Khamis, 24 Januari 2013

Kasih Rasul Akhir Zaman



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatah !


Apa khabar semua? Lama-lama dah saya tak masa untuk update blog ni.. Kerana saya sibuk menyediakan perkahwinan kakak saya ke-3 daripada adik-beradik ke-8 pada bulan Februari sehingga saya tak sedarkan nak updatenya. Sorry la ='(. Okey la saya nak tuliskan tentang kita perlu cintai kepada siapa? Siapakah anda mencintai lebih di dunia? Mengapakah?

Dua kalimah syahadah adalah bukti bahawa cinta kepada Allah dan Rasulullah S.A.W. tidak terpisah. Cinta Allah itu tujuan, cinta Rasulullah itu jalan. Tidak mungkin tercapai tujuan "Lailahaillallah" tanpa mengikut jalan "Muhammad Rasulullah."

Keyakinan kita kepada Allah adalah atas curahan ilmu, didikan,bimbingan dan pimpinan Rasulullah. Justeru, Rasulullah S.A.W. itu manusia biasa yang sangat luar biasa. Baginda tidak dididik oleh manusia, tetapi dididik oleh Allah S.W.T.

Kata-katanya tidak pernah sia-sia melainkan terpandu segalanya oleh wahyu.

53:3
53:4

Allah berfirman yang bermaksud: "Rasulullah tidak berkata melainkan wahyu Allah." (Surah al-Najm 53:3-4)

Jika hati mencintai kebaikan, maka butalah hati itu jika tidak mencintai Rasulullah.... kerana Bagindalah insan terbaik dan paling banyak menabur kebaikan. Jika hati mencintai keindahan, maka matilah hati itu jika tidak jatuh cinta kepada keindahan Rasulullah; senyuman, sapaan, teguran, bujukan, bahkan marahnya sekalipun tetap indah.

Kita masih boleh membayangkan seorang yang pernah mengikat perutnya dengan batu bagi menahan kelaparan ketika berjihad. Baginda insan yang pernah patah giginya oleh asakan dan tusukan senjata musuh. Kenangi seorang insan yang pernah luka-luka dilontar dengan batu-batu, dilempari najis dan bangkai, diperosok ke dalam duri dan lubang, akhirnya dikepung untuk dibunuh.... hanya kerana ingin menyampikan iman dan Islam buat manusia. Tugasnya Baginda yang dipikul tanggungjawab, AMANAH sifatnya.. Betul tak?

Kebaikan Rasulullah S.A.W. bukan sahaja dinikmati oleh generasi yang hidup bersama-samanya, tetapi melampaui masa, zaman dan keadaan. Cinta Baginda turut menyentuh hati kita. Cinta tidak semestinya bertemu. Cinta tidak semestinya bersama. Dimensi cinta ialah ukuran rasa, bukan oleh jarak yang jauh atau masa yang panjang dan pendek. Cinta merombak batasan masa, jarak dan ruang.

Inilah insan yang sewajarnya dicintai. Insan yang tidak akan lega tanpa dijanjikan keselamatan buat umatnya. Insan telah pergi menemui al-Rafiq al-A'la (Teman daerah tinggi iaitu Allah) tanpa mewariskan sebarang harta. Bahkan menurut ahli sejarah, ketika itu lampu di rumahnya sudah kehabisan minyak.....

Itulah cinta Rasulullah. Itulah yang mesti ada dalam jiwa agar kita berpeluang bersama-samanya di dalam syurga. Dan cinta itulah yang kami ungkapkan seadanya dengan satu pertanyaan yang sangat serderhana: "Di mana Rasulullah di hatimu?" Insya-Allah, saya sampaikannya "Di mana Rasulullah di hatimu?" dalam blog ini akan datang cepat semungkin.
       Wallahu a'lam

Salam Maulidur Rasul 1434 Hijrah !
Tetapi jangan lupa baca selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya dan para sahabat =).

Thank you for reading this entry !

Rabu, 16 Januari 2013

Bekalan Siyam Qiyam Diam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatah !


Bertemu kita sekali lagi di dalam ruangan ini dan semoga anda semua sihat sejahtera. Sorrylah I'm busy sehingga saya terlupa nak update blog kan. Kepiluan ditinggalkan Ramadan masih berbekas di hati kita. Kenikmatan beribadat sepanjang bulan yang penuh keberkatan itu seolah-olah disentap daripada dakapan kita. Sunyi hati ini daripada kemeriahan ibadah dan amalan mulia sepanjang sebulan berpuasa. Apakah kita dipilih oleh Allah S.W.T. untuk bersama Ramadan pada tahun hadapan?

Sebelum melangkah lebih jauh meninggalkan Ramadan, renungi dalam diri - apakah yang telah dipelajari daripada Ramadan yang berlalu? Adakah ia sekadar menjadi rutin tahunan, datang memenuhi kalendar tahunan, mengisi diari dan agenda diri atau silih berganti dengan program dan aktiviti lain?

Jika semua itu benar, malulah kepada para solihin terdahulu kerana dikhabarkan mereka menangisi dan meratapi kehilangan Ramadan selama berbulan-bulan lamanya. Enam bulan sebelum muncul Ramadan berikutnya, mereka sudah ternanti-nanti kehadirannya.

Tiga Subjek Utama

Apabila terkenangkan Ramadan, maka tiga perkara yang amat terkesan di hati kita adalah siyam, qiyam dan diam. Jika ditanya tentang kesan utama Ramadan, pelajaran penting daripada ibadah puasa, bekalan yang diperoleh untuk bulan-bulan mendatang, maka jawablah bahawa kita telah belajar siyam, qiyam dan diam.

Dalam bulan Ramadan terangkum siyam (puasa), qiyam (ibadat malam), dan diam (iktikaf). Inilah tiga amalan utama dan istimewa pada bulan Ramadan. Apabila bertemu Ramadan, tunaikan dan tingkatkan ketiga-tiga amalan ini kerana amat istimewa dengan pelbagai ganjaran dan janji Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. buat mereka yang berpuasa, berjaga malam dan beriktikaf pada bulan mulia ini.

Tiga perkara ini jugalah yang memberi kesan kepada kita jika diamalkan dengan penuh keimanan dan ihtisaban (bermuhasabah diri serta mengharap kurniakan Allah S.W.T.). Bagi yang memenuhi tuntutan amalan Ramadan ini, pasti terasa kesannya dan terbawa-bawa ke bulan-bulan mendatang.

Amalan yang berteruskan bukan sekadar menjadi ramadaniyyin, tetapi lahir sebagai jiwa baru; rabbaniyyin. Didikan Ramadan mendidik kita menjadi muttaqin (orang bertakwa). Madrasah Ramadan mengajar kita untuk memelihara siyam, qiyam dan diam.

1) Siyam

Siyam (puasa) adalah amalan menahan diri, daripada yang halal, tetapi ditegah pada bulan Ramadan. Siyam mendidik kita mengendali jiwa, agar mampu mengawal nafsu, syahwat dan kehendak peribadi supaya tunduk kepada perintah Allah S.W.T., melaksanakan suruhan-Nya, menjauhi larangan-Nya, memurnikan amalan dan memperelokkan peribadi.

Semasa siyam, perkara yang asalnya halal (makan, minum dan sebagainya) perlu ditinggalkan, apatah lagi yang sememangnya haram pasti dijauhi sepenuh hati. Siyam adalah latihan disiplin, kepatuhan, kejujuran dan ketakwaan untuk diri kita. Ini kerana hanya kita dan Allah S.W.T. mengetahui perkara yang kita lakukan sepanjang berpuasa.

