Ahad, 2 Disember 2012

Menulis untuk Diri dan Orang Lain

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatah !


Alamak rindu giler ok dekat blog ni. Adakah korang merindu aku jugak? Haha... Seminggu lebih kot aku tak update. Sorrylah I'm busy menguruskan kehidupan di dunia sebenar, sampai terlupa tentang dunia dunia cyber ini... Untuk tujuan mencari ilmu pengetahuan yang perlukan disedarkan oleh masyarakat dan juga masyarakat seIslam.. Ni "Menulis untuk Diri dan Orang Lain" tajuknya.. Jom baca ni ya =)

21:105

Firman Allah S.W.T, maksudnya: "Sesungguhnya, Kami telah catatkan dalam kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya di lohmahfuz: 'Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang soleh." (Surah al-Anbiya' 21:105)


Menulis kerana Allah

Sebelum manusia pandai menulis, Allah S.W.T. terlebih dahulu "menulis" takdir manusia dalam lembaran-lembaran daun di lohmahfuz. Di atasnya tercatat takdir kehidupan manusia bermula ditiupkan roh sehingga mati.

Para malaikat yang diarahkan untuk mencatat amal kebaikan manusia sudah sejak sekian lama "bekerja" melaksanakan tugasnya sebagai penulis atau pencatat amal kebaikan dan keburukkan manusia. Semua manusia sebenarnya penulis kerana kisah perjalanan setiap manusia tidak sama. Perkara yang membezakan penulis dengan "penulis" adalah pengalaman yang mereka abadikan menjadi sebuah tulisan, catatan atau buku.

Manusia menulis berdasarkan ilmu yang mereka ada, pengalaman yang mereka peroleh dan kehidupan masyarakat yang mereka perhatikan setiap hari. Semua itu mendatangkan idea tersendiri. Namun, sedikit sekali yang menulis untuk bermuhasabah diri.

Tulisan yang lahir daripada seorang penulis merupakan ukuran bagi tahap keilmuannya dan pengalaman yang dia dapatkan dalam kehidupan. Sangat penting bagi seorang penulis untuk menulis dan mencatat setiap kejadian yang berlaku dalam kehidupan. Catatan yang telah terkumpul boleh menjadi sebuah bahan berharga untuk memulakan kerjaya sebagai seorang penulis yang berjaya.

Untuk menjadi penulis yang berjaya, kita perlu mempunyai sikap tekun. Bakat tanpa ketekunan tidak akan menghasilkan apa-apa, sedangkan jika seseorang itu tekun tetapi bakatnya kecil, Insya-Allah bakat yang ada akan membesar setiap hari dengan usaha dan istiqamah.

Saudara A.Ubaidillah Alias menulis: "Ramai sekali penulis baharu yang patah hati apabila ditegur dan dikritik, lalu mereka beralih pergi dari jalan seorang penulis. Ramai penulis yang merajuk apabila ditegur dengan cara yang keras, akhirnya hasrat untuk menjadi penulis itu padam. Malah, ramai juga penulis yang menulis sekadar suka-suka dan mengisi masa lapang. Tanpa mempunyai kekuatan dan kemahuan untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu penulisannya. Maka, hasilnya dari hari ke hari tetap sama sahaja, tiada peningkatkan biarpun ditegur."

Dalam kalangan ulama hadis, terdapat sebuah kisah yang sangat masyhur tentang Imam al-Bukhari. Beliau telah menunjukkan cara untuk menjadi seorang penulis yang baik kepada kita. Ketika beliau mengumpulkan hadis-hadis untuk dimasukkan dalam Sahih al-Bukhari. Beliau telah menunjukkan cara untuk menjadi penulis yang baik kepada kita.

Ketika beliau mengumpulkan hadis-hadis untuk dimasukkan dalam Sahih al-Bukhari, beliau mandi terlebih dahulu kemudian solat sunat istikharah memohon petunjuk daripada Allah S.W.T. Bukan sekali, tetapi setiap kali sesebuah hadis akan dicatatkan ke dalam kitab tersebut. Ini menunjukkan beliau sangat menjaga keberkatan dan bukan melemparkan idea semata-mata.

