Rabu, 31 Oktober 2012

Syukur Kita Dapat Melihat

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatah !


Blupp!!! Sambungan elektrik terputus tepat pada jam 11 malam. Kita menoleh ke kiri dan ke kanan. Gelap-gelita. Dengan berhati-hati kita melangkah sambil kedua-dua tangan diluruskan ke hadapan, bimbang takut terhantuk pada dinding atau terlanggar perabot. Dengan perlahan-lahan kaki kita melangkah, takut-takut tersanduk. Memori kita bekerja keras untuk mengingati susunan perabot di dalam rumah, lokasi tangga dan barang-barang lain agar tidak terlanggar.

Destinasi kita hanya satu, iaitu untuk mencari cahaya atau apa-apa sahaja yang boleh menghasilkan cahaya. Kenapa kita perlukan cahaya? Ini kerana mata kita tidak berfungsi tanpa cahaya. Nikmat mata hilang seketika apabila ketiadaan cahaya. Ketika itulah kita berasa sangat berharga deria ini sehingga kita gelisah meskipun ia hilang seketika. Kita mungkin tidak menyedari keistimewaan deria ini sehinggalah ia hilang seketika.

Tanpa kita sedari, mata kita terus berfungsi mengikut keperluan kita, melebihi apa yang kita minta dan harapkan. Di saat kita keluar dari rumah dalam suasana yang sangat terang, tanpa diminta saiz anak mata kita secara automatik mengecil untuk mengurangkan jumlah cahaya yang masuk. Begitu juga sebaliknya apabila kita bergerak dari tempat terang ke tempat yang redup atau gelap.

Apabila jari kita tertusuk duri kecil, pasti kita akan cuba untuk memberi fokus pada duri itu. Kita hanya ingin fokus, namun kerja yang dilakukan oleh mata adalah sangat rumit tanpa kita sedari. Kanta yang terletak di belakang iris mampu menyesuaikan diri mengikut jarak objek yang ingin kita lihat. Dengan bantuan otot-otot di sekelilingnya, kanta mata mampu mengubah bentuknya untuk disesuaikan dengan sudut objek yang difokus, agar imej yang terhasil jatuh tepat pada retina. Semakin dekat objek yang kita hendak lihat, maka kanta tersebut menjadi semakin cembung agar imej yang dilihat sentiasa jelas.

Mata yang Begitu Istimewa

Dalam masa beberapa saat yang lepas, kira-kira 1 bilion operasi telah berlaku di dalam mata kita. Bayangkan bagaimana struktur yang kompleks ini hanya terletak di dalam sebuah ruang yang kecil sahaja di badan kita. Lokasinya yang sesuai membolehkan kita mengawal pergerakan badan kita dengan sempurna dan optimum. Bayangkan bagaimana sekiranya mata dijadikan di lutut, atau lebih teruk lagi di buku lali. Tentu sekali ini akan menyukarkan segala aktiviti harian kita termasuklah berjalan, makan dan memandu.

Di samping diletakkan pada kedudukan yang sesuai, mata kita juga diletakkan di tempat yang paling tepat dan sempurna di muka. Lokasi mata sekarang ialah tempat yang terbaik untuk kita melihat dengan baik dan juga sebagai kesempurnaan wajah. Tidak diragui mata merupakan antara organ yang paling sensitif dan paling rumit pada badan kita dan mungkin yang paling menakjubkan. Ia menjadi jendela kepada otak kita untuk melihat dunia. Kira-kira 4/5 maklumat yang diterima oleh otak adalah daripada mata.

Charles Darwin, pengasas teori evolusi juga mengakui akan kehebatan organ ini. Dia pernah menyebut mata adalah salah satu cabaran terbesar kepada teori dangkalnya itu. Beliau berkata: "Mata serta komponen-komponennya yang sangat rumit, susah untuk dihuraikan kejadiannya mengikut teori natural selection (pemilihan semula jadi berasaskan ciri-ciri yang baik). Saya benar-benar akui ia satu ciptaan yang hebat." (On the Origin of Species, halaman 190)

Beliau juga pernah berkata: "Jika saya teringat akan kejadian mata, ia membuatkan saya menggigil kesejukan." Mata manusia sememangnya sangat unik dan rumit. Ia terdiri daripada kira-kira 40 sistem yang bekerjasama dengan sempurna, termasuklah iris, pupil (anak mata), kornea, kanta, retina, urat saraf dan sebagainya. Sebagai contoh, retina mempunyai kira-kira 130 juta sel yang amat sensitif pada cahaya. Sel-sel ini ada yang terbentuk rod berfungsi untuk memberikan gambar hitam dan putih pada objek yang dilihat, manakala yang berbentuk kon mentasfir warna-warna selain hitam dan putih.


Sekiranya salah satu sistem tersebut gagal berfungsi, maka ia akan menjejaskan keseluruhan proses penglihatan, menyebabkan mata tidak mampu untuk melihat. Sebagai contoh, bebola mata jika mengalirkan air untuk melembapkan  mata, pasti mata akan menjadi kering dan akhirnya merosakkan mata. Begitu juga apabila kanta mata kita rosak. Pastinya menyebabkan cahaya tidak dapat memasuki mata dan keseluruhan mata menjadi segumpal tisu yang tidak berguna.

Setakat ini belum ada lagi saintis yang mampu mencipta mata tiruan yang mampu bergerak juga sudah ada, namun belum ada lagi mata tiruan yang boleh melihat seperti mata yang Allah S.W.T. kurniakan.

Bagaimana Kita Boleh Melihat?

Apabila kita melihat sesuatu objek, cahaya daripada objek tersebut bergerak menembusi lapisan kornea, pupil (anak mata) dan seterusnya kanta. Apabila sampai di retina, sel-sel yang amat sensitif kepada cahaya akan menukarkan cahaya kepada signal elektrik untuk dihantar ke dalam otak. Imej yang terpampang pada retina adalah terbaik, namun otak kita mampu memyesuaikannya. Dua imej dari sudut yang berbeza yang diterima oleh mata kiri dan kanan akan dicantum oleh otak untuk menghasilkan satu imej dalam bentuk tiga dimensi sepertimana yang kita lihat. Otak kita juga menilai bentuk, warna dan juga jarak dengan itu. Semua proses ini berlaku kurang daripada 1/10 saat.

Realitinya, kita sedang berhadapan dengan fakta-fakta penting. Mata terdiri daripada banyak lapisan termasuk retina, iris, pupil, kanta, kornea, saraf-saraf yang menghubungkan ke otak dan juga pelbagai struktur yang lain. Semua struktur tersebut bekerja serentak apabila kita ingin melihat sesuatu objek. Jika ada salah satu yang rosak, maka keseluruhan sistem akan menjadi rosak dan tidak akan dapat melihat apa-apa.