Siyam mengajak kita fokus kepada diri, menilai ketaatan sendiri, menyuburkan iman dan takwa, mencabut dan membuang jauh-jauh sifat mazmunah dan keji agar diri kita kembali menjadi hamba rabbani.

2) Qiyam

Ramadan juga dimeriahkan dengan qiyam menghidupkan malam dengan amal ketaatan. Kita ke masjid, solat berjemaah, menggandakan amalan, bertarawih, bertadarus dan mengkhatamkan al-Quran serta menjalinkan silaturahim sesama jiran dan jemaah. Kemudian, disambung pula sepanjang waktu malam dengan zikir, selawat, solat tahajud dan qiamullail sehingga waktu sahur. Indah sungguh kehidupan malam pada bulan Ramadan.

Qiyam mengajak kita agar kurang tidur dan memberikan ruang untuk beribadat kepada Allah S.W.T. Kurang tidur bereti kurang rehat dan kurang selesa. Kita perlu keluar daripada zon selesa untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Berjaga malam atau qiamullahi bertujuan mendampingi kekasih kita; Allah S.W.T. dan penghulu buana; Rasulullah S.A.W. tercinta. Demi Kekasih, kita tinggalkan tilam yang empuk, kerehatan dan kenikmatan suami isteri demi beribadat kepada-Nya.

3) Diam

Ramadan juga dipenuhi dengan diam (iktikaf). Iktikaf yang digiatkan menjelang 10 hari terakhir mencontohi amalan Rasulullah S.A.W. Semasa iktikaf, kita sebenarnya memutuskan sebarang perhubungan dan interaksi duniawi untuk fokus dengan amalan di masjid. Iktikaf bererti pegun atau diam. Mengurangkan aktiviti, pengerakan dan interaksi agar fokus tidak lepas daripada beribadat kepada Allah S.W.T.

Diam juga bererti mengehadkan interaksi dengan dunia dan makhluk agar lebih terarah menuju Tuhan. Selain itu, diam didefiniskan sebagai tidak banyak bergaul, tidak mengambil kasih serta tidak mencampuradukkan perkara-perkara yang tiada keutamaan atau kepentingan.

Benarlah sabda Rasulullah S.A.W., maksudnya: "Antara kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan apa-apa yang tiada kena-mengena dengannya." (Riwayat al- Tirmizi)

Meninggalkan perkara yang tidak berkenaan, tidak berfaedah dan sia-sia antara kebaikan seseorang Muslim. Ikhtikaf mengajar kita untuk berdiam. Kurangkan keghairahan mengambil tahu urusan yang tiada kena-mengena dengan kita. Jangan sibukkan diri dengan kesibukan duniawi kerana ia tidak akan pernah habis.

Iktikaf (diam) membawa kita menghampiri Allah S.W.T. dengan menjauhi hiruk-pikuk kehidupan. Ikitkaf juga mendidik kita mengawal diri agar tidak menyakiti dan mencampuri urusan orang lain.

Siyam + Qiyam

Siyam dan qiyam juga mengangkat kedudukan rohani kita daripada tahap manusiawi biasa kepada manusia yang lebih tinggi kedudukannya dari segi rohani. Kedua-duanya menjadikan kita kurang makan, kurang tidur dan mengawal nafsu. Jika ciri-ciri malaikat (tidak makan, tidak minum, tidak tidur, dan tidak bernafas) dapat kita pertahankan untuk bulan-bulan mendatang, saksikanlah perubahan yang akan berlaku dalam kehidupan kita.

Jika siyam adalah untuk introspektif diri serta mendidik jiwa dan roh, maka qiyam dapat meningkatkan nilai diri di sisi Tuhan. Siyam adalah latihan mendisplinkan diri, manakala qiyam pula latihan untuk mendampingi Allah dan Rasul-Nya. Kombinasi siyam dan qiyam mempertuatan diri manusia dengan Tuhan. Pertautan ini akan menumbuhkan bibit-bibit takwa dalam diri dan ia sebaik-baik bekalan.

2:197

Firman Allah S.W.T., maksudnya: "Apa-apa jua kebaikan yang kamu kerjakan diketahui Allah dan berbekallah dengan secukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah takwa." (Surah al-Baqarah 2:197)

Bekalan takwa inilah yang amat diperlukan untuk kesinambungan hidup kita seterusnya dalam ketaatan dan perhambaan.

Siyam + Qiyam + Diam

Diam atas tujuan iktikaf adalah berdiam diri untuk Allah. Duduk berdiam diri, mengharap keredaan Ilahi hanya mampu ditunaikan oleh orang yang telah terdidik dengan siyam dan qiyam. Maka, siyam, qiyam dan diam terbentuk sebagai satu pakej pembinaan peribadi Mukmin yang bertakwa.

Setelah Ramadan semakin jauh berlalu, adakah kita masih terasa kehangatan siyam, qiyam dan diam? Atau adakah kita perlu menunggu Ramadan akan datang untuk kembali mengahayatinya? Sewajarnya, pelajaran daripada tiga subjek utama ini terus tersemat di sanubari kiat agar ia menjadi amalan yang terus tyerperlihara, tabiat yang semakin meningkat serta bekalan sepanjang kehidupan.

Siyam mengajar manusia mengawak diri. Qiyam menuntut mujahadah untuk menuju Ilahi. Diam membuatkan kita lebih peka dalam interaksi sesama kita. Jika ketiga-tiga sifat ini dipenuhi, dihayati dan dijaga, maka ia akan membawa kita ke mercu ketakwaan dan ketinggian makarim al-akhlaq.

Akhlak mulia menuntut manusia menjaga akhlaknya dengan Allah, abad dengan Rasul serta mengawal diri dan memperbaiki interaksi dengan makhluk. Semoga semuanya dapat kita bertemu lagi dengan Ramadan akan datang. Amin.
        Wallahu a'lam

Thank you for reading this entry !

Khamis, 3 Januari 2013

Agihkan Harta Bersihkan Jiwa

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatah !


How are you to all everyone? Are you health not? It's been a long time that I didn't update my blog kan =). So my current posting is Zakat, which is going to be my posting in this year. Why I have to pay zakat? Because I am paid zakat that first time in my life. Alhamdulillah ='). I just want share with you about Agihkan Harta Bersihkan Jiwa that it's topics. Some people don't have a real understanding what harta us for, why we have to pay zakat, and more. Please read this entry with happily kan..

Ok firstly because we are Muslim and Muslimat to pay zakat is wajib. Am I right said? Tidak seperti komunis atau sosialis yang "memiliknegarakan" atau "memasyarakatkan" semua harta individu atau seperti fahaman kapitalis yang memberi kebebasan tanpa batasan untuk individu memiliki harta, sebaliknya Islam memilih jalan tengah (wasatiyyah) antara kedua-duanya. Islam mengiktiraf hak pemilihan harta individu, namun pada masa yang sama menjaga kepentingan masyarakat dan negara melalui kaedah yang adil dan harmoni.

Individu yang bijak, rajin dan gigih layak mendapat ganjaran dan memiliki kekayaan daripada usahanya. Tetapi, jangan lupakan Allah sebagai Pemilik mutlak segala yang dimiliki dan tanggungjawab kepada masyarakat iaitu gelanggang seseorang meraih kekayaan tersebut.

Amanah daripada Allah

Lebih daripada itu, orang beriman merasakan hartanya bukan milik dirinya. Sebaliknya, dia merasakan harta tersebut milik Allah. Mereka menghayati maksud firman Allah: "Segala yang ada di langit dan bumi adalah milik Allah."

