Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatah !
Maafkan saya kerana ada tak masa untuk update dan sudah lama-lama lebih 6 hari. Ini tajuk ceritakan beduk diketuk. Sekarang saya menulis tajuknya dengan tenang dan izinkan Allah. Ini kebaikan untuk anda semua kerana ini ada pengajaran yang disampaikan dengan jelas apabila beduk diketuk, tentulah ada yang rasa terkejut, tak senang malah ada kalanya 'bingit', namun sebaik menyedari untuk apa beduk itu diketuk. Ini sumber rujukan dan dapatkan kompilasi artikel Beduk Diketuk dalam buku terbaru Iman Global, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.
Suaranya sungguh tenang. Walaupun masalahnya agak berat, tetapi segala-segalanya disuarakan begitu teratur.
Isteri: "Ustaz, semuanya bermula apabila suami saya berpoligami," luahnya perlahan.
Ustaz: "Sudah lama?"
Isteri: "Baru sahaja.... Sejak dua bulan yang lalu," katanya.
Ustaz: "Puan kecawa, marah?"
Isteri: "Tidak. Insya-Allah, tidak. Saya boleh menerima segala-segalanya dengan baik."
Ustaz: "Jadi, apa masalahnya?" tanya saya terkejut. Selalunya, punca masalah berlaku apabila isteri pertama tidak boleh menerima hakikat dia telah dimadukan.
Isteri: "Masalahnya daripada ibu bapa dan ipar-duai saya. Semuanya menentang. Mereka beranggapan saya telah dizalimi oleh suami. Mereka desak saya bertindak."
Ustaz: "Puan bertindak?"
Isteri: "Tidak. Saya tetap dengan pendirian saya. Saya ingin hadapi semua ini dengan tabah."
Ustaz: "Alhamdulillah, kalau begitu.... Jadi, apa masalahnya lagi?"
Isteri: "Apabila saya tidak mahu bertindak, mereka tuduh saya pula turut bersuhabat dengan suami. Mereka marahkan saya. Akibatnya, hubungan saya dengan mereka renggang. Tegur sapa dan ziarah-menzairahi tidak semeriah dulu. Saya sedih diperlakukan begini."
Kunci Kehormanian
Saya diam, kata Ustaz. Insya-Allah, ia akan memberi ruang untuknya menarik nafas dan mengatur semula perasaan. Percayalah, acap kali mereka yang mengadu bermasalah kadang-kadang tidak bermasalah langsung. Mereka hanya ingin didengari. Teringat perkara yang sering ditegaskan oleh pakar psikologi, luahan dan rintihan manusia perlu didengar sama seperti mereka memerlukan makanan.
"Puan, kunci kehormanian dalam poligami terletak di tangan puan dan suami, insya-Allah. Bukannya di tangan ibu bapa puan atau mertua, apatah lagi ipar duai," Akhirnya saya bersuara. Perlahan-perlahan. Satu-satu. Mengikut rentak suaranya.
Di hujung talian, saya dapat rasakan dia sedang sayu. Lalu saya teruskan: "Jika puan tabah, tenang dan steady, orang lain tidak akan berani berbuat apa-apa. Mereka hanya akan 'bising' seketika. Kemudian, ketabahan puan itulah yang akan memadamkan segala-segalanya. Apa perasaan puan setelah berpoligami?"
"Saya telah bersedia sejak suami menyatakan hasratnya. Ini sudah rezeki saya," ujarnya.
Dalam diam, saya menyanjung sikap wanita ini. Dia menggunakan istilah "rezeki". Ya, rezeki itu sinonim dengan kebaikan dan keberkatan. Ertinya, dia telah bersedia untuk menerima segala-segalanya dengan tabah sejak awal lagi.
"Apa yang mendorong puan bertindak begitu?" tanya saya mendorong dia meluahkan segala isi hatinya. Dengan meluahkan segala niat, azam dan segala yang terpendam dalam jiwanya, insya-Allah dia akan lebih tabah dan yakin.
"Ustaz, suami saya baik. Bertanggungjwab. Saya yakin dia tidak bertindak sembarangan. Bukan keranan suka-suka. Saya yakin dia boleh bertanggungjawab dengan baik terhadap dua orang wanita."
Sekarang giliran saya pula terdiam. Saya ingin belajar erti tabah daripada seorang isteri untuk menghargai isetri sendiri.
Kekuatan Tabah.
"Sejak awal lagi rumah tangga kami dibina atas cita-cita ingin mencari keredaan Allah. Dia jawapan istikharah saya, dan saya jawapan istikharah dia. Sebelas tahun berlalu, bermacam-macam ujian kami lalui. Istikharah pun diuji, kan? Begitu yang saya baca dalam tulisan Ustaz. Istikharah itu perlukan mujahadah. Alhamdulillah, segala-segalanya dapat kami haruungi bersama. Sekarang.....ujian poligami."
"Puan tidak rasa dieksploitasi?"