Teruskan Syukur kepada Allah

Adakah kita pernah menjadi buta dalam hidup kita, sama ada selepas pembedahan mata atau selepas kemalangan jalan raya? Saat itu mata kita dibalut sementara waktu untuk merawat luka agar ia cepat sembuh. Jika ada (minta dijauhkan), tentu sekali kita akan benar-benar menghargai nikmat dan tahu nilai sebenar mata kurniakan Allah S.W.t. itu.

Kita akan berasa tidak ada kurniakan fizikal yang lebih mahal selain daripada penglihatan ini. Kita akan berasa sangat gembira sebaik sahaja kain pembalut yang menutupi mata kita dibuka dan kenikmatan itu benar-benar akan dirasai untuk hari seterusnya..

Jangan lupa! Setiap kali kita membuka mata, setiap imej yang kita lihat adalah sesuatu yang patut kita syukuri kepada nikmat Allah S.W.T. yang tidak terkira itu.

16:78

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dengan keadaan tidak mengetahui apa-apapun, lalu Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran, penglihatan serta hati (akal) supaya kamu bersyukur." (Surah al-Nahl 16:78) Wallahu a'lam... =)

Jumaat, 26 Oktober 2012

Tidak Masuk Syurga kerana Hutang

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatah !


Membayar hutang di dunia dengan wang. Manakala membayar hutang di akhirat dengan pahala dan dosa. Oleh Rasulullah S.A.W. menggesa kita melangsaikan segala hutang selagi masih di dunia dan selagi wang serta harta masih diterima oleh manusia. Pahala itu lebih bernilai daripada harta, dan miskin di dunia lebih ringan daripada miskin di akhirat.

Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pernah melakukan kejahatan kepada orang lain sama ada berkaitan dengan kehormatan ataupun selain itu, maka mintalah dihalalkan pada hari ini sebelum tidak berguna lagi dinar dan dirham. Jika dia memiliki amal soleh, maka ia akan diambil dosa orang yang dilakukan perbuatan jahat tersebut lalu dibebankan kepadanya." (Riwayat al-Bukhari dan al-Tirmizi)

Satu Kezaliman

Kita Masih berbincang tentang hari pembalasan. pada hari itu nanti, semua perbuatan kita selama di dunia akan diperhitungkan. Semua hak akan dicukupkan kepada pemiliknya. Tiada satu pemilik hak pun yang akan dihalangi daripada hak-haknya yang dizalimi. Dan tiada seorang pun yang dapat lari daripada hak orang lain walaupun sedikit.

Salah satu hak tersebut ialah hutang dan pinjaman. Salah satu daripada penyakit manusia ialah mengelak atau "melarikan" diri daripada melunaskan dan membayar hutang. Ramai juga pemberi hutang yang hanya mampu bersabar lantaran tidak mampu untuk meraih kembali hak-haknya.

Enggan membayar hutang merupakan satu bentuk kezaliman yang keji. Pelakunya boleh dikatakan telah membalas kebaikan dengan keburukan. Oleh sebab itu, ia sangat dibenci di sisi Allah dan di mata manusia.

Rasulullah S.A.W. bersabda, mufhumnya: "Menangguhkan hutang padahal mampu membayarnya adalah satu kezaliman." (Riwayat al-Bukhari)

Sebagai agama yang mencintai keadilan, Islam sangat menghormati hak pemilikan seseorang. Islam melihatnya sebagai sesuatu yang suci. Tiada sesiapa yang boleh mengambil hak milik orang lain tanpa keizinan dan kerelaan hati daripada pemiliknya.

Daripada Abu Humaid al-Saidi, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Tidak halal bagi seseorang mengambil tongkat saudaranya tanpa kerelaan hati saudaranya." (Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya)

Al-Amir al-San'ani menyatakan dalam Subul al-Salam: "Hadis ini menunjukkan haramnya harta seorang Muslim terhadap orang lain, walaupun sedikit kecuali dengan kerelaan hati. Dan jimak telah berlaku bagi perkara ini."

Hak Orang Bukan Islam

Kesucian hak milik harta tetap terjaga meskipun berkaitan dengan seseorang yang bukan beragama Islam. Seorang Muslim wajib menjaga hak orang lain tanpa mengira bangsa dan agama kerana perbuatan ini merupakan akhlak mulia yang disokong dalam Islam.

Rasulullah S.A.W. mengecam orang yang menzalimi hak orang bukan Islam. Orang seperti ini tidak akan mendapat syafaat Baginda pada hari kiamat nanti. Malah, dia akan menjadi musuh Nabi S.A.W. Dalam Sunan Abu Daud, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Ketahuilah, sesiapa yang menzalimi mu'ahid (kafir zimmi), mencelanya, membebaninya dengan tugasan yang melebihi kemampuannya atau mengambil sesuatu dari padanya tanpa kerelaan hati, maka aku akan menjadi musuhnya pada hari kiamat nanti."

Mati Membawa Hutang

Kerana hutang berkaitan dengan hak manusia, maka ia tidak boleh ditebus dengan meminta maaf, taubat ataupun istighfar. Ia juga tidak boleh ditebus dengan solat ataupun haji. Hutang hanya boleh dibayar sama nilai dengan hutang-hutangnya. Selagi belum dibayar, maka hutang itu akan terus mengikat seseorang bahkan selepas dia mati.

Sesiapa yang meninggal dunia sebelum melunaskan hutang-hutang ketika hidupnya, maka rohnya akan terhalang daripada memasuki syurga. Dia tidak akan terlepas daripada "ikatan" tersebut sehinggalah ia dijelaskan. Imam al-Tirmizi meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Jiwa seorang Mukmin terikat dengan hutangnya sehingga dibayarkan (hutang tersebut) baginya."

Oleh sebab itu, hindarilah mati dengan membawa hutang. Jika mampu membayarnya ketika hayat masih ada, maka janganlah ditunda-tunda. Jika kita mati terlebih dahulu dan tidak berkesemapatan, perlulah dipastikan agar ia ditulis sebagai wasiat agar ahli waris dapat membayar hutang tersebut bagi si mati.

Imam Ibn Abd al-Bar menyatakan dalam kitab al-Istiskar: "Ijmak ulama menyatakan bahawa orang yang meninggalkan hutang wajib berwasiat agar dapat dibayarkan hutang tersebut. Lebih utama jika dia membayar hutangnya semasa hidup. Jika dia telah berwasiat dan meninggalkan hutang untuk membayarnya, maka dia tidak akan terhalang daripada memasuki syurga, Insya-Allah."