Harta tersebut diamanahkan Allah kepada seseorang atas tujuan tertentu. Bagai orang beriman, sebahagian daripada harta tersebut digunakan bagi memenuhi keperluan hidupnya, manakala sebahagian lain mesti "dikembalikan" semula kepada Allah. Ya, infakkan harta tersebut di jalan yang telah ditentukan oleh Allah.

Di padang Mahsyur nanti, satu persoalan yang pasti ditanya kepada setiap insan adalah tentang bagaimana hartanya diperoleh dan ke mana ia dibelanjakan sepertimana yang terdapat dalam hadis Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi.

Selamatlah mereka yang mendapat harta melalui jalan yang halal dan membelanjakan ke jalan yang baik. Tegasnya, harta adalah ujian yang menentukan sama ada manusia berjaya menjadi hamba Allah yang baik atau sebaliknya. Harta adalah ujian dunia untuk menentukan sama ada manusia menjadi orang yang mencintai Allah atau lalai daripada-Nya.

3:14

Firman Allah, maksudnya: "Dijadikan indah pada manusia kecintaan kepada syahwat iaitu wanita-wanita, anak pinak serta harta benda yang melimpah-ruah..." (Surah Ali 'Imran 3:14)

Oleh sebab harta amanah Allah, maka dalam harta itu ada hak hamba Allah lain yang perlu diserahkan pada kadar, masa dan keadaan tertentu. Penetapan Allah ini dilaksanakan melalui dua cara:
  • Wajib - Zakat
  • Sunat - Sedekah, wakaf dan sebagainya
Selagi sebahagian harta dikeluarkan melalui dua kaedah ini, maka selagi pemilik harta dan masyarakat. Aliran harta umpama air mengalir. Selagi air mengalir, selagi itulah ia bersih dan jernih. Jika air bertakung, maka ia kotor dan berkeladak. Begitulah harta, ia mesti dialirkan mengikut ketentuan hukum daripada Allah.

Jangan biarkan harta itu bertakung dalam kalangan orang tertentu, kelak ia akan merosakkan bukan sahaja pemilik yang bahkil, bahkan memudaratkan masyarakat.

59:7

Firman Allah, maksudnya: "Supaya harta itu tidak hanya beredar dalam kalangan orang kaya di kalangan kamu." (Surah al-Hashr 59:7)

Tersirat tentang Zakat

Zakat termasuk dalam lima Rukun Islam. Meninggalkan zakat akan mencacatkan bukan sahaja syariat dan akhlak, tetapi turut mencalarkan akidah. Sayidina Abu Bakar r.a. bertindak memerangi mereka yang enggan membayar zakat selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. Peperangan itu bertujuan "menghalalkan" pembunuhan atas sebab yang hak.

Bayangkan, keengganan membayar zakat mewajarkan seseorang dibunuh. Ini menunjukkan betapa serius dan penting tanggungjawab membayar zakat. Orang yang enggan mengeluarkan zakat bukan sahaja bersalah dengan masyarakat dan pemerintah, tetapi paling penting berdosa besar dengan Allah.

9:103

Pelaksanaan zakat mempunyai tujuan yang jelas sebagaimana firman Allah, maksudnya: "Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka sebagai sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka (daripada akhlak buruk)." (Surah al- Tawbah 9:103)

Jelasnya, ibadah zakat telah dikeluarkan tetapi diri si pengeluar zakat belum lagi bersih daripada dosa dan hatinya masih bergelumang dengan sifat mazmumah, maka tentu ada salah di mana-mana sama ada pada niat, pelaksanakan atau adab-adba seblum, semasa dan selepas mengeluarkan zakat. Jangan hanya persoalan lahiriah zakat (rukun, sah, batal) difokuskan, tetapi persoalan roh amalan zakat sangat perlu dihayati dan diamalkan.

Inilah yang ditegskan oleh Imam al-Ghazali rhm. ketika menulis tentang zakat dalam karya agung beliau, Ihya' 'Ulum al-Din. Beliau tidak tertumpu pada kiraan, kadar dan jenis-jenis zakat yang menyentuh soal teknikal dan mekanikal, tetapi turut menyelami persoalan dalaman (substance) zakat yang merangkumi niat, adab dan lain-lain yang bersifat tersirat.
" Cinta + Suci + Syukur = Matlamat Zakat "
Zakat adalah mekanisme pembersihan dosa dan penyucian hati. Tiga elemen berikut merupakan matlamat kenapa zakat dikeluarkan:


Menyantuni Adab Berzakat

Antara adab-adab penting dalam berzakat ialah:

1. Menyegerakan pengeluran

    Zakat mesti dikeluarkan segera sebaik cukup haul dan nisabnya. Ini membuktikan keinginan si pemgeluar untuk mendapat keredaan Allah dan menggembirakan hati si penerima. Orang yang beriman tidak akan bertangguh untuk melakukan kebaikan, bimbang kalau-kalau timbul halangan untuk mereka berbuat demikian. Dari sudut hukum membayar zakat pula, mereka bimbang terlambat sehingga melampaui waktu yang ditetapkan.

Orang beriman sangat sedar tentang bisikan syaitan dan godaan nafsu yang boleh melambatkan atau "merencatkan" niat mereka mengeluarkan zakat. Oleh yang demikian, wajib bagi mereka menunaikan zakat harta apabila telah sampai haul. Namun, mereka boleh mempercepatkan haul dengan memilih bulan yang afdal berzakat seperti bulan Ramadan.

2. Secara diam-diam atau tersembunyi

    Ramai salafussoleh  mengeluarkan zakat secara diam-diam untuk menghindarikan diri daripada sifat riyak dan bangga diri.

2:271

Firman Allah, maksudnya: "Jika kamu menyembunyikan sedekah (kepada umum) dan kamu memberikan kepada fakir, maka itu adalah lebih baik bagimu." (Surah al-Baqarah 2:271)

Mereka yang bertindak sebegini atas dorongan hadis Rasulullah S.A.W., maksudnya: "Sedekah yang paling utama adalah hasil jerih payah orang serderhana, dan disedekahkan kepada fakir secara diam-diam." (Riwayat Ahmad)

Sesetengah ulama mentafsirkan bahawa bersembunyi dalam bersedekah adalah apabila si penerima tidak tahu siapa yang memberinya sedekah.

Justeru, ada antara para salafussoleh memberikan sedekahnya kepada orang buta, ketika si miskin sedang tidur atau menggunakan perantara untuk menyampaikan sedekah dengan amanah untuk merahsiakan identitinya. Itulah cara mereka menjaga keikhlasan hati agar tidak dirosakkan oleh sifat riyak, sum'ah dan ujub.

Mereka menyedari bahawa jika pemberian itu disertai tujuan untuk mendapat pujian dan kemasyhuran, segala-segalanya akan sia-sia dan binasa. Amat malang jika perkara tersebut berlaku kerana mereka bukan sahaja gagal membersihkan hati dan menyucikan diri, bahkan hati dan diri mereka bertambah kotor dengan "zakat" atau "sedekah" yang mereka keluarkan.

3. Secara terang-terangan untuk diteladani

    Ia boleh dilakuakn secara terang-terangan apabila dapat menimbulkan galakan dan dorongan orang lain untuk meneladaninya. Ini berdasarkan firman Allah, maksudnya: "Jika kamu memperlihatkan sedekah (kepada umum), itu lebih baik (kerana menjadi contoh yang baik)." (Surah al-Baqarah  2:271)

Cara ini juga boleh dilakukan dengan syarat orang yang menerima zakat tidak berasa dimalukan atau dijatuhkan maruahnya kerana menerima zakat secara terbuka. Tetapi, jika dia sendiri meminta bantuan secara terbuka, maka tidak salah untuk memberinya secara terbuka juga.

