Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatah !
Umat Islam hanya akan berjaya apabila usaha dan perjuangan mereka (secara individu ataupun kelompok) mendapat bantuan Allah. Tanpa bantuan Allah, walau setinggi mana pun kekuatan material dan fizikal yang dimiliki, umat Islam pasti gagal. Usaha meraih kejayaan sama ada di dunia dan akhirat mestilah berasaskan usaha untuk mendapat bantuan Allah. Apa caranya?
Allah sendiri memberitahu bahawa jaminan bantuan-Nya hanya diberikan kepada orang yang bertakwa.
Syarat takwa ini dijelaskan melalui firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Allah menjadi pembela orang yang bertakwa." (Surah al-Jathiyah 45:19)
Jika umat Islam sudah bertakwa, walaupun jumlah mereka kecil dan kekuatan fizikal mereka tidak setanding dengan musuh, mereka pasti dimenangkan Allah atas dasar ketakwaan. Allah berfirman yang bermaksud: "Berapa banyak golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah." (surah al-Baqarah 2:249)
Sekalipun tipu daya musuh licik dan strategik, namun orang yang bertakwa akan dapat mengatasinya. Orang yang bertakwa akan diselamatkan daripada tipu daya musuh-musuhnya. Justeru, untuk berjaya di dunia dan akhirat, umat Islam mesti membina takwa dalam diri, keluarga, masyarakat, dan negara. Sayangnya, seruan menuju takwa masih dan terus tenggelam dalam keriuhan menguar-uarkan pembinaan kekuatan fizikal dan material yang sentiasa digembar-gemburkan oleh umat Islam yang masih lalai.
- Akhlak: Nilai manusia sesama manusia.
- Itqan: Nilai manusia berkaitan pekerjaannya.
Dengan kedua-dua kelebihan itu, yakni akhlak dalam pergaulan dan itqan dalam pekerjaan, umat yang bertakwa akan mampu membina tamadun fizikal dan material.
Akhlak Baik VS Perlakukan Baik
Apa itu akhlak? Akhlak ialah orang dorongan dalam hati yang mampu melahirkan perbuatan baik secara spontan tanpa pertimbangan akal. Inilah definisi ringkas akhlak mengikut pandangan Ibn Maskawih dan Imam al-Ghazali.
Dengan kata lain, akhlak ialah perlakuan baik yang sudah begitu serasi dan sebati dalam diri seseorang yang membolehkannya melakukan kebaikan secara automatik. Ada beza antara perlakuan baik dengan akhlak yang baik? Contohnya, seseorang yang menghulurkan bantuan kepada orang lain hanya setelah mempertimbangkannya berjam-jam atau berhari-hari. Itu belum boleh dikatakan akhlak yang baik. Itu hanya perlakuan baik.
Seseorang yang baru sahaja mengamalkan sifat pemurah, belum lagi menjadi seorang yang betul-betul pemurah dalam erti kata yang sebenar jika dia masih di peringkat bermujahadah ketika melakukan kebaikan. Yang dimaksudkan dengan akhlak pemurah itu hanya apabila dia mengeluarkan bantuan dengan segera, spontan dan tidak memerlukan masa yang panjang untuk berfikir dan mempertimbangkan perbuatan baiknya itu berdasar ilmu yang dipelajari atau logik akal.