Jelasnya, hutang bukanlah perkara ringan. Tiada orang yang mringankannya melainkan orang yang tidak takut pada hari pembalasan.

Menjadi Muflis

Sesiapa yang tidak melangsaikan hutang-hutangnya di dunia, maka para pemilik hak tersebut akan datang menuntutnya di akhirat nanti. Pada hari tersebut, mereka tidak meminta dibayar dengan wang tetapi mereka akan menuntut semua pahala yang memilikinya. Imam Muslim meriwayatkan, pada suatu hari Rasulullah S.A.W. bertanya kepada para sahabatnya yang bermaksud: "Tahukah kamu siapakah orang yang muflis (bankrap)?"

Para sahabat menjawab: "Muflis menurut kami ialah orang yang datang pada hari kiamat dengan (pahala) solat, puasa, zakat. Namun dia pernah mencela, memfitnah, memakan harta, menumpahkan darah dan memukul si polan. Maka orang ini akan datang untuk mengambil pahala-pahalanya. Jika pahalanya telah habis sebelum menyelesaikan semua tuntutan ini, maka dosa-dosa mereka akan dibebankan kepadanya, lalu dia pun dicampakkan ke neraka."

Semoga Allah menjaga kita daripada perkara-perkara yang dapat menghalang kita daripada masuk ke dalam syurga. Amin ya Rab al-'Alamin. Biarkan saya akan menceritakan sebuah kisah dalam zaman Islam dahulu dan membaca kisah dulu ya.

Kerana Sebatang Pen.....

Jika kita meneliti sikap para ulama berkenaan hutang, kita akan melihat sikap warak yang sangat tinggi dalam diri mereka. mereka ialah orang yang paling sedar akan bahaya hutang dan sangat mengambil berat dengan perkara ini.

Salah seorang daripada ulama tersebut ialah Imam Abdullah bin al-Mubarak sudah wafat pada 181 Hijrah.

Sejak usia mudanya, Ibn al-Mubarak sangat rajin menuntut ilmu. Beliau sering kali berpindah ke pelbagai negeri untuk berjumpa para ulama dan menulis hadis-hadis mereka.

Suatu ketika, dalam sebuah majlis ilmu di Syam, pen yang beliau gunakan untuk menulis telah rosak. lalu, beliau meminjam sebatang pen daripada seorang pelajar lain yang duduk sebelahan dengannya.

Setelah majlis berakhir, Ibn al-mubarak bangkit untuk meneruskan perjalanannya ke Mesir. Kerana agak tergesa-gesa, beliau terlupa mengembalikan pen yang dipinjam itu kepada pemiliknya. Beliau hanya teringat setelah tiba di Mesir.

Menyedari beliau telah mengambil hak seseorang tanpa izin, Ibn al-Mubarak segera kembali ke Syam. padahal perjalanan dari Syam ke Mesir sangat jauh dan perlu melintasi lautan. Setibanya di Syam, beliau segera mencari pemilik pen tersebut dan mengembalikannya.

Demikianlah sifat warak Ibn al-Mubarak. Beliau sedar bahawa barang pinjaman yang bukan miliknya boleh menghalanginya daripada memasuki syurga. Justeru, beliau bersegera mengembalikannya walaupun perlu merentas perjalanan yang begitu jauh.


Taqabbal Allahu minna wa minkum wa kullu 'aamin wa antum bikhayr..
Salam Aidiladha =D

Thank you for reading this entry !

Khamis, 18 Oktober 2012

Potensi DIRI yang Terpendam

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatah !


Anak harimau dengan anak kambing

"Isyy... Kenapa aku tak ada tanduk macam dia?" itu berfikir oleh seekor anak harimau sambil puas meraba-raba kepalanya dan memerhati anak kambing..

"Bahagia ada mempunyai tanduk yang kuat dan hebat" itu berfikir seekor anak kambing sambil melihat, meninggalkannya dan melarikan diri daripada seekor anak harimau...

Seekor anak harimau tersesat ke dalam kumpulan anak-anak kambing di padang rumput. Ketika bermain-main, anak-anak kambing begitu berbangga memiliki sepasang tanduk yang baru tumbuh di kepala masing-masing. Malangnya si anak harimau puas meraba-raba kepalanya, namun tidak ada tanda-tanda sebarang rupa tanduk akan tumbuh.

     Menjelang senja anak harimau kembali menemui ibunya di hutan lalu memprotes: "Ibu, mengapa kita tidak ada tanduk seperti kambing?"

    "Anakku, kambing hanya memiliki sepasang tanduk yang hitam dan kasar, tetapi kamu sebenarnya memiliki sepasang taring yang lebih cantik, putih, dan kuat di dalam mulutmu," sambil menunjukkan sepasang taring yang mula tumbuh di dalam mulut anak harimau.

    "Malah kamu mampu mengaum dengan lebih kuat dan menakutkan haiwan lain, sedangkan kambing hanya boleh mengembek sahaja."

    Pengajarannya, janganlah berasa rendah diri dengan kelebihan yang dimiliki orang lain sedangkan Allah S.W.T. memberikan kita bermacam-macam kelebihan yang belum kita ketahui dan masih terpendam dalam diri kita.

Profesor dengan Pendayung Sampan

Suatu masa, seorang profesor hendak menyeberang sebatang sungai dengan sebuah sampan. Ketika sampan berada di gigi air, dia bertanya kepada pendayung sampan: "Kamu pandai menulis dan membaca?"

"Er...er.... Tidak. Saya buta huruf," jawab pendayung sampan.

"Kamu telah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang buta huruf hilang separuh keupayaan untuk hidup dengan berjaya."

Sampan semakin ke tengah sungai. Profesor bertanya lagi: "Kamu ada menyimpan wang dalam bank?"

"Er..... er.... Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan," jawab pendayung sampan lagi.

"Kamu hilang separuh lagi daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak menyimpan wang tidak boleh hidup selesa pada hari tua nanti."

Sampan sampai ke tengah sungai. Arus semakin mengganas. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir tenggelam. Si pendayung sampan segera bertanya kepada profesor: "Tuan pandai berenang?"

"Eh..... eh.... saya tidak pandai berenang," jawab profesor dalam nada panik.

"Kalau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!"

Pengajarannya, jangan memandang rendah ke atas sifat lahiriah orang lain. Mungkin dia memiliki keistimewaan dan potensi diri anugerah Allah S.W.T. yang tidak kita miliki.

