Khamis, 21 Februari 2013

Syurga Di Bawah Kaki Ibu


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatah !


Mu'awiyah bin Jahimah telah datang kepada Rasulullah S.A.W. lantas bertanya: "Aku hendak pergi berjihad, justeru aku datang kepadamu untuk meminta pandanganmu." Rasulullah S.A.W. bertanya, mafhumnya: "Adakah kamu masih memepunyai ibu?" Jawabnya: "Ya." Lalu, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Berbaktilah kepada ibumu kerana syurga itu berada di bawah kedua-dua kakinya." (Riwayat al-Nasa'i dan al-Tabarani)

Mengapakah saya nak menulis hadis di atas? Kerana hadis adalah pengajaran dengan lebih baik. Itulah bertajuknya yang saya nak menulis ini. Bunyinya selesa bila panggil ibu "Mama", "Umi" dan sebagainya. Itulah sebab kita masih sayangkan ibu kita. Betul tak? Hadis yang mengaitkan syurga di bawah tapak ibu sering menjadi perbincangan. Dalam kalangan ulama hadis, mereka mendaifkan hadis yang menyatakan bahawa syurga itu bawah tapak kaki ibu. Namun begitu, hadis tersebut mempunyai sanad yang hasan, disahihkan oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh al-Zahabi dan diperakui oleh al-Munziriy.

Walau apapun perbincangan ulama mengenai hadis ini, namun sesuatu yang tidak dapat disangkal adalah kepentingan berbakti kepada ibu bapa dan merupakan kefarduan setiap manusia yang bergelar anak. Hal ini jelas disebutkan dalam al-Quran dan hadis.

Allah memerintahkan kita supaya melakukan ihsan terhadap ibu bapa, melayan mereka dengan baik, berterima kasih, bersabar atas kerenah mereka terutama di usia tua mereka, tidak berkasar, bercakap dengan sopan, merendah diri dan mendoakan kebaikan dunia dan akhirat untuk mereka.

Melakukan kebaikan terhadap ibu bapa adalah anak kunci kejayaan seseorang di dunia dan akhirat. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa, dan kemurkaan Allah terletak kepada kemarahan ibu bapa." (Riwayat al-Hakim)

Rasulullah S.A.W. juga menjelaskan bahawa melakukan kebaikan terhadap ibu bapa termasuk dalam amalan yang paling disukai Allah ialah solat pada awal waktu, melakukan kebaikan terhadap ibu bapa dan kemudian berjihad di jalan Allah." (Riwayat al-Durqutni)

Cara berbakti kepada Ibu Bapa


Allah S.W.T. telah menjelaskan dengan lebih terperinci cara melakukan kebaikan kepada ibu bapa terutama ketika mereka sudah tua.

17:23

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang antara kedua-duanya atau kedua-duanya sampai umur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah sekali-kali kamu mengatakan kepada kedua-duanya perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak mereka. Ucapkan kepada mereka perkataan yang mulia." (Surah al-Isra' 17:23-24)


Ayat ini menjelaskan cara melakukan ihsan kepada ibu bapa. Seorang anak perlu menjaga adab dan akhlak terhadap ibu dan ayahnya terutama ketika mereka sudah tua dan lebih memerlukan belaian seorang anak pada usia tersebut. Pada waktu itu kudrat dan tenaga mula berkurangan, jiwa mereka mudah tersentuh dan telah banyak pengorbanan yang sudah mereka curahkan anak-anak. Anak yang menjadi seperti kacang lupakan kulit amat tidak bertimbang rasa dan berdosa besar baginya.

Anak sepatutnya sentiasa berbakti  kepada ibu bapanya. Ia dapat dilakukan dalam pelbagai cara, antaranya memberi nafkah apabila mereka sudah tidak berkemampuan, menziarahi mereka, sering bertanya khabar, bersikap lembut, memenuhi segala keperluan, mendoakan, berbuat baik terhadap rakan-rakan mereka dan sebagainya,

Kewajipan berbakti dan berbuat baik terhadap ibu bapa bukan hanya kepada ibu bapa Islam yang taat dan patuh pada perintah Allah. Malahan, seorang anak wajib berbuat baik terhadap ibu bapa walau dalam apa-apa keadaan sekalipun. Sebagai contoh, terdapat arahan Allah untuk tetap berbuat baik terhadap ibu bapa yang bukan Islam melalui firman-Nya yang bermaksud:

31:15

"Dan jika mereka berdua (ibu bapa kamu) mendesakmu supaya engkau mempersekutukan dengan-Ku sesuatu yang engkau tidak ketahui, janganlah engkau taat kepada mereka (iaitu jangan menuruti perintah mereka); dan tetaplah bergaul dengan mereka di dunia dengan cara yang baik." (Surah Luqman 31:15)

Ayat ini begitu jelas menyatakan kewajipan berbakti dan berbuat baik baik kepada ibu bapa yang bukan Islam. Kadangkala si anak kurang memahami tanggungjawabnyadan mengabaikan ibu bapanya sendiri dengan alasan mereka mereka melakukan maksiat atau tidak mempedulikannya semasa kecil. Walau sesiapa pun mereka, anak wajib berbakti kerana itulah perintah yang diturunkan oleh Allah kepada manusia.

31:14

Allah S.W.T. telah menjelaskan sebab perlu bersyukur dan berterima kasih kepada ibu bapa, maksudnya: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun, (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kedua-dua ibu bapamu dan (ingatlah) , kepada Aku jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." (Surah Luqman 31:14)

Larangan Bagi Anak

Allah melarang anak mengucapkan kata-kata yang boleh menyebabkan ibu dan ayahnya berkecil hati. 'uf' atau 'ah' seorang anak yang sampai ke telinga ibu dan ayah menyebabkan mereka menitiskan air mata dan terasa sebak dada. Apatah lagi jika anak mengeluarkan kata-kata kesat, menghina dan memeperkecilkan kedua-dua orang tuanya.

Begitu juga Allah melarang anak melakukan perbuatan kasar terhadap ibu bapanya. Perbuatan mengibas tangan terhadap ibu bapa sudah cukup untuk menjadikan seseorang anak itu derhaka. Apatah lagi sekiranya melakukan perbuatan yang lebih teruk daripada itu serta yang menyakiti fizikal dan hati mereka.

Seorang anak yang sedar betapa besar jasa ibu dan bapanya, tidak akan tergamak melakukan perderhakaan terhadap mereka. Namun apa yang terjadi sebaliknya, perderhakaan anak terhadap ibu bapa semakin berleluasa. Ada anak yang "menghambakan" ibu bapanya sendiri dengan menjadikan mereka sebagai orang gaji di rumah mereka. Inilah antara bentuk penderhakaan yang semakin berleluasa pada hari ini.

Akhir-akhir ini kes seperti memukul, mendera malah membunuh ibu bapa semakin menular dalam masyarakat. Berita menyayat hati seperti "Anak Memotong Kepala Ayah" dan "Ibu Dipukul Anak" merupakan gambaran masyarakat yang tenat dan perlu kepada suatu penyelesaian.

Anak-anak yang menderhaka terhadap ibu bapanya sudah tentu akan mendapat pembalasan sewajarnya daripada Allah sama ada di dunia mahupun akhirat. Jelasnya, anak yang menderhaka akan dimasukkan ke dalam neraka di akhirat nanti sebagai pembalasan terhadap kederhakaannya.
      Wallahu a'lam

Jazak'Allah Khair for your reading this entry !

Jumaat, 15 Februari 2013

Di Mana Rasulullah di hatimu?


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatah !


Hey people do you miss me? Feeling la. Haha. Sorry la I do not have time to update the blog. Okey la I'm Fakhrurazzi Mat Sedik your host for the late evening (dah hampir masuk waktu Maghrib) and I'm gonna take you guys a tour! We are going to ride on the time machine and travel back through time to 24 January 2013! Are you guys excited =) ? If you don't know about it, please click it, Kisah Rasul Akhir Zaman. Let's read this.



Yang paling berkuasa dalam diri manusia ialah hati. Imam al-Ghazali menegaskan bahawa hati umpama raja yang paling berkuasa dalam diri manusai. Pancaindera dan segala anggota badan bagaikan rakyat yang tunduk dan patuh kepada perintah hati.

Hati ialah tempat cinta bertakhta. Cinta itu yang mengawal hati. Jika seseorang mencintai sesuatu, seluruh tenaga, upaya, dan fokus dalam hidupnya akan ditumpukan kepada apa-apa yang dicintai. Oleh kerana itu, kita perlu berhati-hati apabila mencintai dan dicintai. Kita perlu berhati-hati memilih "siapa" dan "apa" yang hendak kita cintai.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, maksudnya: "Seseorang akan menjadi hamba kepada apa-apa yang dicintainya." (Riwayat al-Bukhari)

Syukur, jika hati mencintai Allah, kita akan menjadi hamba kepada Allah dan seluruh hidup kita akan terfokus kepada iman dan Islam. Alangkah ruginya jika di hati kita bertakhta kejahatan dan kemungkaran kerana kita akan menjadi hamba kepada kejahatan dan kemungkaran itu.