Walaupun dilakukan secara terang-terangan, perkara yang lebih penting adalah pembayar zakat menjaga hatinya daripada dicemari sifat riyak. Ya, dalam apa-apa jua keadaan; terang-terangan atau tersembunyi, masing-masing ada kelebihan dengan syarat hati sentiasa diperlihara daripada sifat mazmumah.

35:29

Firman Allah, maksudnya: "Mereka membelanjakan sebahagian rezeki yang Kami kurnikan secara sembunyi atau terang-terangan." (Surah Fatir 35:29)

4. Tidak mengungkit atau diiringi kata-kata kesat

    Orang yang mengeluarkan zakat jangan berasa diri mereka sahaja yang sudah berjasa kerana tanpa orang miskin, fakir dan asnaf zakat yang lain, bagaimana mereka boleh membersihkan dosa dan menyucikan diri mereka? Mujur ada golongan yang sudi menerima zakat mereka... Jika tidak, harta dan diri mereka akan terus dicemari dosa dan mungkin mereka dicampakkan ke dalam neraka.

Justeru, Imam al-Ghazali menukilkan bahawa Rasulullah S.A.W. telah mengingatkan, maksudnya: "Sesungguhnya, sedekah- sedekah itu tiba-tiba di tanganAllah terlebih dahulu sebelum tiba di tangan orang yang meminta."

Justeru, si pengeluar zakat mestilah menyedari bahawa tindakan mengeluarkan zakat sebenarnya menguntungkan diri mereka sendiri. Mereka akan terselamat daripada kemurkaan Allah. Allah telah meletakkan syarat pengampunan-Nya kepada bantuan yang diberikan untuk orang yang melarat. Jika si pengeluar zakat menyedari hakikat ini, mereka tidak akan menghitung jasa yang diberi dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada penerima zakat.

2:264

Allah dengan tegas memberi peringatan, mafhumnya: "Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan mengunkit-ungkit dan (kelakukan) menyakiti (penerima)." (Surah al-Baqarah 2:264)

Sebarang perbuatan menghina, memandang rendah, berkata kasar dan bermasam muka berpunca daripada perasaan berat dan terpaksa mengeluarkan zakat serta takbur; berasa diri lebih baik daripada oran gyang diolong. Takbur dan perasaan berat semasa mengeluarkan zakat adalah petanda kejahilan tentang kedudukan orang miskin dan tidak cinta hatinya kepada Allah.


5. Memilih harta terbaik

    Pilihlah harta yang terbaik, tersayang dan terbagus untuk dizakatkan. Jika benar kita berzakat kerana Allah, maka kita akan keluarkan harta yang terbaik untuk Zat yang Maha Baik.

Mengeluarkan zakat daripada harta yang kurang baik petanda kitatidak beradab kepada Tuhan. Untuk mengharapkan yang terbaik daripada Allah sebagai ganjaran, wajarkah kiat menyerahkan sesuatu yang kurang baik untuk-Nya?

Sebenarnya, harta yang menjadi milik kita yanga hakiki adalah harta yang kita belanjakan di jalan Allah. Jadi, di mana rasional memberikan sesuatu yang kurang baik kepada diri sendiri? Jika ada orang rela berhabis-habisan untuk merebut saham dunia, mengapa kita tidak berhabis-habisan untuk mendapat saham akhirat?

2:267

Firman Allah, maksudnya: "Wahai orang beriman, nafkahnya sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan dari hasil bumi yang Kami keluarkan untukmu. Jangan kamu memilih yang buruk, lalu kamu nafkahkan. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambil yang buruk kecuali dengan memejamkan mata." (Surah al-Baqarah 2:267)

Gandaan Pahala

Demikian antaraketelitian niat dan adab dalam berzakat, agar zakat itu mencapai tujuannya. Sesiapa yang bersusah payah meneliti sifat -sifat khusus ini mendapat gandaan pahala.

Alangkah beruntungnya orang yang mengeluarkan zakat dengan niat yang ikhlas dan mengikut adab-adab yang baik. Mereka akan mendapat doa asnaf  yang menerimanya, menyucikan diri daripada dosa-dosa dan mengikis sifat bakhil di simpang menambah kecintaan kepada Allah.

Apalagi yang lebih beruntung daripada semua ini? Justeru, atas dorongan untuk berzakat, orang yang beriman akan gigih mencari sebanyak-banyak rezeki secara halal dan baik dan menyimpan dengan hemat.

Apabila cukup haul dan nisab, mereka akan mengeluarkan harta yang terbaik tersebut sebagai zakat, sedekah, wakaf atau apa-apa jua kaedah yang telah ditentukan oleh Allah. Bagi mereka, kuantiti harta kecil sahaja jika dibandingkan dengan kualiti jiwa. Lalu, mereka sentiasa rela mengagihkan harta untuk membersihkan jiwa.



Namun tunaikan zakat kepada pihak yang berautoriti agar ia benar-benar melebar kepada lapan asnaf zakat yang berhak.
        Wallahu a'lam

Thank you for reading this entry !

Khamis, 20 Disember 2012

Kiamat semakin Dekat

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatah !


Dunia ini sudah masa nak hampir berlaku kiamat pada hari Jumaat bersamaan 21 Disember 2012? Betul ke?  Anda semua pasti tidak percaya tentang tarikh itu. Kita akan berserah kepada Allah S.W.T. Tetapi saya terkejut dan teruja mengapakah orang ramai carian kata kunci "Dunia Akhir Zaman"? Untuk mahu ingin tahu?? Sejak dua bulan lepas kata kunci "Dunia Akhir Zaman" menjadi salah satu kata kunci yang memberi banyak trafik organik kepada blog Denaihati. Kalau nak dikira kata kunic "Dunia Akhir Zaman" bukanlah antara kata kunci panas tetapi sejak kebelangan ini menjadi antara carian ramai pembaca.

Sejak bertahun-tahun ramai yang mengaitkan 2012 dengan akhir zaman sehingga lahirnya filem bertajuk 2012 yang mengambarkan bumi akan dilanda Badai Matahari. Mengikut kalendar kaum Maya seperti yang telah dijelaskan di blog INI tarikh 21/12/2012 adalah tarikh keramat dimana dunia kiamat 21/12/2012 yang kebetulan jatuh pada hari Jumaat seperti banyak tertulis dalam kitab bawah kiamat akan berlaku pada hari Jummat. Mungkin inilah sebabnya mengapa kata kunci "Dunia Akhir Zaman" menjadi carian ramai pembaca. Ramai ulama dan cendiakawan Islam telah menyangkal ramalan yang dibuat oleh kalendar kaum Maya.

Tak habis lagi kisah kiamat pada 21/12/2012 kini heboh pula kisah bumi akan bergelap pada 23,24, dan 25 Disember 2012 kerana Bumi dan semua planet akan berada satu baris seperti yang ditulis blog di INI. Kisah Bumi akan bergelap selama tiga hari telah kedengaran sejak beberapa tahun lepas dan telah dinafikan oleh NASA dan ANGKASA.

Screen Shot 2012 12 19 at 3.32.19 AM Kiamat semakin dekat

Dunia ini memang sudah di akhir zaman seperti yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. Banyak sudah tanda-tanda akhir zaman boleh kita lihat di sekeliling kita. Kita sendiri menuju akhir zaman pada setiap detik yang berlalu.

