Assalamualaikum !
"Awak suka siapa?"
"Kita suka Ultraman Nexus...."
"Saya pula Power Rangers."
"Eleh, tak main la semua tu. Kita ni Boboi Boy...Kuasa 3!"
"Apalah kawan-kawan ni, tak islamik langsung...suka Maher Zain la!"
Inilah cerita anak-anak dan kawan-kawan termasuk juga dewasa. Cerita yang semua pernah 'berlakon' di dalamnya pada zaman dan generasi, pasti ada idola yang terpahat di hati. Mungkin tidak jelas pada awalnya sebab pemilihan idola tersebut. Mungkin kerana kehebatannya, kerana kuasa 'super' yang dimiliki ataupun kerana sesuatu yang menarik ketika itu. Namun, ia pasti berubah dan semakin terarah setelah semuanya meningkat remaja dan dewasa.
Idola atau Qudwah?
Ada pihak yang tidak selesa dengan perkataan idola. Jika diambil daripada asal usulnya, boleh menunjukkan kepada sesuatu yang berbentuk imej atau objek material yang mewakili bentuk penyembahan dan ikutan serta pemujaan kepada sesuatu agama dan anutan mahupun 'kegilaan' kepada individu ssecara membuta tuli. Konotasinya agak bersifat negatif, bukan? Betul tak?
Nmun begitu, mungkin yang ingin diketengahkan bukanlah maksud asalnya, tetapi penggunaan yang meluas dalam pemakaian semasa merujuk kepada individu yang dijadikan ikutan atau yang sangat diminati sehingga mampu 'memaksa' secara penuh kerelaan untuk mengikut setiap langkah, pakaian, pertuturan, gaya, genre, stail, mahupun karakter. Justeru, bahasa yang paling sesuai dalam lingkungan agama ialah qudwah atau uswah kerana ia lebih terarah, mempunyai objektif dan tidak mengangkat manusia ke darjat 'ketuhanan' sehingga melebihkan tahap kemanusiaannya dan statusnya sebagai makhluk Allah S.W.T jua. Apapun istilahnya, saya yakin yang dimaksudkan dengan idola ialah qudwah dan bukannya idola ketuhanan atau idola berbentuk keagamaan.
Antara Menyerupai dan Diserupai
Allah S.W.T juga menganjurkan kita mengambil contoh dan menjadika Nabi S.A.W sebagai ikutan.

Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya 'al-Fawaid' mengungkapkan sebuah syair Arab bermaksud: "Tirulah (serupa seperti) mereka jika kamu tidak mampu menjadi seperti mereka. Kerana menyerupai akan sifat orang-orang yang mulia itu merupakan satu kejayaan." Semua ini menunjukkan kalau ada yang ingin dijadikan contoh ikutan, maka tidak salah bagi yang ingin mengikut itu menyerupai sifat-sifat mulia dan kebaikan yang ada untuk melakar kejayaan dalam kanvas hidup masing-masing.
Cuma, sudah tentu ada garis panduan yang boleh dijadikan nercara untuk kita memilih siapa yang ingin diikuti dan apa kriteria atau sifat yang ingin diikuti. Panduan umumnya ada pada hadis Nabi Muhammad S.A.W yang mafhumnya: "Sesiapa membuat sunnah yang baik dalam Islam, maka baginya pahalanya dan pahala orang setelahnya yang mengamalkan tanpa mengurangi sedikit pun daripada pahala-pahala mereka. Dan sesiapa membuat sunnah yang buruk dalam Islam, maka baginya dosanya dan dosa orang setelahnya yang mengamalkan tanpa mengurangi sedikit pun daripada dosa-dosa mereka. (Riwayat Muslim, hadis no. 1017)
Jesteru secara realtifnya boleh difahami daripada hadis di atas, perkara yang boleh ditiru atau dikagumi itu adalah sesuatu yang soleh, memurnikan makna ketaatan, amal yang menyerupai dan yang diserupai. Tetapi jika ia merupakan suatu bentuk dosa, maksiat atau kemungkaran, maka awasilah kerana dosanya dan akibatnya juga bakal dikongsi bersama. Berhati-hati dalam memilih dan mengimbas siapa idola atau qudwahmu, Insya-Allah kejayaan di dunia dan akhirat pasti menjadi milikmu.
Thank you for reading his entry !
Tiada ulasan :
Catat Ulasan