Tegasnya, akhlak ialah perbuatan baik yang lahir daripada hati, bukan daripada pemikiran. Akhlak itu penting kerana itulah misi kedatangan Rasulullah S.A.W. ke muka bumi ini. Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya aku diutus untuk memperbaiki akhlak manusia." (Riwayat al-Baihaqi)
Mengikut sesetengah ulama, hadis ini memterjemahkan maksud firman Allah ini: "Tidaklah Aku mengutus Muhammad melainkan untuk memberi rahmat kepada seluruh semesta alam." (Surah al-Anbiya' 21:107)
Mengikut pakar yang mengkaji ayat-ayat al-Quran, 80% isinya adalah tentang ajaran akhlak. Tatkala ditanya kepada Rasulullah S.A.W. tentang manusia yang paling sempurna imannya, Rasulullah terus menjawab: "Orang yang terbaik akhlaknya." (Riwayat Ahmad)
Jadi, iman dan takwa itu walaupun berada dalam hati, tetapi kesannya terpancar ke luar diri dalam bentuk akhlak yang baik. Justeru tidak hairanlah jika Rasulullah sendiri dipuji oleh Allah atas dasar ketinggian akhlaknya, walaupun Baginda mempunyai banyak lagi kelebihan-kelebihan lain.
Bersenjatakan Akhlak
Akhlak Rasulullah ialah al-Quran. Seluruh ajaran al-Quran itu diterjemahkan oleh Rasulullah dalam bentuk akhlak yang baik, yang dapat dilihat dan dirasai oleh sesiapa sahaja yang berdamping dengan Baginda sama ada isteri, anak, sahabat, bahkan musuh Baginda.
Baginda berjaya berdakwah, mendidik, membimbang dan memimpin ummah dengan ketinggian kualiti akhlak. Nasihat Rasulullah berkesan kerana tindakannya selaras dengan kata-kata. Akhlak itu menawan hati, kebijaksanaan itu menawan akal. Apabila hati telah ditawan, akal, emosi bahkan keseluruhan diri manusia pasti dapat ditawan. Inilah rahsia kejayaan perjuangan Rasulullah.
Malangnya, kekuatan rahsia inilah semakin hilang daripada umat dan pejuang Islam masa kini. Mungkin hujahnya tajam, fikirannya bernas, tetapi apabila akhlak tumpul, dakwah dan didikan tidak akan terkesan. Benar sepertimana kata Sayidina Ali: "Apabila orang alim tidak bertakwa, nasihatnya tidak akan berkesan sepertimana air yang jatuh di atas telur burung kasuari."
Kebenaran tanpa akhlak tidak akan diterima oleh manusia. Ketika Nabi Musa dan Nabi Harun hendak bertemu dengan Firaun, Allah mengingatkan mereka berdua supaya berkata-kata dengan lunak dan lemah lembut. Maksudnya, walaupun kedua-duanya membawa ajaran wahyu dan dakwah yang benar, namun Allah masih memeperingatkan agar segala-segalanya disampaikan dengan penuh berakhlak. Jangan sampai kebenaran itu ditolak kerana cara penyampaian yang tidak benar (tidak berakhlak). Soal hidayah dan taufik itu milik Allah, tetapi apa yang diperingatkan kepada dia dan mujahid Islam; sampaikan dan perjuangakan Islam dengan penuh adab dan akhlak.
Rasa Kasih dan Kasihan
Dakwah dan tarbiah tidak boleh dicemari oleh perbuatan memfitnah, memcaci, mengejek, mengumpat dan menghina. kejahilan dan kedegilan umat tidak boleh ditangani dengan sikap yang sama, seperti air najis tidak akan boleh menyucikan najis. Jangan sekali-kali marasakan diri lebih baik dengan mengejek orang lain, tetapi hadapilah manusia dengan kasih dan kasihan.
Allah Telah Mengingatkan ini dalam firman-Nya yang bermaksud: "Janganlah satu golongan mengejek golongan yang lain, kemungkinan orang yang diejek lebih baik daripada yang mengejek." (Surah al- Hujurat 49:11)
Soal ini mesti dipertahankan bukan sahaja dalam keadaan biasa, hatta di medan perang sekalipun. Inilah keistimewaan ajaran Islam yang tidak ada dalam ajaran atau ideologi yang lain. Rasulullah S.A.W. melarang tentera Islam mencederakan orang tua, wanita dan rahib-rahib yang berada di rumah ibadat mereka. Tentera Islam juga tidak boleh merobohkan rumah ibadat bukan Islam, menebang pokok yang berbuah dan sebagainya.
