Assalamualaikum Warahmatullah Wabaratakah !
Apa khabar pada semua pembaca blog ini? Alhamdulillah malam ini dengan berkat doa saudara Islam semua saya diberi kekuatan untuk menulis sedikit kisah tentang Maklumat Teknologi dalam Islam kita yang kita semua kasihi. Sudah lama saya bercita-cita untuk menulis tajuk ini tetapi keadaan tidak mengizinkan. Alhamdulillah, akhirnya Allah izinkan juga. Adakah anda pernah mendengar ayat al-Quran serta terjemahannya dalam Microsoft Word? Insya-Allah, jangan risau saya akan membantunya anda semua.
Ini contoh software ayat al-Quran dan terjemahan
Software atau plugin ayat al-Quran dalam Microsoft Word ini adalah percuma dan sangat mudah digunakan. Software ini mungkin akan membantu dan menjimatkan masa anda jika anda mencari ayat al-Quran serta terjemahan dalam Bahasa Melayu. Software ini bertindak sebagai plugin di dalam Microsoft Word. Apa yang menarik adalah ayat-ayat tersebut boleh di edit dengan mudah.
Cara menggunakan:
- Install software tersebut seperti biasa
- Buka Microsoft Word, pilih tab add-ins dan tekan pada "al-Quran"
- Paparan seperti screenshot di bawah akan terpapar di screen anda, pilih surah dan ayat. pastu klik ok.
Download Link: Ayat al-Quran
Update:
Disebabkan terdapat permintaan untuk saya tunjukkan cara install software al-Quran ini Microsoft Word ini dengan sangat jelas, maka upadate ini saya tulis bagi menjadi contoh cara yang saya lakukan agar proses instillation sepenuhnya.
Cara Terperinci Install Software al-Quran in Microsoft Word
- Double click aplikasi al-Quran in Word
- Sepatutnya, anda akan dipaparkan.
- Klik Next pada bahagian information, dan akan anda dipaparkan dengan tempat untuk anda install software al-Quran in Ms Word ini. Seperti biasa, pilih lokasi yang akan inginkan atau biar sahaja mengikut default lokasi yang ditetapkan.
- Klik button Install pada bahagian Ready to Install dan proses installation akan dijalankan. Sekali lagi klik Next pada bahagian Infromation.
- Akhir sekali, klik Finish.
Apabila anda buka aplikasi Microsoft Word, anda sepatutnya dipaparkan dengan satu menu atau tab baru iaitu Add-Ins. klik pada tab Add-Ins tersebut dan pilih al-Quran.
Software atau plugin al-Quran in Word 1.3 ini telah diuji menggunakan Microsoft Word 2007 dan Microsoft Word 2010 serta ia berfungsi sepenuhnya. Dalam contoh ini saya menggunakan Microsoft Office Profesional 2010. Sila maklum bahawa versi Microsoft Word Starter 2010 tiada fungsi add-ins. Maka al-Quran dalam Ms Words tidak boleh akan digunakan dalam Microsoft Word Starter 2010.
Diharapkan software ini akan membantu anda menyelesaikan tugasan anda dengan lebih mudah dan pantas. Eh! Software ini bukan milik saya dan kreatif diberikan sepenuhnya kepada penciptanya.
Happy Trying !
P/S:
Disebabkan software al-Quran dalam Ms Word ini menggunakan fungsi add-ins yang terdapat dalam Microsoft Word, beberapa langkah berjaga-jaga boleh anda lakukan.
- Pastikan anda install Microsoft Word dahulu sebelum anda install al-Quran dalam Word.
- Matikan atau tutupkan aplikasi Microsoft Word semasa proses install al-Quran in Word dijalankan.
- Restart PC anda sekiranya perlu selepas proses installation dijalankan.
Thank you for reading this entry !
windows 8 x fungsi..
BalasPadamSaya tak tahu bagaimana fungsi ini untuk windows 8 kerana saya pakai Windows 7 sekarang.. Insya-Allah, saya cuba mencari fungsinya untuk Windows 8. Berilah masa saya.. Maafkan saya sekali.
PadamSAYA PAKAI WINDOWS 8 JUGA...BOLEH GUNA DAN JUGA BERFUNGSI... TERIMA KASIH ADMIN
BalasPadamAlhamdulillah, sama2.. Akhirnya, aku dah kemaskini ni ke pakai W7 & W8.. TQ!
PadamAlhamdulillah,...semoga usaha kamu diberkati
BalasPadamuntuk office 2013 bole pakai ke?saya dh install tp xde tab add-ins pun.
BalasPadamAL-INSYIROH RESOURCES: Cuba tengok klik ni, http://office.microsoft.com/en-us/word-help/view-manage-and-install-add-ins-in-office-programs-HA010354315.aspx?CTT=1..
PadamMana tahu ini boleh membantu anda.. Saya tak tahu software ini berpunya admin bukan saya tapi Insya-Allah saya akan menyelesaikan masalah itu. Terima kasih
Syukran..da brjaya install
BalasPadamwah jadi lebih mudah tulis ayat quran
BalasPadamthanks infonya
Salam, alhamdulillah jumpa juga yang ni. Dulu dah pernah install, tapi dah format laptop terhilang sekali plug in Qur'an. Terima kasih. Semoga Allah balas atas bantuan encik.
BalasPadamجَزَاكَ اللهُ خَيْرًا
BalasPadamutk MAC OS ad x??
BalasPadamUntuk ios ada tk?
BalasPadam