Cinta Allah Segala Sumber

Hidup memang cinta. tetapi cinta kepada siapa? Jawabnya, cinta kepada Allah.

2:165

Firman Allah, maksudnya: "Orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Kalaulah orang yang melakukan kezaliman mengetahui ketika mereka melihat seksaan (pada hari kiamat) bahawa kekuatan itu semua kepunyaan Allah dan amat berat seksaan-Nya (nescaya mereka menyesal)." (Surah al-Baqarah 2:165)

Cinta kepada Allah sumber segala kekuatan, kekayaan, ketenangan, kejayaan. Manusia yang bercinta dengan Allah Yang Maha Kaya (al-Qhaniy), akan mendapat kekayaan jiwa yang tiada tandingan. Manusia yang paling kuat ialah manusia yang mencintai Allah Yang Maha Perkasa (al-Qawiy). Manusia yang jahil dan serba tidak tahu akan menjadi insan yang bijaksana apabila berhubung cinta dengan Allah Yang Maha Mengetahui (al-'Alim).

Manusia yang cinta kepada Allah punya kekuatan dan ketenangan untuk menghadapi kehidupan. Hidup mereka tidak akan diganggu gugat oleh rasa takut atau dukacita.

33:51

Firman Allah yang bermaksud: "Kebebasan yang diberikan kepadamu (apabila diketahui oleh mereka lebih dekat untuk mententeramkan hati mereka, menjadikan mereka tidak berdukacita, serta menjadikan mereka reda akan apa-apa yang engkau lakukan kepada mereka. Dan (ingatlah) Allah sedia mengetahui setiap yang ada dalam hati kamu. Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar." (Surah al-Azhab 33:51)

Jika kemanisan hidup yang kita cari, maka rasa cinta kepada Allah mestilah disemat dalam hati. Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang mempunyai tiga perkara padanya, dia telah mendapatkan kemanisan iman, iaitu Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada selain kedua-duanya, serta mencintai dan membenci seseorang semata-mata kerana Allah. Dia hendaklah benci untuk kembali kepada kekafiran sebagaimana dia membenci jika dicampakkan ke dalam neraka." (Riwayat al- Bukahri dan Muslim)

Ekspresi Cinta Sahabat Kepada Allah

Cinta kepada Allah telah membentuk sahabat-sahabat Nabi S.A.W. berikut menjadi orang yang hebat:
  • Abu Bakar r.a. yang bukti cintanya, sanggup mengorbankan seluruh hartanya untuk Islam.
  • Umar al-Khattab yang bukti cintanya, kurang tidur pada waktu malam hari kerana bimbang urusannya dengan Allah tidak selesai dan kurang tidur pada waktu siang kerana bimbang urusannya dengan manusia tidak selesai.
  • Umar bin Abdul Aziz yang bukti cintanya, sangat amanah sehingga tidak sanggup mengambil sedikit pun harta negara untuk maslahat dirinya.
  • Khalid al-Walid yang bukti cintanya, tidak terikat dengan jawatan apabila berkata: "Aku berjuang bukan kerana Umar (bahkan kerana Allah)."

Mengapa Perlu Mencintai Rasulullah?

Begitulah kelebihan mencintai Allah. Hitam, putih, manis, pahit, terang dan gelap - semuanya baik belaka jika sudah ada cinta. Namun demikian, cinta kepada Allah tidak mungkin dicapai tanpa melalui cinta Rasulullah S.A.W. Cinta Allah itu tujuan, cinta kepada Rasulullah pula jalan. Tujuan tidak akan tercapai tanpa mengikut jalan.

Antara jalan menuju kejayaan adalah dengan "meniru" orang yang berjaya sebagaimana yang turut dinyatakan oleh pakar motivasi dan psikologi. Sebagai umat Islam, siapa lagi insan paling berjaya jika tiada Rasulullah? Baginda mencapai kejayaan yang holistik sebagai individu dan masyarakat di dunia dan akhirat.