Yakin Membangun Potensi

Potensi diri merupakan kemampuan dan kekuatan, baik yang belum wujud mahupun yang telah wujud serta yang dimiliki seseorang tetapi belum sepenuhnya terlihat atau dipergunakan secara optimum. Kita sering berasa dan beranggapan bahawa kita tidak memiliki sesuatu yang istimewa untuk ditampilkan kerana kita tidak menyedari potensi diri kita dan tidak meneroka bersungguh-sungguh, Kadang-kadang kita menolak suatu kesempatan kerana kita berasa tidak mampu melakukannya. Seandainya kita yakin, kita pasti boleh mealakukannya. Semuanya bergantung kepada keyakinan diri kita. Jika kita yakin, kita boleh!

Vince Lombardi berkata: "Seseorang boleh mencapai setinggi mana kejayaan yang diingininya. Jika anda yakin dengan diri anda dan mempunyai keberanian, kesungguhan, dedikasi, daya saing, rela berkorban perkara-perkara kecil dalam hidup dan sanggup membayar harga yang mahal bagi perkara yang bermanfaat, ia mampu dilakukan."

Tahap keyakinan diri berpunca daripada diri kita sendiri.Implementasi daripada kepercayaan diri, kita boleh melakukan sebarang tugasan yang sulit serta mengeluarkan isyarat positif yang akan menarik reaksi daripada alam semesta, sama asa alam besar seperti langit, bumi, matahari, bulan,bintang, awan, angin, udara, gunung-ganang, bukit-bukau, dan laut mahupun makhluk seperti haiwan dan manusia termasuk makhluk ghaib seperti malaikat, jin dan syaitan.

Isyarat tersebut akan memepergaruhi roh, jiwa, minda dan semangat kita untuk bekerja. Jika kita yakin, alam akan memberi respons keyakinan kepada kita dan keyakinan itu akan memacu kenyataan. Jangan sekali-kali berasa takut untuk mencuba. Kita tidak akan menemui sesuatu yang berharga dalam diri kita sebelum kita mencubanya. You'll never know, until you try, maksudnya, "Anda tidak akan tahu selagi anda tidak mencuba." Lihatlah ke muka cermin dan katakan pada diri sendiri: "SAYA BOLEH!"


Kekurangan Sebagai Batu Loncatan

Jika ada orang atau persekitaran memberi respons negatif terhadap diri kita, hendaklah diabaikan. Ini merupakan  suara sumbang yang akan merosakkan semangat kita. Kita tidak dapat mengelakkannya. Kuatkan diri. Kita mahu buktikan kepada mereka bahawa apa yang mereka fikirkan tentang diri kita adalah salah. Kita mahu tenaga negatif ini kita pindahkan menjadi tenaga positif untuk memacu kejayaan.

Virgina Satir: "Jangan biarkan sudut pandangan orang lain ada terbatas membentuk diri kita."

Setiap orang pernah mengalami penghinaan, perlecahan, diragukan dan dianggap remeh. Masa alam kanak-kanak saya di kampung, kaki-kaki buli kampung menggelar saya "Mat Singgea" kerana gigi hadapan atas saya yang jongang. Sementara datuk saya pula memanggil saya dengan panggilan manja "Lotong Atuk" kerana warna kulit saya yang gelap berbanding dengan cucu-cucunya yang lain. Lotong ialah spesies monyet yang berbulu hitam lengan, cuma mukanya berbelang putih.

Namun kedua-dua perlecahan itu tidak pernah membuat diri saya rasa terhina. Orang yang berjaya memacu semua perlecehan menjadi kunci kejayaan, sedangkan orang yang gagal menjadikan itu sebagai pemacu keburukan dan kegagalan. Jadi bezanya cuma bergantung kepada sikap kita (reaksi) dalam menangani aksi yang ditimpakan ke atas diri kita.

Jenis-Jenis Potensi

Menurut Profesor Howard Earl Gardner, seorang profesor psikologi pembangunan di Harvard University, potensi yang terpenting adalah intelek iaitu:

  1. Intelek Linguistik: Kemampuan menggunakan dan mengolah kata-kata sama ada lisan atau tulisan, secara efektif. Intelek  ini dimiliki oleh sasterawan, editor dan wartawan.
  2. Intelek Matematik-Logik: Kemampuan penggunaan bilangan pada kepekaan pola logik dan perhitungan.
  3. Intelek Ruang: Kemampuan mengenal bentuk, benda dan menangkap dunia visual secara cepat. Intelek ini dimiliki oleh arkitek, pereka dalaman dan pemburu.
  4. Intelek Kinestetik-jasmani: Kemampuan menggunakan gerak tubuh untuk mengekspresi gagasan dan perasaan. Intelek ini dimiliki oleh pelakon, penari, pengukir, atlet dan ahli bedah.
  5. Intelek Muzikal: Kemampuan mengembangkan, mengekspresi dan menikmati bentuk-bentuk muzik dan suara. Intelek ini dimiliki oleh pencipta lagu dan penyanyi.
  6. Intelek Interpersoanal: Kemampuan mengerti dan menjadi peka terhadap perasaan, motivasi dan watak suka duka orang lain. Intelek ini dimiliki oleh motivator dan fasilitator.
  7. Intelek Intrapersonal: Kemampuan mengenal diri sendiri, mereuang dan menilai keseimbangan diri.
  8. Intelek Naturalis: Kemampuan mengenal alam, flora dan fauna dengan baik.
  9. Intelek Eksistensi: Kemampuan menjawab persoalan kewujudan manusia, seperti erti hidup, tujuan manusia diciptakan, tujuan hidup dan akhirnya mati.
Potensi diri boleh dikenal pasti melalui tiga skop:
  1. Kemampuan asasi seperti tahap kecerdikan (intelektual), kemampuan visual atau menggambarkan yang abstrak, logika dan daya pencapaian.
  2. Etika kerja seperti ketekunan, ketelitian, kelicinan dan daya tahan menghadapi tekanan.
  3. keperibadian iaitu pola menyeluruh kemampuan, perbuatan serta kebiasaan seseorang sama ada jasmaniah, rohaniah, emosi atau sosial yang digerak dalam beraneka pengaruh persekitaran.
Potensi dalam diri individu secara semula jadi mempunyai sifat:
  • Mengenal dan mengiktiraf Allah S.W.T. sebagai kuasa Pencipta mutlak.
  • Hidup bermasyrakat
  • Sifat berkasih sayang
  • Mengejar kejayaan dan kecemerlangan
  • Memiliki sikap berlumba-lumba untuk berbuat yang terbaik
  • Survival untuk hidup hingga ke titisan darah yang akhir
  • Menolong orang lain yang susah
  • Taat kepada kepemimpinan.
Serlahkan

Potensi diri telah wujud dalam diri setiap insan sejak kelahirannya, Malah dibawa daripada gen ibu dan bapa sejak dalam kandungan lagi. Potensi ini ibarat isi padu air terjun yang terkumpul di puncak gunung atau takungan air empangan di tanah tinggi, bersedia untuk turun ke kontur yang lebih rendah mengikut ketinggian masing-masing.