Soalnya apa yang kita lakukan sebagai persediaan menuju akhir zaman? Seandainya benar 21 Disember 2012 itu kiamat sudahkah kita bersedia? Seandainya 23, 24, dan 25 Disember 2012 itu bumi akan bergelap diamanakah kita ketika itu?

33:63

Allah berfirman yang maksudnya: "Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah; 'Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah.' Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? - boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi." (Surah al-Azhab 33:63)

"Ia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?" (Jawabnya): "Maka apabila pemandangan menjadi berpendar-pendar (kerana takut). Dan BULAN HILANG CAHAYANYA (kerana cahaya matahri yang terlalu terang ketika itu membuatkan bulan tidak kelihatan - seperti pada waktu tengah hari). Dan matahri serta bulan DIHIMPUNKAN BERSAMA (apabila matahari mula menelannya)." (Surah al-Qiyamah 75:6-9)

31:34

"Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya." (Surah Luqman 31:34)

Kiamat memang semakin dekat kalau tidak kiamat besra pasti kiamat kecil dimana kita akan dipanggil mengadap yang MAHA ESA. Sudahkah kita bersedia? Ok don't are you understand?? And now you can recite prayer "TAUBAT" to Allah. God willing (Insya-Allah), your prayer be answered.
        Wallahu a'alm

Thank you for reading this entry !

Ahad, 16 Disember 2012

Beduk diketuk - Iman itu Bahagia Apabila Diuji

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatah !


Maafkan saya kerana ada tak masa untuk update dan sudah lama-lama lebih 6 hari. Ini tajuk ceritakan beduk diketuk. Sekarang saya menulis tajuknya dengan tenang dan izinkan Allah. Ini kebaikan untuk anda semua kerana ini ada pengajaran yang disampaikan dengan jelas apabila beduk diketuk, tentulah ada yang rasa terkejut, tak senang malah ada kalanya 'bingit', namun sebaik menyedari untuk apa beduk itu diketuk. Ini sumber rujukan dan dapatkan kompilasi artikel Beduk Diketuk dalam buku terbaru Iman Global, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

Suaranya sungguh tenang. Walaupun masalahnya agak berat, tetapi segala-segalanya disuarakan begitu teratur.

Isteri: "Ustaz, semuanya bermula apabila suami saya berpoligami," luahnya perlahan.

Ustaz: "Sudah lama?"

Isteri: "Baru sahaja.... Sejak dua bulan yang lalu," katanya.

Ustaz: "Puan kecawa, marah?"

Isteri: "Tidak. Insya-Allah, tidak. Saya boleh menerima segala-segalanya dengan baik."

Ustaz: "Jadi, apa masalahnya?" tanya saya terkejut. Selalunya, punca masalah berlaku apabila isteri pertama tidak boleh menerima hakikat dia telah dimadukan.

Isteri: "Masalahnya daripada ibu bapa dan ipar-duai saya. Semuanya menentang. Mereka beranggapan saya telah dizalimi oleh suami. Mereka desak saya bertindak."

Ustaz: "Puan bertindak?"

Isteri: "Tidak. Saya tetap dengan pendirian saya. Saya ingin hadapi semua ini dengan tabah."

Ustaz: "Alhamdulillah, kalau begitu.... Jadi, apa masalahnya lagi?"

Isteri: "Apabila saya tidak mahu bertindak, mereka tuduh saya pula turut bersuhabat dengan suami. Mereka marahkan saya. Akibatnya, hubungan saya dengan mereka renggang. Tegur sapa dan ziarah-menzairahi tidak semeriah dulu. Saya sedih diperlakukan begini."

Kunci Kehormanian

Saya diam, kata Ustaz. Insya-Allah, ia akan memberi ruang untuknya menarik nafas dan mengatur semula perasaan. Percayalah, acap kali mereka yang mengadu bermasalah kadang-kadang tidak bermasalah langsung. Mereka hanya ingin didengari. Teringat perkara yang sering ditegaskan oleh pakar psikologi, luahan dan rintihan manusia perlu didengar sama seperti mereka memerlukan makanan.

"Puan, kunci kehormanian dalam poligami terletak di tangan puan dan suami, insya-Allah. Bukannya di tangan ibu bapa puan atau mertua, apatah lagi ipar duai," Akhirnya saya bersuara. Perlahan-perlahan. Satu-satu. Mengikut rentak suaranya.

Di hujung talian, saya dapat rasakan dia sedang sayu. Lalu saya teruskan: "Jika puan tabah, tenang dan steady, orang lain tidak akan berani berbuat apa-apa. Mereka hanya akan 'bising' seketika. Kemudian, ketabahan puan itulah yang akan memadamkan segala-segalanya. Apa perasaan puan setelah berpoligami?"

"Saya telah bersedia sejak suami menyatakan hasratnya. Ini sudah rezeki saya," ujarnya.

Dalam diam, saya menyanjung sikap wanita ini. Dia menggunakan istilah "rezeki". Ya, rezeki itu sinonim dengan kebaikan dan keberkatan. Ertinya, dia telah bersedia untuk menerima segala-segalanya dengan tabah sejak awal lagi.

"Apa yang mendorong puan bertindak begitu?" tanya saya mendorong dia meluahkan segala isi hatinya. Dengan meluahkan segala niat, azam dan segala yang terpendam dalam jiwanya, insya-Allah dia akan lebih tabah dan yakin.

"Ustaz, suami saya baik. Bertanggungjwab. Saya yakin dia tidak bertindak sembarangan. Bukan keranan suka-suka. Saya yakin dia boleh bertanggungjawab dengan baik terhadap dua orang wanita."

Sekarang giliran saya pula terdiam. Saya ingin belajar erti tabah daripada seorang isteri untuk menghargai isetri sendiri.

Kekuatan Tabah.

"Sejak awal lagi rumah tangga kami dibina atas cita-cita ingin mencari keredaan Allah. Dia jawapan istikharah saya, dan saya jawapan istikharah dia. Sebelas tahun berlalu, bermacam-macam ujian kami lalui. Istikharah pun diuji, kan? Begitu yang saya baca dalam tulisan Ustaz. Istikharah itu perlukan mujahadah. Alhamdulillah, segala-segalanya dapat kami haruungi bersama. Sekarang.....ujian poligami."

"Puan tidak rasa dieksploitasi?"

"Tidak," jawabnya tegas.

"Tidak sekali-kali," Ustaz.

Memang ada lelaki yang ditakdirkan untuk memimpin lebih daripada seorang isteri.

"Dan ada wanita yang ditakdirkan mampu menerima wanita lain berkongsi kebahagiaan bersama-sama suaminya," pintas saya.

"Mengapa ibu bapa dan ipar-duai saya bersikap begitu? Sedangkan saya menanggung segala-segalanya?" Dia kembali kepada permasalahan asalnya.

"Itulah trauma masyarakat Melayu kita. Persepi terhadap poligami terlalu negatif. Poligami disinonimkan dengan penzaliman dan penganiyaan. Padahal, poligami satu perkongsian dan pembelaan."

"Mungkin keranan pelaksanaan poligami yang begitu pincang selama ini." balasnya.

"Kalau begitu, perkahwinan yang monogami pun bermasalah. Statistik terkini menunjukkan setiap 15 minit perceraian terjadi. Apa penyebab poligami?"

"Masyarakat kita hanya mengikut sentimen, bukan berdasarkan ilmu dan fakta," Ustaz.