33:21

Allah S.W.T. telah menegaskan hakikat ini melalui firman-Nya yang bermaksud: "Pada diri Rasulullah buat kamu adalah suri teladan yang baik." (Surah al-Azhab 33:21)

Tanpa berdolak-dalih lagi, kita boleh merumuskan bahawa punca kegagalan umat Islam kini kerana tidak menjadikan Rasulullah sebagai teladan. Berikut dihuraikan sebab kita perlu mencintai Rasulullah S.A.W.:

1)    Jalan mencintai Allah

Allah sendiri telah menunjukkan bahawa jalan mencintai Allah adalah dengan mencintai Rasulullah. Jalan itu wajib diikut. Tidak ada manusia yang mampu mencintai Allah mengikut jalannya tersendiri. Seperkara lagi, kita mestilah mencintai segala-gala yang dicintai Allah. Ia meliputi mencintai para rasul, nabi, malaikat, hamba-Nya yang soleh, amal soleh dan akhlak mulia.

Tegasnya, cinta kepada Allah mewajibkan kita agar mencintai sesiapa dan segala sesuatu yang dicintai-Nya. Insan yang paling dicintai oleh Allah ialah Rasulullah S.A.W. Inilah syarat pertama dan utama untuk meriah cinta Allah.

3:31

Perkara ini ditegaskan sendiri oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: "Katakan: 'Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad). Nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.' Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.'" (Surah Ali 'Imran 3:31)

2)    Rasulullah sangat dimuliakan Allah

Allah telah memilih Baginda sebagai manusia yang paling mulia dengan pengiktirafan berikut:
  • Penghulu segala Rasul.
  • Menurunkan al-Quran kepadanya.
  • Memuliakan dengan selawat.
  • Menganugerahkan gelaran"Habibullah" (kekasih Allah).
33:56

Peri Rasulullah S.A.W. dimuliakan oleh Allah terpancar daripada firman-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya, Allah dan malaikat-Nya berselawat atas nabi." (Surah al-Azhab 33:56)

Bukan itu sahaja, malah Baginda dimartabatkan sebagai pemberi rahmat bagi seluruh alam dan kelak Allah akan lebih memuliakannya dengan memberikan syafa'ah 'uzma (pertolongan agung) pada hari kiamat.

Insya-Allah, orang yang memuliakan insan yang dimuliakan Allah (Rasulullah) akan turut dimuliakan-Nya. Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka aku akan berselawat atasnya 10 kali." (Riwayat al-Bukhari)

3)    Rasulullah sangat mencintai kita

Rasulullah merupakan Nabi yang paling mencintai umatnya. Atas dasar cinta itulah Baginda berjuang habis-habisan untuk menyampaikan ajaran Islam - agama yang menyelamatkan manusia di dunia dan akhirat. Belum tentu orang yang kita cintai akan mencintai kita, tetapi baginda memang terbukti mencintai kita. Jika kita mencintai Rasulullah, kita tidak akan bertepuk sebelah tangan...... Cintailah Rasulullah, pasti cinta kita berbalas.

Bukti cinta ialah pengorbanan. Semakin tinggi cinta, semakin banyak pengorbanan. Lihatlah bagaimana Baginda telah menumpahkan keringat, mengalirkan air mata, malah rela menyabung nyawa demi menyelamatkan umat Islam daripada seksaan neraka?

9:128

Firman Allah, maksudnya: "Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul daripada kaumnya sendiri. Terasa berat olehnya dengan penderitaan yang sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan serta penyayang terhadap orang Mukmin." (Surah al-Tawbah 9:128)

Doa-doa yang diwariskan oleh Rasulullah kepada para sahabatnya dan kemudian dipindahkan daripada satu generasi ke satu generaasi juga bukti Rasulullah kepada umatnya. Jika kita merujuk kepada hadis-hadis yang dinukilkan dalam pelbagai kitab, kita dapat melihat betapa banyak khazanah doa yang diwariskan sebagai bukti kecintaan Baginda.

4)    Jasa dan kebaikan Rasulullah yang melimpah

Budi dan jasa Rasulullah S.A.W. sangat luar biasa. Dakwah, nasihat, didikan, bimbangan, doa dan kepimpinan Rasulullah tidak terhitung nilainya. Baginda bukan bertungkus-lumus untuk menyelamatkan manusia di dunia sahaja, malah akhirat. Baginda telah menyampaikan berita (hari akhirat) sama ada yang menggembirakan (syurga) atau ancaman yang menakutkan (neraka) sebgai peringatan.

Itulah perbezaan Rasulullah S.A.W. dengan pemimpin dunia yang lain. Pemimpin biasa hanya berusaha menyelamatkan pengikutnya di dunia, tetapi Rasulullah berusaha menyelamatkan umatnya daripada kesengsaraan di dunia dan akhirat. Rasulullah S.A.W. bukan sahaja membersihkan dunia daripada kejahatan, malah membersihkan hati manusia daripada dosa dan kemungkaran.