Jika air terjun itu tinggi, maka besar dan tinggilah potensinya hingga mampu untuk menjadi pemandangan yang indah, menjadi tempat berkelah dan pelancongan, malah mengeluarkan bunyi yang menggerunkan dan kadang-kadang menghasilkan lingkaran tujuh warna pelangi yang cantik.

Takungan air di empangan pula mempunyai potensi yang tinggi untuk menghasilkan kuasa elektrik yang bermanfaat untuk keselesaan hidup umat manusia. Potensi dalam diri manusia akan keluar melalui sembilan bidang atau skop di atas untuk menghasilkan pencapaian, kejayaan dan kecemerlangan.

Begitulah uniknya manusia ciptaan Allah S.W.t yang mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri, namun saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Benar, manusia bukan lemah tetapi unik. Dengan mengenali potensi diri masih terpendam dalam diri individu, kejayaan lebih mudah untuk dicapai. Insya-Allah =)


Thank you for reading this entry !

Khamis, 11 Oktober 2012

Stay Away Unethical Business Part 1

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatah !


Desire to become entrepreneurs, you take precautions in planning and good business with good work in every action. Due to the entrepreneurs have a lot going on high risk businesses such as cheating, abused others, many losers in the business and so on. So you know take care of your business if you need to control it well. God willing (Insya-Allah), everything is OK, and become a successful entrepreneur. Businesses that become worship and receive the blessings of God providence must be independent of the elements of fraud and business practices unethical.

Unethical business practices
  1. Business
  • Not have a permit for a business license
  • Fraud weighing and difficult tool
  • Distortion through direct sales activities
  • Engage with the get rich quick scheme
  • Purchase confirmation sick leave (MC)
    2.  Employee
  • Non-payment of salary or wages due to employees
  • Late payment of salaries
  • Does not protect workers' rights
  • Terminate employment without reasonable cause
  • Does not give a proper holiday to employees
  • Forcing employees to work beyond working hours
  • Do not provide training for new employees
    3.  Goods
  • Deal in goods that are prohibited or forbidden in Islam
  • Deal in goods that are not immoral
  • Drug trafficking
  • Sell ecstasy pills or drugs
  • Selling goods that have reached the expiry date
  • Trafficking counterfeit goods
  • Manipulate the price tag
  • Selling goods that are not valid title
  • Hide the goods in order to raise prices
    4.  Finance
  • Interaction with financial institutions that are not islamic
  • Issuing a check if no money in the account
  • Receiving money unauthorized entry
  • Falsifying financial or tax details
    5. Advertising
  • Falsifying information in the advertise
  • Promote artificially cheap sale
  • No promises as noted in the advertise
   6.   Sharia Law (Hukum Syariat)
  • Receive and laptop
  • Taking a massive profit in one (laptop)
  • Wronged consumers, buyers or others
  • A free mixing of men and women workers
  • Engage with the exploitation of women
  • Items which formed stools is not valid for the transaction
   7.   Law
  • Does not contribute to the Employees Provident Fund (EPF)
  • Does not protect workers in SOCSO
  • Using foreign labor with no work permit
  • Polluting the environment with toxic waste
  • Deviation in hire purchase
  • Distribution of pirated works
  • Purchases by government departments that do not follow the rules
   8.   E-commerce
  • Fraud money or quality of goods through catalog business, mail order and e-commerce
  • Taking or giving Internet by their deposits without a license
  • Engaging with cash transactions on the Internet that are prohibited by governments
Cause of Crisis and Scandal in the Business World

Bias in the business world due to human action itself. Human action arising from the nature of their character and soul. Dysfunctional personality trait like no civic consciousness, possessing low moral and dignity, too pursue worldly, not faith or lack of faith, not trained with entrepreneurial spirit, does not have the moral character and the nature of envy and resentment.

Nabi Muhammad s.a.w. said which means: "Oh people, Allah is good and He will not accept anything but the holy will." (Narrated by Muslim). Rasulullah s.a.w. again, meaning: "A dealer that is honest, trustworthy, and telling the truth will be with the Nabi, siddiqin, and syuhada on the Day of Resurrection (the Hereafter)." (Narrated by al-Tirmidhi and Ibn Majah)

Following are the causes of the crisis and skandal in the business world:

Ignoring manpower management
One of the important aspects of entrepreneurship is to manage human resources (human resources management) so that they can improve the productivity and quality of production. Good human resource management can raise the spirit of commitment among individuals, giving a sense of responsibility awareness, integrated collaboration of workers, establishing a good relationship with employees and employee welfare.

Manpower management failed to be implemented should result in some adverse implications such as employee welfare neglected environmental quality of each individual employee can not be discovered, an employee is dissatisfied and partisan life, hardships and sufferings of the workers did not come to the knowledge of management, individual maximum potential not achieved, experienced workers will start looking for a way out and a lot of manpower that will stop working.

Quality Control Circle (QCC)
A firm or a large factory should think of creating quality monitoring QCC or group involving the views of all employees. As an employee who is given a specific task, of course, will face its own problems and needs while working. Employers also the opportunity to identify the problems and needs of its employees. Cassia your entrepreneurial endeavors changing fast and up to date. Employers are not concerned with the current technology. Will drop performance competition. QCC able to deal with this problem.

Among the QCC functions are:
  1. Identifying employee comfort to work with efficient and competent as preparation tools, machinery or technology that can increase your productivity.
  2. Create a stable working environment and harmonious. This is very important because every employee should feel that they are part of a team (team work) and no disagreements or disputes arising between them. This is to avoid declining of the spirit and morale of employees to work.
  3. Arrange a workplace orderly and clean
  4. Improving safety at work is very important. Security features should be taken into account even increase the cost of production. Safety involves a sense of security at work, free from sexual harassment, accidents, small and large, long-term health disorders such as dirty air conditions, exposure to toxic substances, extreme noise environment, the threat of a foul odor, too hot or cold, moist air that facilitates bacterial spread and so on, handicap that remain, the situation of the building, the location of the work place unsafe and death.
  5. Provide appropriate training and education with efforts to develop a balanced personality in the workplace and home.
P/S:
Tips to avoid injustice to workers:
  1. Provide a reasonable salary in accordance with the productivity and profitability of the company
  2. Get information for local cost of living
  3. Take into account the inflation rate in making the appropriate changes to the workers' wages
  4. Take into account the views of employees prior to making a decision
  5. Implement management participation by involving the entire staff
To be continued....

Thank you for reading this entry !

