Sabtu, 3 November 2012

Magnet Pendakwah Unik

Assalamualaikum Warahmatullah Wabaratakah !


As'salam, kau pernah dengar dan lihat ceramah Ustaz Azhar dan Ustaz Don Daniyal? BEST cara mereka sampaikan ceramah agama. Tak rasa bosan. Ini hatiku berputik cinta terhadap ceramah agama. Banyak pengisian ilmu kerohanian yang aku dapat daripada kedua-dua tokoh pendakwah ini. Jika kita lihat, dengar dan rasai perkara yang saya katakan di atas, sudah tentu kita bersetuju bahawa fenomena magnet pendakwah unik telah meresap ke dalam minda, jiwa dan tindakan saya hinggakan kini anda semua juga amat meminati ceramah agama. Ramai lagi anak-anak mudah sudah pastinya meminati tokoh-tokoh pendakwah hebat seperti ini. Pendakwah unik, bersahaja dan santai.

Mungkin kita bertanya-tanya, apa yang menyebabkan tokoh pendakwah tersebut menjadi unik seolah-olah terdapat satu batu magnet besar berwarna hitam menarik jiwa warga muda-mudi masa kini? Adakah pada gaya bahasa? Atau pada perilaku? Atau cara mereka berfikir? Ataupun mereka dilahirkan secara semula jadi menjadi tokoh pendakwah yang hebat dalam bidang masing-masing?

Subhanallah...indahnya orang ramai-ramai hadir dan dengar ceramah...

Menarik Minat Audiens

Mari kita lihat, dengar dan rasai bahawa pendakwah seperti mereka dianggap berpengaruh dalam kalangan muda-mudi dan orang "lama" kerana cara mereka berkomunikasi dan menjalinkan rapport (hubungan baik) dengan cepat bersama khalayak pendengar.

Melalui ilmu pengetahuan teknologi minda Neuro-Linguistic Programming (NLP), cara atau corak komunikasi dan percakapan seseorang dapat menyebabkan orang yang mendengar terpengaruh dan menukar cara mereka berfikir terhadap sesuatu perkara. mereka menggunakan seoptimum mungkin kekuatan penggunaan bahasa deria bagi mempergaruhi khalayak pendengar. Bahasa deria ada 3 jenis bahasa deria dan istilah yang sering mereka gunakan ketika menyampai ceramah seperti berikut:

  1. Bahasa Deria Mata dan istilah Visual (V)
  • Bayangkan jika kita selaku ibu ayah kurang memberikan didikan agama, apa yang akan berlaku terhadap keluarga kita? Cuba bayangkan dan fikirkan bersama.
  • Cuba kita lihat 10 tahun akan datang, anak-anak muda depan saya ini akan jadi apa? Bagaimana dengan misi hidup anda? Agaknya, bagaimana juga cara anda hormati mak dan ayah? Lihatlah dari sekarang sebelum anda menghadapi semuanya 10 tahun akan datang
  • Cuba kita sama-sama berikan fokus yang tinggi dengan perkara yang saya ingin katakan ini: "Tuan-tuan, puan-puan serta adik kakak pasti terbayang cara untuk menjadi anak soleh atau solehah secara mudah, senang dan akhirnya mendapat banyak pahala di dunia dan akhirat."
    2.  Bahasa Deria Pendengaran dan istilah Auditori (A)
  • Ceritakan kepada saya bagaimana anak muda sekarang boleh belajar agama dengan mudah? Saya mahu mendengar jawapan daripada anda.
  • Dengarkan cara Rasulullah S.A.W. menyebut: "Ummati.... Ummati...." ketika Baginda hampir wafat. Dengarkan juga pesanan terakhir yang Nabi Muhammd S.A.W. kita berikan kepada umatnya. Mahukah kita mendengar perkara yang Baginda lafazkan dari mulutnya sebelum wafat?
  • Ustaz mahu sembang-sembang santai sahaja dengan anda semua berkaitan meraikan countdown 2012. Adakah anda semua bersedia mendengar apa yang saya bakal katakan sebentar lagi?
    3.  Bahasa Deria Perasaan dan Pergerakan serta istilah Kinesteik (K)
  • Rasakan apabila Nabi kita, Muhammad S.A.W. berada dalam jiwa kita. Apa yang kita akan rasakan? Bahagia? Selesa? Gembira? Sebak kerana Nabi sayangkan kita? Adakah kita selalu sayang dan rasakan Nabi ada dalam jiwa dan sanubari kita? Bagaimana dengan selawat kita kepada Baginda?
  • Sentuhan jiwa kita dengan zikrullah. Hati yang bergetar dan mengingati Allah, pasti akan berasa tenang, jiwa lapang, minda tenang dan kebahagiaan rumah tangga kita kekal utuh dan kuat hingga ke syurga.
Corak-corak bahasa inilah yang amat mempergaruhi khalayak pendengar. Seorang pendakwah magnet unik perlu menggunakan ketiga-tiga corak bahasa ini ketika menyampaikan ceramahnya kerana khalayak pendengar tergolong daripada ketiga-tiga golongan ini iaitu pendengar visual, auditori, kinestetik.

Jangan jadikan ceramah agama masa kini sebagai "Masa untuk tidur" atau  khutbah Jumaat sebagai medan fikiran menerawang "mencari" ilham. Pendakwah unik seperti yang disebutkan oleh saya di atas perlu bijak menggunakan ilmu bahasa deria visual, auditori, kinestetik (VAK) dalam penyampaian dakwah berkesan.

Komunikasi Pendakwah Magnet

Berikut dikongsikan contoh komunikasi bagi seseorang pendakwah magnet unik:
  1. "Tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Cuba kita bayangkan (V) apabila Rasulullah S.A.W. berada dan duduk di sebelah (V) kita. Apa yang dapat kita rasa (K) dan dengar (A) daripada tutur kata Nabi kepada kita? Bagaimana nasihat Nabi Muhammad S.A.W. terhadap kita sebagai umatnya yang sering kali lupa kepada Baginda?
  2. "Apa perasaan (K) Baginda jika mengetahui (V) bahawa umatnya kini kurang berselawat kepada Baginda? Bagaimana untuk kita meraih (K) syafaatnya di akhirat kelak jika mulut kita amat berat (K) untuk melafazkan (A) 'Allahumma salli 'ala Muhammad'?
  3. "Mari kita lafa kan (A) 'Allahumma salli 'ala Muhmmad' agar kita tergolong dalam golongan umatnya yang cemerlang di dunia dan akhirat"
Apabila cara komunikasi pendakwah dapat menawan hati dan perasaan pendengar, dengan mudah mereka dapat mengikuti inti pati yang disampaikan oleh mereka. Perkara yang paling penting, selepas mendengar ceramah agama, pendengar perlu lakukan perkara yang didengari dan konsisten terhadap perkara yang dilakukan.

Buatlah perubahan kecil kepada diri dan yang penting adalah konsisten terhadap perubahan kecil yang kita lakukan. Di sinilah kedudukan teknik komunikasi mempergaruhi pemikiran khalayak pendengar agar perubahan diri dalam jangka panjang dapat dilakukan.

Inilah salah satu "tool" NLP yang dapat digunakan oleh magnet pendakwah unik. Wallahu a'lam =)

Wow!! Banyak-banyak orang ramai hadir ke ceramah disampaikan Ustaz Azhar.. Sehingga tertarik dengar ceramahnya.. BEST!

Thank you for reading this entry !

Tiada ulasan :

Catat Ulasan