Human liver contaminated with polytheism and nature mazmumah been cleaned in the presence of the Prophet as a result, formed a generation that believed.

3:164

Firman allah, maksudnya: " Sesungguhnya, Allah memberi kurniaan kepada orang yang beriamn ketika Allah mengutus antara mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayat Allah kepada mereka, membersihkan (jiwa) mereka dan mengajarkan kepada mereka al-Kitab dan al-Hikmah. Sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka benar-benar berada dalam kesesatan yang nyata." (Surah Ali 'Imran 3:164)

5)    Keagungan akhlak Rasulullah

Setiap hati manusia akan jatuh cinta kepada orang yang mempunyai akhlak yang baik. Akhlak yang baik disukai oleh setiap manusia tidak kira agama, bangsa dan warna kulit. Ia nilai sejagat yang diakui oleh semua manusia. Ini juga salah satu sebab kita perlu mencintai Rasulullah S.A.W. kerana ketinggian dan keagungan akhlak Baginda.

Oleh sebab itu, sesiapa yang tidak jatuh cinta kepada Rasulullah S.A.W., itu petanda dia menolak fitrah manusia. Orang yang baik dan ingin menjadi baik akan mencintai dan meneladani orang yang baik. Tidak ada insan sebaik Nabi Muhammad S.A.W. Akhlak Baginda bukan sahaja dipuji oleh kawan dan lawan, malah oleh Tuhan Yang Maha Pencinta.

68:4

Allah berfirman, maksudnya: "Sesungguhnya, kamu (Muhammad) benar-benar mempunyai budi pekerti yang agung." (Surah al-Qalam 68:4)

Tanda Mencintai Rasulullah

Sudahkah kita jatuh cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Antara tanda mencintai Baginda ialah banyak mengingat, menyebut, merindu, dan seterusnya ingin sekali bertemu. Maksudnya, cinta adalah satu perasaan yang bersemi dalam hati, diluahkan dengan lidah dan dibuktikan dengan tindakan dan pengorbanan.

Jika kita mengaku cintakan Rasulullah S.A.W., muhasabahlah sebanyak mana kita berselawat kepada Baginda sehari semalam? Selawat itu tanda ingatan. Setelah banyak mengingat dengan selawat, tentulah rasa rindu untuk bertemu semakin mendalam. Ya, cinta dan rindu sangat sinonim.

Cinta yang hebat akan mampu mendekatkan jarak waktu dan jurang generasi. Inilah yang dialami oleh manusia yang hidup pada akhir zaman, tetapi punya cinta yang mendalam kepada Rasulullah S.A.W.

Justeru, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Orang yang paling aku cintai dalam kalangan umaku ialah orang sesudahku yang sangat ingin melihat aku (walaupun dengan mengorbankan) keluarga dan hartanya." (Riwayat Muslim)

in conclusion, the person must be a lot of love remembering whom he loves. When the heart remembers, are much in the mouth. When the tongue much mention, the heart will feel homesick. When longing, sure feels like to meet. Yes, that multiplication of love toward him. How to meet the Rasulullah? The answer replied, with a die in all aspects of life.
       Wallahu a'lam


P/S:

Doa daripada Rasulullah

Lihatlah, betapa cinta Rasulullah S.A.W. apabila Baginda berkata kepada seorang sahabat; Mu'az bin Jabal: "Wahai Mu'az, aku sangat mencintaimu. Selepas engkau menunaikan solat, jangan sekali-kali engkau lupa untuk berdoa kepada Allah dengan doa ini dan maksudnya: "Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, mensyukuri nikmat-Mu dan memperbaiki ibadah kepada-Mu.'" (Riwayat Ahmad)

Thank you for reading this entry !

Khamis, 7 Februari 2013

Rezeki Datang Bergolek?


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatah !


How are you all? Hope you healthier. I am the middle between healthy and unhealthy. That reason is not update this blog. Hmmm... We meet again in this space and hopefully in good health. Actually I'm don't know to want write in the blog. This time I will discuss about Rezeki Datang Bergolek imposed from the Tauhid. Let's read it.



Antara perkara yang mengelirukan segelintir masyarakat ialah hadis yang menceritakan tentang kejadian manusia. Apabila genap usia manusia 120 hari dalam kandungan si ibu, maka satu malaikat diwakilkan kepadanya. Tugasnya untuk menulis beberapa perkara yang ditentukan Ilahi, antranya tentang ketentuan rezeki seseorang manusia.

