Assalamualaikum !
"Dalam suatu keadaan yang memerlukan kita menunggu seseorang sama ada rakan untuk sama-sama pergi ke dewan kuliah, pensyarah masuk ke dalam dewan ataupun menunggu makanan yang dipesan siap, terdapat satu tempoh waktu yang boleh dinamakan sebagai tempoh waktu singkat."
Biarpun ia hanya satu tempoh waktu yang agak singkat, tetapi ramai orang yang tidak mengambil berat tentangnya. Bukankah seorang penjaga masa yang baik tidak akan mensia-siakan masanya walau dalam apa jua keadaan?
Tempoh Masa Tersingkat
Sebagai seorang yang sentiasa peka dengan waktu solat, pasti dia dapat membuat perbezaan antara satu waktu solat dengan waktu solat yang lain dari segi tempoh waktunya.
- Tempoh Waktu Terpanjang: Antara Isyak dengan Subuh.
- tempoh Waktu Tersingkat: Antara Maghrib dengan Isyak.
Namun, tempoh waktu tersingkat ini seringkali tidak dimanfaatkan sebaiknya oleh kebanyakan orang. Buktinya? lihat sahaja berapa ramai orang yang masih berada di padang bola biarpun azan Maghrib sudah lama berkumandang. Ada juga yang masih terlalu asyik menyiapkan laporan dan kerja yang bertimbun tanpa menyedari siang sudah bertukar kepada malam.
Setiap orang seharusnya mengambil perhatian terhadap tempoh tersingkat ini kerana apabila seseorang itu lalai dalam urusan keduniaannya, dia akan terlepas waktu solat Maghrib. Dalam tempoh masa kurang dua jam, fardu Isyak. Sudahlah tempoh tersingkat ini tidak dapat dimanfaatkan, kewajipan utama untuk menunaikan solat Maghrib turut tidak dapat dilaksanakan.
Tahniah buat mereka yang dapat menanti masuknya waktu solat Isyak setelah selesai menunaikan solat Maghrib! Berbahagialah orang yang mengisi tempoh waktu yang ada dengan perkara yang dapat mendekatkan dirinya dengan Allah S.W.T. dan berusaha untuk tidak memenuhkan tempoh masa tersingkat ini dengan sesuatu yang tidak bermanfaat.
Berlumba-lumba Mengerjakan Kebaikan
Apabila seseorang itu ada rasa ingin berlumba-lumba uintuk meraih kebaikan dalam setiap perkara, dia akan menghargai dan menggunakan masa yang ada di hadapannya dengan sebaliknya. Kebaikan itu sudah tentulah bukan untuk mengejar pujian dan hak keduniaan semata-mata,bahkan dirinya berusaha untuk berlumba-lumba memenuhkan masa hidupnya dengan ibadah. Dia sedar ibadah itu bukan bertumpu pada amalan wajib seperti solat, zakat dan puasa sahaja, tetapi menjadikan perkara yang berlaku si sekelilingnya sebagai peluang untuk menggandakan lagi amalan kebaikan.
Dalam mencari idola untuk melakuan kebaikan,Allah S.W.T. menerangkan perihal para Nabi yang berlumba-lumba mencari kebaikan dengan perasaan berharap dan takut kepada Allah S.W.T.,
Firman Allah S.W.T. maksudnya: "Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentaisa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada kami." (Surah al-Anbiya' 21:90)
Selain itu, Allah S.W.T. juga mengiktiraf orang yang menyeru kepada perkara yang baik, melarang daripada melakukan larangan-Nya serta yang berlumba-lumba ke arah kebaikan sebagai orang yang soleh seperti yang terdapat dalam firman-Nya menerusi ayat 114 dalam surah Ali 'Imran. Allahuakbar!
Semoga anda mendapat amalan-amalan yang kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T agar dirahmati dan dimurahkan rezeki.. Amin Ya Rab al-'alamin dan Wassalam..
Selain itu, Allah S.W.T. juga mengiktiraf orang yang menyeru kepada perkara yang baik, melarang daripada melakukan larangan-Nya serta yang berlumba-lumba ke arah kebaikan sebagai orang yang soleh seperti yang terdapat dalam firman-Nya menerusi ayat 114 dalam surah Ali 'Imran. Allahuakbar!
Firman Allah bermaksud: Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh.
Pendek Tetapi Terisi
"Ala, masa pendek sahaja pun. Bagilah peluang untuk kami berehat," rungutan seperti inilah yang biasa diberikan. Tidak perlulah mengistilahkan tempoh waktu yang pendek sebagai alasan untuk seseorang tidak melakukan sesuatu perkara yang bermanfaat. Ambillah sedikit waktu tidur untuk berehat dan melepaskan keletihan, namun jangan terlebih kuantiti yang diperlukan oleh seorang manusia normal.
Benar, tidur adalah ibadah tetapi bukan dengan cara untuk membalas waktu tidur yang tidak digunakan sebelum ini. Andai rutin tidur itu daiplikasi dengan tepat dan betul, pasti tiada istilah "mengqadak tidur". Tempoh waktu yang singkat sepatutnya diisi dengan baik. Biar singkat, asalkan terisi. Jadilah sepeti ahli sufi yang tidak mengenal waktu rehat dalm hidup mereka. Mereka sentiasa mengisi masa mereka sama ada masa yang panjang ataupun singkat dengan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Setiap perbuatan dijadikan ibadah hanya kerana Allah dan kita tidak mengetahui waktu kematian kita nanti.
Info Sisi:
Saranan pengisian antara waktu Maghrib dengan Isyak:
- Mengaji
- mengulang kaji pelajaran
- Solat sunat rawatib selepas Maghrib
- Mendengar kuliah agama
- Membantu keluarga menyediakan hidangan
Semoga anda mendapat amalan-amalan yang kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T agar dirahmati dan dimurahkan rezeki.. Amin Ya Rab al-'alamin dan Wassalam..
Thank you for reading this entry !
Tiada ulasan :
Catat Ulasan