Bayangkan jika di medan perang, senjata itu pun masih ada nilai-nilai akhlak yang perlu dipertahankan, apalagi ketika berdepan dengan "perang fikiran" di medan dakwah dan siasah. Ketegasan yang diiringi adab. Keberanian itu perlu tetapi perlu didasari oleh rasa kasih sayang. Ketajaman senjata selamanya tidak akan dapat menandingi ketulusan abad dan kelunakan akhlak. Inilah yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. ketika mendapat tentangan di Taif, Badar, Hudaibiyah dan Fath makkah (pembukaan Makkah).
Tanda Ibadah Tertolak
Rasulullah S.A.W. ditanya perihal seorang wanita abid (ahli ibadah) yang malamnya hidup dengan qiumullail dan siangnya dihiasi pula dengan puasa sunat, tetapi lidahnya sering menyakiti hati jirannya. Apa respons Baginda? Baginda mengiktiraf wanita itu ahli neraka.
Dalam konteks yang lain pula, pernah diberitakan perihal orang lain yang ibadahnya "biasa-biasa" sahaja, namun dia diiktiraf ahli syurga. Kenapa demikian? Ini kerana dalam hatinya tidak ada sedikit pun perasaan hasad dengki. Inilah bezanya orang yang beribadah dengan mencapai tujuannya (akhlak) dengan orang yang tidak demikian.
Cuba kita renungkan antara diri-ciri orang bertakwa sepertimana yang diterangkan oleh al-Quran. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan bersegeralah kamu kepada ampunkan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang bertakwa. (Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit dan orang-orang yang berbuat kebajikan. Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka." (Surah Ali 'Imran 3:133-135)
Bukankah ciri orang yang bertakwa itu kebanyakkannya berkaitan dengan akhlak yang mulia? Antaranya ialah bersifat pemurah, penyabar (menahan marah), pemaaf (memaafkan kesalahan orang lain) dan bertaubat atas dosa-dosa. Justeru, tidak boleh dikatakan seseorang itu bertakwa sekiranya akhlaknya masih buruk. Begitu juga tidak dikatakan seorang itu benar-benar beribadah sekiranya ibadahnya itu tidak menyebabkan dia berakhlak dengan manusia.
Patuh Syariatullah
Bagaimana membentuk akhlak? Umat Islam hendaklah mematuhi syariatullah - hukum Islam yang lima. Hukum Islam yang lima inilah yang ada dalam ibadah. Ertinya, yang wajib dan sunat hendaklah ditegakkan dalam semua aspek kkehidupan. Manakala yang haram dan makruh dihindarikan dalam hidup seharian. Yang harus pula seboleh-bolehnya dijadikan ibadah dengan menempuh syarat-syarat ibadah.
Jika pelaksanaan ibadah itu menepati dua syarat yang utama, yakni ikhlas kerana Allah dan ittiba' (mengikut secara bersungguh-sungguh) sunnah Rasulullah S.A.W., insya-Allah, ahklak akan terbina. Apabila Rukun Iman (soal keyakinan) mendasari pelaksanaan Rukun Islam (amalan lahiriah), pasti eshan (amalan hati atau ahklak) akan terbina. Tiga serangkai ini - iman,Islam dan eshan tidak dapat dipisahkan umpama benih, pohon dan buah.
Ketiga-tiga elemen itulah yang merupakan teras dan bersepadu, umat Islam akan memiliki high touch - rasa kemanusiaan yang tinggi hasil hubungan yang kuat dengan Allah. Apa-apa sahaja yang dibuatnya akan menawan hati. Belum pun mendengar cakap dan bergaul dengannya, melihat wajahnya sahaja sudah cukup menawan hati orang lain.
Indahnya Akhlak Rasulullah S.A.W.