Berdasarkan hadis ini, ramai yang memahami bahwa usaha dan kerajinan bekerja tidak akan mengurangkan kadar rezekinya. Rezeki tersebut seperti makanan, minuman, harta, wang dan sebagainya. Anak juga termasuk dalam kategori rezeki. Maka, kita tidak perlu bekerja untuk mendapatkan rezeki?

Tidak Perlu Berusaha?

Abi Abudl Rahman bin Abdullah bin Mas'ud r.a.a berkata bahawa Rasulullah S.A.W. menceritakan yang bermaskud: "Kemudian dihantar kepadanya (janin) satu malaikat lalu ditiup kepadanya roh, dan dipearintahkan dengan empat perkataan iaitu penulisan rezeki, ajal dan amalnya serta sama ada bahagia atau celaka."

Riwayat hadis ini sahih. Ia direkodkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim dalam kedua-dua kitab hadis mereka. Maka, kesahihan hadis ini tiada masalah. Soalnya, adakah benar kita tidak perlu berusaha untuk mendapatkan rezeki?

Dalam sebuah ungkapan syair, dinyatakan:

"Qalam qadar telah berjalan dengan perkara yang akan berlaku nanti,
Maka sama sahaja pergerakan dan diam ini.

Adalah gila engkau berusaha mencari rezeki,
sedangkan janin di dalam kegelapan perut juga diberi rezeki."

Ungkapan syair ini menjelaskan bahawa kita tidak perlu berusaha mencari rezeki kerana ia telah ditetapkan dalam qadar Ilahi. Contohnya, janin di dalam perut seorang ibu juga sudah ada habuan makanan walaupun tidak berusaha. Maka, seseorang yang berusaha mencari rezeki dianggap sebagai orang gila. Sayangnya.

Kefahaman ini adalah salah kerana tidak selaras dengan dasar beriman dengan qadar. Sesungguhnya, keimanan kepada qadar bukan menuntut kita menjadi malas sebaliknya menuntut kita rajin berusaha. Betul tak?

Kesalahan-kesalahan dalam Fahaman Ini

Kesalahan kefahaman tentang tidak perlu berusaha mencari rezeki kerana ia telah ditentukan bahagiannya seperti beikut:

1)   Penetapan rezeki adalah rahsia Allah. Tiada seorang manusia pun mempunyai ilmu tentang rezeki sama ada untuk dirinya apatah lagi orang lain. Maka, bagaimana mungkin kita berhujah mengenai perkara yang kita tidak mempunyai ilmu tentangnya?

2)   Penentuan rezeki mempunyai kaitan dengan sebab. Antara ketetapan Ilahi yang jelas dan menjadi asas padanya adalah pertambahan rezeki dengan sebab rajin berusaha. Manakala rezeki berkurang jika malas berusaha. Prinsip ini sewajibnya diguna pakai dalam kehidupan di dunia kerana dunia ialah tempat untuk manusia berusaha.

3)   Banyak nas al-Quran menyuruh manusia berusaha, antaranya seruan untuk berusaha mencari rezeki. Bahkan selepas selesai solat Jumaat, umat Islam diperintahkan agar segera bertebaran di muka bumi dengan matlamat mencari rezeki.

Sunnuh Allah dalam Rezeki

Qadar Allah berkaitan dengan ilmu, kehendak dan kuasa Allah. Ia adalah rahsia Allah. Maka, kita tidak dituntut untuk membicarakan perkara yang kita Allah tentukan dan lakuakn. Sebaliknya, kita sendiri akan ditanya tentang perkara yang kita usahakan.

21:23

Firman Allah Taala, maksudnya: "Dia (Allah) tidak sekali-kali disoal tentang perkara yang dilakukan-Nya, sedangkan merekalah yang akan disoal." (Surah al-Anbiya' 21:23)

Oleh sebab itu, apa-apa yang ditulis tentang rezeki tidak perlu dikaji dan diperbesarkan. Sebaliknya, apakah sunnah Allah dalam aspek rezeki tersebut? Sunnah Allah dalam aspek rezeki ialah rezeki tidak dapat melainkan dengan usaha. Makanan tidak akan terbang ke masuk ke dalam mulut jika tidak berusaha memegang dan menyuapkannya ke dalam mulut. Pasangan suami isetri tidak akan mendapat anak jika mereka tidak berusaha dan berikhtikar untuk mendapatkannya.

