Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatah !
Dunia ini sudah masa nak hampir berlaku kiamat pada hari Jumaat bersamaan 21 Disember 2012? Betul ke? Anda semua pasti tidak percaya tentang tarikh itu. Kita akan berserah kepada Allah S.W.T. Tetapi saya terkejut dan teruja mengapakah orang ramai carian kata kunci "Dunia Akhir Zaman"? Untuk mahu ingin tahu?? Sejak dua bulan lepas kata kunci "Dunia Akhir Zaman" menjadi salah satu kata kunci yang memberi banyak trafik organik kepada blog Denaihati. Kalau nak dikira kata kunic "Dunia Akhir Zaman" bukanlah antara kata kunci panas tetapi sejak kebelangan ini menjadi antara carian ramai pembaca.
Sejak bertahun-tahun ramai yang mengaitkan 2012 dengan akhir zaman sehingga lahirnya filem bertajuk 2012 yang mengambarkan bumi akan dilanda Badai Matahari. Mengikut kalendar kaum Maya seperti yang telah dijelaskan di blog INI tarikh 21/12/2012 adalah tarikh keramat dimana dunia kiamat 21/12/2012 yang kebetulan jatuh pada hari Jumaat seperti banyak tertulis dalam kitab bawah kiamat akan berlaku pada hari Jummat. Mungkin inilah sebabnya mengapa kata kunci "Dunia Akhir Zaman" menjadi carian ramai pembaca. Ramai ulama dan cendiakawan Islam telah menyangkal ramalan yang dibuat oleh kalendar kaum Maya.
Tak habis lagi kisah kiamat pada 21/12/2012 kini heboh pula kisah bumi akan bergelap pada 23,24, dan 25 Disember 2012 kerana Bumi dan semua planet akan berada satu baris seperti yang ditulis blog di INI. Kisah Bumi akan bergelap selama tiga hari telah kedengaran sejak beberapa tahun lepas dan telah dinafikan oleh NASA dan ANGKASA.
Dunia ini memang sudah di akhir zaman seperti yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. Banyak sudah tanda-tanda akhir zaman boleh kita lihat di sekeliling kita. Kita sendiri menuju akhir zaman pada setiap detik yang berlalu.
Soalnya apa yang kita lakukan sebagai persediaan menuju akhir zaman? Seandainya benar 21 Disember 2012 itu kiamat sudahkah kita bersedia? Seandainya 23, 24, dan 25 Disember 2012 itu bumi akan bergelap diamanakah kita ketika itu?
Allah berfirman yang maksudnya: "Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah; 'Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah.' Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? - boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi." (Surah al-Azhab 33:63)
"Ia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?" (Jawabnya): "Maka apabila pemandangan menjadi berpendar-pendar (kerana takut). Dan BULAN HILANG CAHAYANYA (kerana cahaya matahri yang terlalu terang ketika itu membuatkan bulan tidak kelihatan - seperti pada waktu tengah hari). Dan matahri serta bulan DIHIMPUNKAN BERSAMA (apabila matahari mula menelannya)." (Surah al-Qiyamah 75:6-9)
"Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya." (Surah Luqman 31:34)
Kiamat memang semakin dekat kalau tidak kiamat besra pasti kiamat kecil dimana kita akan dipanggil mengadap yang MAHA ESA. Sudahkah kita bersedia? Ok don't are you understand?? And now you can recite prayer "TAUBAT" to Allah. God willing (Insya-Allah), your prayer be answered.
Wallahu a'alm
Thank you for reading this entry !
Tiada ulasan :
Catat Ulasan