Pesanan buat Diri

Selain menyampaikan dakwah kepada orang lain, perkara yanga penting adalah peringatan buat diri sendiri. Inilah pesanan yang sering dikatakan oleh Imam Hassan al-Banna. Menulis juga merupakan salah satu rancangan dalam kebudayaan, pendidikan, dan pengajaran. Sa'id Hawa telah menulis dalam Rancangan Tentera Allah: "Sesungguhnya, memiliki ilmu yang luas (tabahbur) merupakan fardu yang dianjurkan. Para aktivis yang sedang melaksanakan sesuatu kewajipan selayaknya menjadi orang yang berharga."

Penting bagi seorang penulis mempunyai pengetahuan dan ilmu yang luas. Ilmu yang luas tidak akan menyebabkan idea tersekat. Apatah lagi jika perkara yang kita sampaikan itu berkaitan dengan Islam. Pengetahuan dalam Islam sangat luas sehingga perkara yang ditulis dan dibahaskan takkah pernah habis ditulis.

Daripada Ibn Mas'rud r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Tiada iri hati yang dibolehkan melainkan dalam dua perkara, iaitu seorang yang dikurniakan oleh Allah harta kemudian dia menggunakkannya untuk menafkahkan kepada perkara yang hak dan seorang yang dikurniakan ilmu pengetahuan oleh Allah kemudian dia memberikan keputusan dengan ilmunya itu antara dua orang atau dua golongan yang berselisih, serta mengajar ilmunya kepada orang lain." (Muttafaq 'alaih)

Dalam mengembangkan ilmu dan menyebarkan melalui penulisan, sesoerang itu harus mempunyai sifat cemburu melihat kejayaan orang lain dalam memanfaatkan ilmu pengetahuan. Tanpa ilmu pengetahuan, maka sebuah penulisan hanya menjadi bualan kosong dan tidak memberi manfaat.

Seorang penulis mampu memberi penawar kepada pembaca. Bahkah tidak dinafikan, melalui medium penulisan maka dakwah tersebar dengan mudah dan cepat bergantung kepada kemampuan seorang penulis itu menyentuh hati pembaca melalui tulisan yang dinukilkan.

Sekali lagi saya nukilkan tulisan daripada A. Ubaidillah Alias tentang antara ciri-ciri penulis Islam adalah ikhlas. Tanpa ihklas, seseorang akan menulis demi kemasyhuran, harta, atau tujuan lain selain daripada Allah S.W.T.

Seorang penulis juga perlu menulis perkara yang benar, tepat, jelas dan adil. Cuba anda bayangkan media yang memaparkan berita yang tidak tepat, sumber antah-berantah dan tidak adil. Pasti kecekaruan terjadi kerana pembaca yang menjadi mangsa pembohongan.

Seorang penulis juga perlu mempunyai sikap amar makruf nahi mungkur. Inilah tujuan sebenar seseorang itu menjadi penulis. Bukan hanya hiburan dan keseronokan yang dicari, namun dakwah dan Islam yang menjadi maksud utama sesebuah tulisan itu dicipta.

Antara perkara penting yang perlu ada pada diri seorang penulis juga ialah sensitif kepada isu semasa dan permasalahan umat Islam. Penulis perlu menjadi "media" dan bukan hanya mengahrapkan berita yang bersumberkan kepada musuh. PEnulisyang tidak sensitif dengan siu semasa akan menyampaikan tulisan yang mendatar dan tidak bervariasi. Berusahalah untuk meneliti dan mendalami keadaan semasa umat Islam agar kita tidak terjebak dengan berita-berita dan tulisan yang palsu dan dusta.

Seorang penulis perlu menyebutkan tentang neraka, syurga, pahala dan dosa secara jelas. Di sinilah letaknya kepentingan ilmu pengetahuan kerana tanpa ilmu, maka seorang penulis tidak dapat menyampaikan tulisannya dengan tepat dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Islam.

Semua orang tidak kira sesiapa pun layak untuk menulis. Jadilah penulis yang berani menyampaikan kebenaran dan tidak takut pada kemungkaran. Ada pepatah menyatakan:

"Goresan pena lebih tajam daripada libasan pedang." 

Semoga semakin ramai penulis akan lahir bagi memeriahkan lagi dunia penulisan Islam. Amin ya Rab al-'alamin.
          Wallahu a'lam.



Thank you for reading this entry !

Tiada ulasan :

Catat Ulasan