"Saya tidak nafikan, ada juga lelaki zalim yang berpoligami hanya untuk berseronok-seronok, mengikis harta, berbangga-bangga, hanya cuba-cuba dan sebab-sebab lain yang tidak syarii. Mereka ini bukan sahaja menzalimi isteri-isteri mereka, tetapi turut mencemarkan kesucian hukum Islam!"

"Jadi saya perlu biarkan sahaja sikap ibu bapa, mertua, dan ipar-duai saya?"

"Selagi puan bertabah dan suami puan berlaku adil dan bijak mengemudi rumah tangga, insya-Allah semuanya akan reda dengan sendirinya."

Cinta kerana Allah

"Sunyi juga. Terasa kehilangan."

"Inilah hikmah besar poligami, puan. Supaya kita kukuh dan teguh meletakkan cinta pertama dan utama kita kepada Allah. Ini jalan yang ditakdirkan untuk puan agar lebih akrab dengan Allah. Kadangkala kehilangan akan menemukan kita kepada suatu yang lebih mulia dan berharga!"

"Saya akan kehilangan cinta suami?"

"Tidak . Dengan mencintai Allah, puan akan lebih mencintai kerana Allah dan dicintai oleh orang yang mencintai Allah. Doakan agar suami puan mencintai Allah."

"Saya tidak pandai Ustaz. Saya bukan Ustazah. Hanya seorang suri rumah biasa. Tetapi saya terus belajar dan mendengar. Saya 'pelajar' yang sedang bermujahadah."

Itulah kunci segala-segalanya. Cinta Allah itu diraih dengan mujahadah. Jangan cepat mendakwa bahagia, jika usia perkahwinan baru memasuki tahun kelima, keenam atau kurang daripada itu. Tabah itu tidak dicapai hanya dengan kata-kata yang disulam oleh al-Quran dan hadis. Ataupun oleh sajak dan ungkapan yang indah serta puitis. Bukan. Tabah itu ditempa oleh keperitan mujahadah, pengorbanan perasaan dan sikap memberi yang tiada batasan. Jangan mengaku beriman jika belum diuji. Jangan mendakwa bahagia, jika belum banyak menderita kerana bahagia itu ditempa oleh derita.

"Terkadang datang juga rasa cemburu.... bagaimana ya?" kembali suara itu mengocak lamunan saya.

"Cemburu itu fitrah. Itu tanda ada cinta. selagi dalam batas-batas syariat, selagi itulah cemburu itu selamat. Puan punya banyak masa sekarang?"

"Begitulah Ustaz. Ketika bukan giliran saya, ada banyak masa untuk melaksanakan amalan-amalan sunat serta membaca al-Quran dan buku-buku yang ditangguhkan pembacaannya sejak dulu."

"Itulah hikmahnya. Ada masa untuk membina dan memperbaiki diri sendiri kerana walau bagaimana baik sekalipun pendidikan yang diberikan oleh suami, isteri tetap perlu mendidik dirinya sendiri," dorong saya.

"Sepertimana perkahwinan pertama dahulu diuji, begitulah perkahwinan kedua ini, pasti diuji. Imam itu bahagia. Imam itu diuji. Justeru, bahagia itu hadir apabila diuji." ujar saya perlahan.

"Insya-Allah Ustaz, doakan saya tabah. Bukankah selalu ustaz berpesan; jangan pinta hidup yang mudah, tapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!"

Saya sebak. Kata-kata yang selalu saya luahkan itu menusuk hati sendiri. Seolah-olah buat pertama kali mendengarnya. Ya, hakikatnya Allah sedang mengingatkan saya ketika mengingatkan orang lain. Tabahkah hati menempuh kehidupan yang tidak akan pernah mudah ini?
         Wallahu a'lam

Thank you for reading this entry !

Ahad, 9 Disember 2012

Skop Perubatan Islam

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatah !


Apa khabar semua? Sihat tak? Alhmadulillah anda semua sihat ya =).. Syukurnya kita mendapat terus hidup di dunia. Saya akan berkongsi dengan abang saya yang bernama Firdaus Mat Sedik tentang soal kesihatan. Dia sedang menjalani clinical bawah ijazah perubatan (Doktor) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) bersama blogger perempuan yang terkenal di dunia, Fatin Liyana. Oh ya? Anda semua berkenal Fatin Liyana tak? Haha XD. Okeylah jom membaca entry ini ya..

Anda tak mengambil berat tentang kesihatan kepada diri sendiri atau orang tua seperti ibu bapa? Kadangkala tak peduli dan jarang ambil tahu tentang kesihatan. Bahaya tau la. Kesihatan adalah salah satu nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada hamba-Nya yang bersyukur. Biasanya, hanya orang yang sakit memahamai pengertian sihat. Disebabkan kesihatan itu diberi percuma, maka orang sihat jarang mengambil berat soal kesihatan.

Namun demikian, kini masyarakat umum mula mengambil berat tentang kesihatan. Banyak orang menghabiskan ribuan ringgit untuk sihat dan mengekalkan kesihatan itu sendiri. Industri kesihatan berkembang pesat. Perniagaan "atas sakit orang" ini bernilai trilion dolar Amerika. Persoalannya, adakah perniagaan ini berkembang atas dasar kesedaran orang ramai atau terpergaruh dengan kuasa media?

Definisi Sihat dan Sakit

102:8

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Kemudian, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat." (Surah al-Takathur 102:8)

Ibn Abbas memberi tafsiran nikmat tersebut ialah nikmat kesihatan. Manusia akan dipertanggungjawabkan dengan perkara yang telah dilakukan ketika sihat. Antara yang dikaitkan dengan industri ini seperti makanan tambahan (supplementary food), makanan kesihatan (health food) perubatan tradisional dan pelengkap (tradisional Chinese medicine - TCM), peralatan kesihatan (sofa urut dan alatan semanan), alatan atau bahan kesihatan dan kebersihan (sabun, disinfektan, syampu dan ubat gigi). Untuk memastikan perkhidmatan  yang terbaik apabila sakit, maka ia melibatkan pula insurans memberi nafas berterusan kepada hospital swasta yang canggih dan mewah.

Perubatan dan kesihatan kini semakin mahal, mungkin kerana ia kini bergelar "industri". Sebelum kita pergi lebih jauh, marilah kita memahami maksud kesihatan seperti yang dijelaskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization - WHO). WHO menjelaskan "kesihatan" ialah kesempurnaan aktiviti fizikal, mental, sosial, dan rohani yang baik.

Ini bermakna, sihat bukan bermakna tanpa penyakit. Tetapi bagaimana seseorang itu menjalani kehidupannya? Pesakit diabetes, hipertensi, skizofrenia dan lain-lain boleh dianggap sebagai pesakit yang sihat sekiranya mereka mampu menjalani kehidupan dari sudut fizikal, mental, sosial, dan rohani dengan baik walaupun terpaksa bergantung kepada ubatan-ubatan seumur hidup.

Tafsiran WHO ini juga memberi pengertian "tidak sihat" kepada mereka yang secara zahirnya kelihatan sihat, tetapi tidak mampu bersosial dengan baik seperti menyendiri, murung dan sebagainya.

