita memerlukan kesejahteraan, rahmat dan keberkatan-Nya. Tanyakan kepada anak-anak jumlah orang yang telah mereka berikan salam pada hari itu. Jika hanya dua atau tiga orang, ibu bapa perlu menggalakkan mereka agar menambah angka tersebut.

3. Memberi Senyuman
    Katakan kepada anak-anak, berilah senyuman keapda sesiapa yang ditemui. Ia salah satu sedekah yang paling murah namun berpahala. Apabila bangun pagi, berilah senyuman yang manis kepada ibu dan ayah. Niatkan dengan senyuman ini dapat menggembirakan hati mereka yang terpaksa meredah jalan ke tempah kerja pada awal pagi. Apabila mereka pulang dalm keletihan nanti, penawarnya senyuman si anak. Begitu juga menggalakkan mereka senyum apabila berjumpa kawan-kawan.

4. Berkongsi
    Ada kalanya, berkongsi adalah perkara yang sukar bagi anak-anak. Pernah seorang ibu terpaksa membeli  buku cerita yang sama tajuknya bagi keempat-empat orang anaknya. begitu juga dalam soal makan, mereka selalu bergaduh jika tidak mendapat seketul ayam seorang. Si ibu tadi terpaksa menurut kemahuan mereka kerana tidak sanggup mendengar pertelingakahan setiap hari. Amalan tidak suka berkongsi ini dibawa juga ke sekolah seperti tidak boleh berkongsi tempat berduduk, pensel warna, pemadam dan sebagainya.

Katakan kepada anak-anak, berkongsi melatih diri supaya memeningkan orang lain. Jika melihat kawan tidak makan, ajak mereka makan bersama. Allah S.W.T. memberkati hidangan yang banyak tangan di dalamnya. Si ibu pula rajin-rajinlah menyediakan bekalan makanan yang lebih suapaya boleh dikongsi. Rasulullah S.A.W. tidak makan bersendirian. Baginda pasti mengajak sama ada isteri atau sahabat makan bersama. Inilah rahsia kecintaan atau ikatan kukuh antara sahabat. Oleh sebab itu, anak-anak perlu sering diingatkan suapaya membantu atau berkongsi perkara yang baik sama ada di rumah atau di tempat lain.

5. Doa-Mendoakan
    Doa ialah senjata ampuh orang Mukmin dan mereka memperbanyakkan doa setiap hari. Malangnya, ibu bapa jarang memupuk rasa tanggungjawab berdoa ini kepada anak-anak terutama remaja. Ada yang menganggap doa-doa misalnya dao memakai baju, belajar, keluar dari rumah, menaiki kenderaan dan lain-lainuntuk peringkat tadika sahaja dan ia ternyata salah.

Anak-anak perlu tahu bahawa berdoa bukan hanya untuk diri sendiri. Galakkan anak-anak berdoa unutk ibu, ayah, dan adik beradiknya. Ajarkan mereka cara mendoakan kawan-kawan, misalnya:
"Ya Allah, sihatlah sahabatku Zikri yang selalu sakit dan kerap tidak datang ke sekolah."
"Ya Allah, berilah semangat kepada cikgu kami ketika mengajar. Semoga dia sabar mengajar kami."
"Ya Allah, berilah kejayaan kepada kami semua supaya mudah menjawab dalam peperiksaan."

Kenangan bagaimana Rasulullah S.A.W. selalu mendoakan umat Baginda. Baginda juga dikatakan pernah mendoakan orang bukan Islam yang sedang mengahadapi kesulitan, inilah kita sesama Muslim. Fahamkan anak-anak salah satu cara supaya dao dimabkulkan Allah S.W.T. ialah kita mendoakan orang lain.

Berazam untuk Menjadi Lebih Baik

Inilah prinsip hidup Rasulullah S.A.W. Baginda pernah ditanya oleh sahabat tentang siapa orang paling beruntung, Baginda menjawab, maksudnya: "Sesiapa yang keadaan pada hari ini kualiti hidupnya lebih baik daripada semalam, dialah orang beruntung."

Jadi, ibu dan bapa berperanan untk selalu bertanya kepada anak-anaknya tentang kebaikan yang telah dilakukan, jumlah orang yang mereka doakan, bantu dan sebagainya. "Hari ini abang tak buat bising dalam kelas. Abang dengar semua yang cikgu ajar."

"Alhamduillah, syukur kepada Allah S.W.T. memudahkan abang sewaktu belajar." "Adik sudah kemaskan permainan dan masukkan ke dalam kotak." "Terima kasih kerana dengan izin Allah S.W.T., adik telah menolong ibu. Rumah kita pun bersih."

Semoga cara didikan di atas dapat mendidik anak-anak kita menjadi sebaik-baik manusia. Jika misi ini berjaya, masalah gejala sosial dapat dikurangkan. Semuanya perlu berbalik kepada agama yang sentiasa benar iaitu Islam. Biarlah nilai-nilai murni sentiasa menjadi pakaian mereka walau di mana berada.

Thank you for reading this entry !

Tiada ulasan :

Catat Ulasan