Ahad, 7 Oktober 2012

Software untuk Ayat Al-Quran serta Terjemahan dalam Microsoft Word

Assalamualaikum Warahmatullah Wabaratakah !


Apa khabar pada semua pembaca blog ini? Alhamdulillah malam ini dengan berkat doa saudara Islam semua saya diberi kekuatan untuk menulis sedikit kisah tentang Maklumat Teknologi dalam Islam kita yang kita semua kasihi. Sudah lama saya bercita-cita untuk menulis tajuk ini tetapi keadaan tidak mengizinkan. Alhamdulillah, akhirnya Allah izinkan juga. Adakah anda pernah mendengar ayat al-Quran serta terjemahannya dalam Microsoft Word? Insya-Allah, jangan risau saya akan membantunya anda semua.

Ini contoh software ayat al-Quran dan terjemahan

Software atau plugin ayat al-Quran dalam Microsoft Word ini adalah percuma dan sangat mudah digunakan. Software ini mungkin akan membantu dan menjimatkan masa anda jika anda mencari ayat al-Quran serta terjemahan dalam Bahasa Melayu. Software ini bertindak sebagai plugin di dalam Microsoft Word. Apa yang menarik adalah ayat-ayat tersebut boleh di edit dengan mudah.

Cara menggunakan:
  1. Install software tersebut seperti biasa
  2. Buka Microsoft Word, pilih tab add-ins dan tekan pada "al-Quran"
  3. Paparan seperti screenshot di bawah akan terpapar di screen anda, pilih surah dan ayat. pastu klik ok.
Download Link: Ayat al-Quran

Update:

Disebabkan terdapat permintaan untuk saya tunjukkan cara install software al-Quran ini Microsoft Word ini dengan sangat jelas, maka upadate ini saya tulis bagi menjadi contoh cara yang saya lakukan agar proses instillation sepenuhnya.

Cara Terperinci Install Software al-Quran in Microsoft Word
  1. Double click aplikasi al-Quran in Word
  2. Sepatutnya, anda akan dipaparkan.
  3. Klik Next pada bahagian information, dan akan anda dipaparkan dengan tempat untuk anda install software al-Quran in Ms Word ini. Seperti biasa, pilih lokasi yang akan inginkan atau biar sahaja mengikut default lokasi yang ditetapkan.
  4. Klik button Install pada bahagian Ready to Install dan proses installation akan dijalankan. Sekali lagi klik Next pada bahagian Infromation.
  5. Akhir sekali, klik Finish.
Apabila anda buka aplikasi Microsoft Word, anda sepatutnya dipaparkan dengan satu menu atau tab baru iaitu Add-Ins. klik pada tab Add-Ins tersebut dan pilih al-Quran.

Software atau plugin al-Quran in Word 1.3 ini telah diuji menggunakan Microsoft Word 2007 dan Microsoft Word 2010 serta ia berfungsi sepenuhnya. Dalam contoh ini saya menggunakan Microsoft Office Profesional 2010. Sila maklum bahawa versi Microsoft Word Starter 2010 tiada fungsi add-ins. Maka al-Quran dalam Ms Words tidak boleh akan digunakan dalam Microsoft Word Starter 2010.

Diharapkan software ini akan membantu anda  menyelesaikan tugasan anda dengan lebih mudah dan pantas. Eh! Software ini bukan milik saya dan kreatif diberikan sepenuhnya kepada penciptanya.

Happy Trying !

P/S:
Disebabkan software al-Quran dalam Ms Word ini menggunakan fungsi add-ins yang terdapat dalam Microsoft Word, beberapa langkah berjaga-jaga boleh anda lakukan.
  1. Pastikan anda install Microsoft Word dahulu sebelum anda install al-Quran dalam Word.
  2. Matikan atau tutupkan aplikasi Microsoft Word semasa proses install al-Quran in Word dijalankan.
  3. Restart PC anda sekiranya perlu selepas proses installation dijalankan.
Thank you for reading this entry !

Khamis, 4 Oktober 2012

High Touch dan High Tech yang Menawan Hati

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatah !


Umat Islam hanya akan berjaya apabila usaha dan perjuangan mereka (secara individu ataupun kelompok) mendapat bantuan Allah. Tanpa bantuan Allah, walau setinggi mana pun kekuatan material dan fizikal yang dimiliki, umat Islam pasti gagal. Usaha meraih kejayaan sama ada di dunia dan akhirat mestilah berasaskan usaha untuk mendapat bantuan Allah. Apa caranya?

Allah sendiri memberitahu bahawa jaminan bantuan-Nya hanya diberikan kepada orang yang bertakwa.

A019

Syarat takwa ini dijelaskan melalui firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Allah menjadi pembela orang yang bertakwa." (Surah al-Jathiyah 45:19)

Jika umat Islam sudah bertakwa, walaupun jumlah mereka kecil dan kekuatan fizikal mereka tidak setanding dengan musuh, mereka pasti dimenangkan Allah atas dasar ketakwaan. Allah berfirman yang bermaksud: "Berapa banyak golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah." (surah al-Baqarah 2:249)


Sekalipun tipu daya musuh licik dan strategik, namun orang yang bertakwa akan dapat mengatasinya. Orang yang bertakwa akan diselamatkan daripada tipu daya musuh-musuhnya. Justeru, untuk berjaya di dunia dan akhirat, umat Islam mesti membina takwa dalam diri, keluarga, masyarakat, dan negara. Sayangnya, seruan menuju takwa masih dan terus tenggelam dalam keriuhan menguar-uarkan pembinaan kekuatan fizikal dan material yang sentiasa digembar-gemburkan oleh umat Islam yang masih lalai.


Takwa itu sifat dalaman. Ia berakar dari hati. Imam Muslim meriwayatkan sabda Rasulullah S.A.W. ini, maksudnya: "Takwa itu di sini." Baginda bersabda demikian sambil mengisyaratkan ke dada Baginda, malah mengulang-ulang isyarat itu tiga kali. Walaupun takwa itu dalam hati, namun ia terpancar keluar dalam dua bentuk:
  • Akhlak: Nilai manusia sesama manusia.
  • Itqan: Nilai manusia berkaitan pekerjaannya.
Dengan kedua-dua kelebihan itu, yakni akhlak dalam pergaulan dan itqan dalam pekerjaan, umat yang bertakwa akan mampu membina tamadun fizikal dan material.

Akhlak Baik VS Perlakukan Baik

Apa itu akhlak? Akhlak ialah orang dorongan dalam hati yang mampu melahirkan perbuatan baik secara spontan tanpa pertimbangan akal. Inilah definisi ringkas akhlak mengikut pandangan Ibn Maskawih dan Imam al-Ghazali.