Ternyata, definisi kesihatan seperti yang digariskan oleh WHO selari dengan ajaran Islam. Namun, Nabi Muhammad S.A.W. telah meletakkan tafsiran kesihatan ini dengan lebih tinggi apabila mengaitkan hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia sebagai salah satu elemen kesihatan. Islam menganjurkan umatnya menjaga kesihatan, mencegah itu lebih baik dan apabila sakit kita disuruh mengubatinya.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila sesuatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." (Riwayat Muslim)

Perubatan Rukyah

Kini, perubatan Islam mula mendapat tempat dalam masyarakat. Pusat perubatan Islam atau orang perseorangan yang menawarkan khidmat perubatan Islam kini tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Namun, perkara yang menyedihkan apabila yang dikatakan sebagai perubatan Islam itu sekadar terhad pada jampi, sihir, jin, syaitan, dan iblis serta penyakit buatan orang.

Kaedah perubatan Islam pula hanya dikaitkan dengan bacaan ayat suci al-Quran dan doa-doa tertentu atau lebih dikenali sebagai rukyah. Ada pula pengamal-pengamal perubatan alopati (perubatan hospital atau moden) mengaku sebagai perubatan ini dengan hanya mengamalkan perubatan ini dengan adab dan tertib Islam.

17:82

Hujah mereka mungkin berdasarkan ayat Allah ini yang bermaksud: "Dan kami turunkan al-Quran menjadi ubat penawar bagi orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang yang zalim melainkan kerugian." (Surah al-Isra' 17:82)

Mereka mengkaji ayat-ayat al-Quran tertentu dan membacanya untuk merawat apa-apa jua jenis penyakit termasuklah kanser dan penyakit-penyakit yang dianggap berbahaya dan sukar dirawat dalam dunia perubatan moden.

Walau bagaimanapun, hakikatnya al-Quran adalah panduan untuk kejayaan umat Islam di dunia dan akhirat. Ia sebagai dalil kewujudan Allah dan membuktikan bahawa Allah Maha Bijaksana dan Maha Mencipta. Ia bukanlah satu buku teks perubatan khusus dan tidak juga menetapkan ubat yang khusus untuk penyakit yang khusus. Kitab ini ternyata menyuruh manusia supaya berfikir, berusaha dan menambah ilmu untuk kebaikan manusia yang lain, maka peranan yan dimainkan oleh al-Quran sangat besar dan suci untuk dibandingkan dengan ilmu perubatan.

Walau bagaimanapun, berdasarkan beberapa hadis Nabi S.A.W., perubatan dengan rukyah ternyata satu pilihan yang tepat. Pengamal dan pesakit perlu mempunyai keyakinan yang tinggi dan memahami bahawa penyakit itu datang dan pergi dengan izin Allah.

Perhatikan selepas selesa:
  1. Denyutan jantung makin kencang
  2. Badan bergegar
  3. Ada benda bergerak-gerak bawah kulit
  4. Mengantuk atau mengucap
  5. Batuk
  6. Gelisah
  7. Panas di tengkuk
Jika ada mengalami sebahagian simptom-simptom di atas, kemungkinan besar ada jin yang menghuni tubuh anda. Rukyah MP3 amat bagus diperdayakan tiga kali sehari bagi mereka yang mengalami gangguan jin kerana fadilat ayat -ayat itu amat mustajab bagi mengusir jin-jin jahat atau sihir serta menegur diri kita. Selain itu pesakit perlu juga baca banyak-banyak dalam hati tidak kira masa dan tempat zikir "TAA' HAA" (Surah Taha 20:1)

Jika kesannya selepas baca zikir ini adalah kita akan sendawa..... kiranya jin-jin dalam badan akan sakit dan kepanasan...... dengan mendengar Rukyah MP3 ini, insya-Allah mampu menyembuhkan segala penyakit misteri antaranya:
  1. Fikiran rungsing atau jika gelish & khayalan
  2. Pembatal sihir (saka/santau)
  3. Pagar rumah (pengusir jin dan syaitan)
  4. Ketenangan rumah tangga
  5. Anak-anak meragam atau menangis tengah malam
  6. Penambat kasih sayang antara anak & ibu bapa
  7. Pendarahan berpanjangan bagi wanita (Istihadah)
  8. Menguatkan ingatan dan hafalan dalam pembelajaran
Download Link: Rukyah MP3

Perubatan menggunakan ayat-ayat al-Quran atau rukyah kini ada yang secara khusus merawat penyakit yang pernah dirawat oleh Rasulullah S.A.W. dengan ayat yang dibaca oleh Baginda, dan apa pula penyakit-penyakit baru berdasarkan kajian mereka terhadap al-Quran itu sendiri. Ternyata al-Quran merupakan mukjizat bukan sahaja untuk Nabi Muhammad S.A.W. tetapi juga untuk umat-Nya

Pengubatan Alternatif

Tetapi, Nabi S.A.W. tidak pernah menolak untuk berubat dengan cara lain selain ayat-ayat rukyah. Maka, sudah tetentu Islam tidak menolak perubatan alopati atau hospital yang diamalkan sekarang. Yang penting, Islam membimbang perubatan tersebut supaya selari dengan Islam dari segi etika dan syariat terutama sekali dalam kaedah pengubatan, ubat-ubatan dan etika pengamal dengan pesakit.

Terdapat sebuah hadis yang bermaksud: "Hikmah itu ialah barang tinggalan milik Mukmin, sesiapa sahaja yang menemuinya, maka dialah yang lebih berhak atasnya." (Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Hadis di atas menyatakan bahawa ilmu itu ibarat barang tinggalan umat Islam yang tercicir, di mana-mana sahaja kamu menjumpainya, maka kamu ambil, kutip dan galinya. Berdasarkan hadis ini, apa-apa jua keadaan ilmu itu, ia milik orang Islam. Sama ada ia perubatan moden, alopati, homeopati, alternatif dan sebagainya, menjadi tanggungjawab pengkaji Islam untuk membawa ilmu tersebut dalam dunia Islam.

Budaya dan tamadun Islam bukanlah berasaskan bangsa, tetapi bersandarkan kepada al-Quran dan hadis. Nama-nama besar dunia perubatan seperti Ibn Kaldun, Ibn Sina, al-Khawarizmi dan sebagainya bukan datang dari dunia Arab sahaja, tetapi daripada pelbagai bangsa di pelbagai tempat.

Betapa indanya perubatan yang dianjurkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Penjagaan kesihatan yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. bukan sekadar memakan makanan berkhasiat serta melakukan aktiviti fizikal seperti senaman, penjagaan kebersihan, tetapi juga melibatkan hubungan dengan Maha Pencipta dan sesama manusia.

33:21

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Demi sesungguhnya, pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagi kamu, iaitu bagi mereka yang sentiasa mengahrapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) pada akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya (sama ada pada waktu susah mahupun senang)." (Surah al-Ahzab 33:21)
        Wallahu a'lam.

Thank you for reading this entry !

Ahad, 2 Disember 2012

Menulis untuk Diri dan Orang Lain

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatah !


Alamak rindu giler ok dekat blog ni. Adakah korang merindu aku jugak? Haha... Seminggu lebih kot aku tak update. Sorrylah I'm busy menguruskan kehidupan di dunia sebenar, sampai terlupa tentang dunia dunia cyber ini... Untuk tujuan mencari ilmu pengetahuan yang perlukan disedarkan oleh masyarakat dan juga masyarakat seIslam.. Ni "Menulis untuk Diri dan Orang Lain" tajuknya.. Jom baca ni ya =)

21:105

Firman Allah S.W.T, maksudnya: "Sesungguhnya, Kami telah catatkan dalam kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya di lohmahfuz: 'Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang soleh." (Surah al-Anbiya' 21:105)


Menulis kerana Allah

Sebelum manusia pandai menulis, Allah S.W.T. terlebih dahulu "menulis" takdir manusia dalam lembaran-lembaran daun di lohmahfuz. Di atasnya tercatat takdir kehidupan manusia bermula ditiupkan roh sehingga mati.