Bayangkan, bagaimana Abdullah Bin Salam seorang sahabat Rasulullah S.A.W. berketurunan Yahudi, tertarik memeluk Islam hanya dengan melihat bagaimana Rasulullah S.A.W. naik dan turun dari untanya. Dan bagaimana pula sahabat-sahabat Baginda sentiasa berkata: "Kami tidak melihat wajah Rasulullah S.A.W. melainkan Baginda sentiasa dalam keadaan tersenyum......"
Senarai nama tokoh dalam kalangan High Touch dan High Tech Cendekiawan Islam di bawah:

- Al-Biruni. Beliau ada sumbangan High Touch ialah menguasai dua buah tamadun: Arab dan Yunani. Sumbangan beliau dalam High Tech ialah sains, perubatan, matematik dan astronomi. Beliau sudah berjaya sebuah karya yang bernama ialah Rasa'il al-Biruni.
- Fakhruddin al-Razi. Beliau ada sumbangan High Touch ialah menguasai ilmu tafsir. Sumbangan beliau dalam High Tech ialah ahli falsafah. Beliau sudah berjaya sebuah karya yang bernama ialah Mafatih al-Ghayb (Tafsir al-Kabir) dan Sharih al-Isharat.
- Al-Farabi. Beliau ada sumbangan High Touch ialah selalu beruzlah dan tidak memilih kekayaan serta kemewahan dalam hidupnya. Sumbangan beliau dalam High Tech ialah sains dan falsafah Islam. Beliau sudah berjaya sebuah karya yang bernama ialah Al-Tawti'ah fi al-Mantiq.
- Ibn Khaldun. Beliau ada sumbangan High Touch ialah pernah berkhidmat sebagai duta raja. Sumbangan beliau dalam High Tech ialah sosiologi dan sejarah. Beliau sudah berjaya sebuah karya yang bernama ialah Muqaddimah Ibn Khaldun.
- Al-Battutah. Beliau ada sumbangan High Touch ialah pernah dilantik menjadi kadi. Sumbangan beliau dalam High Tech ialah pelayaran. Beliau sudah berjaya sebuah karya yang bernama ialah Rihlah Ibn Battutah.
- Al-Khawarizmi. Beliau ada sumbangan High Touch ialah sains dan matematik berlandaskan tauhid, syariat dan akhlak. Sumbangan beliau dalam High Tech ialah matematik dan astronomi. Beliau sudah berjaya sebuah karya yang bernama ialah Mafatih al-'Ulum.
- Ibn Sina. Beliau ada sumbangan High Touch ialah menghafal al-Quran pada usia 10 tahun. Sumbangan beliau dalam High Tech ialah sains, perubatan, dan falsafah. Beliau sudah berjaya sebuah karya yang bernama ialah Al-Qanun fi al-Tib.
Subhanallah......indahnya akhlak Rasulullah S.A.W. Dengan bersenjata high touch yang tinggi inilah, Baginda telah berjaya menyentuh hati manusia. Bahasa tubuh, ekspresi muka dan tindak-tanduk itu terpancar daripada kualiti takwa. Walhasil, para sahabat bukan sahaja telah memberi sokongan, bahkan memberi seluruh harta dan jiwa mereka kepada Baginda demi perjuangan yang dibawanya.
Benar seperti yang dikatakan oleh cerdik pandai: "In order to deliver the message, be the message! Untuk kita menyampaikan sesuatu mesej (seruan), jadilah mesej itu! Untuk memperjuangkan isi al-Quran, amalkan isinya. Begitulah Rasulullah S.A.W. yang telah menjadi "al-Quran hidup" untuk menghidupkan al-Quran dalam jiwa dan kehidupan manusia.
Justeru, jangan cepat menyalahkan orang lain sekiranya Islam masih ditolak oleh bukan Islam dan orang Islam sendiri. Kemungkinan besar kita masih gagal menawan hati manusia. Bagaimana caranya untuk menawan hati manusia?
Hati ditawan dengan akhlak yang mulia!
Thank you for reading this entry !
Tiada ulasan :
Catat Ulasan