Duit tidak akan diperoleh jika kita tidak berusaha dan bekerja. Inilah sunnah Allah dan dasar ini sudah jelas dan pasti. Begitu juga dengan perintah syarak yang memerintahkan kita agar berusaha mencari rezeki. Nas-nas al-Quran dan hadis sarat dan padat dengan perintah agar berusaha mencari rezeki.

Tawakal yang Sebenar

Inilah kefahaman para salafussoleh. Contohnya, Sayidina Umar al-Khattab yang menjawat jawatan khalifah melihat segelintir umat Islam yang masih duduk dalam masjid selepas selesai solat fardu Jumaat. Ketika itu, majoriti umat Islam yang lain sudah meninggalkan masjid untuk bekerja. Lalu, beliau bertanya tentang keadaan mereka. Mereka menjawab bahawa mereka adalah golongan yang bertawakal.

Namun, Umar al-Khattab  menjelaskan kesilapan mereka dengan menyatakan: "Bahkan kamu semua adalah golongan yang makan bersama-sama (dengan rezeki hasil kerja orang lain). Janganlah seseorang daripada kamu duduk dan tidak berusaha untuk mencari rezeki lalu berdoa agar Allah memberi rezeki, sedangkan dia tahu bahawa langit tidak menurunkan emas dan perak."

Catatan kisah ini menggambarkan kesilapan segelintir golongan yang bertawakal tanpa apa-apa usaha. Ini bukanlah tawakal yang benar kerana ia perlu didahului dengan usaha. Itulah yang sepatutnya! Umar la-Khattab telah membetulkan kefahaman yang tersasar itu.

Justeru, kita mesti berusaha mencari rezeki yang halal. Apa-apa yang Allah qadarkan hanyalah rahsia Allah. Jika kita gagl mendapat rezeki selepas berusaha, maka itu tanda kita reda dengan qadar Ilahi. Jangan berputus asa!
       Wallahu a'lam

Thank you for reading this entry !

Jumaat, 1 Februari 2013

Potong Tangan Pencuri

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatah !


Apa khabar semua? Sihat tak? Semoga anda semua di dalam pemeliharaan Allah S.W.T. Mengapakah saya tuliskan yang bertajuk ialah "Potong Tangan Pencuri" dalam blog ini. Kerana ini berkaitan dengan Hadis. Anda semua pernah mencuri sesuatu daripada seorang yang tidak diketahui tak?? Kalau begitu, tak baik kerana ini berdosa besar. Kadang-kadang semasa zaman kecil dahulu, kanak-kanak sudah pandai-pandai mencuri tanpa disedari. Bila dah dewasa, baru tersedar tahu apa itu mencuri? Betul tak?

Motosikal dicuri. Kabel elektrik dicuri. Duit tabung masjid dicuri. Besi penutup longkong dicuri. Duit dalam akaun juga ada yang dicuri. Pelbagai kes kecurian berlaku, apakah kesudahannya? Bagaimana mengatasinya? Jawapannya hanya satu, iaitu memotong tangan pencuri.

Sebagai Pengajaran

Ada pandangan yang menyatakan bahawa hukuman memotong tangan seseorang adalah kejam. Tindakan ini sememangnya kejam, tetapi sekiranya dia merupakan seorang pencuri, maka hukuman tersebut amat sesuai baginya.

Ia bersifat memberi pengajaran kepada pencuri dan masyarakat di sekeliling serta memberi peluang kepada pencuri untuk bertaubat dan memulakan kehidupan baru. Sesiapa yang tidak mencuri atau tidak berniat untuk mencuri tidak perlu bimbang kerana hukuman ini hanya "istimewa" untuk para pencuri.

Ada berlaku pada zaman Islam dahulu, saya ceritakannya, "Jika anakku mencuri, akan kupotong tangannya...."

Imam al-Bukhari (no. 6788) dan Imam Muslim (no. 1688) meriwayatkan bahwa seorang perempuan daripada kabilah bani Makhzum iaitu kabilah yang besar dan sangat dihormati dalam kalangan masyarakat Makkah telah disabitkan kesalahan mencuri.

Orang Quraisy begitu bimbang sekiranya perempuan bangsawan ini dipotong tangannya, lalu mereka berbincang untuk mencari seseorang bagi memujuk Rasulullah S.A.W. agar tidak menjatuhkan hukuman tersebut.

Akhirnya, mereka memilih Usamah bin Zaid bin Harithah untuk melakukan tugas tersebut kerana beliau adalah cucu angkat kesayangan Baginda S.A.W.