"Tidak," jawabnya tegas.
"Tidak sekali-kali," Ustaz.
Memang ada lelaki yang ditakdirkan untuk memimpin lebih daripada seorang isteri.
"Dan ada wanita yang ditakdirkan mampu menerima wanita lain berkongsi kebahagiaan bersama-sama suaminya," pintas saya.
"Mengapa ibu bapa dan ipar-duai saya bersikap begitu? Sedangkan saya menanggung segala-segalanya?" Dia kembali kepada permasalahan asalnya.
"Itulah trauma masyarakat Melayu kita. Persepi terhadap poligami terlalu negatif. Poligami disinonimkan dengan penzaliman dan penganiyaan. Padahal, poligami satu perkongsian dan pembelaan."
"Mungkin keranan pelaksanaan poligami yang begitu pincang selama ini." balasnya.
"Kalau begitu, perkahwinan yang monogami pun bermasalah. Statistik terkini menunjukkan setiap 15 minit perceraian terjadi. Apa penyebab poligami?"
"Masyarakat kita hanya mengikut sentimen, bukan berdasarkan ilmu dan fakta," Ustaz.
"Saya tidak nafikan, ada juga lelaki zalim yang berpoligami hanya untuk berseronok-seronok, mengikis harta, berbangga-bangga, hanya cuba-cuba dan sebab-sebab lain yang tidak syarii. Mereka ini bukan sahaja menzalimi isteri-isteri mereka, tetapi turut mencemarkan kesucian hukum Islam!"
"Jadi saya perlu biarkan sahaja sikap ibu bapa, mertua, dan ipar-duai saya?"
"Selagi puan bertabah dan suami puan berlaku adil dan bijak mengemudi rumah tangga, insya-Allah semuanya akan reda dengan sendirinya."
Cinta kerana Allah
"Sunyi juga. Terasa kehilangan."
"Inilah hikmah besar poligami, puan. Supaya kita kukuh dan teguh meletakkan cinta pertama dan utama kita kepada Allah. Ini jalan yang ditakdirkan untuk puan agar lebih akrab dengan Allah. Kadangkala kehilangan akan menemukan kita kepada suatu yang lebih mulia dan berharga!"
"Saya akan kehilangan cinta suami?"
"Tidak . Dengan mencintai Allah, puan akan lebih mencintai kerana Allah dan dicintai oleh orang yang mencintai Allah. Doakan agar suami puan mencintai Allah."
"Saya tidak pandai Ustaz. Saya bukan Ustazah. Hanya seorang suri rumah biasa. Tetapi saya terus belajar dan mendengar. Saya 'pelajar' yang sedang bermujahadah."
Itulah kunci segala-segalanya. Cinta Allah itu diraih dengan mujahadah. Jangan cepat mendakwa bahagia, jika usia perkahwinan baru memasuki tahun kelima, keenam atau kurang daripada itu. Tabah itu tidak dicapai hanya dengan kata-kata yang disulam oleh al-Quran dan hadis. Ataupun oleh sajak dan ungkapan yang indah serta puitis. Bukan. Tabah itu ditempa oleh keperitan mujahadah, pengorbanan perasaan dan sikap memberi yang tiada batasan. Jangan mengaku beriman jika belum diuji. Jangan mendakwa bahagia, jika belum banyak menderita kerana bahagia itu ditempa oleh derita.
"Terkadang datang juga rasa cemburu.... bagaimana ya?" kembali suara itu mengocak lamunan saya.
"Cemburu itu fitrah. Itu tanda ada cinta. selagi dalam batas-batas syariat, selagi itulah cemburu itu selamat. Puan punya banyak masa sekarang?"
"Begitulah Ustaz. Ketika bukan giliran saya, ada banyak masa untuk melaksanakan amalan-amalan sunat serta membaca al-Quran dan buku-buku yang ditangguhkan pembacaannya sejak dulu."
"Itulah hikmahnya. Ada masa untuk membina dan memperbaiki diri sendiri kerana walau bagaimana baik sekalipun pendidikan yang diberikan oleh suami, isteri tetap perlu mendidik dirinya sendiri," dorong saya.
"Sepertimana perkahwinan pertama dahulu diuji, begitulah perkahwinan kedua ini, pasti diuji. Imam itu bahagia. Imam itu diuji. Justeru, bahagia itu hadir apabila diuji." ujar saya perlahan.
"Insya-Allah Ustaz, doakan saya tabah. Bukankah selalu ustaz berpesan; jangan pinta hidup yang mudah, tapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!"
Saya sebak. Kata-kata yang selalu saya luahkan itu menusuk hati sendiri. Seolah-olah buat pertama kali mendengarnya. Ya, hakikatnya Allah sedang mengingatkan saya ketika mengingatkan orang lain. Tabahkah hati menempuh kehidupan yang tidak akan pernah mudah ini?
Wallahu a'lam
Thank you for reading this entry !

Tiada ulasan :
Catat Ulasan