Selasa, 20 November 2012

Ikat Nikmat dengan Syukur

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatah !


Allah sering mengingatkan manusia agar sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang telah dipinjamkan agar manusia menyedari bahwa mereka sentiasa memerlukan Allah S.W.T.

16:78



Firman Allah S.W.t, maksudnya: "Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun. Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran, penglihatan, serta hati dan akal fikiran supaya kamu bersyukur." (Surah al-Nahl 16:78)

Perlukan Mujahadah

Disebabkan tingginya kedudukan syukur maka jalan untuk memilikinya juga penuh dengan ujian. Untuk mewujudkannya, ia memerlukan kesungguhan dan usaha yang disertakan dengan keyakinan, kesabaran, dan istiqamah.

Oleh kerana besarnya mujahadah yang diperlukan bagi mencapai kedudukan syukur ini, Allah S.W.T. menggambarkan kepada kita bahawa terlalu sedikit orang yang mampu mensyukuri anugerah dan kurniaan-Nya.

34:13

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Dan semenangnya sedikit sekali antara hamba-hamba-Ku yang besyukur." (Surah Saba' 34:13)

Hakikatnya begitu, ramai manusia yang tidak bersyukur meskipun nikmat, kurnia dan anugerah Allah kepada kita sangat banyak.

27:73

Ini dapat diperhatikan menersui firman-Nya yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) sentiasa melimpah-ruah kurniakan-Nya kepada manusia tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur." (Surah al-Naml 27:73)

Begitu juga firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Setelah dia membesar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur 40 tahun, berdoalah dia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah aku supaya tetap bersyukur kan nikmat-Mu yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai.'"

Mengikat Nikmat

Allah menjanjikan kepada orang Mukmin untuk mengurniakan tambahan nikmat-Nya jika mereka mengikat nikmat tersebut dengan rasa penuh kesyukuran.

14:7

Firman Allah, maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu berfirman: 'Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah nikmat-Ku kepada kamu. Dan jika kamu mengingkarinya (kufur nikmat), sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih." (Surah Ibrahim 14:7)

Ibn 'Ataillah berkata: "Sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat, maka dia telah menghilangkan nikmat tersebut. Dan sesiapa yang mensyurukinya, maka dia telah mengikatnya dengan tali."

Jika inilah yang dinyatakan oleh para sufi, dapat difahami bahawa mengkufurinya bermakna seseorang itu telah memutuskan ikatan syukur dan mengundang kemurkaan-Nya.

16:112

Firman Allah S.W.T., maksudnya: "Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberi satu perumpamaan; sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezeki yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah menimpakan kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhan disebabkan apa ynag mereka telah lakukan." (Surah al-Nahl 16:112)

Hakikatnya, orang yang bersyukur kepada Allah mengundang kebaikan untuk dirinya sendiri. Dengan syukur, dia telah mengikat dan mengundang nikmat Allah agar bertambah serta kurniakan-Nya akan terus mencurah-curah.

27:40

Benarlah firman-Nya yang bermaksud: "Dan sesiapa yang bersyukur, maka faedah syukurnya itu hanyalah untuk dirinya sendiri. DAn sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah melemahkan Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia." (Surah al-Naml 27:40)

Oleh sebab itu, para ulama sufi selalu "mengetuk" pintu syukur kepada Allah dalam semua keadaan yang mereka lalui. Mereka akan memuji-Nya dalam segala urusan serta mengakui-Nya sebagai Zat Yang Maha Menentukan segala sesuatu di samping reda terhadap segala ketentuan. Itulah cara mereka merendah diri di hadapan-Nya dan memohon kurniakan-Nya. Hati mereka dipenuhi dengan cahaya makrifat. Lisan mereka selalu mengucapkan ayat-ayat pujian bersulam zikir kesyukuran.

Berdoalah agar kita termasuk dalam kalangan mereka yang bersyukur atas kurniakan-Nya yang tidak terhitung. Amin dan Wallahu a'alm.

Thank you for reading this entry !

Tiada ulasan :

Catat Ulasan