Setelah Usmmah menyatakan perkara tersebut kepada Rasulullah S.A.W., Baginda terus menjawab dengan tegas, mafhumnya: "Adakah kamu ingin memberi syafaat (memujuk diriku agar tidak menjatuhkan hukum) dalam perlaksanakan hukum Allah ini?"

Lalu, Baginda bangun menghadap orang ramai dan menyampaikan sebuah ucapan: "Sesungguhnya, umat terdahulu sebelum kamu telah binasa kerana apabila golongan teratas dan bangsawan dalam kalangan mereka melakukan kesalahan, mereka dibiarkan. Apabila golongan bawahan dan rakyat biasa melakukan kesalahan, hukuman yang ditetapkan oleh Allah (hudud) dilaksanakan atas mereka. Demi Allah, sekiranya Fatimah binti Muhammad S.A.W. mencuri, nescaya pasti aku memotong tangannya!"

Menurut Imam- Qurtubi, perempuan daripada bani Makhzum itu bernama Murrah binti Sufyan bin Abd-Asada dan dia ialah wanita pertama yang dijatuhkan hukuman potong tangan oleh Rasulullah S.A.W. kerana disabitkan kesalahan mencuri. (Tafsir al-Jami' li Ahkam Al-Quran. Surah al- Ma'idah 5:38). Itulah ceritakan hadis "Potong Tangan Pencuri".

Bayangkan seorang ayah yang mengumpul duit saban bulan untuk membeli sebuah motosikal bagi kegunaan anak sulungnya yang baru melanjutkan pengajian di universiti, tiba-tiba motosikal tersebut dicuri! Tanpa disedari, ada yang pernah menjadi mangsa pencuri telah mengeluarkan ungkapan: "Kalau aku jumpa pencuri kereta aku, akan kucincang sehingga mati!" Ada juga yang menyebut: "Kalau dapat ditangkap orang gaji yang mencuri barang kemasku, akan kutikam sampai hancur!"

Para pembaca boleh bertanya kepada mangsa-mangsa kecurian, apa yang akan mereka lakukan sekiranya dapat menangkap pencuri tesebut?

Prevention is Better than Cure

Islam hadir dengan membawa satu penyelesaikan yang serderhana dalam segenap aspek kehidupan manusia. Hukumannya bukan sahaja bersifat setimpal dengan kesalahan, tetapi ia juga mengandungi unsur pencegahan.

5:38

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri, maka (hukumlah dia) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab perkara yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) satu hukuman pencegah daripada Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." (Surah al-Ma'idah 5:38)

Walau bagiamanapun, seorang pencrui itu tidak akan terus dipotong tangannya melainkan setelah cukup syarat-syaratnya seperti kadar nilai barang curian, tersimpan di tempat selamat dan beberapa isu lain yang diperincikan dalam kitab-kitab fiqah.

Para pengkaji dalam bidang perundangan amat digalakkan untuk membuat kajian perbandingan berkenaan aspek pencegahan (prevention) yang terkandung dalam undang-undang jenayah Islam dan juga ciptaan manusia.

Sekiranya masyarakat menyaksikan seseorang yang telah sabit kesalahan mencuri dipotong tangannya di khalayak ramai, pasti tersemat perasaan gerun dalam hati mereka untuk melakukan jenayah yang sama. Begitu juga apabila pesalah yang dijatuhkan hukuman tersebut meneruskan kehidupan seharian dalam keadaan sebelah tangannya terpotong, pasti akan menjauhkan dirinya daripada mengulangi jenayah curi lagi.

Bahkan, masyarakat yang berurusan dengannya akan sentiasa mengambil iktibar setiap kali melihat pencuri tersebut dalam keadaan terpotong tangannya. Hukuman ini akan menyababkan pencuri itu insaf dan bertaubat, lalu ia akan terselamat di akhirat nanti. Inilah keindahan Islam!

5:39

Seseorang yang melakukan kesalahan mesti dihukum, tetapi dalam masa yang sama ruang untuk dia memperbaiki dirinya terbuka luas sebagaimana firman Allah dalam sambungan ayat di atas yang bermaksud: "Maka sesiapa yang bertaubat sesudah dia melakukan kejahatan (mencuri) itu dan memperbaiki amal usahanya, Sesungguhnya Allah menerima taubatnya (selepas dipotong tangannya) kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Ma'idah 5:39)

Masyarakat juga boleh hidup tenang dan aman daripada ancaman golongan "berkarier" pencuri ini.
      Wallahu a'lam.

Thank you for reading this entry !