Dengan kata lain, akhlak ialah perlakuan baik yang sudah begitu serasi dan sebati dalam diri seseorang yang membolehkannya melakukan kebaikan secara automatik. Ada beza antara perlakuan baik dengan akhlak yang baik? Contohnya, seseorang yang menghulurkan bantuan kepada orang lain hanya setelah mempertimbangkannya berjam-jam atau berhari-hari. Itu belum boleh dikatakan akhlak yang baik. Itu hanya perlakuan baik.

Seseorang yang baru sahaja mengamalkan sifat pemurah, belum lagi menjadi seorang yang betul-betul pemurah dalam erti kata yang sebenar jika dia masih di peringkat bermujahadah ketika melakukan kebaikan. Yang dimaksudkan dengan akhlak pemurah itu hanya apabila dia mengeluarkan bantuan dengan segera, spontan dan tidak memerlukan masa yang panjang untuk berfikir dan mempertimbangkan perbuatan baiknya itu berdasar ilmu yang dipelajari atau logik akal.

Tegasnya, akhlak ialah perbuatan baik yang lahir daripada hati, bukan daripada pemikiran. Akhlak itu penting kerana itulah misi kedatangan Rasulullah S.A.W. ke muka bumi ini. Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya aku diutus untuk memperbaiki akhlak manusia." (Riwayat al-Baihaqi)

A107

Mengikut sesetengah ulama, hadis ini memterjemahkan maksud firman Allah ini: "Tidaklah Aku mengutus Muhammad melainkan untuk memberi rahmat kepada seluruh semesta alam." (Surah al-Anbiya' 21:107)

Mengikut pakar yang mengkaji ayat-ayat al-Quran, 80% isinya adalah tentang ajaran akhlak. Tatkala ditanya kepada Rasulullah S.A.W. tentang manusia yang paling sempurna imannya, Rasulullah terus menjawab: "Orang yang terbaik akhlaknya." (Riwayat Ahmad)

Jadi, iman dan takwa itu walaupun berada dalam hati, tetapi kesannya terpancar ke luar diri dalam bentuk akhlak yang baik. Justeru tidak hairanlah jika Rasulullah sendiri dipuji oleh Allah atas dasar ketinggian akhlaknya, walaupun Baginda mempunyai banyak lagi kelebihan-kelebihan lain.

Bersenjatakan Akhlak

Akhlak Rasulullah ialah al-Quran. Seluruh ajaran al-Quran itu diterjemahkan oleh Rasulullah dalam bentuk akhlak yang baik, yang dapat dilihat dan dirasai oleh sesiapa sahaja yang berdamping dengan Baginda sama ada isteri, anak, sahabat, bahkan musuh Baginda.

Baginda berjaya berdakwah, mendidik, membimbang dan memimpin ummah dengan ketinggian kualiti akhlak. Nasihat Rasulullah berkesan kerana tindakannya selaras dengan kata-kata. Akhlak itu menawan hati, kebijaksanaan itu menawan akal. Apabila hati telah ditawan, akal, emosi bahkan keseluruhan diri manusia pasti dapat ditawan. Inilah rahsia kejayaan perjuangan Rasulullah.

Malangnya, kekuatan rahsia inilah semakin hilang daripada umat dan pejuang Islam masa kini. Mungkin hujahnya tajam, fikirannya bernas, tetapi apabila akhlak tumpul, dakwah dan didikan tidak akan terkesan. Benar sepertimana kata Sayidina Ali: "Apabila orang alim tidak bertakwa, nasihatnya tidak akan berkesan sepertimana air yang jatuh di atas telur burung kasuari."

Kebenaran tanpa akhlak tidak akan diterima oleh manusia. Ketika Nabi Musa dan Nabi Harun hendak bertemu dengan Firaun, Allah mengingatkan mereka berdua supaya berkata-kata dengan lunak dan lemah lembut. Maksudnya, walaupun kedua-duanya membawa ajaran wahyu dan dakwah yang benar, namun Allah masih memeperingatkan agar segala-segalanya disampaikan dengan penuh berakhlak. Jangan sampai kebenaran itu ditolak kerana cara penyampaian yang tidak benar (tidak berakhlak). Soal hidayah dan taufik itu milik Allah, tetapi apa yang diperingatkan kepada dia dan mujahid Islam; sampaikan dan perjuangakan Islam dengan penuh adab dan akhlak.

Rasa Kasih dan Kasihan

Dakwah dan tarbiah tidak boleh dicemari oleh perbuatan memfitnah, memcaci, mengejek, mengumpat dan menghina. kejahilan dan kedegilan umat tidak boleh ditangani dengan sikap yang sama, seperti air najis tidak akan boleh menyucikan najis. Jangan sekali-kali marasakan diri lebih baik dengan mengejek orang lain, tetapi hadapilah manusia dengan kasih dan kasihan.

A011


Allah Telah Mengingatkan ini dalam firman-Nya yang bermaksud: "Janganlah satu golongan mengejek golongan yang lain, kemungkinan orang yang diejek lebih baik daripada yang mengejek." (Surah al- Hujurat 49:11)

Soal ini mesti dipertahankan bukan sahaja dalam keadaan biasa, hatta di medan perang sekalipun. Inilah keistimewaan ajaran Islam yang tidak ada dalam ajaran atau ideologi yang lain. Rasulullah S.A.W. melarang tentera Islam mencederakan orang tua, wanita dan rahib-rahib yang berada di rumah ibadat mereka. Tentera Islam juga tidak boleh merobohkan rumah ibadat bukan Islam, menebang pokok yang berbuah dan sebagainya.

Bayangkan jika di medan perang, senjata itu pun masih ada nilai-nilai akhlak yang perlu dipertahankan, apalagi ketika berdepan dengan "perang fikiran" di medan dakwah dan siasah. Ketegasan yang diiringi adab. Keberanian itu perlu tetapi perlu didasari oleh rasa kasih sayang. Ketajaman senjata selamanya tidak akan dapat menandingi ketulusan abad dan kelunakan akhlak. Inilah yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. ketika mendapat tentangan di Taif, Badar, Hudaibiyah dan Fath makkah (pembukaan Makkah).

Tanda Ibadah Tertolak

Rasulullah S.A.W. ditanya perihal seorang wanita abid (ahli ibadah) yang malamnya hidup dengan qiumullail dan siangnya dihiasi pula dengan puasa sunat, tetapi lidahnya sering menyakiti hati jirannya. Apa respons Baginda? Baginda mengiktiraf wanita itu ahli neraka.