Para malaikat yang diarahkan untuk mencatat amal kebaikan manusia sudah sejak sekian lama "bekerja" melaksanakan tugasnya sebagai penulis atau pencatat amal kebaikan dan keburukkan manusia. Semua manusia sebenarnya penulis kerana kisah perjalanan setiap manusia tidak sama. Perkara yang membezakan penulis dengan "penulis" adalah pengalaman yang mereka abadikan menjadi sebuah tulisan, catatan atau buku.

Manusia menulis berdasarkan ilmu yang mereka ada, pengalaman yang mereka peroleh dan kehidupan masyarakat yang mereka perhatikan setiap hari. Semua itu mendatangkan idea tersendiri. Namun, sedikit sekali yang menulis untuk bermuhasabah diri.

Tulisan yang lahir daripada seorang penulis merupakan ukuran bagi tahap keilmuannya dan pengalaman yang dia dapatkan dalam kehidupan. Sangat penting bagi seorang penulis untuk menulis dan mencatat setiap kejadian yang berlaku dalam kehidupan. Catatan yang telah terkumpul boleh menjadi sebuah bahan berharga untuk memulakan kerjaya sebagai seorang penulis yang berjaya.

Untuk menjadi penulis yang berjaya, kita perlu mempunyai sikap tekun. Bakat tanpa ketekunan tidak akan menghasilkan apa-apa, sedangkan jika seseorang itu tekun tetapi bakatnya kecil, Insya-Allah bakat yang ada akan membesar setiap hari dengan usaha dan istiqamah.

Saudara A.Ubaidillah Alias menulis: "Ramai sekali penulis baharu yang patah hati apabila ditegur dan dikritik, lalu mereka beralih pergi dari jalan seorang penulis. Ramai penulis yang merajuk apabila ditegur dengan cara yang keras, akhirnya hasrat untuk menjadi penulis itu padam. Malah, ramai juga penulis yang menulis sekadar suka-suka dan mengisi masa lapang. Tanpa mempunyai kekuatan dan kemahuan untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu penulisannya. Maka, hasilnya dari hari ke hari tetap sama sahaja, tiada peningkatkan biarpun ditegur."

Dalam kalangan ulama hadis, terdapat sebuah kisah yang sangat masyhur tentang Imam al-Bukhari. Beliau telah menunjukkan cara untuk menjadi seorang penulis yang baik kepada kita. Ketika beliau mengumpulkan hadis-hadis untuk dimasukkan dalam Sahih al-Bukhari. Beliau telah menunjukkan cara untuk menjadi penulis yang baik kepada kita.

Ketika beliau mengumpulkan hadis-hadis untuk dimasukkan dalam Sahih al-Bukhari, beliau mandi terlebih dahulu kemudian solat sunat istikharah memohon petunjuk daripada Allah S.W.T. Bukan sekali, tetapi setiap kali sesebuah hadis akan dicatatkan ke dalam kitab tersebut. Ini menunjukkan beliau sangat menjaga keberkatan dan bukan melemparkan idea semata-mata.

Pesanan buat Diri

Selain menyampaikan dakwah kepada orang lain, perkara yanga penting adalah peringatan buat diri sendiri. Inilah pesanan yang sering dikatakan oleh Imam Hassan al-Banna. Menulis juga merupakan salah satu rancangan dalam kebudayaan, pendidikan, dan pengajaran. Sa'id Hawa telah menulis dalam Rancangan Tentera Allah: "Sesungguhnya, memiliki ilmu yang luas (tabahbur) merupakan fardu yang dianjurkan. Para aktivis yang sedang melaksanakan sesuatu kewajipan selayaknya menjadi orang yang berharga."

Penting bagi seorang penulis mempunyai pengetahuan dan ilmu yang luas. Ilmu yang luas tidak akan menyebabkan idea tersekat. Apatah lagi jika perkara yang kita sampaikan itu berkaitan dengan Islam. Pengetahuan dalam Islam sangat luas sehingga perkara yang ditulis dan dibahaskan takkah pernah habis ditulis.

Daripada Ibn Mas'rud r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Tiada iri hati yang dibolehkan melainkan dalam dua perkara, iaitu seorang yang dikurniakan oleh Allah harta kemudian dia menggunakkannya untuk menafkahkan kepada perkara yang hak dan seorang yang dikurniakan ilmu pengetahuan oleh Allah kemudian dia memberikan keputusan dengan ilmunya itu antara dua orang atau dua golongan yang berselisih, serta mengajar ilmunya kepada orang lain." (Muttafaq 'alaih)

Dalam mengembangkan ilmu dan menyebarkan melalui penulisan, sesoerang itu harus mempunyai sifat cemburu melihat kejayaan orang lain dalam memanfaatkan ilmu pengetahuan. Tanpa ilmu pengetahuan, maka sebuah penulisan hanya menjadi bualan kosong dan tidak memberi manfaat.

Seorang penulis mampu memberi penawar kepada pembaca. Bahkah tidak dinafikan, melalui medium penulisan maka dakwah tersebar dengan mudah dan cepat bergantung kepada kemampuan seorang penulis itu menyentuh hati pembaca melalui tulisan yang dinukilkan.

Sekali lagi saya nukilkan tulisan daripada A. Ubaidillah Alias tentang antara ciri-ciri penulis Islam adalah ikhlas. Tanpa ihklas, seseorang akan menulis demi kemasyhuran, harta, atau tujuan lain selain daripada Allah S.W.T.

Seorang penulis juga perlu menulis perkara yang benar, tepat, jelas dan adil. Cuba anda bayangkan media yang memaparkan berita yang tidak tepat, sumber antah-berantah dan tidak adil. Pasti kecekaruan terjadi kerana pembaca yang menjadi mangsa pembohongan.

Seorang penulis juga perlu mempunyai sikap amar makruf nahi mungkur. Inilah tujuan sebenar seseorang itu menjadi penulis. Bukan hanya hiburan dan keseronokan yang dicari, namun dakwah dan Islam yang menjadi maksud utama sesebuah tulisan itu dicipta.

Antara perkara penting yang perlu ada pada diri seorang penulis juga ialah sensitif kepada isu semasa dan permasalahan umat Islam. Penulis perlu menjadi "media" dan bukan hanya mengahrapkan berita yang bersumberkan kepada musuh. PEnulisyang tidak sensitif dengan siu semasa akan menyampaikan tulisan yang mendatar dan tidak bervariasi. Berusahalah untuk meneliti dan mendalami keadaan semasa umat Islam agar kita tidak terjebak dengan berita-berita dan tulisan yang palsu dan dusta.

Seorang penulis perlu menyebutkan tentang neraka, syurga, pahala dan dosa secara jelas. Di sinilah letaknya kepentingan ilmu pengetahuan kerana tanpa ilmu, maka seorang penulis tidak dapat menyampaikan tulisannya dengan tepat dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Islam.

Semua orang tidak kira sesiapa pun layak untuk menulis. Jadilah penulis yang berani menyampaikan kebenaran dan tidak takut pada kemungkaran. Ada pepatah menyatakan:

"Goresan pena lebih tajam daripada libasan pedang." 

Semoga semakin ramai penulis akan lahir bagi memeriahkan lagi dunia penulisan Islam. Amin ya Rab al-'alamin.
          Wallahu a'lam.



Thank you for reading this entry !