Dalam konteks yang lain pula, pernah diberitakan perihal orang lain yang ibadahnya "biasa-biasa" sahaja, namun dia diiktiraf ahli syurga. Kenapa demikian? Ini kerana dalam hatinya tidak ada sedikit pun perasaan hasad dengki. Inilah bezanya orang yang beribadah dengan mencapai tujuannya (akhlak) dengan orang yang tidak demikian.

Cuba kita renungkan antara diri-ciri orang bertakwa sepertimana yang diterangkan oleh al-Quran. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan bersegeralah kamu kepada ampunkan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang bertakwa. (Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit dan orang-orang yang berbuat kebajikan. Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka." (Surah Ali 'Imran 3:133-135)

Bukankah ciri orang yang bertakwa itu kebanyakkannya berkaitan dengan akhlak yang mulia? Antaranya ialah bersifat pemurah, penyabar (menahan marah), pemaaf (memaafkan kesalahan orang lain) dan bertaubat atas dosa-dosa. Justeru, tidak boleh dikatakan seseorang itu bertakwa sekiranya akhlaknya masih buruk. Begitu juga tidak dikatakan seorang itu benar-benar beribadah sekiranya ibadahnya itu tidak menyebabkan dia berakhlak dengan manusia.

Patuh Syariatullah

Bagaimana membentuk akhlak? Umat Islam hendaklah mematuhi syariatullah - hukum Islam yang lima. Hukum Islam yang lima inilah yang ada dalam ibadah. Ertinya, yang wajib dan sunat hendaklah ditegakkan dalam semua aspek kkehidupan. Manakala yang haram dan makruh dihindarikan dalam hidup seharian. Yang harus pula seboleh-bolehnya dijadikan ibadah dengan menempuh syarat-syarat ibadah.

Jika pelaksanaan ibadah itu menepati dua syarat yang utama, yakni ikhlas kerana Allah dan ittiba' (mengikut secara bersungguh-sungguh) sunnah Rasulullah S.A.W., insya-Allah, ahklak akan terbina. Apabila Rukun Iman (soal keyakinan) mendasari pelaksanaan Rukun Islam (amalan lahiriah), pasti eshan (amalan hati atau ahklak) akan terbina. Tiga serangkai ini - iman,Islam dan eshan tidak dapat dipisahkan umpama benih, pohon dan buah.

Ketiga-tiga elemen itulah yang merupakan teras dan bersepadu, umat Islam akan memiliki high touch - rasa kemanusiaan yang tinggi hasil hubungan yang kuat dengan Allah. Apa-apa sahaja yang dibuatnya akan menawan hati. Belum pun mendengar cakap dan bergaul dengannya, melihat wajahnya sahaja sudah cukup menawan hati orang lain.

Indahnya Akhlak Rasulullah S.A.W.

Bayangkan, bagaimana Abdullah Bin Salam seorang sahabat Rasulullah S.A.W. berketurunan Yahudi, tertarik memeluk Islam hanya dengan melihat bagaimana Rasulullah S.A.W. naik dan turun dari untanya. Dan bagaimana pula sahabat-sahabat Baginda sentiasa berkata: "Kami tidak melihat wajah Rasulullah S.A.W. melainkan Baginda sentiasa dalam keadaan tersenyum......"

Senarai nama tokoh dalam kalangan High Touch dan High Tech Cendekiawan Islam di bawah:
  1. Al-Biruni. Beliau ada sumbangan High Touch ialah menguasai dua buah tamadun: Arab dan Yunani. Sumbangan beliau dalam High Tech ialah sains, perubatan, matematik dan astronomi. Beliau sudah berjaya sebuah karya yang bernama ialah Rasa'il al-Biruni.
  2. Fakhruddin al-Razi. Beliau ada sumbangan High Touch ialah menguasai ilmu tafsir. Sumbangan beliau dalam High Tech ialah ahli falsafah. Beliau sudah berjaya sebuah karya yang bernama ialah Mafatih al-Ghayb (Tafsir al-Kabir) dan Sharih al-Isharat.
  3. Al-Farabi. Beliau ada sumbangan High Touch ialah selalu beruzlah dan tidak memilih kekayaan serta kemewahan dalam hidupnya. Sumbangan beliau dalam High Tech ialah sains dan falsafah Islam. Beliau sudah berjaya sebuah karya yang bernama ialah Al-Tawti'ah fi al-Mantiq.
  4. Ibn Khaldun. Beliau ada sumbangan High Touch ialah pernah berkhidmat sebagai duta raja. Sumbangan beliau dalam High Tech ialah sosiologi dan sejarah. Beliau sudah berjaya sebuah karya yang bernama ialah Muqaddimah Ibn Khaldun.
  5. Al-Battutah. Beliau ada sumbangan High Touch ialah pernah dilantik menjadi kadi. Sumbangan beliau dalam High Tech ialah pelayaran. Beliau sudah berjaya sebuah karya yang bernama ialah Rihlah Ibn Battutah.
  6. Al-Khawarizmi. Beliau ada sumbangan High Touch ialah sains dan matematik berlandaskan tauhid, syariat dan akhlak. Sumbangan beliau dalam High Tech ialah matematik dan astronomi. Beliau sudah berjaya sebuah karya yang bernama ialah Mafatih al-'Ulum.
  7. Ibn Sina. Beliau ada sumbangan High Touch ialah menghafal al-Quran pada usia 10 tahun. Sumbangan beliau dalam High Tech ialah sains, perubatan, dan falsafah. Beliau sudah berjaya sebuah karya yang bernama ialah Al-Qanun fi al-Tib.
Subhanallah......indahnya akhlak Rasulullah S.A.W. Dengan bersenjata high touch yang tinggi inilah, Baginda telah berjaya menyentuh hati manusia. Bahasa tubuh, ekspresi muka dan tindak-tanduk itu terpancar daripada kualiti takwa. Walhasil, para sahabat bukan sahaja telah memberi sokongan, bahkan memberi seluruh harta dan jiwa mereka kepada Baginda demi perjuangan yang dibawanya.

Benar seperti yang dikatakan oleh cerdik pandai: "In order to deliver the message, be the message! Untuk kita menyampaikan sesuatu mesej (seruan), jadilah mesej itu! Untuk memperjuangkan isi al-Quran, amalkan isinya. Begitulah Rasulullah S.A.W. yang telah menjadi "al-Quran hidup" untuk menghidupkan al-Quran dalam jiwa dan kehidupan manusia.


Justeru, jangan cepat menyalahkan orang lain sekiranya Islam masih ditolak oleh bukan Islam dan orang Islam sendiri. Kemungkinan besar kita masih gagal menawan hati manusia. Bagaimana caranya untuk menawan hati manusia?

            Hati ditawan dengan akhlak yang mulia!

Thank you for reading this entry !